Pages

Tuesday, 31 July 2012

55 TAHUN JANJI DITEPATI - PEMIMPIN UMNO ANGGAP ORANG MELAYU MASIH TIDAK TAHU APA YANG MEREKA LAKUKAN

UMNO OH UMNO
Orang UMNO masih tidak faham. Yang tidak mahu menerima UMNO sebagai satu-satu nya wadah perjuangan politik Melayu ialah orang Melayu sendiri. Janganlah merasa hairan. Bukan semua orang Melayu bersetuju dengan UMNO dan bila mereka tidak dan enggan bersetuju, mereka tetap juga Melayu. UMNO boleh mendepankan apa hujjah sekali pun, tapi jika orang Melayu enggan menerima posisi UMNO sebagai suara mutlak orang Melayu, tidak ada apa-apa yang UMNO boleh lakukan. UMNO tidak boleh paksa orang Melayu mesti menyokong nya.  Fakta ini nampak nya tidak di fahami oleh pimpinan UMNO.
 

Tidak menyokong UMNO tidak mengurangkan keMelayuan kita. Tidak memyokong UMNO tidak bererti membelakangkan Islam. Demikian juga, saya tidak boleh memaksa orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat. Yang boleh saya buat ialah membentangkan penghujjahan saya. Orang Melayu mesti diberi kebebasan untuk membuat pilihan tanpa diadili secara negative.

Orang Melayu memamfaatkan demokrasi dengan memilih wadah untuk memperjuangkan kepentingan mereka. Kita jangan menyamakan kepentingan nasional dengan kepentingan UMNO. Orang Melayu boleh memilih PAS, PKR atau DAP. Kalau UMNO respons seperti orang gila dengan mengheret cerita karut seperti penyelinapan masuk komunis dan ekstremis Islam, maka orang akan membaca ini sebagai usaha yang sangat terdesak dilakukan oleh UMNO untuk kekal berkuasa.
UMNO bukanlah satu-satu nya wadah politik untuk orang Melayu menjaga dan membela ugama mereka, raja-raja Melayu mereka, ekonomi mereka, bangsa mereka. Selagi rakyat Malaysia mendaulatkan pemerintahan mengikut undang-undang, semua kita akan selamat. Semua kita dijagai oleh sistem undang-undang yang adil dan saksama.

Ini bukan soal marah atau tidak suka pada UMNO. Orang Melayu kian sedar bahawa UMNO semenjak tahun 1981 memperjuangkan kepentingan segelintir orang Melayu yang terpilih dan istimewa. Itu sebab kita tidak boleh menerima lagi istilah Bumiputera. Dalam istilah BumiPutera- yang berada didepan ialah Putera- kata lambang kepada putera bangsawan, putera pemimpin UMNO, pemimpin atasan kerajaan. Yang istimewa dan terpilih ini berada dihadapan mengaut segala sumber kekayaan negara meninggalkan sisa-sisa dibelakang untuk dinikmati oleh rakyat biasa yang terbanyak. Mereka lah yang dahulu sekali merompak dan menyamun harta negara.

Baki yang sedikit, itulah peninggalan yang disyukuri oleh mereka yang terkenang semasa dahulu dimana kehidupan tidak begitu rumit dan expectations tidak begitu sukar.
Suatu masa dahulu, kerajaan rasis Amerika menggunakan psychiatry untuk mengasingkan mereka yang menentang supremacy kaum kulit putih. Kaum bukan pulih putih disijilkan sebagai orang gila dan diperintah oleh mahkamah yang dikuasai oleh white supremacists untuk dikurung dalam institusi orang gila. Dengan cara demikian, suara penentangan terhdap kezaliman kerajaan rasis disenyapkan.

Di Malaysia, rasis UMNO pun mengamalkan alienasi seperti ini. orang Melayu yang menentang UMNO di golongkan sebagai golongan yang murtad Melayu dan meninggalkan Islam. Atas premis ini UMNO kemudian nya memutarbelitkan isiu mahu menutup kelemahan yang mereka lakukan.

Semasa dalam UMNO, keMelayuan saya sebagai contoh, tidak pernah di pertikaikan. Bilamana, saya yang masih orang yang serupa, masih Melayu sebaik sahaja bertukar parti politik, maka Melayu saya di pertikaikan.

Kita biarkan UMNO terus sombong dan bongkak meminggirkan semakin ramai orang Melayu yang menolak UMNO. Penyokong Melayu yang menyokong PKR dan PAS lebih ramai dari pengundi Melayu yang menyokong UMNO. Ini yang tidak di fahami oleh UMNO. Jika orang Melayu sendiri menolak UMNO, dimanakan justifikasi UMNO untuk terus hidup?

Kerana itu, kita kena faham strateji UMNO menggunakan 4R- Race, religion, Rulers dan Riots. Ras, raja melayu, ugama dan rusuhan. Agenda nya ialah menakutkan rakyat supaya mempercayai jika UMNO kecundang maka agama Islam, bangsa Melayu, raja-raja Melayu akan musnah dan rusuhan akan berlaku. Rusuhan akan berlaku jika pihak UMNO tidak menerima kekalahan dalam PRU yang akan datang. Sebab orang UMNO menyangkakan kuasa yang mereka ada sekarang bersifat hak milik kekal. Kuasa yang ada bersifat hak milik sementara lah dol.

