Pages

Saturday, 31 March 2012

SULTAN JOHOR

PINGAT KUASA MUTLAK RAJA
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada malam tadi bertitah pengurniaan pingat dan darjah kebesaran negeri itu adalah kuasa mutlak raja yang memerintah.
kerabat diraja johor11 (Gambar) Keluarga Kerabat Diraja Johor
Baginda bertitah pengurniaan itu adalah mengikut 'tilik pandang' baginda sendiri dan bukan cadangan daripada mana-mana pihak.

"Oleh itu, janganlah ada sesiapapun yang cuba melobi saya dalam hal ini," titah baginda pada majlis Malam Johor Di Hatiku anjuran Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) di Kuala Lumpur.

Turut berangkat pada majlis santapan itu Sultanah Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
kerabat diraja johor10 (Gambar) Keluarga Kerabat Diraja Johor
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga penaung PAMJ, dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sultan Ibrahim turut melahirkan kekesalan baginda kerana masih ada pihak yang percaya kepada broker pingat untuk mendapatkan darjah kebesaran.

Sehubungan itu, jika ada pihak merasakan diri layak memperoleh pingat serta darjah kebesaran, mereka perlu bersabar kerana baginda dapat melihat orang yang patut menerimanya.

"Cubalah tanya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berapa lama selepas menjadi Menteri Besar Johor, baru beliau dikurniakan darjah mahkota Johor," titah baginda.

Dalam perkembangan lain, Sultan Ibrahim bertitah baginda berharap pemimpin atasan di peringkat pusat dari Johor tidak akan lupa untuk membantu negeri sendiri.

Baginda juga berharap anggota PAMJ, yang ditubuhkan pada 1982, tidak akan mengambil kesempatan menggunakan persatuan itu untuk kepentingan peribadi, dan mereka perlu bekerjasama bagi mencapai matlamat serta tujuan penubuhannya.

- Bernama

DURIAN RUNTUH SEBELUM PRU 13

UNTUK PENEROKA FELDA
 Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan membuat pengumuman pada Mei depan yang disifatkannya sebagai "durian runtuh" kepada para peneroka bersempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).
Perdana Menteri berkata pengumuman itu disifatkan beliau bakal membuatkan para peneroka "tersandar, rebah dalam kejutan".

"Banyak mana? Saya tak akan umumkan hari ini. Banyak mana? tunggu, kita akan buat pengumuman nanti," katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Peneroka Gugusan Bera di Felda Triang 3, dekat Bera, semalam.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri lebih 10,000 peneroka itu ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob,  Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Perdana Menteri berkata pengumuman itu akan dibuat dalam satu perjumpaan besar-besaran bersama warga peneroka di Pahang pada Mei depan.

Berkenaan penyenaraian FGVH pada Jun depan, Najib berkata kerajaan memutuskan untuk menyenaraikannya di Bursa Malaysia bagi menjana kekayaan berlipat ganda yang akhirnya akan memberi manafaat secara langsung kepada peneroka.

"Kerajaan ambil keputusan supaya FGVH ini disenaraikan kerana kita ingin aset Felda ini untuk menjana kekayaan berlipat ganda seterusnya kekayaan melonjak itu kita akan pulangkan kepada peneroka," katanya.

Perdana Menteri berkata penyenaraian itu merupakan satu lonjakan berganda buat alaf baru untuk Felda dan menurutnya "peneroka juga akan terima durian runtuh, (peneroka) tidak akan terfikir jumlah durian runtuh itu".

Dalam perkembangan berkaitan,  Perdana Menteri berkata Felda juga menyediakan peruntukan lebih RM1 bilion bagi program pembesaran rumah peneroka di seluruh negara.

"Sehingga tahun ini, Felda telah meluluskan RM813.8 juta pinjaman kepada 25,455 peneroka Felda tanpa dikenakan sebarang bayaran faedah.

"Selain jumlah yang diluluskan itu, Felda telah menambahkan RM200 juta lagi bagi membolehkan lebih ramai peneroka  mendapat pinjaman untuk membesarkan rumah mereka.

"Bagi Gugusan Felda Bera sahaja, Felda telah meluluskan RM5 juta kepada 144 peneroka memerusi program tersebut," kata  Najib.

Perdana Menteri juga berkata Felda akan terus membela masyarakat peneroka termasuk membina rumah untuk anak-anak mereka yang merupakan generasi kedua supaya mempunyai kediaman yang selesa.

"Di Felda Triang 3 sahaja, Felda telah membina 169 buah rumah kos rendah dan 126 rumah kos sederhana yang kini 95  peratus telah siap.

"Bagi rumah kos rendah yang akan dijual pada harga RM36,000 (seunit), Felda telah memberi subsidi sebanyak RM63,000 bagi  setiap unit dan RM15,000 subsidi bagi setiap unit rumah kos sederhana yang dijual pada harga RM90,000," katanya.

- Bernama

Friday, 30 March 2012

KOTA-KOTA MELAYU DAN JAWA

DIMUSNAHKAN BRITISH
Kerajaan Kedah sering di sebut sebagai kerajaan tertua dalam sejarah kerajaan beraja serta kesultanan yang panjang di nusantara yang bermula pada tahun 700 masihi lagi. Hubungan dengan negeri-negeri di timur tengah dan asia barat serta timur meninggalkan kesan dan pengaruh yang luas termasuklah kebudayaan, kesenian, agama, politik dan perdagangan.
 
Kesan-kesan seni warisan melayu ini banyak dapat di kesan di Kedah walaupun banyak kota-kotanya dikhianati, dihancurkan dan ditanam oleh pihak-pihak musuh Allah.
 
Bandar Kota Star selaku pusat pentadbiran Kedah Tua dan merupakan antara kota yang mendapat perhatian kerajaan British untuk dirampas kerana ia dipenuhi sebilangan bangunan lama yang menjadi bukti kewujudan pemerintahan dinasti Ahlul Bait Al-Jefri Merong Mahawangsa. Kota Star sejak dahulu terkenal dengan banyak kota-kota dan gerbang-gerbang yang antik serta cantik seperti Kota Tengah, Kota Star, Istana Kuning, Kota Keriangan di Gunung Keriang dan Kota Sharifah dan lain-lain.
 
