Pages

Saturday, 16 March 2013

BANDINGKAN BILA PERDANA MENTERI SEBUT 7 DOSA BESAR DENGAN NIK AZIZ SEBUT DOSA

CUBA KITA FAHAMI SAMA-SAMA
Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak Pakatan Rakyat (PR) termasuk Pas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini.   
 
 
Perdana Menteri menggariskan, antaranya dosa parti Pas ialah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan Pas sendiri.

"Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara Pas, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat.

"Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini," katanya pada Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, hari ini. Teruskan baca DISINI

Nik Aziz tidak layak tentukan pahala, dosa

KOTA BHARU 30 Julai - Sebagai seorang insan biasa, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat tidak layak memutuskan ganjaran pahala, dosa dan syurga bagi seseorang individu.

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, semua ganjaran tersebut merupakan urusan Allah SWT, bukan bidang kuasa manusia menentukannya.

Beliau berkata, sekalipun manusia itu bergelar 'tok guru' atau 'ustaz', mereka tidak berhak untuk menjatuhkan hukuman sedemikian.

"Bukan tugas kita menentukan ganjaran tersebut walaupun kita ini bergelar tok guru. Semua itu urusan Allah. 

"Kita telah diajar agama iaitu buat baik diberi ganjaran pahala manakala berbuat jahat akan memperoleh dosa. Biar Allah SWT sahaja tentukan setiap ganjaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama Pemuda Barisan Nasional Parlimen Kota Bharu di Sekolah Kebangsaan Padang Garong di sini malam tadi.

Mohamad Fatmi mengulas dakwaan Nik Abdul Aziz semasa menyampaikan kuliah di Pejabat Badan Perhubungan Pas Jumaat lalu yang menyifatkan pemimpin kerajaan merupakan golongan Melayu yang beragama Islam tetapi 'tiada bakat' menjadi ahli syurga.


Dalam dakwaannya, Nik Abdul Aziz turut menegaskan selagi pihak termasuk Perdana Menteri, barisan menteri Kabinet dan Petronas sendiri tidak bertaubat dan mengembalikan royalti minyak kepada Kelantan, mereka akan terus menanggung dosa dan tidak layak masuk syurga.Teruskan baca DISINI

MAT SABU LEBIH DARIPADA TUHAN TENTUKAN SOAL DOSA DAN PAHALA


Kepada satu soalan Perdana Menteri membidas Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang senang-senang cop beliau berdosa jika tidak memberi jaminan itu.

"Maknanya dia (Mohamad Sabu) lebih daripada Tuhan tentukan soal dosa dan pahala orang lain." katanya.

"Kita tak sekat siapa-siapa nak naik haji dan itu mestilah diutamakan,bukan urusan lain termasuk pilihan raya. "Kalau kita sudah buat ketetapan untuk naik haji, kita wajib teruskan,"katanya Ditanya apakah beliau bercadang untuk timbang memberi jaminan yang dimahukan PAS itu,beliau berkata ," tak kan kita kena terikat pada desakan PAS atau mana-mana pihak.

" Menurut beliau dalam sejarah negara ,pilihanraya pernah sekali diadakan pada musim Haji. Katanya kalau tidak silap pada tahun 1986. "Saya tahu ( pewrnah diadakan musim haji)...sebab masa itu salah seorang ahli jawatankuasa bahagian saya dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya tetapi saya tidak dapat hubungi dia kerana dia sedang berada di Mekah. Bolih baca DISINI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...