Pages

Sunday, 30 September 2012

THANIAH TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN BAKAL PERDANA MENTERI

JIKA NAJIB LEBIH TERUK DARI PAK LAH
Beberapa hari kebelakangan ini, mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dilihat begitu banyak membuka mulutnya mengenai UMNO dan politik Malaysia. Melihat kepada amalan masa lalunya, setiap butir kata-katanya banyak mengandungi maksud tersirat, selain memahami apa yang tersurat.
 
Selain meramalkan BN akan terus menang dalam pilihanraya akan datang tetapi dengan majoriti yang lebih kecil, Mahathir juga bercakap mengenai tempoh seseorang pemimpin harus memegang jawatannya, memahami isyarat untuk berundur, amalan menegur pemimpin, kerajaan pimpinan Najib yang masih lemah dan pelbagai lagi.

Tetapi yang menarik untuk diperhatikan ialah bilamana beliau bercakap tentang kerajaan pimpinan Najib yang masih lemah dan isyarat yang harus difahami oleh seseorang pemimpin bila mereka seharusnya berundur daripada jawatan yang dipegangnya.
Dengan menyebut kepimpinan Najib masih lemah dan gagal menarik sokongan rakyat, apakah ini bermakna Mahathir ingin memberi isyarat kepada rakyat dan ahli UMNO bahawa Najib sebenarnya adalah pemimpin yang gagal.

Jika diimbas proses peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada Najib dahulu, desakan agar dipercepatkan proses itu ialah agar Najib mempunyai cukup masa untuk memulihkan sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN.

Namun selepas lebih tiga tahun berlalu dan ternyata kerajaan yang dipimpin Najib bukannya beransur pulih atau bertambah kuat, sebaliknya bertambah lemah. Ini bermakna Najib telah gagal sama-sekali sebagai Perdana Menteri.

Oleh kerana di masa yang sama Mahathir yakin UMNO dan BN akan kekal tetapi dengan majoriti yang lebih tipis berbanding 2008, bermakna kedudukan kerajaan menjadi tidak stabil. Ini sekaligus membawa maksud bahawa Mahathir mahukan ahli UMNO bersiap sedia untuk menukar pemimpin dan menggantikan Najib dengan pemimpin lain yang lebih berwibawa. Jika Najib tidak digantikan, UMNO dan BN akan menjadi terus lemah dan boleh membawa akibat yang lebih buruk dalam piliharaya umum ke 14 nanti. Itulah andaian Mahathir.

Perkara kedua yang disebut Mahathir yang menarik untuk diperhatikan ialah apabila beliau menyebut tentang isyarat yang harus difahami oleh seseorang pemimpin bila seharusnya mereka berundur. Walaupun berjaya menjadi PM selama 22 tahun dan diberikan beberapa kali isyarat oleh rakyat dan ahli UMNO terhadap kepimpinannya, kelebihan Mahahir ialah beliau akhirnya berjaya mengatasi segala rintangan itu melalui kepintaran dan kelicikannya bermain politik.

Bagi Mahathir pula, cabaran yang dihadapinya itu lebih menunjukkan sikap keterbukaannya terhadap amalan demokrasi yang diamalkan oleh UMNO itu sendiri. Sebab itu dengan bantuan kepungan kuasa, beliau berjaya menjadi PM selama 22 tahun.

Bagi Mahathir, tidak kira sama ada seseorang itu lama atau baru menjadi pemimpin, jika wujud isyarat yang mahukan seseorang itu berundur, mereka haruslah memahami dan segera respon terhadapnya.

Jika isyarat berundur ini dikaitkan dengan kepimpinan Najib, ia sebenarnya sudah banyak kali muncul. Cuma Najib saja yang tidak mahu memahaminya kerana merasakan belum puas mengempuki kerusi kuasa sebagai Perdana Menteri.

Najib sendiri pun sebenarnya memahami penolakan rakyat yang makin melebar terhadap kepimpinannya. Sementara Najib menganggap penolakan rakyat itu belum sampai ke tahap isyarat untuk berundur, Mahathir pula cuba memberi bayangan sebaliknya. Sebab itu sehingga ini beliau masih belum terjumpa tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihanraya. Dengan mengumumkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO tahun ini akan diadakan pada 27 November hingga 1Disember depan, kebarangkalian yang nyata ialah pilihanraya tidak mungkin diadakan pada tahun ini.

Pilihanraya mungkin diinjak ke penghujung tarikh luput pembubaran Parlimen iaitu April 2013. Dengan menunda tarikh pilihanraya, Najib mengharapkan beliau masih mempunyai ruang dan masa untuk menarik semula sokongan rakyat, terutama melalui Bajet 2013 yang akan dibentangkan 28 September depan.

Sebagai langkah untuk menarik sokongan rakyat, sambutan Thaipusam, tahun baru 2013 dan Tahun Baru Cina pada awal tahun depan dipercayai akan dimanfaatkan sepenuhnya oeh Najib dengan beberapa pengumuman serta pemberian habuan lagi.

Apa yang menarik, Mahathir sebenarnya sudah beberapa kali bercakap mengenai kerajaan pimpinan Najib yang semakin lemah sekarang ini. Meskipun Mahathir dilihat rapat dan sentiasa menyokong Najib, tetapi beliau seringkali juga menyebut mengenai isu kerajaan yang lemah ini.

Mengenai isyarat berundur pula, beliau pernah menyebutnya lama dahulu. Tetapi dengan menyebutnya kembali di ketika ini, di ketika Najib sedang bergelut antara hidup dan mati dalam politik, ia tentunya mempunyai maksud tersendiri. Dan mengenali perwatakan Mahathir, cakapnya jarang tidak mempunyai maksud.

Cubalah ingat kembali ketika beliau berkrisis dengan Musa Hitam dan Anwar Ibrahim dahulu. Banyak ucapannya ketika itu yang mempunyai maksud tersirat lebih daripada yang tersurat. Beliau menyindir tentang gandingan 2M dan beberapa kali menyebut tentang sejarah Brutus yang sanggup menikam Julius Ceaser. Begitu juga ketika beliau tidak mahu lagi menyokong Ghafar Baba yang dicabar oleh Anwar Ibrahim, ungkapannya penuh sindiran ketika itu.

Sebenarnya itulah stail Mahathir. Beliau akan memberi bayangan dan sindiran terlebih dahulu terhadap sesuatu perkara yang ingin diusahakannya. Kemudian membiarkannya menjadi khabar angin dan diperkatakan oleh ramai orang. Akhirnya ia akan meresap dalam pemikiran dan tidak ada sesiapa yang terperanjat jika ianya menjadi kenyataan.

Dalam konteks pilihanraya yang semakin hampir dan pemilihan UMNO selepas itu, Mahathir kini seperti memulakan langkahnya sebagai pencatur dalam menentukan kepimpinan UMNO seterusnya. Sebagaimana beliau berjaya menjatuhkan Pak Lak melalui gerakan dan road show ke seluruh negara dahulu, Najib kini bakal menerima nasib yang sama.

Beliau mula menyebut tentang kerajaan yang lemah dan kegagalan Najib memulihkan keadaan. Kemudian beliau juga menyebut tentang isyarat berundur yang harus difahami oleh seseorang pemimpin itu. Jelas bahawa ia ditujukan kepada Najib.