Gerbang Kota Star telah dimusnahkan setelah kematian Sultan Badlishah oleh cucu raja Thai Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Sultan Badlishah merupakan anak-anak Ahlul Bait Merong Mahawangsa kerana ibunya Tunku Sharifah Sofea al-Jefri ialah anak saudara kepada Maharaja Melayu DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Shah al-Jefri.
 
Buku Undang-Undang Kedah termaktub perkataan HUKUM KANUN DATO’ KOTA STAR yang buku ini selesai ditulis pada tahun 220 hijrah @ 812 masihi oleh cucu Maharaja Merong Maha Wangsa yang ketika itu menjadi D.O. atau Raja Daerah di Aceh.
 
Kota Star dirobohkan semasa era Musuh Bisik pada tahun 1821 manakala gerbangnya diruntuhkan pada tahun 1960 untuk memberi laluan pada pembangunan kononnya. Di tapaknya di bina bangunan baru iaitu Wisma Negeri.
 
Seperti kes Tunku Abdul Rahman menukar Kota Kayangan menjadi Muzium Perlis. Di tahun-tahun berikutnya beliau datang semula ke Perlis dan mengatakan muzium ini terlalu lama dan buruk, seeloknya ditukarkannya kepada bangunan muzium yang baru. Maka terjadilah malapetaka kepada warisan Melayu yang mana Kota Kayangan yang gah dengan batu-bata serta diselang seli kayu-kayu meranti yang halus ukirannya juga dipenuhi dengan simbol-simbol empayar Kedah Tua habis dirobohkan oleh beliau.
 
Tidak habis dengan itu Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj al-Thai telah mengetuk batu-batu nisan yang lama digantikan dengan yang baru manakala nisan-nisan kayu dibiarkan. Beliau selaku Perdana Menteri Malaysia pada masa itu juga menjejaki seluruh warisan Kedah Tua di Negeri Perlis dan negeri-negeri lain untuk dimusnahkan.
 
KENANGAN GERBANG KOTA STAR 1960 BERSEBELAHAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN. JIKA GERBANG PINTU MASUK KE KOTA SEBEGINI GAH DAN CANTIK TENTU KOTANYA YANG DIRUNTUHKAN DI ZAMAN SI LAKNAT RAJA THAI CHULALONGKORN LEBIH HEBAT LAGI.
 
Bukti kenyataan ahli sejarah Inggeris James Low dari buku “Sejarah Kedah Sepintas Lalu“, mencatatkan Raja Thai Chulalongkorn telah mengarahkan tentera-tenteranya menghapus dan membakar habis-habisan kesan bukti sejarah kerajaaan Melayu Siam Malacca, antaranya ialah :-

1. Kota Raja Melayu Siam Kedah Pelabuhan Kota sekitar Kota Teluk Bahang, Kuala Kedah.
2. Kota Palas Istana Sultan Maulana di Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi .
3. Istana Maharaja Jalil Sutan Yaakub Kedah Langkasuka Khrun Waran Wangsa tahun 1548 M .
4. Istana Tanjung Putri, Kuala Ketil dan di situ masih terdapat Perigi Puteri Dayang yang dibina bersebelahan kota tersebut .
5. Istana Sultan Sheikh, Sultan Abdul Kadir Shah Alam tahun 904 M di pekan Langgar, Kedah.
6. Kota Pagar Air Istana Sultan Hussain Shah Alam di Limbung, Kedah.
7. Istana Dato’ Paduka Maharaja Nai Cau Shin Ibni Al Marhum Nai Cau Doi di Kampung Pulau Maharaja, Tunjang.
8. Kota Sarjana di Alor Ganu milik Rama Tibodi 1 Ananda Pagan Ibni Al Marhum Sultan Muhammad Yang Adil, baginda mencipta wang emas yang ada di Muzium Negeri Kedah.
9. Kota Mengkuang, Wang Tepus, Kubang Pasu milik Sultan Sharif Abu Bakar Shah.
10. Istana Maharaja Melayu Siam Syburi Sultan Syeikh Ali Kaifa Tabim di Utan Aji, Perlis.
11. Kota Naga dan Kota Siputeh di Daerah Kubang Pasu.
12. Kota Sarang Semut, Pendang, Bukit Choreh milik Sultan Badrul Munir dan periginya masih wujud di kampung tersebut.
13. Kota Pinang Tunggal di Kulim, Kedah juga milik Sultan Saidina Jamalul Alam Sultan Badrul Munir.
14. Kota Merong Mahawangsa Muzafar Shah 700 M di Sungai Mas, Kuala Muda, Kedah.
15. Istana Majlis Raja Iskandar Zukarnain di Lembah Bujang juga di Kuala Muda dan Gok Arang Maharaja Melayu Islam Sultan Jaafar Muadzam di Pulau Tiga, Kedah, rujuk mukasurat 49 Buku Undang-Undang Kedah.
16. Istana Maharaja Melayu di Pusat Pembuatan Senjata Api, Merbuk, Kedah juga milik Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah.
17. Istana Bendang Raja, Kubur Panjang di Pendang milik Sultan Muzaffar Shah Kuala Kangsar yang mana sebelum itu merupakan Raja Melayu Siam daerah Kemboja tahun 1788 M.
18. Kota Burha Istana Raja Legeh milik Tuanku Long Taha Ibni Almarhum Tuanku Long Putra di Mukim Padang Kerbau, Pendang, Kedah.
19. Kota Oo, Pelantik, Sik, Kedah milik Raja Idris Jammu Pattani suami Ratu Hijau Pattani.
20. Kota Ruman juga di Sik, Kedah juga di miliki oleh suami Ratu Hijau iaitu Raja Idris Jammu Pattani.
21. Kota Istana Bukit Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah di Jeniang, Kedah.
22. Istana Maharaja Melayu Siam Sultan Muzafar Shah Kuala Kangsar di Kampung Dusun Raja, Padang Sanai, Daerah Padang Terap, Kedah.
23. Istana Maharaja Melayu Siam Songkla Sultan Syed Alang Alauddin di Kampung Nai Lang, Mukim Durian Burung di sebelah Thailand.
BAHAGIAN TEPI GERBANG ADALAH SEPERTI ARCA BATU NISAN KEDAH TUA YANG BERTEBARAN DI SELURUH NUSANTARA. SEBAB ITULAH GERBANG INI DIMUSNAHKAN KERANA GERBANG INI MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA TENTANG KETAMADUNAN KESULTANAN MELAYU ISLAM. IANYA BERBENTUK ARCA BATU NISAN YANG DIDAKWA BATU NISAN ACEH KONONYA. PADAHAL IANYA BATU NISAN KEDAH TUA.
 
