JANGAN TERPEDAYA
Bekas
ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan sejak akhir-akhir ini telah membuat dakwaan dan pendedahan tentang campurtangan beberapa pehak dalam urusan PDRM. Dakwaan dan pendedahan ini tentunya tidak boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan beberapa individu yang pernah menjadi pehak atasanya dan berkerja bersamanya.
Ianya bermula bila beliau pada bulan lalu mendakwa Hishammuddin campur tangan dalam urusan
polis dan memberi arahan kepada pegawai polis bawahan dan seorang ketua
polis daerah semasa perkhidmatannya sebagai ketua polis negara.
Musa menyatakan beliau telah menegur tindakan Hishamudin tersebut dengan menarik perhatian kepada Seksyen 4 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan bahawa kuasa memberi arahan kepada pihak polis hanya diberikan kepada KPN.
Hari ini beliau tampil dengan dakwaan baru bahawa Ketua Setiausaha Kementerian dalam negeri turut campur tangan dalam hal ehwal polis. Musa mendakwa Ketua Setiausaha Kementerian itu memberi arahan terus kepada pegawai polis tertentu, yang menurutnya menyebabkan pasukan itu keliru dalam mengikut arahan.
Tan Sri Musa Hassan juga mendakwa bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Robert Phang pernah mengugut seorang pengawai tinggi polis dan menyebabkan pegawai berkenaan dilucutkan jawatan.

Musa berkata, pegawai polis berpangkat Datuk dan memegang ijazah PhD itu enggan memenuhi permintaan untuk mentauliah satu projek jutaan ringgit kepada satu syarikat melibatkan Phang pada 2009.
Pegawai itu kemudiannya ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur oleh ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar. Boleh baca DISINI dan DISINI
Pemimpin pembangkang seharusnya berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan dakwaan dan pendedahan ini. Jangan ada yang simpati dan cuba untuk membuat komen atau ulasan mengenainya.

Begitu juga dengan kenyataan Datuk Ramli Yusuff bekas pengarah jabatan siasatan jenayah komersial. yang menyatakan Musa berkhidmat di bawah saya selama hampir enam tahun. Saya adalah bertanggungjawab sebahagiannya bagi promosinya pada tahun 1995 dari jawatan penguasa junior untuk menjadi pembantu saya, dan pada akhirnya, dia ‘mengenakan’ saya,” kata Ramli. "Jadi, adakah anda berfikir wataknya boleh dipercayai? Saya samakan dia 'melepaskan anjing tersepit', " katanya, merujuk kepada ungkapan Melayu yang bermaksud membantu seseorang yang tidak tahu berterima kasih.
Malah Hakim Supang Lian, hakim mahkamah sesyen memberitahu mahkamah pada penutup pendengaran 59 hari bahawa keterangan Musa adalah tidak boleh dipercayai dan tidak boleh diambil kira. Baca DISINI dan DISINI.
Pemimpin pembangkang yang suka gatal mulut atau gila mikrofon perlu menganggap dakwaan dan pendedahan ini tiada kena mengena dengan parti atau pemimpin mereka. Jangan ambil risiko untuk buat ulasan atau komen. Mungkin komen dan ulasan anda boleh menjejaskan nasib anda dan parti anda.

0 comments:
Post a Comment