Orang Melayu tidak mati bergelimpangan jika UMNO tiada atau tewas. Orang Melayu tidak mati jika UMNO hilang kuasa. Orang Melayu bukan kanak-kanak kecil atau orang tua yang uzur yang memerlukan penjagaan UMNO. Tidak ada orang Melayu mati bila UMNO tewas di Kelantan. Tidak ada Melayu mati bila UMNO tewas di Pulau Pinang atau di Selangor atau di Kedah.

Penjaja Melayu yang meraung buat bising dan yang dijuarai oleh Reezal Merican yang bergegas dengan kenderaan Hummer nya ke Komtar adalah penjaja Melayu yang tidak membayar sewa selama 5 atau 6 tahun. Solusi nya ialah menggantikan mereka dengan penjaja Melayu yang benar2 mahu berniaga dan faham tanggung jawab membayar sewa premis perniagaan dan patuh pada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak yang berkuasa. Itu sahaja.

Bandingkan pula dengan kezaliman yang dilakukan oleh pimpinan UMNO yang memborong  agihan premis perniagaan bazar Ramadhan dan menyewakan premis tersebut kepada peniaga-peniaga Melayu dengan sewaan yang tinggi. Kita semua tahu terdapat pihak berkuasa tempatan yang mengagihkan premis-premis bazar ramadhan kepada pimpinan UMNO yang kemudian nya bertindak sebagai rent seekers lintah darat menyewakan nya kepada peniaga-peniaga Melayu.

Lihatlah kezaliman kerajaan UMNO dan syarikat kroni mereka yang  menzalimi rakyat Selangor dengan kekurangan air yang dicipta untuk tujuan politik. Kita tahu gameplan kerajaan UMNO. Ini mesti suatu alasan untuk panggil tender tertutup untuk membina suatu lagi projek berbilion Ringgit untuk kroni mereka. Hujan turun dengan lebat, air di Selangor tidak ada? Jika air yang kurang ialah air yang dirawat, ini membuktikan si pemonopoli tidak cekap melakukan kerja mereka. Apa yang mereka buat dengan untung yang banyak? Dan mengapa tidak mengurangkan ketirisan NWR? Wang dan untung mahu, tapi tanggungjawab membetulkan paip yang bocor tidak mahu. Syarikat yang incompetent yang mengancam kesejahteraan rakyat mesti diambil tindakan keras.  Ini dengan terang suatu pengkhianatan dan pengkhianat mesti digantung.

Semua yang pimpinan UMNO buat hari ini ada muslihat nya.  Bila saya menulis mengenai perkara kos landsan MRT Sunagi Buloh- Kajang yang gila, ada seorang menempelak saya dengan menyatakan saya tidak tahu membezakan keadaan diMalaysia dengan negeri cina. Jarak nya hanya 150km tapi harga nya ialah USD17B (RM53B) or USD133M per km.  landasan keretapi Bullet Train sejarak 1318km dari Beijing - Shanghai (keretapi paling laju didunia pada kelajuan  350km per hour) mempunyai kos  USD22B or USD16M per km.

Bayangkan banyak mana wang rakyat dirompak dan dilanun oleh kroni UMNO.

Sumber :  http://sakmongkol.blogspot.com

Monday, 30 July 2012

TRAJEDI JERUTAN DI BULAN RAMADHAN - POLIS SAHKAN MANGSA MATI DIJERUT

AL-FATIHAH
Barangkali ramai telah mengetahui berhubung kejadian kakitangan wanita TV9, Syaleza Jaafar, 30 tahun, ditemui meninggal dunia di rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor, 2 hari lalu

Berita amat menyayat hati itu antaranya disiarkan di sini dan di sini.

Pada ketika berita terbabit dicetak, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Berikutan itu, malam tadi, saya sempat mencatatkan pandangan berhubung kes kematian mengejut dan disimpan di dalam bentuk entri draf sehingga saya terbitkan sebentar tadi, klik di sini.

Petang semalam, saya berada di luar lokasi kejadian.
 
"Rumah arwah di tingkat satu, rumah ada air con itu," bisik rakan, Roslan Salleh.


Roslan, 38 tahun, bertugas sebagai jurukamera sambilan, stringer TV9 sejak 7 tahun lalu.


Turut berada di lokasi sama, Ketua Polis Daerah, OCPD Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed. Ketika melangkah keluar dari kenderaan, saya melihat beliau sedang berbual bersama beberapa wartawan lain.


Saya sempat bersalaman dengan beliau, OCPD mempunyai hubungan baik dengan pengamal media cetak dan elektronik itu.

Di sekitar kawasan sama, berdiri beberapa pegawai polis termasuk Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, KBSJD, Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Petaling Jaya, DSP Aziz Baba, berbaju merah.


Hemat saya, jarang benar OCPD dan KBSJD, hadir di lokasi kejadian jika kes itu bakal kekal diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Saya juga sempat bertemu beberapa penduduk di kawasan terbabit sekaligus mendengar cerita 'menarik' mereka kongsikan.


"Selepas jenazah dibawa oleh ambulan ke Hospital Sungai Buloh, kami bertanya kepada suami si mati, mengapakah tidak pergi ke hospital? Katanya, biarlah polis membuat kerja mereka terlebih dahulu, lagi pun bedah siasat hanya akan dilakukan pagi esok," ujar penduduk.


