Pages

Monday, 31 December 2012

PERSONALITI TAHUN 2012 USTAZ AZHAR IDRUS

PENCERAMAH BEBAS

Ustaz Azhar Idrus adalah personaliti paling menyerlah pada tahun 2012. Beliau merupakan seorang penceramah bebas yang paling mendapat sambutan dalam tahun 2012. Cara ceramahnya yang bersahaja dan mudah difahami serta di selang seli dengan jenaka telah dapat menarik ribuan golongan muda hadir dalam setiap cermahnya.
Bukan mudah untuk mengumpulkan orang menghadiri ceramah agama pada masa ini. Tetapi nama Ustaz Azhar Idrus telah berjaya menarik kehadiran ramai orang dalam mana-mana program yang dianjurkan. Walaupun ada yang mempersenda dan meremehkan kehebatanya. Ini adalah lumrah biasa selagi namanya manusia. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang namanya sahaja Melayu yang berketurunan Islam. 

Thaniah buat Ustaz Azhar Idrus kerana berjaya mengubah dirinya dari seorang penyanyi kepada seorang pendakwah yang berjaya. Semoga tahun 2013 akan lebih berjaya lagi.



PERUTUSAN TAHUN BARU 2013 TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

RUNTUHKAN KEZALIMAN
Harapan saya setiap hari hanyalah untuk melihat tertegaknya Islam sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia ini. Sudah terlalu lama sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun entah ke mana.
Sempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya menyeru semua pihak agar memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan. Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di segenap sudut agar ia dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis masa depan yang cerah untuk Islam di seluruh pelosok dunia. Insya-Allah.

Tahun 2013 ini juga akan menyaksikan berlakunya pilihan raya umum ke-13. Gunakanlah hak untuk memilih ini dengan sebaik-baiknya. Jangan silap membuat pilihan. Jika silap akan menyebabkan kita menyesal di hari Akhirat.

Yakinlah, setiap anggota badan termasuk tangan yang mengundi juga akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar.

Semoga kita semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh Allah SWT dan memasukkan kita di dalam golongan hamba-hamba-Nya yang beriman.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Amin.
Kota Darulnaim,

17 Safar 1434/31 Disember 2012

PERUTUSAN TAHUN BARU 2013 PERDANA MENTERI MERAYU LAGI

MINTA MANDAT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengajak rakyat untuk bersama-sama beliau menanam azam tahun baru ke arah membina masa depan Malaysia yang lebih cerah.

Najib berkata, jika diberi mandat yang jelas, beliau dan kerajaan pimpinannya berikrar akan menggunakan kepercayaan yang diberi dengan sebaik-baiknya dengan menepati segala janji dan komitmen yang diberi seperti yang telah dibuktikan selama ini.

"Marilah bersama-sama saya untuk menjadikan impian kita ini suatu realiti.

Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anak kita," katanya dalam perutusan Tahun Baru 2013 yang disiarkan melalui radio dan televisyen malam ini.

Perdana Menteri berkata beliau dan kerajaan hari ini tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysia dengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dukungan padu daripada seluruh rakyat.

Najib juga berkata negara amat memerlukan sumbangan daripada rakyat dalam setiap perancangan yang dibuat di mana bagi kerajaan tidak ada istilah sumbangan kecil atau besar, yang ada hanyalah kesanggupan untuk melakukan sesuatu.
      
"Marilah kita tanyakan diri kita apakah yang mampu kita lakukan untuk menentukan apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan mampu tercapai.

"Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen. Membina sebuah negara yang berjaya memerlukan usaha yang berterusan dengan hala tuju yang jelas.

"Meruntuhkan sebuah negara pula hanya memerlukan masa yang pendek namun kesannya berpanjangan. Di tangan kitalah terletak keputusan bagaimana masa depan negara hendak dicorakkan, ke mana Malaysia hendak dibawa," katanya.

Menyimpulkan kesan transformasi kerajaan pada tahun 2012 sebagai positif selepas berakhir fasa pertama prakarsa transformasi yang melibatkan kerajaan, ekonomi dan politik, Perdana Menteri berkata angka tunjuk negara dalam pelbagai bidang di peringkat antarabangsa telah meningkat secara yang membanggakan.

Najib berkata ia terbukti melalui laporan Bank Dunia, "Doing Business 2013" meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah berurus niaga di dunia manakala laporan "World Competitiveness Yearbook 2012" telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14 paling berdaya saing di dunia.

Beliau berkata di sebalik semua yang berlaku, kerajaan tetap perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada pengalaman lalu dalam menangani cabaran yang  bakal mendatang tahun depan dengan meneruskan dan menambah baik apa yang terbukti baik dan terbukti berjaya serta setiap kegagalan ditamatkan dan dijadikan teladan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menyarankan empat asas daripada Dasar Transformasi Nasional yang perlu diteruskan, ditingkatkan dan dipastikan dalam memastikan wawasan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi tercapai.

Pertama, katanya, perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan berpandukan falsafah 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Kedua, usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan sistem jaringan keselamatan sosial akan diteruskan di mana bantuan kebajikan dan subsidi adalah disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan.

"Ini diperkukuhkan lagi dengan jaringan kebajikan institusi keluarga, korporat dan keagamaan di mana setiap rakyat yang memerlukan bantuan akan memperolehnya," katanya.

Ketiga, katanya meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan, kesihatan fiskal dan merangsang sistem pergerakan sosial yang bertunjangkan harapan, di mana pencapaian seseorang individu tidak hanya dihadkan oleh daya imaginasi.

Beliau berkata sebaliknya daya keusahawanan dan sejauh mana kesanggupan individu berkenaan untuk bekerja keras dengan gabungan kreativiti, inovasi dan kesanggupan mengambil risiko akan mendatangkan laba yang lumayan.

Najib berkata asas keempat yang perlu diteruskan dan ditingkatkan adalah memastikan Malaysia menjadi tempat terbaik untuk membina kehidupan berkeluarga dengan segala aspek dan keperluan hidup seperti keselamatan, kejiranan, kesihatan dan pendidikan dipenuhi sebaiknya. - Bernama

Sunday, 30 December 2012

BERTAMBAH LAGI ANAK LUAR NIKAH

SAMBUATAN AMBANG 2013
Tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya esok dan bagi mengalu-alukan kedatangan tahun baharu 2013 seperti lazimnya pelbagai acara diatur di seluruh negara bagi memeriahkan sambutan mengira detik 12 tengah malam.
malaysia new year fireworks Acara Acara Sambutan Malam Tahun Baru 2013
Bagi warga ibu kota, beberapa lokasi terpilih bakal menyaksikan kemeriahan sambutan ambang tahun baharu seperti pertunjukan bunga api, konsert dan persembahan artis popular serta acara-acara menarik lain.

