BELIA JUGA SEMAKIN BERANI
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menutup kebimbangan Umno terhadap Himpunan Hijau ke Putrajaya pada 1 Jun lalu di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah, dikatakan mendapat sambutan sehingga dihadiri 100 ribu.
Katanya, jumlah besar membanjiri program PAS di Kedah tidak akan diterjemahkan di kertas undi. Sebagaimana biasa untuk mengubat rasa cemas Umno beliau mendakwa mereka yang hadir itu dibayar. Dakwaan yang sama oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pemimpin
Umno dan Mahathir tahu perhimpunan anjuran parti itu mengeluarkan wang
berjuta ringgit untuk mengangkut dan memberi imbuhan supaya hadir dalam
program mereka. Malah menjadi perkara biasa sekiranya ada laporan
terutama kakitangan kerajaan mengatakan mereka dipaksa hadir ke program
Umno.
Himpunan
Jutaan Belia yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara 2012 di
Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei dikatakan melibatkan belanja RM15.1
juta.
Himpunan
bertema ‘Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok’, 500 aktiviti
membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan, memperlihatkan kerajaan
lebih ghairah menghidangkan elemen hiburan berbanding kerohanian.
Aktiviti
hiburan seperti tarian dan nyanyian juga bertentangan dengan konsep
wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul
Razak.
Kerajaan
mengutamakan konset K-Pop dari Korea dan menghalau kuliah perdana Ustaz
Azhar Idrus dijadualkan di Putrajaya Internasional Convension Centre
(PICC) pada 26 Mei iaitu sehari sebelum berakhir Hari Belia Negara 2012
pada 27 Mei.
Difahamkan
Setiausaha Politik Najib, Datuk Jailani Ngah telah menghubungi dan
meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar membatalkan kuliah
tersebut. Kuliah tersebut kemudiannya dipindah ke Masjid As-Salam,
Puchong Perdana.
Jailani
memberi alasan kononnya dikhuatiri akan berlaku pertembungan program
dan kesesakan lalulintas yang teruk di Putrajaya kerana kuliah itu akan
berlangsung serentak dengan sambutan belia yang juga diadakan di
Putrajaya.
Perhimpunan
itu turut mengundang malapetaka apabila satu kemalangan berlaku ketika
acara perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 pada 26 Mei.
Seramai 17 penonton perlumbaan drag cedera termasuk empat parah apabila
sebuah kereta perlumbaan terbabas sebelum melanggar penonton.
Orang
yang suka berak tengah jalan dia akan tuduh orang lain juga berak
tengah jalan’. Itu tuduhan yang dilontar Mahathir dan Muhyiddin kepada
perhimpunan hijau bagi mengatasi rasa gerun Umno terhadap kebangkitan
pembangkang.
Kalau
PRU ke 12 pada Mac 2008 dikatakan berlaku tsunami mengubah secara
senyap landskap politik bahagian utara semenanjung tetapi kali ini ia
berlaku secara spontan keterampilan rakyat menyatakan secara berterus
terang mahu buat perubahan politik.
Mereka
menyatakan secara lahiriah bermula 28 April dalam perhimpunan Bersih
3.0 di Kuala Lumpur. Selepas itu Umno membalas dengan sambutan ulang
tahunnya pada 11 Mei lalu dan mendakwa dihadiri 100 ribu orang.
Umno
mengambil kesempatan diwar-warkan kononnya program Umno pada Hari Belia
Negara 2012 di Putrajaya yang dihadiri lebih sejuta orang.
Namun
perhimpunan hijau di Kedah melenyapkan sama sekali keyakinan Umno dalam
menghadapi PRU ke 13 kerana kehadiran orang PAS begitu memberangsangkan
walaupun tanpa pemimpin PKR dan DAP.
PAS
seolah menunjukkan kekuatan tersendiri tanpa bergantung kepada Ketua
umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan
Eng tetapi sambutan tetap diluar dugaan.