Ihsan : Roslan Salleh

Kira-kira jam 11 pagi tadi, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bunuh.

Sewaktu kejadian, mangsa berada di rumah bersama suami dan anak lelaki berusia 2 tahun.

"Secara psikologi, di bulan Ramadan Al-Mubarak dan mempunyai anak kecil, janggal benar jika si mati membunuh diri seperti didakwa. Saya percaya hasil bedah siasat lengkap dilaksanakan oleh doktor pakar akan memberikan petunjuk sebenar berhubung kejadian itu," komen kenalan, penganalisis jenayah terkemuka, Kamal Affendi Hashim.

Saya menghubungi Kamal, awal malam tadi melalui telefon.

Doktor pakar mengesahkan terdapat kesan jerutan di leher mangsa serta lebam di tubuh.

Sila teliti laporan akhbar Kosmo klik di sini.

Kira-kira jam 4 petang semalam, beberapa anggota polis dari IPD Petaling Jaya dilaporkan turut mengiringi sewaktu jenazah mangsa dibawa pulang ke kampung halaman di Johor.

Suspek dilaporkan ditahan lebih kurang pada jam 10.15 malam oleh 3 anggota polis dari IPD Petaling Jaya di Felda Redong 1, Labis dan direman 7 hari bermula hari ini.

Saya bersimpati dengan kejadian kejam menimpa mangsa, pernah saya temui beberapa kali sewaktu berkunjung ke pejabat TV9 di Sri Pentas.

Hemat saya, dakwaan awal mangsa beragama Islam membunuh diri barangkali dipandang serong oleh majoriti ahli masyarakat berbanding andai dia dibunuh. Membunuh diri, tindakan didorong kehendak individu manakala jika dibunuh, mangsa tidak mempunyai pilihan sebagai wanita, insan lemah.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Syaleza dan ditempatkan di kalangan roh orang beriman.

Al-Fatihah!

ADAKAH CARA INI DI GUNAKAN UNTUK POPULARKAN PERDANA MENTERI

TERSENARAI DALAM 25 PEMIMPIN DUNIA 
PALING AKTIF GUNAKAN TWITTER
Dalam laporan yang diterbitkan oleh Burson-Marsteller dikenali sebagai Twiplomacy, yang merupakan kajian pertama seumpamanya di peringkat global mengenai pemimpin-pemimpin dunia di Twitter. Najib telah disenaraikan sebagai seorang daripada 25 pemimpin dunia yang paling aktif berhubungan di Twitter.
NONE
Ia juga menyenaraikan Najib sebagai pemimpin dunia keenam paling popular yang "tweets properly" – hanya 30 daripada 254 ketua negara dan kerajaan yang sebenarnya menulis entri mereka sendiri di Twitter.

Najib dilaporkan mula menulis di Twitter pada 23 Sept, 2008 dan setakat semalam, beliau mempunyai 767,679 pengikut di Twitter dan menulis 2,675 tweets dan 81 'following'.

Ini menjadikan beliau setakat ini pemimpin paling popular di Asia di Twitter, per kapita (1 dalam 37) dan selesa dalam kedudukan 10 terbaik di peringkat global.

Najib juga telah dilaporkan oleh Bernama sebagai memanfaatkan teknologi untuk mendekati secara peribadi seperti menjawab soalan di Facebook dan Twitter beliau -- baik secara langsung atau sesi soal jawab yang dirancang terlebih dahulu seperti #TanyaNajib dan 1Malaysia Roundtables.

Itu pasal Twitter Najib.. jangan terkejut kalau sikit hari lagi Facebook pula meletakkan Najib sebagai individu paling disukai atau paling banyak menerima 'Likes' dalam dunia.

Mana tak banyak kalau nak main games pun kena klik 'Like' pages Najib Razak dulu..

Contohnya ialah games 1Malaysia Foto Foto ni..

Kalau korang cari game atau permainan ini dalam Facebook.. mula-mula korang akan jumpa seperti printscreen di bawah..
Bila korang klik play game.. paparannya akan bertukar seperti di bawah..
Klik pada skip.. paparan seperti di bawah pula muncul..

Klik Sign Up Now.. paparan di bawah pula muncul..

Isikan data-data korang dalam tempat kosong tu kemudian submitt.. paparan di bawah pula muncul.. yang menariknya sebelum korang nak main permainan itu.. korang kena'like' Najib Razak punya pages dulu..

Kalau macam ni.. bukan saja sejuta lebih 'Likes' pages Najib Razak tu boleh dapat.. malah sepuluh juta pun boleh..

Apa yang Najib ni cari sebenarnya?? Adakah beliau yakin dengan popularitinya seorang UMNO/BN mampu mengekalkan kuasa?