INILAH MELAYU YANG DI WAR-WARKAN OLEH BRITISH, TIADA APA-APA PADA BANGSA MELAYU KECUALI ATAP RUMBIA DAN PERTANIAN.

Untuk memastikan kota-kota ini musnah secara total Raja Thai Chulalongkorn, datuk kesayangan Tunku Abdul Rahman telah datang ke Kedah bersama pegawai-pegawai penasihatnya yang berbangsa Inggeris, pada tahun 1890 M. Kedatangan dimulai di Pulau Langkawi dan seterusnya ke bandar Kota Star dan di sambut mesra oleh anak perempuannya merangkap isteri kedua Sultan Abdul Hamid yang bernama Cik Puan Manjalara.
 
Khazanah-khazanah yang bernilai sejarah yang berupa bangunan lama atau binaan lama gerbang-gerbang Di Raja, warisan-warisan silam lainnya yang terdapat di dalam dan di luar negeri Kedah berupa alat-alat senjata berat dan senjata-senjata api seperti senapang, lela rentaka, meriam-meriam melayu dan lain-lain dilupuskan dan diganti dengan milik penjajah contohnya meriam-meriam melayu diganti dengan meriam-meriam VOC milik penjajah.
 
Apa yang ada kaitan dengan ketamadunan Kedah Tua semuanya habis dimusnahkan. Kemudian penjajah-penjajah ini telah menukar nama bandar Kota Star kepada Alor Star kerana kata pegawai Inggeris, orang melayu tak perlulah kepada berkota-kota, cukuplah dengan nama “Alor”. Sejak itu nama Kota Star hanya dikenali sebagai nama District of Kota Star atau daerah Kota Star sahaja.
 
KOTA BOROBUDUR DI SEMARANG YANG DI GELAR OLEH BRITISH SEBAGAI KUIL BUDDHA.

Apabila Imperialis Belanda kalah di tangan tentera Perancis di bawah kekuasaan Napoleon Bonaparte, ia telah menyerahkan jajahannya di Indonesia kepada British untuk menjaganya dengan janji akan menyerah kembali kepada Belanda setelah merdeka nanti.
 
Maka apabila kerajaan Britain setelah menguasai jajahan Belanda di Indonesia, ia telah menghantar Stanford Raffles dan kerani bodohnya Munsyi Abdullah ke kota-kota Islam itu dan merubahnya serta menghilangkan bukti-bukti kekuasaan Kerajaan Islam Kedah Tua di sana. Sehinggakan Kota Borobudur telah di “convert” menjadi candi kafir Buddha.
 
Bila ahli sejarah masakini pergi membuat kajian di sana mereka merasa hairan kerana Candi Borobudur yang di atur penuh dengan patung-patung Buddha itu memiliki senibina Islam Arab Yaman dan berdekatan Kota Borobudur pula terdapat Kota Prambanan yang juga telah diubahsuai British dan dijadikan kononnya Kuil Hindu Prambanan.
 
BRITISH MENGELARNYA KOTA HINDU PRAMBANAN SELEPAS MENGUBAHNYA MENJADI KUIL DI BAWAH KELOLAAN STANFORD RAFFLES.

Di Indonesia juga terdapat kota pelabuhan kuno Grisek di Jawa Timur. Kota ini ini dikatakan milik anak Sultan Kedah Tua yang bernama Siti Fatimah Maimun. Baginda merupakan Ratu di situ seperti Ratu Hijau yang memerintah Pantai Timur Semenanjung Melaka atas nama Kerajaan Pattani. Baginda datang ke Indonesia dibawa oleh ayahandanya pada tahun 1303 Saka atau 1381 masihi dalam misi mengislamkan orang-orang di sana.
 
JAB Wiselius seorang pengkaji dari barat mencatatkan, namanya ialah Dewi Suari dan ayahandanya ialah Sultan Kedah ( Gedah ). Pentadbiran baginda dibantu oleh pegawai-pegawai terlatih dibawah kelolaan seorang ulamak yang hebat pada masa itu bernama Maulana Malik Ibrahim. Ulamak tersohor ini didatangkan khas dari daerah Chempa, Cempaka Sari Kemboja.
 
Kajian Lembaga Research Pasentran Leluhur Islam Jawa Timur pula mengatakan Puteri Siti Fatimah Maimun dan Dewi Ratna Suari adalah orang yang sama iaitu puteri kepada Sultan Kedah. Masa hidupnya sezaman dengan Maulana Malik Ibrahim dan jarak wafat kedua tokoh ini hanya bezanya 20 tahun.
 
Baginda mangkat di Desa Laren, Manyan Grisek Jawa Timur dan makamnya sekarang ada bersebelahan Kota Grisek sebuah kota pelabuhan kuno. Siti Fatimah Maimun tercatat dalam sejarah sebagai pendakwah sufi di zaman kegemilangan Islam Kedah ketika itu. Catatan ini juga menjadi bahan kajian J.Wolbers juga salah seorang pengkaji sejarah dari barat.
MAKAM RATU SITI FATIMAH MAIMUN PUTERI SULTAN KEDAH BERSEBELAHAN KOTA GRISEK DI KOTA PELABUHAN KUNO GRISEK , JAWA TIMUR.

Sebelum nama Alor Star digunakan, pusat pemerintahan kuno ini bernama Kota Star. Nama ini diberi kerana sekitar kawasannya ditumbuhi pohon-pohon Stag dalam loghat utaranya atau pohon-pohon Star. Ia sejenis pokok yang buahnya masam-masam manis. Buah pokok Stag ini berwarna kekuning-kuningan bila ianya masak. Ia dalam kumpulan pohon Kundang termasuk juga pohon Rumia. (sila rujuk Buletin MKNK m.s 14 oleh Wadiassofi Jaafar)
 
Ketamadunan Kota-kota ini dan Kesultanan Kedah Tua perlulah dijaga dan dipelihara untuk kepentingan negara. Selain kita memiliki warisan-warisan lama ini, sejarah realiti ini pula dapat memupuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia, catatan tentang kota-kota lama ini juga membuktikan kehebatan Kesultanan Melayu Tua.
 
