Pages

Friday, 7 December 2012

RISIKO POLITIK DEMOKRASI

MURSI DAN MESIR
Dalam ramai antara kita meraikan demokrasi serta nilai-nilainya sebagai suatu utopia, kita juga harus sedar akan batas-batasan demokrasi. Seorang sahabat saya yang aktif dalam politik pernah mengungkap " medan demokrasi ini umpama berjual di pasar terbuka". Yakni kita bersaing untuk mendapat perhatian pembeli, maka persembahan penting. Barangan yang dipamirkan hendaklah bersesuaian dengan kehendak pembeli, bukannya yang sesuai dengan inspirasi kita. Walaupun kita milik product yang baik dan bernilai, sekiranya ianya tidak sesuai dengan selera pembeli yang kebanyakannya orang-orang biasa sahaja, maka kita tidak akan mendapat pembeli. Mahu tidak mahu kita terpaksa compromise bahkan melentur mengikut kehendak orang ramai (asalkan jangan patah dari pokok perjuangan yanga asal).
Photo Gallery: Egypt's Democracy At Stake
Apa yang berlaku di Mesir perlu di perhatikan dengan rapi. Keadaan masyarakat yang umpama ayam yang lama terkurung dalam reban, tiba-tiba reban itu terangkat. Ada yang terpingga-pingga mengikut yang lain, banyak yang berlari laju walaupun belum tentu arah lariannya. Gegak gempita suara-suara yang berbaur antara suara kejutan, kegembiraan, protes  , kehilangan dan lainnya.

Dalam medan demokrasi, selain daripada  undian yang ditentukan  oleh bilangan yang terbanyak (itupun sekiranya tiada manipulasi), selain itu corak-coraknya kerap ditentukan oleh golongan minoriti. Golongan minoriti yang berkuasa, golongan berpengaruh umpama pemilik media, golongan pendesak dan penunjuk perasaan, pelobi dan tauke-tauke kaya yang mempunyai saham majoriti dalam memilih corak masyarakat. Golongan majoriti adalah golongan pendengar, penonton dan pembuat tidak kisah.

Penunjuk perasaan di Mesir diterajui oleh beberapa tokoh yang kalah dalam pilihanraya presiden. Kita semua tahu yang duta Amerika di Masir telah membuat 'lawatan kunjung' kepada pejabat Parti al-Wafd. Kita semua baca bagaimana media Amerika dan media utama barat memberi perhatian kepada penunjuk perasaan sekarang ini yang memenuhi Medan Tahrir. Kita juga membaca rancangan tunjuk perasaan di Tunisia untuk menunjukkan penentangan kepada pimpinan Rashid Ghanousi.

Kita tahu yang Presiden Mursi menang dalam pilihanraya pertama yang bebas . Tetapi beliau hanya menang pilihanraya, kerajaan itu bukan sekadar parlimen. Struktur-struktur  kerajaan dalam bidang lainnya, bahkan stuktur media juga masih merupakan lanjutan struktur di zaman Mubarak, sehingga kini masih diisi oleh mereka yang dilantik di zaman Mubarak.. Seakan Presiden Mursi terpaksa bertinju dengan sebelah tangan, sementara sebelah tangan lagi serta kedua kakinya masih terikat..

Itulah di antara risiko dan cabaran penglibatan dalam kancah politik demokrasi. Hampir semua langkah drastik, walaupun sebaik manapun terpaksa tunduk kepada idealisma amalan demokrasi , terutama bagi tokoh atau langkah yang dicurigai oleh barat. Seakan kita perlu mempunyai kemahiran permainan carom, sekiranya mahu masuk lubang di kiri, kita hadapkan pukulan ke kanan, bola yang di sisi kanan kemudiannya akan menolak bola yang akan masuk lubang kiri.

Berapa ramaikah pemimpin ummah yang mempunyai kemahiran carom ini? Atau sekiranya kita tidak menguasai kemahiran permainan carom, adakah wajar kita tidak terlalu menumpukan kepada aktiviti yang memerlukan kemahiran seumpama itu?.

Semoga Syaikh al-Azhar dapat berperanan sebaik-baiknya dalam mendinginkan sedikit suasana panas di Masir. Di tempat kita ini, adakah kita masih miliki peribadi yang mampu berperanan sebagai 'orang tua' yang dihormati dan perkataannya masih mempunyai timbangan?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...