Sumber : http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Sunday, 29 July 2012

APA NAK JADI, APA NAK JADI SEMUA DI BUAT TIDAK MENJADI

KAPAL SEMAKIN BOCOR
Kerajaan Umno/Bn yang ber-Perdana Menteri-kan Najib Razak seorang yang kian kelam kabut nampaknya semakin hilang kewibawaan sebagai parti pemerintah. Semakin ke penghujung hayatnya semakin banyak perkara yang cuba dilakukan semakin tidak menjadi dan semakin dipertikai rakyat baik dari yang menyokong pembangkang mahupun yang berada dalam Umno/Bn sendiri!
Yang terbaru dipertikaikan oleh seluruh rakyat adalah logo sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke 55 hinggakan sekali lagi, selepas isu PTPTN pelajar Unisel, isu catuan air di Selangor, kerajaan Umno Bn membuat U-Turn!
http://4.bp.blogspot.com/-k3gvtX3x3lU/UBSyIRftjwI/AAAAAAAABRQ/6yJKx7OL1Vs/s1600/logo+kemerdekaan+2012.jpg
Sebenarnya apalah susah sangat untuk mencipta logo dan lagu sempena Sambutan Hari kebangsaan Negara? Rasanya serahkan  sahaja tugas tersebut kepada para pelajar Universiti yang mempunyai jati diri dan cinta negara, penciptaan logo tersebut berkualiti dan lebih bermakna pada penilaian rakyat umum lantas ianya tidak mungkin menjadi perkara yang memerlukan U-Turn! Atau serahkan sahaja kepada budak sekolah pun rasanya lebih baik dan menepati cita rasa rakyat keseluruhan!

 
Perkara yang hanya para pelajar boleh buat dengan mudah kerana perkara itu tidak payah mana, telah gagal dilakukan oleh para pemimpin Umno/Bn yang sering mendakwa mereka adalah yang paling baik. Tidakkah ini menggambarkan para pemimpin Umno/Bn yang memerintah kerajaan pusat hari ini sebenarnya telah hilang kewibawaan dengan begitu teruk sekali?
Hal ini belum lagi diambil kira mengenai lagu dan tema sambutan Hari Kebangsaan yang juga mengundang pelbagai teguran dan kritikan dari pelbagai lapisan rakyat. Rakyat sama ada yang menyokong pembangkang dan juga yang menyokong Umno/Bn yang cerdik dan berjiwa profesional dan Malaysia, kelihatannya cukup menyampah kepada terutamanya lagu yang liriknya ditulis oleh anak Yatim itu. 
Dengan tiga isu yang sekecil ini, kewibawaan kerajaan Umno/Bn telah robek dan tercalar teruk, bagaimana lagi kewibawaan kerajaan Umno/bn hendak dipertahankan dengan isu-isu besar seperti:
1. Menyayangi SYABAS hingga   ‘menzalimi’ rakyat Selangor dalam isu     air di Selangor.
 
2. Royalti minyak Kelantan yang  dikemut kerajaan Umno/Bn tanpa      keredhaan rakyat Kelantan.
 
3.  Saham FGVH yang                perlahan-lahan semakin tidak memberangsangkan seperti yang dijanji dan dilaungkan.
 
4.  Membuat tuduhan merapu konon parti-parti pembangkang diresapi JI dan Komunis sedangkan diri sendiri lebih ‘berbau taik’!
 
5.  Semakin ramai para artis berani menyatakan pendirian politik secara terbuka dan sanggup menyertai PAS, PKR dan cenderung kepada pemikran yang lebih bermoral dan Islamik.
 
6.  Tamrin Ghafar yang menentang Umno dari dalam dan mencabar Umno memecatnya tapi tidak berani pecat sehingga ke hari ini!
 
7.  Tampil pula apa yang dipanggil Majlis Profesor Negara dengan kajian yang cukup memporak-perandakan Umno Kedah dan mencemaskan Umno pusat yang terus mencuakkan Najib Razak! Dalam kepala Najib agaknya, “ Iya ke MPM ni?”
 
8.  Kegagalan Hari Kooperasi Negara, Ismail Sabri untuk ‘menghiburkan’ Perdana Menteri sehingga 4 Pengarah Kooperasi Negeri di tukarkan. 

   9. Datuk Seri Haji Lajim Haji Ukim dan Yb Bumburing kedua-dua MP Umno/BN, yang sudah tidak yakin kepada Umno/Bn walaupun telah cuba dipujuk oleh Muhyiddin Yasin dengan gigihnya dan katanya mereka berdua bakal mengucapkan Selamat tinggi kepada Najib dan Umno/BN untuk bersama Pakatan Rakyat!
 
Sesungguhnya kehilangan wibawa Umno/Bn sebagai parti yang memerintah begitu parah. Keadaan ini begitu membimbangkan para pemimpin tertinggi Umno/Bn dan Najib Razak (Rosmah tak kisah!!). Keadaan yang semakin tidak terkawal ini sedang diperhati dan dinilai pelbagai pihak. 
Trend rakyat bawahan, menengah, peneroka, para pemimpin masyarakat dan komuniti, pesara, para pemimpin Umno/Bn sendiri dari pelbagai kaum mencurah-curan beralih sokongan dengan beraninya kepada Pakatan Rakyat bagaikan ‘gelombang’ kian jelas dan terang. Cuma ‘gelombang’ itu belum sampai berskala besar bagai ‘tsunami’ yang melanda! Apakah ianya akan terus  berlaku semakin hampir PRU ke 13? 

Sumber : accudo

ISU AIR DI SELANGOR - SATU LAGI CUBAAN BODOHKAN RAKYAT

NEGERI PERINTAH BN JUGA HADAPI MASALAH SAMA
Kuantan - Penduduk di Kampung Sungai Pinang di sini masih menggunakan air telaga untuk kegunaan harian walaupun negara kini pesat membangun.