Meskipun tidak ada pemimpin atasan UMNO yang mengulasnya tetapi ia kini mula menjadi percakapan di pelbagai peringkat dalam UMNO. Pemimpin atasan bercakap, pemimpin bahagian bercakap, pemimpin cawangan juga bercakap. Ahli UMNO biasa dan broker politik juga mulai bercakap mengenainya.

Dan secara automatiknya nama Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO mulai menjadi sebutan di mana-mana sebagai watak yang bakal mengisi kedudukan Najib sekarang. Mahathir nampaknya telah berjaya mempromosi nama Muhyiddin sebagai bakal pengganti Najib. 
Oleh :  Shahbudin Husin

Thursday, 27 September 2012

BAJET 2013 BAJET JANJI DITEPATI BAJET 1MALAYSIA

BAJET UNTUK RAKYAT
Pembentangan bajet 2013 yang akan dibuat oleh Perdana Menteri tentunya akan mengambil kira faedah yang akan diperolehi oleh kerajaan dalam memenangi dan menambat hati rakyat. Sudah tentunya banyak imbuhan atau ole-ole yang menguntungkan rakyat akan diumumkan. Ada yang mengatakan Bajet pemurah dan menyenangkan rakyat.
Perkataan "JANJI DITEPATI" dan "1MALAYSIA" tentunya akan disebut berkali-kali bagi menyakinkan rakyat tentang janji yang telah dilaksanakan atau akan dilaksanakan selepas belanjawan 2013. Keberkesanan 1Malaysia yang di bawa oleh Perdana Menteri bagi menyatukan rakyat Malaysia juga akan terus dijulang.  Begitu juga dengan perkataan Transformasi Kerajaan. Setiap kali ianya disebut tentunya akan ada tepukkan dan teriakan gemuruh dari Ahli Parlimen Kerajaan. 

Apakah tema belanjawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri nanti. Mungkinkah temanya "BAJET JANJI DITEPATI" akan diguna pakai sebagai tema belanjawan. Ini bertepatan dengan tema Hari kebangsaan yang mengguna pakai "55 TAHUN JANJI DITEPATI" ataukah mungkin temanya "BAJET 1MALAYSIA". Perkataan Janji Ditepati dan 1Malaysia merupakan perkataan yang paling kerap digunakan dalam ucapan Perdana Menteri dan juga jenama mana-mana program yang dianjurkan oleh kerajaan.

Pembentangan Belanjawan alternatif 2013 Pakatan Rakyat yang dibentangkan semalam telah menggunakan tema "Ekonomi Rakyat Negara Berkat". Ia  memberi penekanan kepada tiga agenda memacu kebajikan rakyat:

[a] meningkatkan pendapatan sebenar rakyat dan mengurangkan tekanan kos sara hidup,

[b] membina kumpulan rakyat berkeusahawanan dengan daya saing kompetitif dan

[c] mendaya masyarakat untuk mencapai keadilan dengan kemuliaan dan rasa penuh bangga.
Apakah agenda yang sama akan diguna pakai oleh Perdana Menteri seperti mana beberapa idea yang hampir sama yang terdapat dalam Buku JINGGA 13 yang diumumkan oleh pembangkang sebelum ini di gunakan sebagai idea kerajaan. Tidak mengapa asalkan ianya untuk kebaikan rakyat.

Rakyat tentunya mengharapkan imbuhan dan ole-ole dalam pengumuman bajet kali ini. Banyak ramalan yang mengatakan Perdana Menteri akan memberikan sesuatu kepada rakyat yang membuatkan rakyat rasa berjasa kepada Kerajaan. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan sudah tentu mengambil ruang dan peluang untuk meminta rakyat mengenang jasa kerajaan. Sebagai tanda rasa terima kasih rakyat sudah tentunya diminta memilih kerajaan dalam PRU13.

Perdana Menteri tentunya menggunakan kekuatan bajet kali ini untuk memastikan rakyat menyokong kerajaan. Berbelanja lebih untuk menarik hati rakyat sudah tentu digunakan dalam bajet kali ini. Ini kerana bajet yang akan dibentangkan akan digunakan sebagai senjata terakhir kerajaan untuk menarik sokongan rakyat dalam PRU nanti. Ayat-ayat rayuan kepada rakyat dan sindiran sinis dan tajam kepada pembangkang tentunya akan diucapkan dalam pembentangan bajet ini

Apa yang pasti tentunya Perdana Menteri akan memberi imbuhan tunai seperti BR1M2 dan juga bonus untuk Kakitangan Awam selain dari insentif untuk peniaga dan pengusaha kecil dan pembayar cukai untuk menarik perhatian rakyat. .

Ada yang mengandaikan Perdana Menteri akan membuat kejutan yang tidak dijangkakan dalam bajet kali ini.  Kejutan bagi rakyat jika Perdana Menteri mengumumkan sesuatu yang betul-betul kejutan contohnya jika Tol dihapuskan, PTPTN dimansuhkan, BR1M2 RM5000 bagi setiap keluarga. Bonus Kakitangan Awam 3 bulan gaji atau kenaikan gaji 50%. Jika Sekadar Bonus 1 bulan gaji, BR1M2 RM500, pemansuhan caj PTPTN atau pengurangan tol atau cukai yang sedikit ianya bukanlah kejutan pada rakyat. Ianya adalah ulangan yang sama seperti belanjawan yang lepas cuma jika ada lebih pun kerana pilihanraya tidak lama lagi.

Apa yang diharapkan pengumuman Bajet 2013 yang akan dibentangkan akan dapat memberi untung kepada semua rakyat. Biarlah belanjawan kali ini betul-betul untuk menjaga kebajikan rakyat bukan untuk menjaga pemimpin rakyat.

PRU 13 SUDAH BERSEDIAKAH PAKATAN RAKYAT

TAKUT MASIH BERMIMPI
Teman tidak berniat mereka-reka cerita yang boleh menjadi fitnah, yang dosanya amat besar. Teman sekadar menyuarakan apa yang terlintas difikiran teman yang teman yakini boleh membawa kesan buruk khususnya kepada PAS dan Pakatan Rakyat amnya dalam PRU13 yang akan datang. Namun begitu teman sedar bahawa apa yang berlaku, yang telah berlaku dan akan berlaku kesemua adalah ujian-ujian kehidupan yang perlu kita lalui yang telah ditentukan oleh Allah.




Bagi mereka yang berjaya menjalani ujian-ujian tersebut dengan redo, dalam masa yang sama dia beriman kepada Allah dan Rasulnya dengan erti kata iman, islam dan ihsan yang sebenarnya, maka tidak sia-sialah umur yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Diakhirat nanti akan dia dapati bahawa kesenangan, kemewahan, kuasa dan kemegahan yang dikejar oleh sebahagian besar manusia semasa didunia sehingga sanggup berpuak-puak, berbunuh-bunuhan, fitnah-memfitnah, tipu-menipu sesama sendiri, adalah kebodohan yang nyata kerana terpedaya dengan nafsu dan hasutan iblis syaitan.