Dataran Merdeka pasti menjadi lokasi tumpuan pelancong dalam dan luar negara apabila sambutan ambang tahun baharu diadakan serentak dengan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).

Kepelbagaian acara di Dataran Merdeka itu dimulakan dengan Larian Tahun Baru 1Malaysia pada awal pagi esok yang bakal menawarkan hadiah bernilai kira-kira RM51,000.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dijadual hadir pada majlis rumah terbuka Krismas sekitar 4.30 petang dan konsert ambang tahun baharu dijangka bermula pada 8.30 malam.

Dalam pada itu, Menara Kuala Lumpur antara mercu tarikan di ibu negara akan melanjutkan waktu operasinya pada 31 Dis sehingga 1 pagi bagi meraikan kedatangan tahun baru 2013, diserikan dengan kehadiran penyampai radio SinarFM iaitu Leya dan Zaidi Zainal.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporatnya Eliey Sahad dalam satu kenyataan berkata Menara Kuala Lumpur turut menawarkan pakej istimewa ke Pelantar Terbuka dan Pelantar Pemandangan dengan harga RM88 hingga RM249 seorang.

"Dengan pakej yang ditawarkan, pengunjung berpeluang menikmati keindahan bandaraya Kuala Lumpur di waktu siang dan menyaksikan percikan bunga api dari Pelantar Pemandangan yang berketinggian 276 meter dan Pelantar Terbuka pada ketinggian 300 meter pada waktu malam," katanya.  

Bagi memeriahkan sambutan, beberapa program hiburan turut dirancang untuk warga kota.

Mercu tanda negara KLCC akan mengadakan ‘New Year Countdown at KLCC’ – NYC@KLCC dengan tema ‘HEADL12NERS’ yang akan menyajikan pertunjukan ‘Lake Symphony Fountain’ dengan iringan bunyian dan cahaya yang menarik serta pertunjukan bunga api pada pukul 12 tengah malam.

Acara sambutan di kawasan KLCC dijadual bermula pukul 9 malam.

Stesen radio KLFM pula akan menganjurkan Konsert KL Aktif 2013 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa.

Konsert yang turut mendapat kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bakal berlangsung bermula 8.30 malam dan artis yang akan membuat persembahan ialah VIP, Mojo, Khalifah, Hyper Act, Klangit, Kool, Shades, Nico, Elyana dan ramai lagi.

Di pusat pentadbiran negara Putrajaya, sambutan ambang tahun baharu akan diadakan di Dataran Putrajaya bermula pukul 5 petang dengan kerjasama Kumpulan Ambank dan Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH).

Menurut satu kenyataan Perbadanan Putrajaya, antara acara yang bakal dianjur adalah pertandingan futsal, pertunjukan 'auto-show', pertunjukan pancaragam, pertunjukan kawad patung seterusnya acara kemuncak iaitu konsert ambang serta pertunjukan bunga api akan dilancarkan tepat detik 12 malam.

Konsert ambang tajaan Kumpulan Ambank itu akan dibarisi artis terkenal seperti M. Nasir, Jamal Abdillah, Hattan, Mizz Nina, Wings dan Kumpulan Hujan.

Di Selangor pula, Karnival Sayangi Selangor anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor di I-City, Seksyen 7, Shah Alam telah bermula sejak semalam sehingga Selasa ini bersempena sambutan tahun baharu dan dijangka 500,000 pengunjung menghadiri karnival empat hari itu.

Pelbagai aktiviti berkonsepkan santai bersama keluarga akan dijalankan termasuk persembahan kebudayaan, pertandingan memasak, pertandingan bintang kecil dan aktiviti air.

Sementara itu, program keagamaan turut dirancang bagi sambutan tahun baru 2013.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Pusat Bimbingan Puteri Raudatus Sakinah akan menganjurkan Program Himpunan 1,000 Jiwa 1 Hati buat kali ke-3 esok dan 1 Januari 2013 bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

Menurut laman web Jakim, program yang akan berlangsung dua hari ini bertemakan "Jiwa Kuat Generasi Hebat" adalah satu program alternatif kepada remaja-remaja untuk menyambut ambang tahun baru 2013.

Program itu menyasarkan seramai 2,400 peserta.

Beberapa pengisian program bakal menarik minat remaja belia termasuk Bicara Cinta Anak Muda yang bertajuk ‘Destinasi Cinta’ akan dikendalikan Fedtri Yahya membariskan beberapa panel ternama antaranya Wardina Safiyyah, Heliza Helmi dan Mohd Nor Mamat.

Peserta dan fasilitator bakal disajikan dengan slot-slot menarik seperti hiburan yang mendidik jiwa daripada kumpulan anak muda Edcoustic, In-Team, Unic dan Hafiz Hamidun.

Selain itu, menjelang jam 12 tengah malam 31 Disember, satu laungan ikrar akan dibacakan oleh semua peserta bagi menzahirkan mereka adalah remaja dan belia yang bijak menjauhi zina serta berupaya menjaga jati diri bersempena sambutan tahun baru.

Di Melaka, sambutan tahun baru 2013 disambut penuh kesyukuran dalam satu program yang akan diadakan di Masjid Al-Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, esok.

JAIM dalam satu kenyataan berkata, program keagamaan anjuran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu bakal disertai kira-kira 1,000 orang yang terdiri daripada penjawat awam, belia, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.

Majlis akan dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah diketuai Mufti Negeri Melaka, Datuk Wira Rashid Redza Md Saleh dengan bacaan Yassin dan Tahlil.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dijangka menghadiri majlis itu.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, beberapa program karnival diadakan bagi menyambut tahun 2013.

Menurut laman web Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) antara progran yang diadakan New Year Countdown@Port Dickson yang telah bermula pada 21 Disember lalu sehingga esok berlokasi di Pantai Cahaya Negeri.

Selain itu, satu Karnival Santai di Ambang Tahun Baru 2012/2013 juga diadakan pada 29 Disember lalu sehingga 1 Januari 2013 di Dataran Seri Kemang.

MPPD pula menganjurkan satu Kejohanan Bola Sepak Pantai Sepanjang Malam 1Malaysia, esok yang berlangsung di Pantai Saujana, Port Dickson.