Air perigi itu berbau sedikit hanyir dan kekuningan, namun mereka tiada pilihan dan tetap menggunakannya untuk memasak dan mencuci pakaian.


Gambar: Melah menunjukkan air perigi yang keruh.

Mereka terpaksa menggunakan air telaga selepas pelbagai usaha dan rayuan dibuat kepada pihak bertanggungjawab tidak mendapat maklum balas positif.

Penduduk, Hawa Yunus, 62, berkata, dia tinggal di situ sejak 22 tahun lalu dan terkilan kerana terpaksa melalui keadaan itu sejak sekian lama.

Menurutnya, dia terpaksa menggunakan air tidak bersih untuk kegunaan harian kerana tiada pilihan lain.

“Saya sudah membuat rayuan ketika anak bongsu berusia 5 tahun. Sekarang anak saya sudah berusia 21 tahun, tetapi keadaan masih tidak berubah
.

“Saya pernah mengisi borang untuk mendapatkan telaga tiub, tetapi diberitahu tiada peruntukan,” katanya.

Suri rumah, Melah Idris, 49, pula berkata, setiap hari dia akan menimba air perigi untuk kegunaan harian.

Satu-satunya perigi digunakan penduduk di Kampung Sungai Pinang.

“Kadangkala anak-anak malu untuk membawa air masak ke sekolah kerana tidak bersih dan berbau sedikit hanyir.

“Saya pernah menemui pihak bertanggungjawab, namun dimaklumkan memerlukan RM20,000 untuk proses pemasangan,” katanya ibu kepada lapan cahaya mata itu.

Seorang lagi penduduk, Maimun Mamat, 67, berkata, dia tinggal di situ sejak 43 tahun lalu dan keadaan tetap tidak berubah.

Menurutnya, setiap kali cucunya dari Kuala Lumpur pulang ke kampung, mereka akan membeli air mineral kerana tidak boleh menerima air perigi yang keruh dan hanyir.

“Sampai bila kami terpaksa melalui keadaan ini? Saya harap pihak bertanggungjawab dapat meninjau keadaan kami di sini. Tolonglah bantu kami mendapatkan bekalan air bersih,” katanya. -SH
 
 
 ................................................................................................................................................................
Program pemberian air percuma yang membolehkan rakyat menikmati 20 meter padu pertama secara percuma setiap bulan adalah bukti keupayaan pengurusan Kerajaan Negeri dan kesungguhan untuk memastikan industri air di Malaysia diuruskan dengan menjadikan kebajikan rakyat menjadi keutamaan, kata Menteri Besar,  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

NONE"Secara purata, keluarga yang mendiami rumah bertanah di Selangor menikmati penjimatan RM1,200 setahun sejak program ini diperkenalkan pada Jun 2008.

"Manakala keluarga yang tinggal di rumah bertingkat  pula menikmati penjimatan secara purata  hampir RM900 setahun dalam tempoh itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan negeri, tambahnya, telah membekukan cadangan untuk menaikkan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sebanyak dua kali iaitu untuk 2009 dan 2012.

"Kerajaan Selangor telah membelanjakan RM550 juta setakat ini untuk Program Pemberian Air Percuma. Namun begitu, kerajaan negeri masih berupaya meningkatkan rezab negeri kepada RM2.1 billion pada 2012 berbanding hanya RM400 juta pada 2008," kata menteri besar.

Ini, tegas Abdul Khalid, adalah hasil dasar kewangan mesra rakyat yang mematuhi prinsip-prinsip integriti dan tadbir urus yang baik.

"Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor membuat banyak usaha untuk memastikan rakyat berhak untuk berkongsi keuntungan, aset dan sumber negeri," tambahnya.

Saturday, 28 July 2012

55 TAHUN JANJI DITEPATI - KESIAN PERDANA MENTERI DAPAT MENTERI SYOK SENDIRI

SEMUANYA JADI SYOK SENDIRI
Kerajaan memutuskan untuk menggantikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang menampilkan kempen "Janji Ditepati" selepas menghadapi kritikan pelbagai pihak sejak seminggu lalu.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan bahawa langkah itu untuk "membendung salah faham".

"Untuk membendung sedikit salah faham kami (akan) hanya (menampilkan) 1Malaysia sebagai logo Merdeka (dan) Hari Malaysia," kata di laman Twitter.
 .............................................................................................................................................................
Saya tertarik untuk mengulas tentang lagu tema sambutan kemerdekaan negara ke-55 yang kini sedang hangat diperkatakan di kalangan rakyat khususnya anak muda Malaysia.

Jika diteliti respon dan sambutan di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan laman-laman blog, ternyata lagu Janji Ditepati yang mana liriknya ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim ini diperlekeh dan dijadikan bahan jenaka oleh khalayak internet khususnya di kalangan anak-anak muda.
NONESemakan saya di laman YouTube mendapati, setiap video yang memaparkan lagu ini menunjukkan bilangan pengunjung yang mengundi untuk tidak menyukai (dislike) jauh lebih tinggi berbanding pengunjung yang mengundi untuk menyukai (like) video lagu ini.

Malang bagi lagu ini kerana bukan hanya susunan muzik dan melodinya yang cincai dan tidak teratur, bahkan apa yang jelas adalah lirik lagu ini secara tersurat bersifat propaganda picisan dan bertujuan untuk memesongkan minda rakyat dari menghayati matlamat sebenar sambutan ulangtahun kemerdekaan negara.