Pengumuman pemimpin tertinggi UMNO bahwa persidangan UMNO akan diadakan dari 27 November hingga 1 Disember ini adalah suatu strategi unggul untuk memberi pukulan maut kepada PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya. Betapa tidak, selama tempoh tersebut, bolehlah kita katakan bahawa UMNO sebenarnya menjalankan kempen PRU13 secara berpusat. Seluruh mekanisma pentadbiran kerajaan akan mereka gunakan supaya seluruh perhatian rakyat jelata tertumpu kepada persidangan tersebut. Nyatakan apa sahaja bentuk mekanisma yang ada: akhbar, radio, TV, internet… kesemuanya akan digunakan. Segala saluran TV seperti yang tersenarai dalam package percuma Unifi akan menonjolkan kehebatan UMNO dan kekuasan mereka. Muka dia sahajalah yang akan keluar.

Segala perkara yang mereka anggap buruk dalam PAS dan Pakatan Rakyat akan mereka perbesar-besarkan, ibarat seekor semut yang melata akan digambarkan sebagai seekor Gajah yang menakutkan. Fitnah dan tohmahan akan ditabor dan tidak satu pun kejayaan Kerajaan-Kerajaan Negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dianggap baik.   

Selepas puas mereka menghentam PAS dan Pakatan Rakyat semaksima yang mungkin, tanpa memberi peluang dan ruang yang sama kepada pihak yang dikecam itu membela diri, mereka akan mengumumkan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan PRU 13. Dalam firasat teman, PRU13 akan diadakan sebelum perayaan hari krismas 25 Disember 2012 (Walau apa pun, Allah lebih mengetahui).

Tempoh yang pendek akan diberikan untuk “tempoh berkempen” – mungkin 2 minggu sahaja.  Dalam tempoh yang singkat ini, PAS dan Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah ditanam dalam kepala rakyat selama mereka bersidang. Bukankah persidangan UMNO itu sengaja diadakan sebagai strategi utuh untuk memberi pukulan maut kepada PAS dan Pakatan Rakyat? Itulah yang terlitas dalam kepala teman.

Lantaran itu, PAS dan Pakatan Rakyat perlu berbuat sesuatu untuk menutralkan segala tohmahan dan fitnah yang dileparkan. Tempoh rasmi berkempen tidak akan mampu untuk menjawab segala tohmahan dan fitnah yang akan dileparkan oleh UMNO. Jalan yang teman lihat yang perlu diambil adalah ibarat orang bertarung digelanggan persilatan. Setiap serangan perlu ditepis dan jurus balas dilancar dalam masa yang sama. Tidak perlu ditunggu “tempoh berkempen” untuk menjawab tohmahan dan fitnah lawan.

Mudah-mudahan Allah memberi pertolongan dan kemenangan kepada orang-orang yang berusaha untuk mendaulatkan agama yang diredoinya. Takbir.

Wednesday, 26 September 2012

BAJET 2013 KAKITANGAN AWAM DAPAT BONUS RAKYAT DAPAT BR1M2

BAJET MURAH HATI
Bonus dan BRIM2 adalah perkara yang di tunggu-tunggu oleh kakitangan Kerajaan dan Rakyat dalam pengumuman bajet 2013 yang akang dibentang oleh Perdana Menteri pada 28 september ini. Berdasarkan cakap-cakap dan rumus-rumus kedua-dua perkara ini hampir pasti akan menjadi perkara penting yang bakal diumumkan.
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memang berharap kerajaan dapat memberi bonus 2 bulan gaji. Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata  Cuepacs memohon kerajaan memberi bonus 2 bulan gaji kepada 1.4 juta kakitangan awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan.

Menurutnya  dalam sejarah, kita tidak pernah dapat bonus 2 bulan gaji. Bonus terbaik yang pernah diberi kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam ialah bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Yang pastinya ole-ole untuk kakitangan kerajaan pasti ada samada ia merupakan bonus atau imbuhan-imbuhan yang lain.

Bagi rakyat sudah tentunya BRIM2 menjadi ole-ole yang dinantikan dalam bajet 2013. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini pernah berkata kerajaan akan membuat keputusan tidak lama lagi sama ada pusingan kedua Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) akan dilaksanakan atau tidak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan perlu melihat kepada kemampuan dan pengurusan kewangan negara. 

"Saya akan melihat aliran tunai kerajaan tidak lama lagi untuk memutuskan sama ada kita mampu untuk melakukan BR1M kedua dan pada masa sama memastikan disiplin fiskal." 

Najib juga berkata semua golongan rakyat akan menikmati "sesuatu" daripada Belanjawan 2013.

"Akan ada sesuatu untuk rakyat tetapi anda perlu tunggu pembentangan Belanjawan itu," katanya. 

Memandangkan bajet ini adalah bajet terakhir sebelum PRU 13. Sudah tentunya Perdana Menteri akan cuba mencari seberapa banyak sokongan daripada rakyat melalui bajet yang akan dibentangkan. Semestinya banyak ole-ole yang akan dibahagi-bahagikan kepada rakyat.  Sama-sama lah kita tunggu apakah yang akan diberi oleh Perdana Menteri kepada Kakitangan Kerajaan dan rakyat dalam bajet 2013.

BAJET 2013 BAJET PRU 13

BAJET PILIHANRAYA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan bajet yang menyenangkan pengundi dengan meletakkan keutamaan memenangi pilihan raya daripada menyentuh hutang negara yang makin membebankan.
NONE
Menurut pakar ekonomi, Najib mungkin menangguhkan pembaharuan - untuk meluaskan asas cukai dan mengurangkan kebergantungan terhadap sumber minyak - ketika mengumumkan langkah membantu keluarga miskin yang bergelut untuk menyara hidup.
Pendapatan kukuh pada 2012 membolehkan kerajaan bersikap pemurah dalam bajet tahun depan tanpa membimbangkan pasaran kewangan, lapor Reuters.

Bagaimanapun, lapor agensi berita antarabangsa itu lagi, tanda-tanda kemerosotan fiskal akan menambah kebimbangan pelabur ekoran kemerosotan yang konsisten dalam kewangan Malaysia.

Fitch Ratings pada Ogos lalu berkata, kewangan awam Malaysia lemah berbanding kedudukan negara lain sebarisnya dan setanding dengan negara yang mempunyai hutang tinggi seperti Itali dan Israel.

"Jelas sekali ia akan menjadi bajet pilihan raya. Ia akan bersifat pemurah," Irvin Seah, pakar ekonomi di Bank DBS Singapura, dipetik sebagai berkata.

"Pada tahap ini, keperluan pada sokongan politik akan menjadi keutamaan berbanding pertimbangan ekonomi."

BELANJAWAN ALTERNATIF 2013 PAKATAN RAKYAT

TIDAK BERASASKAN DASAR KAUM
 
Belanjawan alternatif 2013 Pakatan Rakyat mengandungi peruntukan untuk tindakan afirmatif tidak berasaskan kaum, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Membentangkan dua hari lebih awal daripada belanjawan nasional, Anwar berkata, tindakan itu diambil ekoran pengalaman mentadbir negeri-negeri Pakatan Rakyat.

"Negara mesti bergerak ke fasa baru kerana dasar bumiputera telah disalah guna untuk memperkayakan beberapa pihak sahaja.

"Sokongan (kepada yang memerlukan) melalui tindakan afirmatif akan diteruskan tetapi tidak perlu berdasarkan etnik untuk membantu golongan miskin," katanya.