Di Pulau Pinang, antara sambutan yang diadakan ialah Kejohanan Futsal Pulau Pinang Golden dan Golden K-Pop Dance Challenge diadakan di Padang Esplanade bermula jam 11 pagi hingga lewat malam.

Acara ini turut dimeriahkan dengan konsert 'live' bintang terkenal tanah air seperti Amy Search, Azlan & The Type Writer, Drama Band dan Tedd Chan.

- Bernama

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2012 DAN SELAMAT DATANG TAHUN 2013

HIJRIAH BUKAN MASIHI
Esok kita akan menyaksikan perayaan besar, perayaan yang dilangsungkan secara massif oleh masyarakat di seluruh dunia. Ya, itulah perayaan tahun baru yang secara rutin disambut dengan berbagai acara dan kemeriahan.

Perayaan tahun baru masihi memiliki sejarah panjang. Banyak di antara orang-orang yang ikut merayakan hari itu tidak mengetahui bila pertama kali acara tersebut diadakan dan latar belakang mengapa hari itu dirayakan.
Kegiatan ini merupakan pesta warisan dari masa lalu yang dahulu dirayakan oleh orang-orang Romawi. Mereka (orang-orang Romawi) mendedikasikan hari yang istimewa ini untuk seorang dewa yang bernama Janus, The God of Gates, Doors, and Beeginnings.
Menurut kepercayaan bangsa Romawi Kuno, Janus adalah dewa yang memiliki dua wajah, satu wajah menatap ke depan dan satunya lagi menatap ke belakang, sebagai filosofi masa depan dan masa lalu, layaknya momen pergantian tahun. (G Capdeville “Les épithetes cultuels de Janus” in Mélanges de l’école française de Rome (Antiquité), hal. 399-400).......tajuk / SO.C

Fakta ini menyimpulkan bahwa perayaan tahun baru sama sekali tidak berasal dari budaya kaum Muslimin. Pesta tahun baru masehi, pertama kali dirayakan orang kafir, yang notabene masyarakat paganis Romawi.
Acara ini terus dirayakan oleh masyarakat modern dewasa ini, walaupun mereka tidak mengetahui spirit ibadah pagan adalah latar belakang diadakannya acara ini. Mereka menyemarakkan hari ini dengan berbagai permainan, menikmati indahnya langit dengan semarak cahaya kembang api, dan sebagainya.
Turut merayakan tahun baru statusnya sama dengan merayakan hari raya orang kafir. Dan ini hukumnya terlarang. Di antara alasan statemen ini adalah:
Pertama, turut merayakan tahun baru sama dengan meniru kebiasaan mereka. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kita untuk meniru kebiasaan orang-orang yang melakukan perbuatan mungkar dan buruk, termasuk perbuatan orang-orang kafir. Beliau bersabda:

من تشبه بقوم فهو منهم
Siapa yang meniru kebiasaan satu kaum maka dia termasuk bagian dari kaum tersebut,” (Hadits shahih riwayat Abu Daud)
Abdullah bin Amr bin Ash mengatakan:

من بنى بأرض المشركين وصنع نيروزهم ومهرجاناتهم وتشبه بهم حتى يموت خسر في يوم القيامة
“Siapa yang tinggal di negeri kafir, ikut merayakan Nairuz dan Mihrajan (hari raya orang majusi), dan meniru kebiasaan mereka, sampai mati maka dia menjadi orang yang rugi pada hari kiamat.”
Kedua, mengikuti hari raya mereka termasuk bentuk loyalitas dan menampakkan rasa cinta kepada mereka. Padahal Allah melarang kita untuk menjadikan mereka sebagai kekasih (baca: memberikan loyalitas) dan menampakkan cinta kasih kepada mereka. Allah berfirman:

يا أيها الذين آمنوا لا تتخذوا عدوي وعدوكم أولياء تلقون إليهم بالمودة وقد كفروا بما جاءكم من الحق …
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (rahasia), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu,” (QS Al-Mumtahanah: 1).
Ketiga, Hari Raya merupakan bagian dari keyakinan dan doktrin keyakinan, bukan semata perkara dunia dan hiburan. Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam datang di kota Madinah, penduduk kota tersebut merayakan dua hari raya, Nairuz dan Mihrajan. Beliau pernah bersabda di hadapan penduduk madinah:

قدمت عليكم ولكم يومان تلعبون فيهما إن الله عز و جل أبدلكم بهما خيرا منهما يوم الفطر ويوم النحر

Saya mendatangi kalian dan kalian memiliki dua hari raya, yang kalian jadikan sebagai waktu untuk bermain. Padahal Allah telah menggantikan dua hari raya terbaik untuk kalian; idul fitri dan idul adha,” (HR. Ahmad, Abu Daud, dan Nasa’i).
Perayaan Nairuz dan Mihrajan yang dirayakan penduduk madinah, isinya hanya bermain-main dan makan-makan. Sama sekali tidak ada unsur ritual sebagaimana yang dilakukan orang Majusi, sumber asli dua perayaan ini.
Namun mengingat dua hari raya tersebut adalah perayaan orang kafir, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarangnya. Sebagai gantinya, Allah berikan dua hari raya terbaik: Idul Fitri dan Idul Adha.
tahun baru masehi-terompet_tahun_baru-jpeg.image
Kerana itu, turut bergembira dengan perayaan orang kafir, meskipun hanya bermain-main, tanpa mengikuti ritual keagamaannya, termasuk perbuatan yang terlarang, karena termasuk turut mensukseskan acara mereka.
Keempat, Allah berfirman, menceritakan keadaan ‘ibadur rahman (hamba Allah pilihan):

و الذين لا يشهدون الزور …
Dan orang-orang yang tidak turut dalam kegiatan az-Zuur…
Sebagian ulama menafsirkan kata ‘az-Zuur’ pada ayat di atas dengan hari raya orang kafir. Artinya berlaku sebaliknya, jika ada orang yang turut melibatkan dirinya dalam hari raya orang kafir, berarti dia bukan orang baik.
KonsultasiSyariah.com

ASAL USUL ISYARAT 1MALAYSIA KINI DITEMUI

MUFTI DAN ULAMA MOHON BAGI PENDAPAT
Isyarat tangan 1 Malaysia adalah simbol puak kristian untuk ukiran batu nisan! Mufti tolong keluarkan fatwa! Komer fikior jari telunjuk hala ke langit itu ciptaan Najib? Kalau komer fikior gitu komer dah silap besor! Cer komer tengok gambor-gambor berikut:
 
APA YANG DIUKIR PADA BATU-BATU NISAN ITU?
Carian Yong mengenai isyarat tangan itu menemui soalan dan jawapan berikut dari Wikianswer:
What does a right hand closed in a fist with the index finger pointing up mean on a tombstone?
 
