Pages

Wednesday, 26 December 2012

TIADA PARTI YANG AKAN MENANG MAJORITI DUA PERTIGA DALAM PRU13

MENANG MAJORITI MUDAH
Di sebalik keyakinan Barisan Nasional (BN) bahawa ia boleh memperoleh kerusi Parlimen majoriti dua pertiga dengan syarat tiada elemen sabotaj dalam parti, Setiauasa Agung Pas, Datuk Mustafa Ali pula meramalkan tidak ada parti yang akan memperoleh kemenangan selesa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Image Hosted by ImageShack.us
Bercakap dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian Online di pejabatnya baru-baru ini, Mustafa berkata, jika pun Umno-Barisan Nasional dapat mempertahankan Putrajaya, parti itu hanya akan menang dengan majoriti mudah.

"Kalau Pakatan Rakyat menang pun, kita tidak akan dapat majoriti dua pertiga. Tak akan ada mana-mana pihak yang akan mendapat kemenangan majoriti dua pertiga," ujar Mustafa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,  yang juga Presiden Umno pada Perhimpunan Agung parti itu menyatakan keyakinan BN akan meraih kemenangan dengan majoriti dua pertiga jika ahlinya sendiri tidak khianat terhadap parti.

"Saya percaya bahawa musuh tidak kuat, saya percaya bahawa orang ramai akan memihak kepada Umno dan Barisan Nasional, yang saya khuatir, sikit... apa itu? .... yang saya khuatir, soal kita, kita sesama kita (dalam parti)," ujar Najib dalam ucapan penggulungannya awal bulan ini.

BN mengalami prestasi buruk pada PRU 2008 apabila hilang majoriti dua pertiga di Parlimen, selain kuasa lima kerajaan negeri.

Kini, BN memiliki 137 kerusi di Dewan Rakyat yang memperuntukkan 222 kerusi.

Ada yang meramalkan BN akan menang hanya dengan 120 kerusi, majoriti yang dilihat kian mengecil.

Ketika diaju persoalan ramalan kerusi yang akan diperoleh kedua-dua parti, Mustafa berkata, "cukup dengan saya menyebut majoriti mudah."

Malah apabila ditanya apakah Pas mungkin berpaling tadah dengan menyertai Umno-Barisan Nasional jika impian ke Putraja berkecai bersama-sama Pakatan Rakyat, Mustafa menolak sama sekali perkara seumpama itu akan berlaku.

"Tak berbangkit isu itu, tidak berbangkit," dan tambahnya, "kita benar dan kita akan terus sebagai satu dalam Pakatan Rakyat," ujar beliau.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...