Gerbang Kota Star telah di musnahkan pada tahun 1960 setelah kemangkatan Sultan Badlisah pada tahun 1958 dan Gerbang Kacapuri di Kota Kuala Bahang yang namanya ditukar kepada Kuala Kedah juga telah dimusnahkan pada tahun 1970 yang kononnya telah runtuh akibat ribut.
 
Setelah semua konspirasi ini selesai maka benarlah kata-kata British dan talibarutnya konon MELAYU INI TIADA APA-APA CUMA PERTANIAN DAN ATAP RUMBIA. Kota-kotanya hanyalah dari kayu, papan dan batang buluh.
Dicatat oleh Megat al-Jefri

APA ITU MELAYU

TAKRIFAN MELAYU DALAM SEJARAH
HINGGA penghujung tahun 1880-an Masihi, belum dijumpai takrif tentang istilah Melayu dalam pelbagai aspek oleh putera dunia Melayu sendiri, kecuali hanya dibicarakan oleh Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani dalam banyak tempat yang secara terpisah.
 
TEUKU Umar Johan Pahlawan (kiri) yang memimpin perang 
jihad fisabillah menentang penjajahan Belanda.
Sebelum membicarakan pelbagai aspek peradaban dunia Melayu, penulis petik kembali kalimat Sheikh Ahmad al-Fathani yang beliau tulis dalam bahasa Arab dan pernah diterjemah dan dimuat dalam buku Hadiqatul Azhar war Rayahin: Asas Teori Takmilah Sastera Melayu Islam, jilid 1.Petikan itu ialah:
Iaitu kesatuan semua bangsa Melayu, al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya’. Mereka adalah kelompok atawa segolongan besar manusia. Negeri-negeri mereka adalah sesubur-subur negeri dunia.
“Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina. Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah. Pakar/ ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa alam Melayu itu adalah sebahagian daripada negeri-negeri India-Cina.
“Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan “Jawah“, iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana. Orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa.
“Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu.
“Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Mereka memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya.
“Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka.
Tulisan Sheikh Ahmad al-Fathani asli yang diterjemahkan di atas adalah dalam bahasa Arab dan ditempatkan pada bahagian tepi karya beliau berjudul Tashil Nail al-Amani. Kitab ini masih diajar di beberapa tempat di dunia Melayu, mahupun di tempat-tempat lain di dunia Islam terutama di Mesir.

Dengan kalimat yang pendek tetapi menyentuh pelbagai aspek tentang Melayu tersebut di atas, bererti Sheikh al-Fathani telah memperkenalkan peradaban dan ketamadunan Melayu di peringkat antarabangsa sejak tahun 1300 H/1882 M, iaitu tahun beliau selesai menulis kitab Tashil Nail al-Amani itu.

Perlu penulis sertakan penafsiran kalimat Sheikh Ahmad al-Fathani tersebut, dimulai dari kalimatnya, “al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya“, takrif yang diberikan bererti menurut dialek Arab dibunyikan dengan perkataan “mi” (Mi-layu) atau “ma” (Ma-layu) sedangkan dalam dialek Melayu sendiri ialah “me” (Me-layu).

Tidak terdapat tulisan lanjut pendapat Sheikh Ahmad al-Fathani yang menyebut apakah perkataan Melayu itu dari bahasa Arab atau pun bahasa lainnya. Kemungkinan “mi” (Mi-layu) atau “ma” (Ma-layu) yang disebut oleh Sheikh Ahmad al-Fathani itu adalah berasal dari perkataan Arab.

Dunia Melayu

1. dari aspek geografi dan kesuburannya
Sheikh Ahmad al-Fathani memastikan letak negeri Melayu dengan katanya, “Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina“. Ini adalah gambaran bahawa letak dunia Melayu yang strategik kerana diapit oleh dua tanah besar dalam benua Asia, iaitu Cina dan India.

Ia diperjelaskan lagi dengan kalimat, “Pakar / ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa adalah alam Melayu itu sebahagian dari negeri-negeri India-Cina. Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan Jawah.”

Menurut Sheikh Ahmad al-Fathani, “iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana” atau di dunia Melayu. Dari perkataan “Jawah” kemudiannya menjadi Jawi. Walaupun antara orang Melayu dengan orang Jawa adalah serumpun Melayu, namun pada pandangan Sheikh Ahmad al-Fathani orang Melayu tidak sama dengan Jawa.

Inilah yang dimaksudkan dengan kalimat, “Orang-orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa.” Sukar juga kita mencari sebab asal usul dunia Melayu dinamakan tanah Jawi oleh orang-orang Arab, terutama orang Arab Mekah. Kemungkinan juga berasal dari nama Pulau Jawa yang terletak dalam gugusan kepulauan Melayu.
Selanjutnya, kata Sheikh Ahmad al-Fathani, “Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah“, dalam Hadiqat al-AzharIa adalah petikan Jaridah Al-Ma’lumat terbitan Betawi.

Sheikh Ahmad al-Fathani menyebut beberapa buah pulau, katanya: “Adalah Kepulauan Nusantara, iaitu sejumlah pulau-pulau yang terdiri dari: Sumatera, Bangka, Belitung, Jawa, Madura, Bali, Lombok, Sumbawa, Flores, Timor, Borneo / Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan banyak lagi“.

Kalimat selanjutnya, kata Sheikh Ahmad al-Fathani, “Negeri-negeri mereka adalah sesubur-subur negeri dunia …” yang dimaksudkan di sini ialah bahawa keseluruhan dunia Melayu mempunyai hasil yang banyak, baik hasil tanah daratan, hasil laut mahu pun yang terkandung dalam perut buminya yang demikian luas.
Dalam karyanya Thaiyib al-Ihsan fi Thib al-Insan, beliau berpendapat tentang kesuburan spesies tumbuh-tumbuhan untuk perubatan terdapat di bumi Melayu seperti yang beliau nyatakan pada kalimat, “Padahal kita jenis Melayu aula dengan demikian itu, dari kerana banyak segala ubat-ubat itu pada bumi kita. Hingga adalah kebanyakan ubat-ubat mereka itu diambilkan daripada bumi kita. Dan kita terlebih aula pada merintahkan diri kita daripada jenis yang lain daripada kita“.