Answer:
 
There is one way, there is one God and Jesus is his son. The gesture was common in the 70′s for the Christians often referred to as the “Jesus Freaks” akin to the hippies with a Christian bent.
 
Terjemahan jawapan:
 
Ada satu cara, ada satu Tuhan dan Isa adalah anaknya. Isyarat ini adalah kebiasaaan bagi orang Kristian dalam tahun 70-an yang sering dirujuk sebagai “Yesus Freaks” serupa dengan hipi yang berhaluan Kristian.
Tok Mufti, ulama ameno dan tak ulama, tetiba minta PAS tarik balik amanat Hadi. Terima kasih ameno kerana “menghidupkan” Amanat yang telah diarkibkan itu. Komer tengok diri sendiri dulu sebelum tunjuk jari pada orang lain! Adakah komer benar?
  SUMBER

LEFTENAN ADNAN MODEN MELAWAN ARUS

BERJUANG MENENTANG BN
Pelakun terkenal Haire Othman (gambar) bertekad berjuang sehingga ketitisan darah terakhir sebagai 'Leftenan Adnan Moden' untuk membetulkan senario politik sekarang agar bebas dari belenggu pemikiran jumud pemerintah Barisan Nasional  (BN).

Semasa membintangi filem 'Leftenan Adnan' iaitu seorang Tentera Melayu yang bekerja dengan British menentang Jepun sekitar tahun 1940 jelas beliau, jiwa serta semangatnya begitu tinggi bangga terhadap perjuangan yang ditunjukan oleh Leftenan Adnan yang sanggup bermati- matian menentang kemaraan Jepun.

"Semasa memegang watak Leftenan Adnan jiwa dan semangat saya begitu tinggi walau pun waktu itu saya sendiri kurang arif siapa sebenarnya Leftenan Adnan yang kuat membantu British menentang Jepun.

"Selepas membaca dan menyelidik akhirnya tahu dan sekarang berminat menjadi 'Leftenan Adnan' baru dan moden untuk menentang Umno dan BN, " jelasnya ketika berucap di majlis minum petang di Dewan Haji Taib, Tasek Gelugor semalam.

Semangat Leftenan Adnan tetap berkobar di dalam sanubari sehingga kini, cuma bezanya dulu dalam lakunan menentang Jepun tetapi sekarang bersama PAS menentang Umno dan BN.

Bagi beliau, menentang kepimpinan Umno satu kewajipan kerana menyalahgunakan kuasa yang diberikan, menyelewengkan wang rakyat dan bersikap zalim dengan rakyat seperti bertindak merampas hak sedia ada.

Memandangkan rakyat telah sedar jelas Haire lagi, kepimpinan BN terpaksa mengalih strateji menghulurkan tangan persabatan dengan memberikan segala macam bantuan yang tidak pernah dibayangi rakyat.

"Sekarang ini rakyat telah diberikan terlalu banyak wang sebagai umpan politik.  Dulu tidak pun.  Inilah yang dikatakan rasuah politik menjelang pilihanraya umum ke 13," tegasnya.

Turut berucap dalam program anjuran Unit Amal Tasek Gelugor dan Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Tasek Gelugor, Haji Abdul Rahman Kasim, Naib Pengerusi Kerabat Kedah, Zamri Ibrahim, Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Abdul Rahman Maidin dan Ketua PAS Cawangan Permatamg Berangan, Haji Rosli Hasbullah.

Saturday, 29 December 2012

SAYA TELAH DIMAINKAN OLEH BLOGGER PRO UMNO

DATUK SERI CHUA SOI LEK
Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini mengecam tindakan blogger Umno memutar belit kenyataannya ketika pertemuan dengan mereka Rabu lalu, dan menuduh blogger pro Umno itu tidak beretika.  Presiden MCA itu menegaskan, beliau kecewa dengan tindakan segelintir blogger tersebut yang mendedahkan butiran perjumpaan mereka malah menegaskan beliau tidak akan berjumpa dengan mereka lagi kerana dakwanya ingin menghancurkan MCA. 

“Saya sangat kecewa dengan blogger pro Umno ... mereka tidak ikhlas tentang apa yang telah dibincangkan.

“Ia perjumpaan tertutup dan saya ada bercakap tentang persiapan MCA hadapi pilihan raya umum ... Ada sesetengahnya hanya gurauan dan tidak patut didedahkan,” jelasnya menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan blogger Umno tersebut.

“Mereka tiada etika melaporkan dan kefahaman dalam apa yang dibincangkan ... mereka melanggar janji itu,” tegasnya kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis makan malam bersama NGO dari Bandar Tun Razak di sini.

Soi Lek (gambar) bagaimanapun turut menegaskan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka serta tidak lagi akan melayan sebarang permintaan daripada blogger tersebut selepas ini.

“Jangan datang dan kacau saya lagi, mereka lebih suka 'spin' daripada membantu MCA.

“Saya telah dimainkan oleh blogger pro Umno,” katanya lagi, dan menambah, akan lebih berhati-hati dengan blogger Umno.

“Saya akan lebih berhati-hati, saya mempertikaikan tujuan mereka ... adakah mereka mahu bantu MCA atau hancurkan MCA,” tegasnya.

Ketika pertemuan dengan blogger pro Umno Rabu lalu, Dr Chua dilaporkan berkata Ong menggunakan “faktornya” untuk mendapatkan sokongan di Melaka bagi mensabotaj beliau.
Teruskan baca DISINI

KERAJAAN BINCANG, KERAJAAN KAJI, KERAJAAN PERTIMBANGKAN,KERAJAAN PRIHATIN, KERAJAAN DENGAR PANDANGAN RAKYAT

CARA BIASA AYAT BIASA
Isu rebat telefon pintar yang dihadkan kepada set bernilai RM500 akan dibawa ke perhatian mesyuarat Kabinet 2 Januari ini, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini.
"Pandangan itu saya fikir positif dan kami akan cuba membincangkannya secepat mungkin. Insya-ALLAH pada 2 Januari depan saya akan bawa perkara untuk mendapat perhatian Kabinet dan juga Perdana Menteri. 
Rais Yatim
"Pandangan itu kita terima dengan terbuka, saya fikir ada baiknya kita pertimbangan kesukaran golongan muda untuk memiliki telefon pintar berebat ini lebih RM500,” kata beliau kepada pemberita sebagai menjawab desakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya had tersebut dimansuhkan.

Semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mengehadkan rebat RM200 kepada telefon pintar berharga RM500 sahaja.

"Tak perlu ada had harga untuk rebat yang diberi untuk telefon pintar," kata beliau dalam mesej yang diajukan kepada Rais, menerusi Twitter.

Dalam mesej berasingan, Khairy menulis bahawa ucapan Bajet 2013 hanya menyebut tentang pendapatan belia yang layak menerima rebat telefon pintar, bukannya harga telefon pintar.
Menjawab mesej pengikutnya, Khairy berkata: "Setuju. Kalau nak bagi rebat RM200, bagi sajalah kepada semua telefon pintar."

Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau menyatakan demikian ekoran rungutan orang ramai berhubung laporan media bahawa SKMM telah menerbitkan kriteria menikmati rebat RM200, antara lain pembeli seharusnya warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun; berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500, pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru dan hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.

Menurut notis SKMM, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.
Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember depan dan para belia yang berminat boleh memohon melalui laman web SKMM.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dipetik berkata, had harga adalah perlu kerana dasar itu direka untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan para belia untuk memiliki telefon pintar sendiri.

Mengulas lanjut pakej perkhidmatan internet, Rais berkata, pihaknya akan berbincang dengan syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula kadar internet yang ditawarkan supaya tidak membebankan golongan muda apabila rebet telefon pintar itu mula diagihkan bulan depan.

"Semua syarikat telekomunikasi (telco) diminta untuk menimbang bukan saja kadar kandungan data internet saja tetapi juga hal yang melibatkan panggilan terputus," jelasnya.

Sehubungan itu kata beliau, kementeriannya akan meminta pihak telco supaya memaparkan jumlah panggilan terputus yang berlaku dalam beberapa bulan yang terlibat.

"Bila masalah ini berlaku, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang dipersalahkan orang ramai.

"SKMM di bawah peraturannya boleh mengenakan denda nominal dan denda pertengahan bagi mereka yang tidak dapat mengatasi masalah panggilan terputus tersebut," katanya.

DANA HAJI UNTUK ORANG ISLAM SABAH

JANJI PR 
Pakatan Rakyat berjanji akan menyediakan dana haji bagi setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) apabila mengambil alih pemerintahan di Sabah.
Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Lajim Ukin, berkata usaha ini merupakan satu lembaran baru dan bersejarah kepada umat Islam di Sabah yang tidak pernah diberikan oleh Umno Barisan Nasional sebelum ini.
Menurut beliau, langkah pertama berhubung dana tersebut adalah dengan menghantar 300 orang umat Islam menunaikan haji ke Mekah setiap tahun dan ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

"Kita ingin meningkat martabat Islam di Sabah dengan memberikan pembelaan sepenuhnya dan perkara ini tidak pernah dilakukan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional sebelum ini.

"Kita akan menyediakan dana khusus kepada umat Islam untuk mereka mengerjakan haji setiap tahun, seramai 300 orang akan dihantar ke Mekah dan mereka akan dipilih dari setiap Dun, perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri," jelas beliau ketika ditemui di pejabatnya pagi tadi.

Lajim yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) memberitahu kouta haji itu melibatkan lima orang bagi setiap Dun yang merangkumi 60 Dun di Sabah.

"Perkara ini terkandung dalam deklarasi PPPS dan telah dipersetujui oleh ketua-ketua parti komponen di dalam Pakatan Rakyat seperti PKR, PAS dan DAP.

"Pelaksanaan ini akan menjadi aktiviti tahunan kerajaan Sabah, saya pasti ia akan jadi satu kenyataan jika rakyat Sabah membuat perubahan pada pilihanraya nanti," tambah beliau.

Beliau yang percaya langkah menyediakan dana dan menghantar umat Islam menunaikan rukun Islam kelima itu dijangka mencetuskan persaingan sihat kepada pimpinan kecil beragama Islam di peringkat akar umbi.

Malah beliau juga berharap ia akan dapat memenuhi impian setiap rakyat beragama Islam yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan hasrat mereka tanpa dibebani sebarang masalah.

"Jika ini menjadi kenyataan, Pakatan bukan sahaja berjaya membentuk kerajaan negeri yang prihatin tetapi bakal menjadi mercu tanda terhadap pembangunan Islam sebagai agama rasmi di negara ini," ulas beliau lagi.

Sebelum itu, Lajim yang menjelaskan penyediaan dana haji akan menjadi agenda utama pada ucapan dasar beliau yang bertemakan "Merealisasikan Harapan Rakyat Sabah" pada masjis Pelancaran PPPS di Kota Kinabalu esok.

Majlis pelancaran itu akan turut dihadiri pemimpin utama Pakatan Rakyat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
SUMBER 

KESIAN PRESIDEN JATI NI

 TIDUR RUPANYA
Presiden Gerakan Memartabatkan Umat (JATI) Datuk Dr Hasan Ali meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil memberi penjelasan segera kepada umat Islam dan menarik balik amanatnya - yang dibuatnya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Terengganu pada 1981- serta bertaubat.
Hasan, yang pernah menjadi exco agama kerajaan negeri Selangor, berkata penjelasan itu penting agar tiada lagi perbuatan yang menyalahi akidah berlaku di kalangan penyokong parti kerana ia dilihat lebih memudaratkan daripada kebaikan.
  
Atas faktor itu juga, beliau mendesak Abdul Hadi agar tidak mengambil sikap berdiam diri dan membiarkan perkara itu menjadi rumit.

"Malahan kita juga sedia untuk menganjurkan muzakarah antara ulama PAS dan memanggil ulama dari luar negara untuk membincangkan soal amanat Haji Hadi itu," katanya kepada pemberita semalam.

Hasan yang merupakan bekas naib presiden PAS berkata, pendedahan yang dibuat media mengenai kesan amanat Haji Hadi hanyalah gambaran 10 peratus berbanding realiti kesannya dalam masyarakat Islam kini.

Katanya, amanat Haji Hadi yang diuar-uarkan PAS ketika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berusia 35 tahun dahulu memberi impak negatif kepada akidah atau kepercayaan di kalangan masyarakat Islam.
  
Dr Hasan berkata, beliau amat terkejut dengan laporan media terhadap kesan amanat itu sehingga menyebabkan berlakunya solat dua imam, perceraian dan perpecahan keluarga di kalangan masyarakat Islam, hanya disebabkan perjuangan politik berbeza.
  