Bermula dari rangkap awal lagu ini yang mengungkapkan perumpamaan kabur -- "macam malam ikut siang, macam bulan ikut matahari" -- diikuti dengan "satu Malaysia terus berjuang, janji kita ditepati", pendengar pastinya gagal memahami apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi lagu ini.

Apa kaitan malam, siang, Bulan dan Matahari dengan konsep 1Malaysia? Apakah 1Malaysia ini hanya retorik bersifat janji kosong sehingga objek-objek angkasa lepas seperti Bulan dan Matahari pun boleh ditawarkan kepada rakyat?

NONEMaka dari rangkap awal lagi lirik pembukaan lagu ini sudah bermasalah dan gagal menyampaikan sebarang mesej kepada pendengar.

Pendengar kemudiannya akan dibuai dengan lirik perihal "janji dikota" (kononnya) dan kemudiannya bertemu dengan bait paling bermasalah iaitu "janji sudah ditepati, kini masa balas budi". Persoalan yang timbul adalah janji siapa yang sudah ditepati? Dan apa maksudnya "kini masa balas budi"?

Pendengar yang bijak pasti akan dapat memahami bahawa lirik ini secara tersirat bertujuan memerangkap minda khalayak seolah-olah Umno-BN (kerajaan sekarang) telah berjaya menepati janji dan kini telah sampai masanya rakyat (pendengar) supaya mengundi Umno-BN dalam pilihan raya umum akan datang sebagai membalas budi atas janji-janji tersebut.

Lantaran itu, timbul persoalan apakah kewajaran bagi sesebuah lagu yang seharusnya bertemakan penghayatan kemerdekaan diolah sebagai medium propaganda picis dan ditransformasikan menjadi lagu kempen untuk meraih undi dalam pilihan raya?

NONEPada bahagian korus pula, secara jelas dapat disimpulkan bahawa lagu ini sebenarnya adalah wahyu penguasa yang diturunkan sebagai ingatan kepada rakyat.
Ini berbeza dengan lagu-lagu tema sambutan kemerdekaan sebelum ini khususnya di era Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi yang lebih berteraskan unsur kekitaan dan kebersamaan di antara pelbagai lapisan rakyat.

Keseluruhan bahagian korus lagu ini jika diteliti sememangnya tiada langsung penzahiran elemen patriotisme dan penghargaan terhadap nikmat kemerdekaan yang dikecapi negara. Apa yang ditonjolkan hanya sekadar memuja-muja dan mengangkat retorik kosong janji 1Malaysia yang sehingga kini masih kabur dan mengelirukan.

Akhir sekali adalah pada rangkap 'rap' -- lirik yang mengisi rangkap akhir ini paling parah dan bersifat cacamarba. Entah apa yang bersarang dalam benak si penulis lirik sehingga terhasil bait-bait lirik yang lemah, dangkal dan membosankan.

Alangkah jeleknya bila mana lirik rap pada rangkap terakhir itu diselit dengan istilah (Bantuan Rakyat 1Malaysia) BR1M, klinik dan kedai yang berorientasikan retorik 1Malaysia.

Apa kaitan BR1M, klinik dan kedai dalam proses penyampaian mesej kemerdekaan dan semangat patriotisme kepada rakyat? Ini langsung tiada kena mengena dengan semangat patriotisme.
NONEDan paling memalukan adalah tatkala dihebahkan kepada khalayak bahawa penulis lirik lagu ini merupakan seorang yang memegang jawatan menteri dan bertanggungjawab menjaga portfolio kebudayaan.

Jelas, menerusi lagu ini, Umno-BN cuba untuk memanipulasi sentimen patriotisme bersempena sambutan ulangtahun kemerdekaan negara dengan menerapkan propaganda lekeh dalam usaha terdesak mereka untuk meraih undi menjelang PRU yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Tidak dapat tidak untuk disimpulkan bahawa tiada langsung sebarang elemen patriotisme di dalam lagu ini melainkan puja-pujian dan sanjungan melangit ke atas retorik 1Malaysia serta pujukan halus supaya rakyat terus mengekalkan kuasa di tangan Umno-BN.

Semangat kemerdekaan dan nilai patriotisme langsung tidak dirasai di dalam lagu ini.

Justeru, rakyat khususnya anak muda tidak wajar untuk terus membiarkan diri mereka dihenyak dan diperbodohkan oleh propaganda sempit ini.

Kemerdekaan seharusnya dirai dan dihargai dengan menghayati nilai patriotisme berasaskan semangat pencerahan yang tulen; bukannya dengan propaganda lapuk yang disandarkan pada sebuah lagu "kemerdekaan" paling buruk dalam sejarah negara.

Najwan Halimi merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia. Tulisan ini merupakan pandangan peribadinnya

Sumber : Malaysiakini.com 
............................................................................................................................................................
 Kenapa lagu Gereja ni sama dengan lagu tema Hari Kemerdekaan ke 55 ni?
Aku rasa tak perlulah aku explain panjang lebar tentang logo sambutan Hari Kemerdekaan negara kita yang ke 55 tahun ini, pasal mungkin ramai yang dah tahu tentang asal-usul logo itu..

