Pages

Saturday, 19 January 2013

TERKINI PARLIMEN BUBAR 22.2.2013 MENGUNDI 30.3.2013

PENAMAAN CALUN 16.3.2013

Merujuk kepada tanda-tanda dan cakap-cakap ahli politik Perdana Menteri dijangkakan akan membubarkan parlimen pada 22.2.2013 selepas sambutan Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina pada tahun ini akan disambut pada 10.2.2013.


Tanda PRU13 yang paling nyata akan dibuat Mac 2013 bila Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menyatakan semua pembayaran beberapa bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 dijangka dibuat dalam tempoh Januari hingga Mac ini. Beliau berkata bantuan itu termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0), Bantuan Khas Awal Persekolahan, Baucar Buku 1Malaysia dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia. 
Perdana Menteri tentunya tidak mahu membiarkan Parlimen terbubar dengan sendirinya pada hujung April 2013. Jika beliau terus membiarkan tarikh terbubar dengan sendirinya tentunya akan ada sendaan atau cakap-cakap yang menidakkan kewibawaan dan keupayaanya. Tentunya Perdana Menteri juga ingin menunjukkan keberanian dan kejantananya menentukan tarikh PRU13nya sendiri. Beliau sendiri tentunya mahu ahli UMNO dan rakyat percaya kelewatannya mengadakan PRU13 bukan takut pada pembangkang tapi adalah sebahagian dari strateginya untuk memenatkan pembangkang.
 
Jika benar tarikh 22.2.2013 Parlimen dibubarkan. Penamaan calun dijangkakan pada 16.3.2013. Pengundian pula akan dibuat pada 30.3.2013. Tarikh pengundian ini bertepatan dengan cuti persekolahan. Tentunya Perdana Menteri mengambil kira semua ini bagi memudahkan SPR membuat persedian sebelum pengundian.
Tarikh ini diambil kira kerana ianya amat sesuai dan dikatakan Perdana Menteri akan mengunakan peluang dan kesempatan sambutan Tahun Baru Cina kali ini untuk bertemu seberapa banyak pengundi dan menawarkan beberapa janji yang boleh menarik sokongan pengundi Cina untuk mengundi BN.
Undi Tentera Pilihanraya Veteran Tentera Mesti Setia Bersama Barisan Nasional. Jangan Cuba cuba Tukar Kerajaan Pada Pilihanraya Umum ke 13!
Perdana Menteri tentunya kali ini akan sedaya mungkin akan cuba untuk menarik sokongan pengundi Cina. Ini kerana pengundi Cina pada masa ini masih dikatakan tidak memihak kepada BN. Kata-kata rayuan dan bukti keperihatinan kerajaan kepada kaum cina selama ini tentunya akan digunakan dalam setiap pertemuan.
Pendekatan terakhir yang akan digunakan Perdana Menteri untuk menarik sokongan pengundi cina dan rakyat tentulah dengan menawarkan janji-janji dan imbuhan. Kalau kita lihat sejak pembentangan Bajet 2012 hingga ke saat ini Perdana Menteri dan Kerajaan BN telah berhabis-habisan menabur janji dan imbuhan untuk mendapat sokongan rakyat. Berbillion wang rakyat telah digunakan untuk 'membeli' sokongan rakyat.
 
Pakatan Rakyat tentunya akan diserang habis-habisan dengan menggunakan isu-isu yang diulang-ulang. Sudah tentunya media dibawah naungan kerajaan BN akan berusaha keras untuk mencari bukti ketidak upayaan Pemimpin Pakatan Rakyat dan Kerajaan dibawah Pakatan Rakyat untuk dijadikan berita utama di TV dan akhbar .
Jika kita lihat dalam beberapa isu terkini yang ditonjolkan dan dimanipulasikan ianya telah berjaya menarik minat pengundi terutamanya orang melayu. Ada diantaranya mula percaya dan berbelah bagi dalam pendirian mereka. Isu-isu ini dikatakan banyak menguntungkan UMNO dan BN. Perdana Menteri tentunya mengambil kira inilah masa dan peluang terbaik yang ada untuk mengadakan PRU13.

Isu-isu panas dan terkini yang boleh menjadi perhatian Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen

i. Kenyataan Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama

ii. Percanggahan kenyataan  mengenai hudud antara Ketua Dewan Ulama Pas dan Karpal Singh

iii. Sembahyang Hajat dan Doa jahanam UMNO dan BN KO dan KO BN

iv. Usul dewan ulama PAS agar PERDANA MENTERI MALAYSIA diserahkan kepada Dato' Seri Haji Hadi Haji Awang jika dapat menawan Putrajaya

v. Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz tentang perlekehkan Islam boleh Murtad

vi. Isu Amanat Haji Hadi

vii. Penggunaan Kalimah Allah

viii. Himpunan Kebangkitan Rakyat  atau Himpunan Shamsidar kata pemimpin BN

ix. Isu air di Selangor

Isu-isu diatas tentunya akan digunakan pakai oleh Perdana Menteri serta pemimpin UMNO dan BN untuk menyerang PAS dan PR dalam PRU13. Jika ianya digunakan dan dimanipulasikan secara berterusan melalui TV dan akhbar tentunya akan menyukarkan Pas dan PR untuk menjelaskan kepada rakyat. Kini isu-isu ini telah mula dimainkan oleh TV dan akhbar arus perdana setiap hari.
  azlan




Perdana Menteri dan pemimpin UMNO dan BN harus ingat mereka juga berhadapan dengan beberapa isu yang panas. Pendedahan yang dibuat oleh saudagar permaidani Deepak Jaikishan dan Rafizi Ramli tentunya tidak boleh dipadang ringan. Pengakuan Dr. Mahathir yang memberi kad pengenalan kepada warga asing semasa pemerintahanya walaupun mengikut undang-undang pastinya akan memberi tekanan kepada kerajaan dan BN untuk membuat penjelasan kepada rakyat. Kemungkinan juga ada pendedahan lain yang akan dibuatnya atau ada pihak-pihak lain yang mengambil peluang untuk mendedahkan kepincangan pemimpin dan kerajaan sebelum PRU13.

Juga harus di ingat perkara yang paling menakutkan UMNO dan BN selepas Parlimen dibubarkan ialah penentuan calun. Adakah calun-calun yang bakal ditampilkan boleh diterima oleh pengundi UMNO dan BN. Berdasarkan pengalaman PRU12 kebanyakkan kekalahan calun UMNO dan BN berpunca daripada calun yang dipileh tidak menepati kehendak pengundi bukan disebabkan pembangkang kuat,

UMNO dan BN kena akui Pakatan Rakyat tentunya sudah bersedia dengan calun-calun yang benar-benar boleh menang lebih-lebih lagi dimana negeri mereka memerintah. Jika dalam PRU12 mereka boleh menang banyak kerusi tentunya kali ini mereka akan lebih bersedia untuk menang dan menawan kerusi-kerusi yang lain.

Semua pemimpin politik samada dari Kerajaan atau Pembangkang pada masa ini dan sehingga PRU13 tentu akan lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan. Jika tersilap atau terlepas cakap anda akan kehilangan segala-galanya. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang bakal menjadi calun kepada parti masing-masing.

Perdana  Menteri dan penasehat-penasehat tentunya telah mengambil kira semua kesan yang ada kenapa PRU13 lewat diadakan. Hanya Perdana Menteri yang tahu tarikh sebenar PRU13. Bagi pengundi bersedialah untuk menentukan kerajaan yang akan dipileh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. SPR telah memaklumkan Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada hujung April 2013 kerana cukup tempuh 5 tahun.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...