2. Aspek bahasa dan ciri-ciri bangsa Melayu

Setelah memperkenalkan bangsa Melayu, letak dan kesuburannya, Sheikh Ahmad al-Fathani melanjutkan bahasan tentang bahasa. Katanya, “Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu.”

Pada konteks bahasa-bahasa serumpun Melayu dalam Hadiqat al-Azhar, Sheikh Ahmad al-Fathani menjelaskan, “Bahasa mereka bermacam-macam iaitu Melayu, Jawa, Sunda, Madura, Bugis, Aceh, Bali, [dan bermacam-macam lagi]“.
Walaupun di dunia Melayu terdapat berbagai-bagai bahasa, namun oleh sebab “Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan / mudah …”, maka bahasa Melayu adalah menjadi bahasa pengantar.
Sheikh Ahmad al-Fathani menyambung kalimatnya, “Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai/menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu“.

Persyaratan sesuatu bangsa yang berperadaban atau bertamadun, tentang bangsa Melayu hingga tahun 1300 H/1882 M, Sheikh Ahmad al-Fathani berpendapat, “Sebahagian ciri-ciri khusus mereka itu ialah, bahawa seseorang tiada melihat di negeri mereka dan lainnya peminta-peminta secara paksa, walaupun keadaan mereka sendiri sangat miskin sekali pun“.
Pandangan ini selain ditulis pada nota Tashil Nail al-Amani lebih lengkap ditulis pada nota karyanya Faridat al-Faraid yang ditulis tahun 1313 H/1895 M. Catatannya,
Muru’ah, ertinya “kemukaan” atau “kemanusiaan”, iaitu kemuliaan seseorang, dan kesempurnaannya, dan beberapa adab yang ada sekalian itu pada dirinya yang membawa oleh memeliharanya akan dia kepada baik segala perangainya dan elok segala adatnya.
Dan terjemah hamba akan “muru’ah” dengan erti “kemukaan” itu, betul lagi nyata, kerana “kemukaan” pada bahasa Melayu itu kinayah daripada keadaan seseorang itu mempunyai nafsu yang dipuji.
Yang membawa akan dia kepada mengerjakan pekerjaan yang baik Lagi tiada reda ia sertanya mengerjakan barang yang tiada patut dengan keadaan manusia.
Maka iaitulah ‘ain “muru’ah” yang pada bahasa Arab, dikatakan “Si Anu itu orang yang bermuka”. Ertinya: “mempunyai maruah, yang ia malu mengerjakan barang yang tiada patut dan loba ia atas mengerjakan barang yang membawa kepada kepujian dirinya”.
Dengan dalil memulia mereka itu akan orang dagang yang datang kepada negeri mereka, istimewa ahlil Hijaz. Dan jika tiada dibalaskan mereka itu dengan syukur sekalipun. Dan tiada ada pada mereka itu banyak tipu daya.
Dan tiada ada pada mereka itu menghilangkan air muka dengan meminta. Bersalahan setengah daripada jenis yang lainnya. Dan “kemukaan” ini lain daripada “wajahah” yang pada bahasa Arab. Kerana makna “wajahah” itu “al-hazhu wal ratbah”.
Dan iaitu bukannya “kemukaan” yang pada bahasa Melayu. Maka tertolaklah dengan demikian itu i’tiradh setengah manusia akan tafsir hamba akan “muru’ah” dengan “kemukaan”. Maka ia berkata ia [bahawa] “kemukaan” itu terjemah “wajahah” yang pada bahasa Arab.
Ada pun tafsir hamba akan “muru’ah” dengan “kemanusiaan”, ertinya “keadaan seseorang itu manusia yang sempurna“.
Maka, iaitu terlebih nyata, karena syaan manusia yang sempurna itu bahawa bersifat ia dengan segala barang yang tersebut pada makna “muru’ah” itu. Wallahu a’lam.
Masih dalam konteks di atas, sambungan kalimat pada nota Tashil Nail al-Amani dilengkapi dengan kalimatnya bahawa orang Melayu “memiliki kehormatan yang sopan …”

3. Aspek perkembangan ilmu pengetahuan

Pada sambungan kalimat di atas Sheikh Ahmad al-Fathani menggambarkan orang Melayu dapat menerima perubahan perkembangan zaman serta cerdas menerima ilmu pengetahuan.
Inilah yang dimaksudkan dengan katanya bahawa orang Melayu “menguasai perbaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya“.

Mengenai perkataannya “menerima pemodenan teknologi” Sheikh Ahmad al-Fathani dalam beberapa tulisannya turut membicarakan perkara itu. (Lihat Al-Fatawal Fathaniyah Sheikh Ahmad Al-Fathani, jilid 3, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1422 H/2002 M, halaman 31-32).

4. Aspek kedaulatan pemerintahan

Dalam konteks kedaulatan pemerintahan, Sheikh Ahmad al-Fathani mengakhiri kalimat pada nota Tashil Nail al-Amani, katanya, “Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka. Semoga Allah memelihara negara-negara Islam daripada mereka (kafir). Amin“.

Sheikh Ahmad al-Fathani dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin dan beberapa karangan yang lain menyebut mulai kedatangan Islam di dunia Melayu sehingga membentuk daulah yang dipegang oleh orang-orang Islam.

Namun selanjutnya bangsa penjajah Portugis, Inggeris dan Belanda telah datang menjajah dunia Melayu. Khusus mengenai Patani juga beliau sentuh.

Dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin memberi contoh peperangan yang panjang antara Aceh dengan penjajah Belanda, sampai tahun 1316 H/1898 M, iaitu zaman Sheikh Ahmad al-Fathani, telah terjadi perang selama 29 tahun.
Tahun yang disebutkan oleh Sheikh Ahmad al-Fathani itu ada hubungan dengan perjuangan terakhir Teuku Umar.