- Bernama

Friday, 28 December 2012

19 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN AWAM

LEBIH PERLINDUNGAN
Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam bakal mendapat perlindungan sebaik-baiknya jika cadangan penambahbaikan perkhidmatan awam yang dikemukakan Suruhanjaya Khas bagi Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam diterima kerajaan.Pengerusi suruhanjaya khas itu, Tun Zaki Azmi berkata, penambahbaikan itu meliputi 19 cadangan yang akan dikemukakan kepada Kabinet selewat-lewatnya Januari ini.Jelas beliau, antara bentuk perlindungan itu adalah isu kenaikan gaji penjawat awam yang dibincangkan bersama enam anggota suruhanjaya tersebut.
 
"Kajian ini juga menentukan kakitangan awam akan dapat perlindungan daripada kerajaan, namun terpulang kepada kerajaan menerima atau tidak cadangan ini."Walau bagaimanapun, isu kenaikan gaji bukan perkara utama, tetapi fokus kita adalah menambah baik sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Pada Jun lalu, kerajaan menubuhkan suruhanjaya itu bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara.

Suruhanjaya tersebut diberi mandat mengemukakan perakuan kepada kerajaan dalam tempoh enam bulan dan perakuan itu akan dipertimbangkan mengikut kemampuan kewangan kerajaan.Dalam pada itu, Zaki berkata, suruhanjaya yang turut dianggotai bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman tersebut telah selesai membuat perbincangan bagi tujuan itu.

Jelas beliau, laporan kajian tersebut akan memberikan situasi menang-menang antara penjawat awam dan rakyat keseluruhannya."Laporan kajian ini hampir 100 peratus siap dan kita masih menerima cadangan daripada mana-mana pihak jika mahu berbuat demikian."Apa yang penting kita mahu memperbaiki mutu sistem penyampaian dan jika rakyat sudah boleh menerima, rakyat pun tidak akan marah kalau mahu naik gaji," katanya.
SUMBER 

TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

MENTERI BESAR KELANTAN
Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya.
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Thursday, 27 December 2012

ORANG KAYA BAGI PERMIT ORANG MISKIN BAGI BR1M DAN TR1M

PERMIT TEKSI
Antara tuntutan pemandu teksi kepada Pakatan Rakyat sekiranya berjaya ke Putrajaya ialah permit persendirian diberikan berbanding kepada syarikat teksi, kata Presiden Pemandu Teksi Seri Muda, S Manoharan.
Manoharan berkata, selain itu mereka turut meminta agar kad kesihatan untuk ke hospital kerajaan diwujudkan serta pemandu teksi menerima Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO).
NONE
"Kita harap kalau Pakatan Rakyat dapat ke Putrajaya, mereka dapat laksanakan ini semua. Bukan seperti kerajaan sekarang, kita minta permit dia kasi tayar.

"Tayar kita boleh beli di kedai. Permit kita boleh beli di kedai ke?" katanya yang disambut tepukan gemuruh oleh pemandu teksi yang memenuhi Dewan Sivik, Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sempena menghadiri majlis bersama permimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Perhimpunan itu dihadiri antaranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu yang masing-masing turut berucap.

Beberapa pemimpin persatuan pemandu teksi turut menyampaikan resolusi tuntutan pemandu teksi kepada Ronnie.

NONEPerhimpunan yang bermula kira-kira jam 8.30 malam itu rata-rata menunjukkan pemandu teksi berpuas hati dengan tawaran-tawaran yang diberi oleh Pakatan Rakyat.

Mereka turut sesekali bersorak apabila Anwar sekali lagi berjanji akan memberikan permit persendirian sekiranya menang dalam pilihan raya akan datang.

Anwar berkata, memberikan permit kepada pemandu teksi bukan perkara sukar memandang ia tidak perlu perbincangan yang serius.

"Bukan perkara yang susah untuk dirunding. Benda kecil ini pun susah pada Umno, tak boleh nak buat. Perkara paling mudah pun tak mampu nak dibela. Najib kamu gagal," kata Anwar.
SUMBER 

PAKEJ KOMUNIKASI BELIA

REBAT RM200
Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Sharil berkata, belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.

"Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.

"Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebet RM200 sekali sahaja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada September lepas dalam usaha memberi belia akses kepada gerbang maklumat.

Dengan rebet itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baharu, katanya sambil menolak dakwaan bahawa had harga RM500 adalah rendah memandangkan terdapat lebih 20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G.

"Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dan operator rangkaian maya mudah alih akan menawarkan tidak lebih daripada lima dan mungkin sehingga 10 atau 12 model di bawah inisiatif itu menerusi kedai pengedar mereka.

"Oleh itu, belia seharusnya mencari logo 'Pakej Komunikasi Belia' yang akan dipaparkan pada kain rentang dan bunting di kedai itu atau mereka juga boleh menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan senarai telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil bahagian," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh SKMM, lebih 90 peratus pengguna berada dalam segmen prabayar tetapi syarikat telekomunikasi hanya menyediakan insentif telefon bimbit bagi kontrak pascabayar.

Sementara itu, Mohamed Sharil berkata pemilik perniagaan kecil berumur antara 18 dan 65 tahun boleh mula memohon geran RM1,000 menerusi 'Get Malaysian Business Online' mulai Selasa depan (1 Jan), juga dengan mendaftar dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Beliau berkata, usahawan kecil yang mendaftar di laman web dan memenuhi semua terma serta syarat akan menerima geran RM1,000 daripada SKMM yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tempatan pemohon yang berjaya. - Bernama

22 TAHUN JADI PERDANA MENTERI BOLEH MAKAN 2020 TAHUN

NASIB RAKYAT DAN NASIB PEMIMPIN


 https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/284522_4157318845095_1736839893_n.jpg
 CONTOH KEMISKINAN RAKYAT DAN BANYAK LAGI
Wikipedia melaporkan sehingga April 2011 harta kekayaan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad berjumlah AS44 billion!!! Kesemua kekayaan tersebut telah dikumpul oleh Mahathir Mohamad semasa 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Lihat yang terkini 2012 di DISINI
Kekayaan Mahathir Mohamad lebih dua kali ganda daripada sultan Brunei
Dengan jumlah kekayaan Mahathir sebanyak AS44 billion bermakna bekas Perdana Menteri Malaysia itu telah berjaya merakus harta rakyat Malaysia sebanyak dua kali ganda harta kekayaan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang berjumlah AS20 billion. Nilai kekayaan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dipetik daripada Forbes - The World's Richest Royals" edisi April 2011.