Tapi buat yang tak tahu lagi, logo itu sebenarnya ialah logo yang telah dikitar semula dari sticker untuk kenderaan semasa sambutan kemerdekaan yang ke 52 dulu..

Dikitar semula oleh Menteri Kitar Semula, Rais Yatim... kerana kebodohannya itu (mungkin 'Buta IT') beliau menjadi mangsa belasahan Blogger Pro PR dan juga Blogger Pro UMNO/BN..

Berikut adalah logo sambutan Hari Kemerdekaan negara kita yang ke 55..

Dan ini adalah logo asal..
Ini pula e-mail seorang rakyat Malaysia yang bengang dengan kebodohan Rais itu..

Saudara Pengarang,

SEBAGAI rakyat Malaysia di alaf Transformasi, saya amat kesal dengan sikap Jawatankuasa Sambutan Perayaan ke 55 tahun Kemerdekaan Malaysia kerana memilih logo setaraf 'Pembantu Rumah' atau 'Pra-Sekolah'.

Tidak tahu di mana silapnya, seolah-olah semua ahli jawatankuasa termasuk Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Mohd Rais Yatim tidak pernah melihat laman web http://pmr.penerangan.gov.my/ yang memaparkan logo sambutan sambutan hari kemerdekaan sejak 1976 sehingga 2011.

Saya lebih terkejut apabila melihat video di ( Youtube ) yang mendakwa logo Kemerdekaan 55 boleh disiapkan tidak sampai 5 minit, malah hanya 3 minit sahaja menggunakan Adobe Photoshop atau Microsoft Word.

Persoalannya, apakah yang ingin disampaikan Menteri dan Jawatankuasa Sambutan Hari Perayaan Kemerdekaan Ke 55 Malaysia ketika Perdana Menteri mendapat keyakinan rakyat melalui pelbagai transformasi?

Sewajarnya, logo Kemerdekaan Ke 55 dicipta selari dengan hasrat Perdana Menteri yang digelar 'Bapa Transformasi' dan bukannya melakukan transform logo yang sudah basi di minda rakyat.

Semoga di tahun yang akan datang, sewajarnya logo hari kebangsaan dilukis atau dicipta oleh 'Kanak-Kanak Tadika' dan 'Orang Buta' kerana mereka mungkin lebih kreatif dan artistik daripada pencipta logo Sambutan Hari Kebangsaan Ke 55.

Salam Hormat,

MOHD ZAHID MOHD ANWAR
Rais Yatim hang jawablah...

Dan berkenaan dengan lagu tema perayan hari kemerdekaan pula.. Rais Yatim juga perlu jawab.. adakah benar lagu ini telah diciplak dari sebuah lagu ketuhanan yang dinyanyikan oleh penganut Kristian dalam Gereja mereka?

Melodinya hampir sama cuma rentak atau temponya telah diperlahankan sedikit dan sudah pasti liriknya telah ditukar..

Sumber yang memberikan info mengenai lagu yang dinyanyikan di atas ini mendakwa videoclip di atas telah dirakamkan di Bandung, Indonesia..

Dan ianya merupakan satu lagu Ketuhanan masyarakat Kristian..

Bezakan dengan lagu tema bagu Hari Kemerdekaan yang ke 55 di bawah ini...yang hingga ke hari ini telah menerima 6916 'Dislikes'...
Sumber : http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/07/kenapa-lagu-dalam-gereja-ni-sama-dengan.html

PEMBUNUHAN ORANG ISLAM MYANMAR - HANYA DOA SAHAJA YANG KITA MAMPU

NASIB UMAT ISLAM ROHINGYA
Sekiranya kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah yang tertindas ketika ini, nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, dan sebagainya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ambil tahu tentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma) sejak sekian lama?



Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Jadi, luangkan sedikit masa dan rajinkan diri membaca untuk mengambil tahu isu ini. Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud,



“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”


1. Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini, 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu dibunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

2. Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu, puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap, ibu negeri Arakan.


3. Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah dibakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya ketegangan telah tercetus apabila orang Islam Rohingya terus dijadikan sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan.

4. Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima, polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.


5. Berdasarkan maklumat langsung dari Maungdaw, sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempoh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network, dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

6. Namun, mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga kini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga kini.


7. Pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan bahawa mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

8. Lebih memeranjatkan, pihak keselamatan, polis dan tentera, kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Walaupun darurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan, pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

9. Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk, namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.


10. Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gitelah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

11. Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan, namun bukan untuk melindungi mereka, akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah. Lantaran itu, penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

12. 9 hb Jun 2012, sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar. 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar iaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine.

13. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar. Dari maklumat terkini, semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. Hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.

14. Kutukan keras dilemparkan terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1982 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

15. Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand, 150,000 di Pakistan, 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

16. Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat ke atas Umat Islam Rohingya yang masih berada di wilayah Arakan, Myanmar .
17. Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana Masjid, ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa mengganut Buddha.

18. Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memiliki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memiliki telefon bimbit.