Pada 1 April 1898 M, Teuku Umar Johan Pahlawan Lampaseh, Teuku Tjoet Tungkob dan hulubalang-hulubalang mengucapkan sumpah setia kepada sultan untuk meneruskan perang sabilillah.
Selanjutnya pada 23 Julai 1898 M, di Keude Meulu, Pidie, Teuku Umar Johan Pahlawan Lampaseh, dilantik pemimpin perang sabilillah dalam satu mesyuarat pemimpin adat dan ulama-ulama Islam.

Sheikh Ahmad al-Fathani (1272 H/1856 M – 1325 H/1908 M) hidup sezaman dengan Teuku Umar (1854 M – 1899 M), beliau lebih muda sekitar dua tahun daripada Teuku Umar.

Memerhatikan tulisan-tulisan Sheikh Ahmad al-Fathani mengenai Aceh dan pada zaman yang sama beliau mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Turki-Uthmaniyah minta bantuan melepaskan seluruh dunia Melayu dari semua penjajah bererti Sheikh Ahmad al-Fathani ada hubungan dengan semua perjuangan Islam di dunia Melayu termasuk Aceh.

Mengenai yang penulis tulis di atas di antaranya dapat dirujuk dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin: Asas Teori Takmilah Sastera Melayu Islam, jilid 1, halaman 142-147.

Penutup

Pengenalan peradaban dunia Melayu ini tidak lengkap tanpa membicarakan para pelopor yang terlibat dalam ketamadunan Melayu sehingga melahirkan ramai generasi penerus hari ini.

Kesinambungan dari itu, perbicaraan ini dilanjutkan pada ruangan akan datang dengan memperkenalkan pelopor-pelopor Melayu Islam, yang meliputi dalam pelbagai aspek kepentingan dunia Melayu.

Sumber :  http://mindaahad.wordpress.com

ORANG INDONESIA DI MALAYSIA

PENENTU PRU 13
SEKALI pun pengundi muda termasuk yang mengundi untuk kali pertama dalam PRU 13 boleh mempengaruhi keputusan PRU 13 nanti, tetapi mereka tidak menjadi simpanan tetap mana-mana parti yang bersaing.
 
Mereka boleh memberi undi kepada Barisan Nasional dan mereka juga boleh memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Bergantung parti mana yang berjaya meraih sokongan majoriti kumpulan muda itu.

Ia adalah fenomena yang dihadapi oleh semua negara demokrasi di dunia.
Justeru semua parti berlumba-lumba untuk menarik sokongan golongan muda ini.
Tetapi Malaysia adalah unik. Ada lain penentu yang akan mempengaruhi keputusan PRU 13 itu. Gejala itu tidak ada di negara lain.

Yang benar-benar akan menentukan kemenangan PRU itu nanti ialah orang Indonesia yang menjadi rakyat Malaysia tetapi mereka dapat dijadikan simpanan tetap Barisan Nasional untuk meneruskan kuasanya.
Banyak pendapat mengandaikan Johor tidak lagi menjadi negeri simpanan tetap BN. Bagaimana pun Tun Daim Zainuddin masih percaya negeri itu jadi simpanan   tetap lagi.

Yang jelas menjadi kuasa penentu ialah warga Indonesia yang datang sebagai pekerja dipercayai telah dijadikan pengundi kehormat. Amat bertuah menjadi warga Indonesia yang menjadi buruh asing di Malaysia. Mereka dijamin pekerjaan dan mereka boleh pula menentukan siapa yang bakal berkuasa di negara tempat mereka mencari rezeki.
Mereka dapat menentukan siapa yang berkuasa di  Indonesia dan mereka juga boleh menentukan kuasa di Malaysia.

Walau pun rakyat Malaysia berdaulat untuk menentukan kuasa pemerintahnya, tetapi kuasa mereka itu belum tentu menjadi penentu, kuasa penentu itu sudah boleh diberikan kepada orang Indonesia. Hebatnya orang Indonesia ini, mereka  tidak perlu menukar status kerakyaan negaranya. Mereka boleh terus kekal sebagai rakyat  Indonesia dan diberi kelayakan mengundi.

Untuk menjadi pengundi mereka mesti menjadi rakyat. Maka mereka ditawarkan untuk menjadi rakyat asal saja bersetuju untuk mengundi. Baik mereka menjadi rakyat kekal atau pun pura-pura menjadi rakyat tetapi mereka sudah dapat hak yang sama dengan rakyat Malaysia  dalam menentukan kerajaannya.

Walau pun pengundi Malaysia mendapat bayaran dari undinya tetapi tidak semua orang Malaysia yang mengundi diberi duit kerana mengundi. Tetapi sekalian orang Indonesia yang dijadikan pengundi itu mendapat bayaran yang tinggi. Mereka mendapat bayaran yang lebih tinggi dari yang UMNO dapat.

Kebanyakan orang UMNO yang dikatakan miskin dapat RM500 saja seperti yang sedang diagih-agihkan sekarang. Mereka bekerja untuk UMNO sepanjang hayat, untuk PRU 13 ini diberi RM500 saja. Tetapi orang Indonesia yang bertuah itu dapat beribu.
Ini bererti nilai dan harga orang Indonesia yang bertuah itu jauh lebih bertuah dari rakyat Malaysia yang sepatut berdaulat.

Betapa orang-orang Indonesia itu didaftarkan sebagai pengundi adalah menjadi rahsia umum. Semua orang tahu ada sendikit menjalankan kerja haram ini. Walau pun ia satu bentuk jenayah, tetapi ia tidak termasuk dalam kerja wajib polis untuk mencegahnya.

Walau pun ia jenayah tetapi setengah rakyat menghalalkan jenayah itu. Mereka suka orang luar menentukan kuasa politik dalam negara ini.
Sekalipun bilangan mereka tidak seramai pengundi Malaysia yang sah,  tetapi untuk mereka tidak pecah dan ia ditaburkan di kawasan tertentu yang marjin majoritinya tidak besar. Dengan lambakan mereka di tempat seperti itu ia dapat memenangkan yang boleh dikalahkan itu.
Orang Indonesia dan Bangladesh tidak diperlukan di semua kawasan. Mereka diupah di kawasan yang secukupkan untuk mengekalkan kuasa BN.

