Pages

Friday, 7 December 2012

PRU13 UMNO TUMBANG KERANA DR. MAHATHIR DAN THE 1ST LADY

CENGKAMAN PENGARUH DAN SIKAP KETERLALUAN
Entah kenapa terlintas di khayalan saya untuk melayan lintasan  "sekiranya UMNO tumbang"; sedangkan saya bukan ahli mana-mana parti, bukan penyokong mana-mana parti, malah saya tidak mahu terlibat dengan kerja undi-mengundi .

Mungkin lintasan ini segar kerana ucapan demi ucapan yang saya dengar dan baca dalam Persidangan UMNO baru-baru ini, ucapan dan kenyataan yang mempunyai message yang bertentangan.  Satunya negara kita akan hancur sekiranya pembangkang menang PRU 13, maka PRU ini sangat penting , tidak serupa dengan PRU yang lepas-lepas, ianya paling mencabar. Masa depan bangsa dan negara dipertaruhkan. Memang message ini sangat jelas.

Message keduanya, parti-parti pembangkang sebenarnya lemah, berpecah, dibenci rakyat, mungkir janji, mengkhianati Melayu, mempunyai faham salah tentang Islam. Menteri Penerangan menyimpulkan agar rakyat jangan bermimpi untuk menukar kerajaan. Memang message ini sangat logik  Sekiranya  dah demikian teruk, mana mungkin ada peluang untuk menang, bahkan keputusan PRU akan datang ini prestasi pembangkang akan semakin lemah dan terpinggir.

Message ketiganya, kerajaan cukup mengutamakan rakyat. Masa hadapan bersama kerajaan BN adalah cerah-ceraca. Bermacam program 1Malaysia dilancarkan, dari BR1M hingga kepada Yayasan Pondok 1M, Yayasan Artis 1M kepada bantuan kepada pelajar dan institusi pendidikan Cina, Tamil dan Mubaligh Kristian.

Sekiranya kita campur message (2) dengan message (3), maka sepatutnya message (1) itu tidak perlu dibesar-besarkan, mungkin hanya sekadar perencah dan pembakar semangat petugas-petugas parti agar lebih berkerja kuat dalam kempen PRU yang akan datang, sehingga di banyak kawasan pembangkang akan hilang wang deposit layaknya.

Bagaimanapun message (1) itu tidak mahu juga ketepi, kerana  ianya tertonjol dalam survey yang dibuat oleh belbagai pihak termasuk  instutusi yang mesra kerajaan sendiri: termasuk yang diumumkan oleh Prof. Shamsul Amri menjelang Persidangan UMNO baru-baru ini. Begitu juga dengan berita yang tersiar tentang beberapa orang kanan BN dari parti-parti komponen yang mengisytihar diri menyertai pembangkang, begitu juga dengan beberapa bekas pegawai kanan kerajaan. Bahkan artispun berhijrah kepada parti pembangkang

Pada pengamatan saya, UMNO mula mempunyai masaalah serious pada separuh akhir pentadbiran Dr.Mahathir, Masaalah ini berlarutan sehingga Dr.Mahathir menangis teresak-esak dalam Persidangan Tahunan UMNO dan setahun kemudiannya melepaskan jawatannya. Maka Pak Lah mengantikan Dr. Mahathir. Agaknya ramai dari kalangan rakyat menaruh harapan Pak Lah mampu menyelesaikan masaalah yang berlarutan dari zaman Dr. Mahathir. Harapan inilah yang telah  diterjemahkan dalam bentuk sokongan pengundi terhadap BN dalam PRU 2004. BN sekali lagi mendapat mandat yang kukuh daripada rakyat.
Tetapi Pak Lah tidak mempunyai kudrat untuk merungkai permasalahan yang diwarisinya dari zaman Dr. Mahathir, bahkan Pak Lah sendiri mempunyai masaalahnya sendiri. Pak Lah juga disearng hebat oleh kelompok penyokong Dr. Mahathir dalam media baru, bahkan Dr.Mahathir sendiri mengisytiharkan dirinya keluar UMNO dan menjelajah pelusuk negara untuk memburuk-burukkan kepimpinan Pak Lah. Dr. Mahathir cukup berkesan dalam kerja seumpama ini. Pak Lah terpaksa undur sebagaimana Tengku Abdul Rahman, presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia suatu masa dahulupun terpaksa undur.

Najib adalah seorang pemimpin yang berkebolehan, tambahan pula dia mendapat sokongan dari Dr. Mahathir. Tetapi dia mewarisis pimpinan UMNO ketika UMNO terus bermasalah dengan masaalah-masaalah yang dipusakai sejak zaman Dr. Mahathir itu. Najib pula mempunyai resiko  untuk membuat perubahan drastik, dia seakan dihantui ketakutan yang nasibnya tidak berbeza dari Pak Lah. Maka dia mahu tidak mahu bermain ' safe game'.

