UNTUK LEBIH BAIK
Melayu satu ketika mencapai
tahap tamaddun yang tinggi sehingga mampu menguasai dunia. Itu kata
Dr.Mahathir menerusi sajak terkenalnya mengenai pencapaian melayu. Melayu
pada satu tahap gagal mengekalkan kehebatan ini akibat leka dengan
kemewahan yang didatangi penjajah sehingga ramai yang sanggup
mengkianati pemimpin perjuangan mempertahankan tanah air bermula dengan
pembelotan melayu kepada Datuk Maharajalela di Perak, diikuti
pengkianatan melayu kepada Tok Janggut di Kelantan, Datuk bahaman dan
Mat Kilau di Pahang, Datuk Hj.Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan
ramai lagi pemimpin pejuang melayu dikianati oleh melayu.
Melayu
akhirnya bebas dari penjajahan dengan harapan yang tinggi diberikan
kepada UMNO untuk menjaga,membela dan meningkatkan semula maruah yang
tercalar kerana kelekaan nenek moyang mereka.Tetapi setelah lebih 50
tahun UMNO diberi kepercayaan itu, akhirnya,UMNO sendiri yang
merosakkan ketamaddunan melayu.Buktinya boleh dilihat sendiri hari ini.
Kalau Singapore hilang dari peta melayu kerana ketamakan melayu UMNO, kalau Genting Highland dan beribu ekar tanah rizab melayu hilang dari pegangan melayu kerana kerakusan melayu UMNO, kini ketamakan dan kerakusan melayu UMNO turut menyebabkan maruah dan harga diri melayu yang ingin keluar dari kepompong melayu UMNO tercabar hebat seolah dicabar oleh satu bangsa barbarian melayu.
Hak dan kebebasan melayu yang ingin melepaskan diri dari cengkaman UMNO nampaknya dicabar hebat.Budaya samseng semakin dijadikan carahidup oleh UMNO sesudah budaya pencacai dimulakan pada tahun 2004. Pemimpin melayu UMNO seperti kata A. Samad Said mempunyai satu telinga dan dua lidah enggan mendengar keluhan rakyat yang mahu maju dan hidup bertamaddun sebaliknya terus menerus enggan membenarkan rakyat keluar dari kepompong Hidup yang dikuasai UMNO.
Hak rakyat terus dicabuli dengan rakus dan dengan lagak tak ubah seperti barbarian.Samseng UMNO semakin meningkatkan keganasan mereka seiring dengan meningkatnya seruan dan tindakan untuk berubah melayu yang enggan bersama UMNO yang rakus.
Apa yang berlaku hari ini berpunca dari sikap dan tindakan UMNO meneruskan dasar penjajah, bukan mengubah dasar sesudah merdeka seperti diharapkan oleh majoriti melayu ketika memberi sokongan dan kuasa kepada mereka.Oleh itu, Majoriti melayu turut melarikan diri dari UMNO dan yang tinggal dalam UMNO sekarang ialah melayu barbarian yang terdiri dari pemimpinnya yang korup dan pembohong, pencacainya yang diberi makan oleh UMNO untuk mencacai,Samsengnya yang khabarnya terdiri dari golongan penghisap gam dan penggangur, kroninya yang bersikap seperti ikan haruan tasik dan segelintir melayu yang menunggu disumbat tembolok mereka.UMNO membawa melayu kembali kepada kehidupan barbarian setelah melayu sudah mampu bertamaddun.
Mana mana melayu yang ada maruah dan harga diri sudah lama meninggalkan UMNO.
Oleh: senik

0 comments:
Post a Comment