Peluang ini tidak ada bagi Pakatan. Pakatan hanya berharapkan kepada sokongan pengundi yang sah. Sekadar meraih 50 peratus undi sah, ia tidak menjanjikan keuntungan pada Pakatan. Penentu undi Indonesia dan lain-lain undi silap mata akan mensia-siakan 50 peratus undi sah yang Pakatan dapat itu.
Justeru itu penentu kuasa dalam PRU 13 ini ialah warga Indonesa. Apa yang Pakatan dapat buat untuk merebut undi jemputan dari Indonesia dan Bangladesh itu. Najib tidak boleh kata ia hanya auta

COWGATE,COP-GATE,AG-GATE DAN ANAK-GATE

KENAPA KAMI BIMBANG
PM, biar saya beritahu kenapa kami bimbang: Cowgate, Cop-gate, AG-gate dan Anak-gate
Perdana Menteri Najib Razak harus menunjukkan perubahan sebenar dan elakkan berselindung. Saya rasa terharu pada sambutan Hari Polis ke 205 Sabtu lepas, saya diberi award Rakan Polis 2012 yang disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri,Dato’Hishammuddin Hussein. Saya agak kaget walaupun saya mengkritik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pimpinan terbaru YDH Tan Sri Ismail Omar masih menganggap saya layak menerima anugerah ini. Ini menunjukkan kesungguhan nya mengubah pasukan polis.


Objektif kerajaan menjadikan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu National Key Result Areas (NKRA) sudah mula menunjukkan hasil. Menurut laporan World Justice Project Rule of Law Index 2011, Malaysia di letakkan sebagai antara negara yang selamat di rantau Asia Pasifik. Ini menunjukkan kemajuan pesat terhadap imej PDRM berbanding semasa ia di bawah IGP yang terdahulu,Musa Hassan.Semasa zaman Musa Hassan, PDRM dibenci, sindiket pinjaman wang haram along menjadi musuh utama negara dan kadar jenayah tinggi terutama jenayah jalanan. Pendek kata, rakyat tidak rasa selamat ketika itu. Ada yang berkata ini semua dah berlalu. Tapi masa lalu yang menentukan masa kini dan akan datang.

Polis perlu meningkatkan prestasi atau ketinggalan di belakang

Berkenaan hal ini, suka saya mengingatkan PDRM bahawa imej positif tersebut boleh jatuh semula seperti dahulu. Saya suka mengingatkan PDRM tidak harus menjadi agensi penguatkuasaan undang-undang yang terlibat dengan melindungi mereka yang kaya dan berkuasa sahaja. .Yang demikian, pujian perlu diberikan kepada Pengarah CCID Dato’ Syed Ismail Syed Azizan, kerana mengumumkan pihak polis telah menyokong tindakan pendakwaan dalam skandal lembu NFC. Hal ini akhirnya memaksa peguam Negara Gani Patail mendakwa suami Shahrizat Jalil,Pengerusi NFC atas tuduhan jenayah pecah amanah. Pengumuman luarbiasa itu adalah satu tindakan bijak dan berani dari Syed Ismail , tidak berselindung yang mana biasanya pihak polis akan dipersalahkan. Ini benar-benar membaiki imej PDRM di mata rakyat.

Sebagai Rakan Polis, saya menyeru rakyat supaya tidak salah anggap kenyataan yang dibuat Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, berkenaan pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh mantan Pengarah CCID Dato Ramli Yusuff berkenaan perlindungan,pakatan, penipuan dan salahguna kuasa oleh Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail dalam skandal yang dikenali “CopGate Affair”.Apa yang dikatakan menteri tersebut “Buktikan dan kita akan ambil tindakan.Tiada siapa yang kebal dari undang-undang.” Kita mesti melihatnya dengan positif.

Tugas Polis ialah untuk menyiasat, bukan tunduk kepada telunjuk Peguam Negara.AG


Memandangkan Hishammuddin sendiri teleh meminta dibawakan bukti, YDH Ketua Polis Negara Ismail Omar sewajarnya mengambil berat kata-kata Menteri dan mengarahkan siasatan dijalankan oleh pegawai-pegawainya. Kuasa polis untuk menyiasat termaktub dalam Akta Polis. Saya berpendapat IGP Ismail Omar dapat tunjukkan sifat serius, objektif dan professional dalam mendedahkan kebenaran dan mendapatkan bukti dengan mengambil langkah-langkah berikut:

>tidak melibatkan Pengarah CID, Bakri Zinin dalam siasatan. Ini untuk melindungi Bakri Zinin dari tuduhan yang beliau ada kaitan dengan AG Gani Patail kerana Bakri juga berasa dari Sabah;

>arahkan penyiasat berfikiran bebas seperti Pengarah CCID Syed Ismail, yang tidak mudah ditakut-takutkan oleh Gani Patail sebagaimana terbukti dalam skandal “Cowgate”;

>tidak membenarkan campurtangan ahli-ahli politik ketika polis meneruskan tugas-tugas kerana ikrar tugas professional kerjaya pasukan polis , tidak kira berapa berpengaruhnya ahli politik tersebut;

>tidak meninggalkan sebarang isu pun dari semua lapuran yang di buat oleh Dato’ Ramli Yusuff terhadap Gani Patail dan Musa Hassan yang kini menjadi pengetahuan umum, iaitu kesemua isu disiasat.