Beliau menambah, di Selangor dan Pulau Pinang, dasar seperti skim mikro kredit tidak berasaskan kaum, tetapi sebahagian besar bumiputera menerima manfaatnya.

"Ini bermaksud, kaum India yang layak juga akan dibantu, dan ini tidak merompak hak orang Melayu," katanya.

Belanjawan alternatif itu juga mensasarkan tindakan untuk membatalkan 1Malaysian Development Berhad (1MBD) yang ditubuhkan kerajaan, dengan semua kepentingannya diambil alih oleh cabang pelaburan persekutuan Khazanah Malaysia.

Menteri kewangan akan membentangkan belanjawan 2012 pada Jumaat depan.

Tuesday, 25 September 2012

BERITA BAIK BAJET 2013

PEMBENTANGAN BELANJAWAN
"Kerajaan BN akan membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 Sept 2012 nie...

Oleh itu amat wajar diperkatakan disini apakah pemahaman yang perlu kita fahami sebelum mendengar tepukan meja-meja di Parlimen... dan membaca berkajang-kajang butiran Belanjawan...

Perhatian umum semestinya tertumpu ke atas "BERITA BAIK" yang kita harapkan....

Hakikatnya, "BERITA BAIK" ini hanyalah khayalan...Apa pun "ole-ole" yang kita dapat ..kita membayarnya dengan cara yang lain.."Ole-ole" ini bukan DUIT PERCUMA yang dihulurkan oleh kerajaan..."Ole -ole" ini dibayar dengan DUIT CUKAI KITA !!!!!!!!...

Hakikatnya, "BERITA BAIK" ini hanyalah khayalan...Apa pun "ole-ole" yang kita dapat ..kita membayarnya dengan cara yang lain.."Ole-ole" ini bukan DUIT PERCUMA yang dihulurkan oleh kerajaan..."Ole -ole" ini dibayar dengan DUIT CUKAI KITA !!!!!!!!...

Ia dipanggil Belanjawan kerana Kerajaan ..sama seperti kita ..mempunyai satu jumlah wang yang tetap dan terhad untuk digunakan setiap tahun....

Kerajaan memperolehi wang daripada cukai..seperti cukai pendapatan dan korporat..dan pelbagai duti eksais dan tarif..dan tentunya ..royalti petroleum..Ini mengisi dompet Kerajaan..dan apabila ia keluar dari dompet..ianya adalah untuk perbelanjaan membayar kakitangan Kerajaan...menanggung penjagaan kesihatan dan pendidikan dan pembangunan negara ..dan tentunya.."berita baik" utk kita....

Pada saat ini ..kita perlu prihatin bahawa "BELANJA" Kerajaan BN TELAH MELEBIHI HASIL SEJAK 1998...JURANG INI TELAH DITAMPUNG OLEH PINJAMAN...ATAU DALAM ERTI KATA BERHUTANG a.k.a HUTANG...KETIKA INI HUTANG NEGARA BERADA DIPARAS RM456.1 BILLION BERSAMAAN 53.5%-54% DARIPADA KADAR DALAM NEGARA KASAR.

Senang kata jika setiap Belanjawan ..Kerajaan tidak membelanjakan sehingga melebihi Belanjawan maka Malaysia tidak perlu untuk menambah hutang seperti sekarang....

BELANJAWAN boleh juga diertikan sebegini...

BELANJAWAN ADALAH MENGENAI PILIHAN - TAMBAH RM1.00 DISINI BERMAKNA KURANG RM1.00 DISANA.

Ertinya;...SETIAP RINGGIT a.k.a RM "OLE-OLE" YANG KITA "DAPAT" ADALAH BERSAMAAN RM1.00 DIKURANGKAN UNTUK PERKARA PENTING LAIN YANG SEPATUTNYA KITA DAPAT JUGA... CONTONYA SEPERTI PENJAGAAN KESIHATAN ATAU PENDIDIKAN...
Semestinya selepas Belanjawan diumumkan..dibentangkan..disurahkan panjang lebar berkajang-kajang sampai lewat petang...esoknya pula..media massa..pro-kerajaan wajib utk memastikan kegembiraan Kerajaan dan Media Massa pro-kerajaan sentiasa berada didalam mood ceria-gumbira laksana hari raya dan membiarkan tumpuan diberikan kepada 'BERITA BAIK" kerana.....IA BOLEH MENGELAKKAN PERBINCANGAN DAN PERDEBATAN KE ATAS ISU YANG BENAR-BENAR PENTING ...iaitu..:- ...jeng jeng jeng jenggggg......!!!!!!!!!!!!!

1- Kebertanggungjawapan... Adakah matlamat Belanjawan tahun lepas dipatuhi dan dilaksanakan..???????????

2- Betapa berkesan wang tersebut dibelanjakan..????..Adakah pembekal memberikan nilai..??? ..Adakah Kerajaan membayar berlebihan untuk perkhidmatan..????

3- Berapa besar sepatutnya Belanjawan akan datang..?...Lebih besar tidak semestinya lebih baik...Sebab lebih besar juga bermakna CUKAI YANG LEBIH TINGGI ATAU PINJAMAN KERAJAAN YANG LEBIH BESAR...HUTANG BESAR DAAAA....

4- Setelah kita membuat keputusan berapa besar jumlah Belanjawan yang sepatutnya...bagaimana pula wang tersebut harus dibelanjakan..????... Contohnya...

RM4.78 Billion telah diperuntukan utk pendidikan dan latihan pada 2012...Adakah itu terlalu banyak..???..terlalu sedikit..???....Adakah kita perlu mengurangkan perbelanjaan pendidikan dan melebihkan penjagaan kesihatan yang cuma memperolehi RM13.7 Billlion...???...Patutkah kita naikan subsidi..??? Tetapi jika kita naikkan subsidi....kuranglah wang untuk pendidikan dan penjagaan kesihatan dan lain-lain perkara...????

Untuk itu ..sewajarnya kita sebagai rakyat Malaysia bukan sahaja setakat mendengar dan bergembira dengan Belanjawan yang disurahkan oleh pemimpin Kerajaan...kita pelu ada sifat ingin tahu yang extremm..extra..ultra..tanya kan lagi kepada pemimpin kita setelah kita mendengar dan melihat Belanjawan 2013 ini...tanya lagi...

Apadianie Belanjawan-Belanjawan..nie..???... Untuk apa Belanjawan-Belanjaan nie...???

Habih tue..apa yang nak jadi dengan Belanjawan-Belanjawan nie..????

Adakah cukup utk kita ....macam nak jadi Polis soal siasat penjenayah..tanya mcm-mcm soalan kat kerajaan ..cukup ka..???

Namun..apa yang pasti..Kita a.k.a Rakyat Malaysia..perlu mengakui..Kita tidak boleh banyak bersuara dalam menentukan bagaimana Bajet dibelanjakan...sekiranya kita masih memastikan majoriti 3/4 kerusi atau majoriti mudah didalam Parlimen yang memihak kepada Kerajaan yang memerintah sekarang....