Wednesday, 26 December 2012

SETIAP KALI PRU ISU INI DIHIDUPKAN. MELAYU PUN LUPA SALAH PEMIMPIN

ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM KELIRU 
KERANA TIDAK MAHU ISLAM
Selain Amanat Hadi yang perlu ditarik balik Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam negara ini, Mursyidul Am parti pembangkang itu juga perlu berbuat demikian kerana mengeluarkan beberapa fatwanya sendiri.
Muka depan
Dipetik Bernama, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana beberapa fatwa oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan terutamanya mengenai Umno murtad dan sesiapa yang menyokong Umno sebagai mungkar, turut memberi implikasi buruk terhadap bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.

"Nik Aziz perlu menarik balik fatwanya itu yang boleh menjadi perpecahan bangsa Melayu dan umat Islam. Bukan Abdul Hadi sahaja yang perlu berbuat demikian (menarik balik amanat)," katanya kepada pemberita selepas melawat 157 mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong di sini, malam ini.

Pada 19 November lalu, Nik Aziz  berkata, laporan muka depan sebuah akhbar berkenaan "Umno murtad" hari ini satu pembohongan dan fitnah terbaru ke atas beliau.

Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan.

Ahmad berkata, ini sejajar dengan titah Sultan Kelantan Sultan Muhammad V semalam yang mahukan umat Islam supaya saling menghormati dan mengelak daripada sengketa berpanjangan.

Ketika merasmikan Sambutan 100 Tahun Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), baginda berharap semua pihak menyedari betapa tingginya kerinduan umat Islam kepada kedamaian dan kerukunan serta betapa kecewanya apabila tenaga dan kekuatan umat habis tercurah dalam sengketa peperangan sesama sendiri.

Ahmad berkata, masyarakat sebenarnya keliru dengan fatwa politik yang dibawa Pas, yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan.

"Bukan orang Islam sahaja yang keliru malah orang bukan Islam juga keliru. Kita tidak boleh biarkan pihak lain menempelak orang Islam dalam hal-hal sebegini," katanya.

Beliau berkata titah baginda itu tepat pada masanya dan tidak terlewat bagi umat Islam untuk mengubah nasib mereka sendiri.

Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan beberapa bentuk bantuan kepada mangsa banjir ketika lawatannya ke beberapa tempat yang dilanda banjir esok.

TIADA PARTI YANG AKAN MENANG MAJORITI DUA PERTIGA DALAM PRU13

MENANG MAJORITI MUDAH
Di sebalik keyakinan Barisan Nasional (BN) bahawa ia boleh memperoleh kerusi Parlimen majoriti dua pertiga dengan syarat tiada elemen sabotaj dalam parti, Setiauasa Agung Pas, Datuk Mustafa Ali pula meramalkan tidak ada parti yang akan memperoleh kemenangan selesa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Image Hosted by ImageShack.us
Bercakap dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian Online di pejabatnya baru-baru ini, Mustafa berkata, jika pun Umno-Barisan Nasional dapat mempertahankan Putrajaya, parti itu hanya akan menang dengan majoriti mudah.

"Kalau Pakatan Rakyat menang pun, kita tidak akan dapat majoriti dua pertiga. Tak akan ada mana-mana pihak yang akan mendapat kemenangan majoriti dua pertiga," ujar Mustafa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,  yang juga Presiden Umno pada Perhimpunan Agung parti itu menyatakan keyakinan BN akan meraih kemenangan dengan majoriti dua pertiga jika ahlinya sendiri tidak khianat terhadap parti.

"Saya percaya bahawa musuh tidak kuat, saya percaya bahawa orang ramai akan memihak kepada Umno dan Barisan Nasional, yang saya khuatir, sikit... apa itu? .... yang saya khuatir, soal kita, kita sesama kita (dalam parti)," ujar Najib dalam ucapan penggulungannya awal bulan ini.

BN mengalami prestasi buruk pada PRU 2008 apabila hilang majoriti dua pertiga di Parlimen, selain kuasa lima kerajaan negeri.

Kini, BN memiliki 137 kerusi di Dewan Rakyat yang memperuntukkan 222 kerusi.

Ada yang meramalkan BN akan menang hanya dengan 120 kerusi, majoriti yang dilihat kian mengecil.

Ketika diaju persoalan ramalan kerusi yang akan diperoleh kedua-dua parti, Mustafa berkata, "cukup dengan saya menyebut majoriti mudah."

Malah apabila ditanya apakah Pas mungkin berpaling tadah dengan menyertai Umno-Barisan Nasional jika impian ke Putraja berkecai bersama-sama Pakatan Rakyat, Mustafa menolak sama sekali perkara seumpama itu akan berlaku.

"Tak berbangkit isu itu, tidak berbangkit," dan tambahnya, "kita benar dan kita akan terus sebagai satu dalam Pakatan Rakyat," ujar beliau.

Tuesday, 25 December 2012

TAHUN 2013 MELAYU PERLU BERUBAH

UNTUK LEBIH BAIK
Melayu satu ketika mencapai tahap tamaddun yang tinggi sehingga mampu menguasai dunia. Itu kata Dr.Mahathir menerusi sajak terkenalnya mengenai pencapaian melayu. Melayu pada satu tahap gagal mengekalkan kehebatan ini akibat leka dengan kemewahan yang didatangi penjajah sehingga ramai yang sanggup mengkianati pemimpin perjuangan mempertahankan tanah air bermula dengan pembelotan melayu kepada Datuk Maharajalela di Perak, diikuti pengkianatan melayu kepada Tok Janggut di Kelantan, Datuk bahaman dan Mat Kilau di Pahang, Datuk Hj.Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan ramai lagi pemimpin pejuang melayu dikianati oleh melayu.  
Melayu akhirnya bebas dari penjajahan dengan harapan yang tinggi diberikan kepada UMNO untuk menjaga,membela dan meningkatkan semula maruah yang tercalar kerana kelekaan nenek moyang mereka.Tetapi setelah lebih 50 tahun UMNO diberi kepercayaan itu, akhirnya,UMNO sendiri yang merosakkan ketamaddunan melayu.Buktinya boleh dilihat sendiri hari ini. 