a) kesahihan SD pegawai pengiring Musa Hassan berkenaan penglibatan beliau dalam kongsi gelap;

b) kesahihah 10 lagi SD pegawai polis yang lain;

c) kesahihan lain SD dari pemberi maklumat lain berkenaan penyerahan bukti;

d) melindungi Goh Cheng Poh dalam siasatan sindiket Along dan campurtangan dalam kerja-kerja siasatan polis dalam kes itu;

e) akses tanpa izin kepada fail-fail rahsia Cicero;

f) perlanggaran tugas-tugas AG dibawah Art 45 Perlembagaan Persekutuan kerana enggan mewakili dan menyediakan afidavit-afidavit untuk CCID;

g) pakatan mengenakan Dato’Ramli dan 6 orang pegawainya dengan menggunakan kenyataan palsu Moo Sai Chin yang ditahan di bawah undang-undang Darurat;


h) pakatan mengenakan peguam Dato’Ramli;

i) penglibatan AG dalam isu berkaitan Tajudin Ramli/MAS dan samada ada disembunyikan bukti;

j) keengganan AG mendakwa Tajudin Ramli walaupun ada sokongan dari CCID;

k) hubung kait antara AG Gani Patail dengan proksi Tajudin,Shahidan Shafie. Di nyatakan Shahidan yang pernah di dakwa atas tuduhan rasuah semasa beliau ialah OC,Cawangan Kongsi Gelap Johor;

l) samada wajar bagi peguam negara untuk bercampur dengan seorang yang mempunyai reputasi tidak baik (Shahidan Shafie) terutamanya jika orang itu terlibat dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh polis dan MACC. Hubungan baik mereka terdedah ketika skandal Haji beserta gambar-gambar dan lain-lain dokumen Tabung Haji.

m) Hubung kait AG dengan perbalahan syarikat Ho Hup sebagaimana dilihat dari gambar-gambar AG di pejabat Ho Hup dan dakwaan terhadap pihak satu lagi.

Bukan Nazri yang akan buat keputusan

Rakyat kecewa bila Speaker Parlimen menolak usul segera dari MP Subang Jaya R Sivarasa untuk perkara ini dibahaskan di Parlimen Rabu lepas. Kesan intergriti AG Gani Patail kepada keseluruhan sistem keadilan di negara ini. Rakyat melihat kengganan itu sebagai cubaan melindungi sesuatu

Untuk melenyapkan persepsi negatif itu, saya menyeru IGP Ismail Omar supaya melaksanakan tugas perlembagaannya untuk menyiasat tanpa rasa takut atau pilih kasih. Saya menyeru Ismail Omar supaya mengabaikan kenyataan mengelirukan Nazri Aziz yang kerajaan tidak akan menyiasat lanjut hal ini. Bukan Menteri yang perlu putuskan samada hubungkait AG Gani Patail perlu disiasat seperti juga bukan Menteri yang arahkan GLC untuk menyelesaikan kes-kes berkaitan Tajudin Ramli.

Skandal anak menteri: Dari mana anak lelaki yang kebal dari undang-undang itu dapat wang yang banyak?


Nazri mungkin menteri undang-undang, tapi beliau tiada kuasa moral untuk memberitahu polis bagaimana melaksanakan undang-undang jika beliau sendiri tidak dapak mengawal anak lelakinya dan pengawal peribadi anaknya berkaitan kes terkini memukul pengawal keselamatan. Menurut lapuran polis yang ada pada saya, anak lelaki Nazri malahan menggunakan kad nama bapanya sebagai menteri untuk memperkenalkan rombongan nya. Bukankah ini salahguna kuasa? Rakyat tidak gemar dengan kes yang dikasifikasikan sebagai mencetus kekecohan dibawah s.160 Kanun Keseksaan. Mencetus kekecohan ialah bergaduh di tempat awam. Pengawal peribadi anak beliau menceroboh kawasan persendirian dan memukul pengawal keselamatan. Bagaimana kah ini boleh dikatakan kekecohan?

Tambahan lagi. Rakyat mula tertanya bagaimana anak lelaki Nazri mampu memandu kereta-kereta mewah- anak beliau memandu Porsche manakala pengawal peribadinya Toyota Vellfire? Kenapa dia perlukan pengawal peribadi? Apa urusan perniagaan yang dijalankannya? Adakah kita akan melihat lebih banyak contoh seperti skandal Cowgate dikalangan keluarga dan anak-anak Menteri yang hidup mewah. bila rakyat diingatkan supaya berhemah dan sentiasa diingatkan tentang kadar inflasi dan belanja hidup yang semakin meningkat. MACC perlu menyiasat samada keluarga Menteri ini hidup diluar kemampuan mereka atau memiliki kekayaan luarbiasa. Lagipun dibawah Akta MACC, semua kakitangan awam yang tertakluk kepada perlu berbuat demikian. Lebih baik Nazri mengawal anak jantannya dan rombongannya supaya mematuhi undang-undang daripada beliau campurtangan dalam urusan polis.

IGP perlu arahkan PDRM supaya bertindak secara bebas. Dari sini dapat dikekalkan “check” dan “balance” dalam institusi kerajaan supaya rakyat rasa selamat dan yakin. Ahli politik datang dan pergi tapi institusi seperti pihak polis tidak boleh di arah supaya menurut saja kehendak dan kemahuan ahli-ahli politik.

Terlalu banyak bukti yang tidak dapat diabaikan menunjuk kearah Gani Patail


Bukti terhadap AG Gani Patail yang diketahui umum sudah terlalu banyak untuk kerajaan abaikan.

Oleh itu, bagi pihak rakyat, saya merayu PM Najib mendengar suara rakyat. PM patut tahu rakyat tidak suka bila beliau menyatakan tidak perlu menubuhkan tribunal untuk menyiasat hal ini. Rakyat tertanya kenapa kerajaan perlu mempertahankan AG sehingga

menjejaskan kredibiliti kerajaan Najib.

Ini hanya akan menimbulkan lebih banyak syak wasangka yang AG Gani Patail dan Musa Hassan mempunyai pengaruh ke atas PM dan pemimpin kerajaan yang lain. PM Najib perlu melenyapkan ini dengan bertindak.

PM Najib tidak harus hilang tumpuan. PM Najib telah menunjukkan beliau akan mengotakan kata-katanya bila ia melibatkan rakyat. Saya pasti PM Najib ialah seorang yang prihatin terhadap perasan rakyat. Beliau sudah popular dengan berbagai perubahan yang mula berjalan. Jadi jangan rosakkan dengan dakwaan yang menyelubungi AG Gani Patail. Rakyat akan terus menyokong PM Najib jika semua rancangan perubahannya terutama bila rakyat percaya tiada apa yang disembunyikan.


Tan Sri Datuk Robert Phang Miow Sin ialah seorang pemimpin masyarakat sivil , Jaksa Pendamai dan mantan ahli panel penasihat MACC.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...