So..PRU13 nie..pandai2lah hampa ..nak pangkah undi "Syaitan Dikenali atau Malaikat yang tidak dikenali"... huhuhu

*usinkata:- ...segala teks diatas adalah copy paste dan sedikit edit tambah campoq ayat dari aku... aku cilok dari sebuah buku bertajuk: BAJET : Bagaimana kerajaan membelanjakan wang KITA ...ditulis oleh Teh Chi Chang."
SUMBER 

ORANG MELAYU KENA KETEPIKAN TANGGAPAN KOLOT INI

CARA BERFIKIR MELAYU KENA BERUBAH
Orang Melayu mesti buang dan singkirkan pemikiran ini. yakni, jangan fikir bahawa masa depan kita, kemakmuran kita hanya UMNO boleh buat. Orang Melayu bukan UMNO pun boleh buat lagi baik. Yang pegang tampuk kuasa tidak boleh lama mengelak dari melakukan apa yang dikehendaki oleh majority. Orang Melayu majority kan? You cant dismiss the majority.
Lim Guang Eng, KM Pulau Pinang. Dalam mengurus negeri tersebut, dia tak mampu mengenepikan kehendak orang Melayu disana. Dia tahu reality politik Malaysia. Pengajaran nya ialah sesiapa pun yang memerintah, kalau dia peka dan akur kepada kehendak majority, akan selamat.
 
Orang Melayu mesti bersatu. Tapi bukanlah bersatu dibawah UMNO. Bersatulah dalam fikiran bahawa melalui bertindak seirama dan senada, merekalah yang ada kuasa dan daulat untuk menentukan bagaimana negara ini ditadbir. Kita mungkin ada kerajaan PR yang memerintah- tapi selagi orang Melayu bertindak secara kolektif, kerajaan PR pun tidak boleh lakukan selain daripada apa yang dikehendaki oleh bangsa Melayu. Itulah faktanya.
 
Bersatulah orang Melayu tapi tidaklah ia bermaksud bersatu dibawah UMNO. Kita mesti ingat pengorbadanan orang2 dahulu, tapi janganlah kita ingat yang berkorban dahulu2 hanya orang UMNO.
 
Masaalah UMNO sekarang ialah ia gagal memncerminkan kehendak majority dalam pemimpin nya, dalam kepimpinan merka, dalam dasar dan wawasan mereka dan dalam mutu penyokong dan ahli mereka. Adakah majority Melayu biadab dan kebiadaman mereka diwakili oleh pembaling batu dan cat kearah kenderaan Anwar Ibrahim. yang tonggeng bontot didepan rumah Ambiga- adakah mereka mewakili kebiadaban orang Melayu?
 
Hidup dan mati kita bukan disebabkan UMNO. Kalau orang Melayu yang beragama Islam berfikiran bahawa semua nya kerana dan untuk UMNO, itu sudah kufur. Jadi, banish the thoughts that only UMNO can serve orang Melayu. Kita biarkan orang UMNO jadi lembu, majority kita orang Melayu bukan sahaja tidak mahu jadi lembu tapi juga tidak rela dilembukan!
 
Kalau kita berkehendakkan sangat supaya orang Melayu jadi ketua, kita pilih orang Melayu. Antara calun MCA dan calun Melayu bukan UMNO bertanding, pilih orang Melayu. Kalau Melayu DAP lawan cina MCA, pilih Melayu DAP. Kalau Melayu PAS lawan Melayu UMNO, pilih yang terbaik diatara mereka. Jangan pilih Melayu UMNO walaupun kita tahu dia penyangak dan gangster dan kaki sapu duit. Salah fikiran begitu. Kalau orang Melayu nak selamat- maka perkiraan yang paling selamat, kalau Melayu lawan Cina , pilih Melayu. Kalau Melayu lawan Melayu pilih yang lebih baik.
 
Orang Melayu tidak ikat janji dengan UMNO. Jadi relakslah. Kita tak ikrar, sesungguhnya solat ku, ibadahku, hidupku dan mati ku kerana UMNO pemerintah alam kan? Tak kiamat dan tidak kafir kita kalau singkirkan UMNO.
 
Najib kata kalau UMNO kalah, masa depan orang Melayu akan muram. Ek betul dia dan UMNO. Macamlah dia dan UMNO sahaja yang boleh menjaga kebajikan orang Melayu.
 
Sebuah kerajaan yang majoritinya Melayu pun boleh buat lebih baik dari UMNO. Penjagaan dan perlindungan kebajikan dan kepentingan orang Melayu tidak bersyaratkan UMNO sahaja yang boleh lakukan. UMNO dah perintah sejak tahun 1955 dan semenjak merdeka iaitu selama 55 tahun. UMNO dapat masa tersebut dan masih gagal nak lakukan yang sepatutnya dilakukan. Itu sudah bukti kuat, UMNO tidak mampu lakukan apa yang mereka janji. Sudah tiba masa nya, kita tendang UMNO keluar dan gantikan dengan kerajaan PR dimana majority pemimpin nya tetap juga Melayu.
 
Apa yang kita lihat pada UMNO? Kita lihat bahawa setiap pemimpin UMNO melihat kedudukan dan jawatan yang mereka dapat sebagai punca mencari rezeki dan kekayaan. UMNO penuh dengan pemimpin yan rasuah. Tak masuk akal seorang naib preisden UMNO boleh beri isteri muda RM 200 ribu dan RM 1 juta seminggu!. Tak masuk akal pemimpin UMNI dengan gaji menterinya boleh memiliki lebih dari 12 buak kereta mewah. Kita tak boleh terima Noh Omar bekalkan benih padi melalui syarikat proxy nya. Semua menteri UMNO korap dan rasuah. Mukhriz dan Mutapa Mohamad dikatakan telah mengagihkan 100 juta saham FGV antara mereka berdua. Orang Melayu peneroka Felda yang berjumlah 112, 000 orang hanya dapat 800 unit saham seorang.
 
Janganlah orang Melayu menerima amalan rasuah sebagai suatu kebiasaan. Punah orang Melayu. Jangan kita biarkan UMNO melakukan sesuka hati atas nama bangsa kita. Jika tidak, akan tiba suatu hari nanti,kita merelakan pemimpin UMNO masuk kedalam rumah kita meniduri isteri dan anak kita. Tapi oleh sebab kita membiasakan diri kepada kemungkaran, kita kata ok sebab pelaku nya bansga Melayu yang buat perkara itu atas nama bangsa Melayu!. Hidup Melayu jerit kita.
 
UMNO tidak lagi melihat kuasa dan kedudukan sebagai wadah untuk berkhidmat kepada rakyat. Kita tidak mahu lagi pemikiran demikian pada pemimpin kita. Dan kita ada kuasa memilih. Kalau kita pilih UMNO, maka kita akan pilih mereka yang akan mengayakan diri mereka dan mengenepikan khidmat kepada rakyat.
Melayu tetap Melayu dan tetap beragama Islam walaupun mereka bukan berada dalam UMNO. Perkara ini kita kena sedar. Orang Melayu dalam PAS tetap Melayu. Orang Melayu dalam PKR tetap Melayu. Orang Melayu dalam DAP pun tetap Melayu. Melayu mereka tidak kurang dari Melayunya UMNO dan tidakkah kita bongkak dan angkuh kalau berfikiran bahawa pemikiran mengenai soal2 Melayu orang UMNO lebih tinggi darjatnya dari pemikiran soal2 Melayu mereka yang ada diluar UMNO.