Kalau Singapore hilang dari peta melayu kerana ketamakan melayu UMNO, kalau Genting Highland dan beribu ekar tanah rizab melayu hilang dari pegangan melayu kerana kerakusan melayu UMNO, kini ketamakan dan kerakusan melayu UMNO turut menyebabkan maruah dan harga diri melayu yang ingin keluar dari kepompong melayu UMNO tercabar hebat seolah dicabar oleh satu bangsa barbarian melayu.

Hak dan kebebasan melayu yang ingin melepaskan diri dari cengkaman UMNO nampaknya dicabar hebat.Budaya samseng semakin dijadikan carahidup oleh UMNO sesudah budaya pencacai dimulakan pada tahun 2004. Pemimpin melayu UMNO seperti kata A. Samad Said mempunyai satu telinga dan dua lidah enggan mendengar keluhan rakyat yang mahu maju dan hidup bertamaddun sebaliknya terus menerus enggan membenarkan rakyat keluar dari kepompong Hidup yang dikuasai UMNO.

Hak rakyat terus dicabuli dengan rakus dan dengan lagak tak ubah seperti barbarian.Samseng UMNO semakin meningkatkan keganasan mereka seiring dengan meningkatnya seruan dan tindakan untuk berubah melayu yang enggan bersama UMNO yang rakus.

Apa yang berlaku hari ini berpunca dari sikap dan tindakan UMNO meneruskan dasar penjajah, bukan mengubah dasar sesudah merdeka seperti diharapkan oleh majoriti melayu ketika memberi sokongan dan kuasa kepada mereka.Oleh itu, Majoriti melayu turut melarikan diri dari UMNO dan yang tinggal dalam UMNO sekarang ialah melayu barbarian yang terdiri dari pemimpinnya yang korup dan pembohong, pencacainya yang diberi makan oleh UMNO untuk mencacai,Samsengnya yang khabarnya terdiri dari golongan penghisap gam dan penggangur, kroninya yang bersikap seperti ikan haruan tasik dan segelintir melayu yang menunggu disumbat tembolok mereka.UMNO membawa melayu kembali kepada kehidupan barbarian setelah melayu sudah mampu bertamaddun.

Mana mana melayu yang ada maruah dan harga diri sudah lama meninggalkan UMNO. 
Oleh: senik

AMANAT HAJI HADI MENGAPA UMNO YANG TERASA

MAKAN CHILI TERASA PEDASNYA
Tiba-tiba sahaja isu PAS kafirkan UMNO melalui 'Amanat Haji Hadi' timbul. Sekian lama ia tidak pernah dibicarakan, tiba-tiba menjadi perbualan hangat di media seolah-olah ada perancangan rapi dan tujuan tertentu ia dibangkitkan.
Tidak dapat dinafikan bahawa UMNO sedang mencari isu untuk menyediakan suasana kondusif untuk mengadakan pilihanraya. Untuk menang, UMNO perlu mencari isu-isu yang menyerang PAS dan Pakatan Rakyat iaitu isu-isu yang boleh menjadi 'kambing hitam' untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap penyelewengan UMNO dan Barisan Nasional.

Pengakuan Deepak melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pembunuhan Altantuya dan pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap campurtangan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam urusan polis sangat merimaskan UMNO untuk menghadapi pilihanraya. Amat sukar untuk UMNO dan Barisan Nasional menang dalam pilihanraya jika mereka dalam keadaan bertahan, tidak menyerang.

Justeru, peluru 'zaman Jepun' perlu digunakan untuk menyerang balas Pakatan Rakyat. 'Amanat Haji Hadi' dilihat isu yang terbaik untuk menyerang walaupun ia adalah isu lapuk. UMNO silap jika menyangka bahawa peluru tersebut boleh mematikan sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Rakyat telah pun memahami bahawa isu ini ditimbulkan hanyalah kerana pilihanraya makin hampir.
'Amanat Haji Hadi' bukan ucapan menghukum orang UMNO sebagai kafir. Ia adalah ucapan untuk menerangkan kepada seluruh umat Islam tentang batas iman dan kufur. Tugas menerang adalah tugas yang menjadi tanggungjawab semua para pendakwah agar umat Islam tidak tergelincir daripada aqidah yang sebenar.

Perhatikan kata-kata 'amanat' tersebut: "Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku." Jelas, ia adalah amaran agar umat Islam perlu berhati-hati agar tidak mengamalkan politik suku, agama suku kerana ia boleh merosakkan aqidah.

Begitu juga perkataan: "Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam." Perkataan ini bukan bermaksud orang UMNO itu kafir, jika mati berlawan dengan mereka maka ia mati syahid. Tetapi maksud mati syahid di sini ialah mati dalam keadaan memperjuangkan Islam dan menegakkannya. Perjuangan PAS adalah jihad yang mendapat balasan pahala daripada Allah s.w.t. Jihad itu sendiri mempunyai makna yang luas yang tidak terhad pada peperangan dan pembunuhan. Ia melingkupi semua usaha dan pengorbanan sama ada masa dan harta untuk menegakkan agama Allah.

Kenyataan bahawa "Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah" menguatkan lagi bahawa 'amanat' tersebut ditujukan kepada semua orang Islam. Ia bermaksud sesiapa sahaja sama ada UMNO atau pun tidak yang mengekalkan perlembagaan sekular penjajah akan ditentang.

UMNO perlu membezakan di antara 'menerang' dan 'menghukum'. 'Menerang' adalah menyebut secara umum tanpa disebut nama individu yang terlibat sebagaimana yang terdapat dalam 'amanat' tersebut. Ada pun menghukum, ia adalah dakwaan terhadap individu tertentu. Ia bukan kerja para pendakwah tetapi ialah adalah tugas para hakim. Hakim perlu mendapatkan bukti bahawa fulan bin fulan telah mengatakan sesuatu yang menjejaskan aqidah tanpa dipaksa dan dalam keadaan jahil. Jika cukup keterangan maka hakim boleh menjatuhkan hukuman kafir terhadap individu tersebut.

UMNO umpama orang yang memakan cili dan merasai pedasnya. Adakah orang UMNO merasai bahawa mereka telah memisahkan antara politik dengan agama? Oleh kerana itu mereka merasakan bahawa 'amanat' tersebut hanya ditujukan kepada mereka sedangkan ia ditujukan kepada semua orang Islam hatta kepada orang PAS sendiri. Hakikatnya, UMNO tidak dapat membezakan di antara 'menerang' dan menghukum'. Mereka tidak perlu terasa jika mereka tidak pernah menganggap politik tiada kena mengena dengan agama. Mereka sepatutnya menyedari pentingnya agama dalam memandu politik.
SUMBER 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...