NASIB UMAT ISLAM DI SYRIA YANG DALAM PEPERANGAN

KERANA MAZHAB MEREKA BERBUNUHAN
Perang saudara di Syria masih belum ada penghujungnya. Siapa yang menang dan siapa yang kalah masih belum ada penentuan. Yang pastinya bila peperangan berlaku rakyat yang akan menjadi mangsa. Sama ada ianya dilakukan oleh pehak pemerintah atau pehak penentang. Masing-masing tidak akan mengaku melakukan kekejaman kepada rakyat.
Mideast Syria Alawite State
Peperangan yang telah belangsung berbulan-bulan masih lagi berterusan walaupun di bulan Ramadhan. Punca peperangan yang berlaku hanya disebabkan pertikaian antara dua mazhab iaitu mazhab Syiah dan Sunni.  Pertikaian mazhab ini bukan sahaja berlaku di Syria ianya turut berlaku di Iraq dan Pakistan.

Liga Arab telah menawarkan perlindungan dan mendesak Presiden Syria Bashar Al-Assad berundur. Syria telah menolak seruan dan tawaran Kesatuan Liga Arab kepada Presiden Bashar al-Assad untuk menyerahkan kuasa dan menerima 'perlindungan'.
"Kami menyesal bahawa Kesatuan Arab telah turun ke tahap ini tentang keadaan ahli lembaga ini," kata jurucakap kementerian luar negeri Jihad Makdissi pada persidangan media."Keputusan ini hanya melibatkan orang Syria, yang merupakan penguasa tunggal nasib pemerintah mereka." tegasnya. 

Kesatuan Arab pada hari Isnin telah menyeru Presiden Syria Bashar al-Assad untuk segera menyerahkan  kuasa bagi menamatkan rusuhan di negaranya, "Ada kesepakatan tentang perlunya pengunduran diri Presiden Bashar al-Assad," kata Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani kepada wartawan selepas pertemuan peringkat menteri Kesatuan Arab di Doha yang berakhir Isnin (23/7).

Kesatuan Liga Arab juga mendesak pemberontak Tentera Pembebasan Syria untuk membentuk kerajaan peralihan perpaduan nasional.

"Kami menyeru kepada pembangkang dan Tentera Pembebasan Syria untuk membentuk suatu kerajaan kesatuan nasional," kata Sheikh Hamad ketika ia menyampaikan hasil pertemuan Kesatuan Arab.


Sehingga kini keadaan kian meruncing yang menjadi mangsa adalah rakyat.  Penjelasan mengenai apa yang berlaku diSyria pernah dijelaskan oleh Syeikh Hassan Al-Hindawi yang telah dihantar ke Malaysia oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi untuk memberi penjelasan mengenai isu berkenaan disebalik peperangan di Syria. Beliau dihantar ke sini untuk menjelaskan tentang Syria yang tidak dijelaskan secara betul oleh media-media massa. Media-media massa barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu perkara sebenar apa yang berlaku di Syria lalu mereka telah putar belitkan fakta.

Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan rakan. Teman itu berkata bahawa dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong kerajaan Syria. TV di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai orang yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai-pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain ingin menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

Punca berlaku peperangan ini ialah apabila ada sekumpulan kanak-kanak dalam 28 orang bermain-main dan telah menulis RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN di dinding sekolah mereka. Slogan inilah yang telah dilaungkan di negara-negara yang berevolusi. Mengetahui perihal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini dan menyeksa mereka dengan cara mencabut kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarganya minta mayat kanak-kanak itu serta meminta kanak-kanak yang lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat tukar ganti dengan permintaan itu. Syaratnya ialah mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan ini. Perkara tersebut merupakan penghinaan yang amat serius!

Kebangkitan Rakyat
  1. Kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lalu.
  2. Lebih 3 JUTA rakyat Syria  keluar berdemo.
  3. Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan yang tidak mereka peroleh selama 42 tahun.
  4. Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.
  5. Rakyat mahu presiden (Basyar Asad) dihukum. Itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyat.
Conflict threatens Syria's archaeological heritage
KEKEJAMAN KERAJAAN SYRIA DIBAWAH PRESIDEN BASYAR ASAD
  1. Dalam masa 42 hari, seramai 40 000 orang rakyat Syria telah mati.
  2. 39 000 orang telah cedera. Mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
  3. Membunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.
  4. 9 000 dalam tahanan.
  5. 413 orang telah syahid di dalam penjara.
  6. Wanita-wanita telah diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
  7. Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni, telah ditangkap dan dia diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Beliau melawan, akhirnya terbunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!
  8. Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
  9. Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!
  10. Masa depan kebangkitan ini begitu baik. Ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang yang turun berdemo. Mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
  11. Pertubuhan-pertubuhan Arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak benarkan pegawai-pegawai Syria untuk memasuki tanah mereka. Tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan.
  12. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
  13. 95% ulama’ Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
Basyar Asad juga daripada kelompok syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh muslimin sunni. 84% daripada posisi kepimpinan rejim Asad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri dari 3 keluarga besar, 6% dari posisi tersebut pula drpd kaum ajam dan 10% lagi dari golongan kuffar. Tiada posisi bagi ahli sunnah wal jamaah. Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak juga terlalu dahsyat melebihi Israel. Rakyat-rakyat sunni dibunuh sesuka hati walaupun tiada  seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah.

Kita banyak tak tahu tentang isu Syria selama ini disebabkan oleh media yang telah dikawal oleh pihak rejim. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria utk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para demonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan dari mereka telah menemui syahid.

Semoga Allah melindungi umat Islam Syria yang berjuang dengan nama Allah. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...