Monday, 24 September 2012

MASIH ADA PEMIMPIN YANG NAK GUNA SLOGAN SIFAR PEMBANGKANG

BUAT KERJA JAGA RAKYAT
BN Johor bertekad mempertahankan 26 kerusi parlimen di negeri ini yang sekaligus memberi sumber kekuatan kepada BN untuk mengekalkan perkhidmatan kepada rakyat.
Menegaskan demikian, pengerusinya Datuk Abdul Ghani Othman berkata usaha sudah dilakukan dengan menggerakkan tenaga di peringkat akar umbi.
                                                                         Baca di sini
Ini termasuk menggabungkan jentera parti komponen di 922 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan meletakkan lebih 160,000 anggota parti bersiap siaga di bawah pelbagai portfolio di pusat-pusat daerah mengundi.

"Denyut nadi keyakinan sudah pun dirasai di setiap peti undi. Hampir separuh daripada 1.5 juta pengundi di negeri ini adalah anggota parti BN. Inilah sumber asas kekuatan kita.

"BN Johor menaruh keyakinan yang tinggi untuk meraih sokongan yang kuat di semua kerusi parlimen melalui sokongan asas anggota BN dan diperkukuhkan pula oleh perpaduan Melayu yang utuh di segenap ceruk negeri," katanya.

Abdul Ghani yang juga Menteri Besar Johor berucap pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan berkelompok Umno bahagian-bahagian Johor oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di Johor Bahru, semalam.

Beliau berkata BN Johor yakin rakyat negeri ini mampu menilai masa depan agama, bangsa dan tanah air yang tidak boleh diserahkan kepada pakatan yang palsu serta tidak rela masa depan anak cucu mereka diperjudikan kepada suatu pakatan yang tidak sepakat perjuangannya.

Menurut Abdul Ghani sokongan rakyat Johor terhadap BN kukuh sejak dahulu lagi apabila memenangi 232 daripada 234 kerusi parlimen yang dipertandingkan sejak 1959.

Katanya, rekod itu mencerminkan Johor merupakan kubu kuat BN yang bukan datang dengan sendirinya tetapi menerusi perpaduan, kegiatan bersama rakyat sepanjang tahun, kerja keras dalam setiap pilihan raya serta perkhidmatan yang amat meyakinkan rakyat.

"Kita (BN Johor) sudah menempuh 12 pilihan raya umum sejak merdeka. Hanya dua kali kita kehilangan kerusi parlimen iaitu di Kluang pada 1978 dan Bakri pada 2008.

"Di Dewan Undangan Negeri, kita turut cemerlang dengan memenangi 459 kerusi daripada 576 yang dipertandingkan sepanjang tempoh itu," tegasnya.

- Bernama

NEGERI SENDIRI PUN ADA MASALAH AIR NAK GERTAK ORANG PULAK

ISU AIR
 








Sunday, 23 September 2012

ISTIADAT PERSANDINGAN PUTERI SULTAN BRUNEI

PUTERI KE LIMA
Istiadat bersanding merupakan acara kemuncak istiadat perkahwinan Diraja yang telah bermula sejak 16 Sept lepas yang dikenali sebagai "musim Istiadat Diraja" yang berlangsung selama 10 hari dan bakal berakhir Selasa ini. Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, merupakan lulusan sarjana perniagaan antarabangsa dari University of Hertfordshire, United Kingdom dan merupakan anakanda kelima Sultan Brunei.  Pasangannya Pengiran Haji Muhammad Ruzaini, yang bertugas sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas di Bahagian Perancangan dan Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Jabatan Perdana Menteri adalah lulusan ijazah ekonomi dengan kepujian dari University of Coventry, England. 
 
  Cendermata
Akad Nikah
   

NAK TAU KENAPA PEMIMPIN SARAWAK KAYA RAYA INI SEBABNYA

 KURANG UPAYA INTELEKTUAL
Seramai 800,000 penduduk daripada 28 juta populasi negara ini merupakan golongan kurang upaya intelektual, kata Presiden Special Olympics Malaysia(SOM) Datuk Muhammad Feisol Hassan.

Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) sebanyak tiga peratus daripada populasi penduduk dunia mengalami masalah kurang upaya intelektual dan Sarawak mempunyai 75,000 golongan kurang upaya intelektual. 
Beliau berucap di majlis perasmian Kelab Olimpik Khas di sekolah dan sambutan perayaan Hari Olimpik Khas Sibu di Sibu hari ini.

Muhammad Feisol berkata golongan kurang upaya dikategori kepada kurang upaya fizikal iaitu mempunyai kecacatan atau kekurangan bahagian anggota badan.

Manakala golongan kurang upaya intelektual pula merupakan mereka yang mempunyai tahap IQ yang di bawah tahap IQ pemikiran orang biasa.

"Keistimewaan golongan kurang upaya intelektual ini ialah mereka jujur dan tidak berbohong kerana sifat mereka yang bercakap secara terus terang," katanya.

Namun, beliau berasa kesal dengan sikap segelintir ibu bapa yang menyembunyikan anak-anak mereka yang mengalami kurang upaya intelektual daripada masyarakat luar kerana malu berhadapan dengan masyarakat.

"Ibu bapa seharusnya memberi sokongan kepada anak-anak mereka kerana golongan ini berhak diberi peluang pendidikan dan menunjukkan keupayaan mereka dalam pelbagai bidang.

Jelasnya lagi, "Bring the chidren out of the shadow into the sunshine" di mana ibu bapa harus mengikis sifat malu mereka untuk membawa anak-anak istimewa keluar daripada kehidupan terkurung dalam rumah.

"Melalui Olimpik khas ini, golongan kurang upaya intelektual ini akan didedahkan kepada cara kehidupan sebenar dan mempelajari kemahiran baru yang dapat membantu mereka menjadi insan yang lebih baik serta diterima oleh semua masyarakat.

Beliau memberi contoh kelas khas yang diaplikasikan dalam bentuk sukan lebih mudah dipelajari dan dihayati oleh pelajar istimewa ini seperti pengiraan nombor angka diterjemahkan dalam sukan.

- Bernama

GANGNAM STYLE BINA NAMA MELALUI YOUTUBE

CIPTA REKOD DUNIA
Guinness World Of Records semalam mengumumkan artis sensasi Korea, Psy kini telah memecahkan rekod dunia dengan video muzik popular beliau “Oppa Gangnam Style”!

Video muzik ini telah dinobatkan sebagai’Video Paling Disukai’ dalam sejarah YouTube, dan Guinness World Records telah memberi penghormatan kepada pencapaian beliau dengan pengumuman tentang lagu tersebut.
‘Gangnam Style’, yang dimuat naik di YouTube sejak 15 Julai, telah mendapat ’like’ melebihi 2,141,758 kali, menjadikan ia video yang paling disukai dalam sejarah YouTube.

Pesaing terdekat bagi kebanyakan video yang disukai di YouTube termasuklah LMFAO ‘Party Rock Anthem’ (1,574,963 likes), Bieber ‘Baby’ Justin (1,327,147 likes) dan Adele ‘Rolling In The Deep’ (1,245,641 likes).

Psy (nama sebenar: Park Jae-Sang) adalah seorang penulis lagu dan penyanyi rap.

‘Oppa Gangnam Style’, single beliau yang paling berjaya setakat ini, adalah video K-Pop yang paling banyak dilihat di YouTube.