Mereka
bukan sahaja berhimpun malah diuji dengan hujan lebat tetapi orang
ramai tetap tidak berganjak dan sanggup `basah kuyup’. Kalau mereka ini
dibayar rasanya separuh yang ada di stadium itu hilang kerana mencari
perlindungan apabila menghadapi ujian tersebut.
PAS
ternyata menunjukkan kehebatannya tersendiri kerana mampu menarik
sebahagian besar dalam perhimpunan itu adalah terdiri orang muda.
Kehadiran
golongan belia itu bukan untuk mendengar dan melihat K-Pop atau hiburan
semata-mata tetapi diatas kesedaran politik yang tinggi. Mereka mahukan
perubahan dan bebas daripada tekanan hidup.
Bagi
mereka hiburan hanya mampu melenyapkan keserabutan dalam tempoh
sementara tetapi ia bukan penyelesaian kepada masalah mereka `dililit’
dengan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Mereka
mahukan kebajikan sebagai rakyat terjaga, pendidikan percuma,
keselamatan dan keamanan yang lebih sejahtera. Bukan hanya laungan
keamanan tetapi hakikatnya rakyat sering terancam pelbagai jenayah
bunuh, rompak, curi, rogol dan ragut serta tekanan politik yang menyekat
kebebasan mengkritik dan menegur kerajaan serta pihak berkuasa.
Mereka mahu hidup sebagaimana di zaman Khalifah Umar bin al-Khattab yang boleh dikritik walaupun ditempat awam.
Khalifah
Umar suatu hari pernah membahagikan kepada rakyatnya pakaian lalu
beliau naik keatas mimbar dan berkata: "Wahai manusia dengarlah!"
Tiba-tiba bangun Salman al-Farisi berkata: "Kami tidak mahu dengar."
Lantas Umar bertanya: "Kenapa wahai Salman?"
Jawabnya: Engkau berikan kami semua seorang sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai."
Kata ‘Umar: "Jangan tergesa-gesa wahai Salman."
Lalu Umar memanggil anaknya Abdullah.
Kata
Umar: “Aku menyerumu dengan nama Allah, bukankah pakaian yang aku pakai
ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku."
Jawab Abdullah: “Ya!”
Maka kata Salman: "Sekarang kami akan dengar". (Ibn Qutaibah, ‘Uyun al-Akhbar, 1/55).
Tiada hukuman pun keatas orang yang tegur Umar secara terbuka dikhalayak ramai, sedangkan itu ‘Umar bin al-Khattab.
Nabi saw sendiri pernah dipersoalkan beberapa tindakan baginda seperti tentang isi perjanjian Hudaibiah yang baginda meterai.
Baginda tidak menghukum pengkritik. Sedangkan baginda seorang nabi.
Sekiranya
Salman dan sahabat yang menegur Nabi saw itu wujud zaman sekarang dan
mengkritik pemimpin secara berdepan, mungkin mereka akan di ISAkan atau
disaman di mahkamah kerana membuat tuduhan membuta tuli.
Inilah
pemuda baru yang begitu ramai hadir dalam perhimpunan hijau di Kedah
itu. Minda mereka ternyata berbeza dengan belia yang hadir di konsert
K-Pop di Putrajaya.
Sebab
itu tidak hairan Muhyiddin mengingatkan jentera pilihan raya BN bahawa
PRU ke-13 kali ini adalah penentu `hidup dan mati’ parti tersebut.
"Pilihan
raya umum ke-13 kali ini adalah penentu hidup mati Barisan Nasional.
Bangkit atau jatuhnya BN akan ditentukan dalam pilihan raya kali ini.
"Justeru
saya menggesa setiap jentera parti memberikan keutamaan kepada setiap
kerusi negeri dan Parlimen," tegasnya kepada lebih 1,000 jentera BN
Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa pada 3 Jun lalu.
Belia
di Stadium Darul Aman Kedah adalah `world class’ meletakkan kepentingan
masa depan mereka dan orang lain. Malah belia ini menjadi penyelamat
belia K-Pop yang tenggelam dalam dunia keseronokan sementara serta bahan
penipuan Umno.
Oleh : Adnan Ibrahim