ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM KELIRU
KERANA TIDAK MAHU ISLAM
Selain Amanat Hadi yang perlu ditarik balik Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam negara ini, Mursyidul Am parti pembangkang itu juga
perlu berbuat demikian kerana mengeluarkan beberapa fatwanya sendiri.

Dipetik Bernama, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan
berkata, ini kerana beberapa fatwa oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
yang juga Menteri Besar Kelantan terutamanya mengenai Umno murtad dan
sesiapa yang menyokong Umno sebagai mungkar, turut memberi implikasi
buruk terhadap bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.
"Nik Aziz perlu menarik balik fatwanya itu yang boleh menjadi
perpecahan bangsa Melayu dan umat Islam. Bukan Abdul Hadi sahaja yang
perlu berbuat
demikian (menarik balik amanat)," katanya kepada pemberita selepas
melawat 157 mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Mulong di sini, malam ini.
Pada 19 November lalu, Nik Aziz berkata, laporan muka depan sebuah akhbar berkenaan "Umno murtad" hari ini satu pembohongan dan fitnah terbaru ke atas beliau.
Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan.
Ahmad berkata, ini sejajar dengan titah Sultan Kelantan Sultan Muhammad
V semalam yang mahukan umat Islam supaya saling menghormati dan
mengelak daripada sengketa berpanjangan.
Ketika merasmikan Sambutan 100 Tahun Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan (Maik), baginda berharap semua pihak menyedari
betapa tingginya kerinduan umat Islam kepada kedamaian dan kerukunan
serta betapa kecewanya apabila tenaga dan kekuatan umat habis tercurah
dalam sengketa peperangan sesama sendiri.
Ahmad berkata, masyarakat sebenarnya keliru dengan fatwa politik yang dibawa Pas, yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan.
"Bukan orang Islam sahaja yang keliru malah orang bukan Islam juga
keliru. Kita tidak boleh biarkan pihak lain menempelak orang Islam dalam
hal-hal
sebegini," katanya.
Beliau berkata titah baginda itu tepat pada masanya dan tidak terlewat bagi umat Islam untuk mengubah nasib mereka sendiri.
Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
dijangka mengumumkan beberapa bentuk bantuan kepada mangsa banjir ketika
lawatannya ke beberapa tempat yang dilanda banjir esok.
0 comments:
Post a Comment