Ini juga menandakan kali pertama seorang artis Korea Selatan telah mengungguli carta iTunes.

Dan Barrett, Pengurus Komuniti Guinness World Records, memberi komen, ‘Having been the “Have you seen this?!” video dua bulan lepas di seluruh web,

Bagaimanapun, video ini atas sebab yang tidak diketahui, tidak terpapar pada carta YouTube’s ‘Most Liked Videos of All Time, meninggalkan peminat tertanya-tanya.

Ia belum jelas mengapa video ini tidak tersenarai, ramai yang percaya ia mungkin disebabkan gangguan pada sistem, atau mungkin juga usaha untuk mensabotaj penguasaan artis dari benua Asia.

Saturday, 22 September 2012

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD CONTOH MELAYU MUDAH LUPA

SOROS
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan Mahathir bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab.

Beliau ditanya mengenai penyaluran dana kepada Suaram melalui pertubuhan yang diasaskan oleh jutawan George Soros.

Mahathir percaya bahawa sebahagian daripada penyaluran dana berkenaan, termasuk yang didakwanya untuk perhimpunan BERSIH, adalah untuk menyokong Anwar.

"Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing?

"Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar.

"Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah," kata Mahathir seperti dipetik dalam laporan itu.SUMBER


 Dr. Mahathir yang bertemu dengan Soros dan membuat kenyataan seperti di bawah:
Malahan Jeff Oii dalam Asian Correspondent melaporkan:

KISAH BABI YANG BAIK

PENGAJARANYA
Video pendek di bawah amat memberi kesan dan pengajaran kepada kita agar sedar dan bermuhasabah diri betapa nilai diri kita berada pada tahap mana. Paparan video ini menunjukkan sikap seekor anak babi yang  memberi bantuan kepada seekor anak kambing yang tersangkut kakinya pada celah batu di dalam sebuah kolam di sebuah zoo. Ketika anak kambing mengembek-ngembek sekuat hati meminta tolong meyambung nyawa daripada lemas kerana kakinya tersangkut, tiba-tiba seekor anak babi berenang dengan pantas menuju ke arahnya lalu menyondol dan menolak  badan anak kambing tersebut.  
 

BETUL KE YANG TAK ELOK TU SEMUANYA PEMBANGKANG YANG ELOK TU SEMUANYA DARI KERAJAAN

BIARKAN RAKYAT BUAT PILIHAN
Apa yang hendak dirisaukan kalau kita betul-betul jaga rakyat. Rakyat tidak sebodoh yang disangkakan oleh  sesetengah pemimpin. Masalahnya  pemimpin yang membodoh-bodohkan rakyat dengan cakap-cakap dan janji-janji yang diulang-ulang setiap kali pilihanraya.

Bila dekat pilihanraya baru nak dekat dengan rakyat. Baru nak jumpa rakyat, Baru nak tanya masalah rakyat. Kalau boleh nak salam semua rakyat yang hadir. Kalau boleh nak bagi rakyat makan kenyang-kenyang. Kalau boleh sambutan hariraya tu berbulan-bulan sampai pilihanraya. Semua pemimpin dari atas sampai bawah semuanya macam tu nak tunjuk kebaikkan, merayu-rayu pada rakyat jangan lupa jasa saya, jangan lupa itu, jangan lupa ini. itu cerita bila nak dekat pilihanraya.
Najib dan Anwar minum tea
Bila dah menang, dah jadi YB, pegang pulak jawatan terlupa apa yang dah dicakapkan dan apa yang dah dijanjikan pada rakyat. Cuma pikir macamana nak cari projek boleh cepat kaya. Rakyat perhati sahaja kelakuan dan sikap mereka. Mereka ingat rakyat lupa macam dia. Dulu boleh lah rakyat digula-gulakan, Setahun sekali bagi kain pelekat dan buah kurma. 

Rakyat boleh menilaikan mana pemimpin yang baik dan layak untuk mewakili mereka. Pilihanraya Umum pun sudah dua belas kali. Belum lagi pilihanraya kecil. Jangan risau dan takutlah wahai pemimpin kalau anda buat kerja anda boleh menang rakyat akan pilih. Bagi pemimpin yang dah berpenggal-penggal tu faham-faham lah. Masa anda sudah berlalu. Anda bukan pemimpin pujaan lagi.

Kalau Perdana Menteri sahaja yang buat kerja yang buat janji yang lain-lain cuma tepuk sahaja pun tak jadi juga. Perdana Menteri pun sesekali kena menyamar juga jadi rakyat. Baru lah tahu pemimpin dibawah ini buat kerja atau tidak. Kalau sekadar baca laporan dan dengar taklimat memanglah semuanya bagus. Kalau khalifah dan Pemerintah dulu-dulu boleh menyamar jumpa rakyat mengapa pemimpin sekarang tidak boleh buat.

Bukan semua perkara yang Kerajaan dan pemimpin buat tiada yang baik, ada yang baik. Yang baik kita sebagai rakyat terima. Jika dulu perkara-perkara yang tidak elok boleh disorok dan didiamkan. Lagi pun rakyat macam tidak ambil kesah kerana percayakan pemimpin Melayu dan Islam dengan andaian takkan pemimpin dan pemerintah Melayu nak buat perkara yang menyalahi undang-undang. Tapi sekarang perkara-perkara ini  semakin tidak dapat disorok dan didiamkan.

Masakan apa yang pemimpin pembangkang cakap semuanya tidak betul. Jika tidak betul ambil tindakan undang-undang. Harus diingat rakyat sudah semakin cerdik. Mereka boleh mendapat maklumat dari belbagai sumber. Tidak semudah itu mereka boleh percaya sahaja. Mereka juga tahu dosa dan pahala jika tidak memilih pemimpin yang benar-benar layak dipilih sebagai pemimpin.

Kalau rakyat nak buat perubahan pun itu hak dia, mereka yang buat pilihan. Kalau kita tengok negeri yang diperintah pembangkang pun sama juga macam diperintah Kerajaan. Yang bermasalah cuma pemimpin dan bekas pemimpin parti Kerajaan sahaja kerana mereka sudah tidak banyak sumber. Bagi rakyat tetap macam tu juga. Kalau kita baca akhbar dan TV yang dikuasai Kerajaan memanglah nampak macam-macam masalah. Kerana masalah itu dicari dan sengaja di tonjolkan.

Bagi rakyat tiada apa yang rugi, jika membuat perubahan yang rugi hanya pemimpin-pemimpin yang mendapat untung sekarang. Buka semudah itu untuk Kerajaan yang menang mengubah perkara-perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan. Rakyat juga tidak semudah itu untuk membenarkan perkara yang merugikan mereka diubah jika tidak menguntungkan rakyat. 

Pemimpin Kerajaan sendiri selalu sebut rakyat Malaysia bijak menilai, bijak memileh mana yang elok mana yang tidak. Tidak perlu sebut atau ulang-ulang ayat "Janji Ditepati". Rakyat tahu dan nampak apa yang dibuat oleh pemimpin dan Kerajaan. Jangan buat rakyat jadi menyampah dan meluat denganya. Kita pun sudah Merdeka 55 tahun dan telah melalui PRU sebanyak dua belas kali. Untuk tempoh yang ada ini jaga-jagalah hati dan perasaan rakyat.

LAWAK YANG MEMBUAT ORANG TAMBAH MELUAT

YANG INI TAK BUAT DEMO

Penulis upahan Najib dakwa himpunan bantah filem anti-Islam buang masa 


Seterusnya baca : SUMBER

Melucah sambil bertakbir
Mencarut beramai-ramai sambil bertakbir menyebut kalimah "Allahuakbar" dan "hidup Islam" berulang kali.

Inilah jadinya bila orang yang tidak faham agama, tidak pernah peduli dengan Islam, tiba-tiba ke hadapan untuk memperjuangkan Islam bagi meraih sokongan politik. Seterusnya baca DISINI

Demontrasi UMNO, PEKIDA terhadap Ngeh Koo Ham di Sitiawan (bergambar).



.
 

 





Manjungmari

Friday, 21 September 2012

HINA MENGHINA MEMANG LUMRAH MANUSIA

TAPI JANGAN KETERLALUAN
Sedar atau tidak, kita semua mungkin pernah menghina seseorang melalui gambar. Penghinaan terhadap gambar seseorang, tidak kira sama ada gambar PM atau TPM, tokoh-tokoh tertentu, pemimpin pembangkang, artis-artis, sesiapa sahaja boleh berlaku disebabkan beberapa perkara:
 
1. Sebab Tak Sengaja – Ini boleh berlaku jika gambar itu menjadi sampah yang bersepah di merata tempat termasuk di lorong-lorong dan jalanraya. Gambar itu mungkin datang dari kertas surat khabar, majalah, plastik, flyers dan mungkin juga banner dan bunting. Ini kerana orang yang memijaknya tidak perasan dan tidak sedar apa yang dipijaknya. Bukan saja manusia, malah kucing dan anjing juga biasa melakukannya. 
Bukan saja pijak, ada gambar digelek dengan tayar kereta dan motosikal. Perkara ini berlaku setiap hari dan tiada sesiapa yang mahu ambil tindakan atau mendakwa seseorang atau binatang kerana melakukan penghinaan sedemikian rupa. Jika ada manusia yang mahu melakukan dakwaan, ia mungkin manusia yang ada masalah mental. Oleh itu, semua manusia bersepakat menganggap ia bukan suatu kesalahan.
2. Kerana Sengaja – Ada yang sengaja memijak atau meletakkan dipunggung bahan berupa kertas/plastik yang ada gambar pemimpin-pemimpin tertentu seperti PM, TPM, pemimpin pembangkang, Yang diPertuan Agung malah ulama-ulama tersohor. Perkara sebegini boleh berlaku setiap saat apabila seseorang itu memerlukan suatu alat atau bahan segera untuk dijadikan sebagai pelapik, membalut sesuatu dan sebagainya. 
Kegunaannya boleh disenaraikan seperti berikut:
- melapik kasut atau tempat memijak
- melapik punggung seperti mahu duduk di atas padang mendengar ceramah
- membungkus nasi lemak
- membalut buah nangka yang banyak getah agar tidak melekat getahnya ke baju
- membalut buluh lemang yang masih panas
- melapik pisang goreng agar minyaknya meresap ke bawah
- melapik kaki meja yang tidak stabil
- sebagai bahan bakar menghidupkan api
- menutup jasad si mati yang baru mengalami kemalangan maut di jalanraya
- menutup najis atau bangkai haiwan agar tidak merebak baunya
- sebagai bekas mengumpul sampah sebelum dibuang ke tempat sepatutnya
- menutup kemaluan apabila rumah dipecah masuk dan seluruh pakaian dikebas pencuri
- orang gelendangan, yang menjadikan bahan kertas atau plastik sebagai alat istinjak kerana tiada tandas
dan sebagainya
Kegunaannya tidak terhad dan kebanyakannya digunakan untuk mengendalikan perkara-perkara yang jijik & kotor.  Tujuannya untuk menjadikan ia alat bantuan yang memudahkan dan mempercepatkan pekerjaan. Dan kebiasaannya, orang  yang melakukan perkara-perkara di atas tidak peduli gambar siapakah yang menjadi mangsa perbuatan ‘keji’ dan ‘kotor’ mereka. Apa yang penting, bahan itu dapat dimanfaatkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu.
Orang-orang ini mungkin memiliki bahan tersebut sama ada surat khabar yang dibaca, pembungkus atau beg plastik yang ada gambar pemimpin atau logo parti tertentu, dan hanya bahan itu saja yang ada di tangan atau dapat dicapai dengan pantas, maka ia dimanfaatkan sebaik-baiknya. Adalah membuang masa memilih bahagian-bahagian tertentu dalam suratkhabar seperti mengelak menggunakan gambar Najib sebelum digunakan untuk tujuan-tujuan seperti di atas. Semua orang akan menggunakan mana yang dapat dicapai tangan saja. Orang menganggap ia hanya suatu gambar tidak lebih dari itu. Menggunakan kertas, plastik atau apa saja yang mengandungi gambar-gambar pemimpin tertentu untuk pekerjaan ‘kotor’ tidak mengisyaratkan ia suatu bentuk penghinaan atau tiadanya semangat patriotism. Perlakuan begini tidak dianggap suatu penghinaan sebaliknya dianggap suatu rahmat kerana ia telah membantu memudahkan orang yang menggunakannya.
3. Kerana Dengan Niat – Kategori ini bukan saja sengaja dilakukan, malah memang berniat untuk menjadikan gambar itu sebagai sasaran atau bahan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati walaupun pada waktu itu terdapat bahan lain yang boleh digunakan. Maksud atau tujuannya tidak akan sampai jika dia menggunakan bahan lain yang tiada kena-mengena dengan tujuannya. Contohnya, jika seseorang ingin menyatakan bantahan kepada Perdana Menteri Malaysia, dia membakar sampah atau mengoyak gambarnya sendiri. Ia pasti mengelirukan pihak lain, mesejnya tidak sampai atau orang yang disasarkan merasa tidak pasti tujuannya atau tidak tahu-menahu langsung.
Antara kaedah-kaedah yang digunakan dalam protes adalah seperti berikut:
- mengoyak gambar seseorang yang menjadi sasaran protes
- membakar gambar seseorang yang menjadi sasaran protes
- membuat replika, arca atau karikatur yang dihodohkan rupanya sebagai simbolik
Golongan begini biasanya belum ke tahap membenci. Apa yang mereka mahu ialah seseorang itu mengubah dasar atau mengikuti kemahuan mereka untuk tujuan yang lebih baik.
4. Kerana Kebencian & Hasad Dengki – mereka yang berpelajaran tapi tidak bermoral dan berperangai tak senonoh. Mereka ini tahu dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Golongan in sengaja menimbulkan provokasi terhadap pihak lain dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut dengan niat menghina dan merendahkan taraf atau martabat:
- berak di atas gambar seseorang
- kencing di atas gambar seseorang
- mengubahsuai gambar seseorang secara melampau, contohnya gambar-gambar memfitnah melakukan sesuatu yang tidak dilakukan
Dalam semua kategori di atas, kategori terakhir sekali merupakan kategori manusia yang paling hina sekali. Orang yang berada dalam kategori inilah yang sepatutnya dikenakan tuduhan dan hukuman. Tetapi sebahagian besar dari kita tentu tergolong dalam salah satu kategori di atas.
You might also like:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...