Tambahan pula dia terpaksa memikul beberapa baggage seperti pembelian Scorpene, Altantuya, pemberian kontrak dan tender yang tidak telus dan tidak accountable serta juga  penonjolan  isterinya sebagai 'the 1st lady' yang agak keterlaluan. Itu perspektif umum, tidak semestinya perspektif itu benar apa lagi tepat. Tetapi dalam poltik pilhanraya perspektif itu yang terpenting,  ketepatan itu datang kemudian.
Lebih merisaukan lagi akhbar-akhbar Melayu, terutamanya Utusan Malaysia menjadikan  agenda utama liputan mereka ialah kenyataan pembangkang. Seakan agenda berita dan tajuk perbincangan masyarakat  ditentukamn oleh tokoh-tokoh pembangkang. Isu kenyataan Nurul Izzah , isu doa Ustaz Nik Razi dan lain-lainnya dikupas berminggu-minggu lamanya. Diadakan tinjauan pendapat dari tokoh-tokoh penyokong kerajaan yang mempunyai pandangan yang agak keterlalaun. maka keterlanjuran tokoh-tokoh pembangkang itu telah di-neutralized oleh keterlauan tokoh-tokoh penyokong kerajaan. Net result-nya zero, kalau tidak negative.

Masyarakat patut dipamirklan dengan fakta keterlanjuran pembangkang dan biarkan mereka membuat penilaian sendiri, aggaplah kebanyakan angggota masyarakat kita sudah matang dan mereka akan rimas dengan keterlanjuran. Tidaklah payah disogok-sogok pembaca  bertubi-tubi dengan komen-komen yang juga melampau dari penyokong kerajaan. Seakan-akan rakyat kita terlalu naive untuk membuat penilaian sendiri. Kadang-kadang saya terlintas yang pembangkang sebenarnya sangat terhutang budi kepada Utusan Malaysia. Bukan setakat  cara mereka mengadunkan lapuran itu menyebabkan sebahagian rakyat menjadi muak dan cuak, bahkan mereka terpaksa membayar wang denda kepada tokoh-tokoh pembangkang kerana kalah dalam kes saman mahkamah terhadap mereka di mahkamah.

Apa yang lebih mengganggu ialah kenyataan Najib dalam ucapan penggulungan Persidangan UMNO baru-baru ini. Najib menyebut semula insiden  1998, tuduhan Anwar menyalah-gunakan kuasa untuk melindungi perbuatan tidak senonoh..

Ini adalah kertelanjuran politik Najib. Najib telah mengulang-sebut kes yang menjadi  punca kelemahan UMNO sehingga hari ini, kes yang secara tidak langsung mengheret Dr. Mahathir turun dari jawatan-jawatannya. Kes yang menimbulkan simpati rakyat negara  dan masyarakat antarabangsa kepada tokoh pembangkang. Kenapa perlu diungkit?.

Ungkitan Najib terhadap kes 1998 di zaman Dr. Mahathir itu  adalah sama dengan menyebut semula kes serangan pihak keselamatan ke atas perkampungan Ustaz Ibrahim Libya di Memali yang mengorbankan sekian nyawa. Ianya lebih berat daripada  memberi justifikasi kepada Operasi Lalang, yang mana pempinan pembangkang dihumban di dalam tahanan. Ianya lebih teruk daripada cerita  kejayaan dan kegagalan Eric Chia, orang harapan Dr. Mahathir  serta 'trasformasi'nya di Perwaja. Ianya lebih berat daripada cerita lembu  yang melibatkan keluarga Shahrizat.

Sepatutnya Persidangan UMNO baru-baru ini dijadikan pentas untuk menjelaskan arah tuju parti dengan jelas berserta agenda masa depan serta menjawab tohmohan-tohmohan utama dari pihak pembangkang: yang kononnya kerajaan korup, pembelian dan tender yang berlipat ganda daripada harga yang sepatutnya, mungkin juga sedikit pembelaan terhadap Rosmah. Maklumlah penyokong parti di bawah terpaksa mahu tidak mahu menjawab tohmohan dari pembangkang.

Terlintas pada khayalan saya, sekiranya UMNO tumbang, ianya tumbang bukan kerana kekuatan pembangkang; DAP hanya berpengaruh di kawasan bandar , PKR tidak punya stuktur parti hatta di kebanyakan  kawasan di banyak tempat., PAS pula banyak pergolakan antara geng di dalamnya. Sementara Pakatan Rakyat itu sendiri pula adalah pakatan yang longgar dan sekadar berkongsi 'common enemy'.

Sekiranya UMNO akan tumbang, ianya tumbang kerana ianya tidak dapat mengerat putus cengkaman pengaruh Mahathir ke atas parti itu. Ianya akan tumbang kerana ianya dengan sengaja mahu terus  bermodalkan   isu sensitif yang melemahkan parti yang diwarisi  dari zaman Dr.Mahathir. Zaman Dr. Mahathir, rakyat ditontonkan episod polis berhari-hari  menjunjung tilam sebagai bahan bukti DNA di Mahkamah, sekarang ini isu yang serupa diadun dengan tersebarnya rakaman-rakaman video lucah dalam you-tube untuk memburukkan tokoh pembangkang. Perancang kes-kes seumpama ini nampaknya datang  orang yang berfikiran di sekitar isu lucah, yang mampu ditonjolkan dalam beberapa format yang berbeza. Context nya sama, content-nya yang berbeza..

Kecelaruan penyokong pembangkang adalah advantage bagi UMNO dan BN. Apakah strategi menggunakan tajuk lucah itu suatu yang akan akan ditampung oleh kecelaruan penyokong pembangkang?.Entah kenapa sehingga kini saya terlintas, yang kemenangan atau kekalahan UMNO dalam PRU 13 ini sebenarnya akan berdasarkan isu tuduhan 'lucah' ini, Sekiranya tuduhan itu benar, dibuat dengan niat yang benar dan tulus, maka UMNO akan terus memenangi hati pengundi., Sekiranya ianya adalah tuduhan palsu (qazaf), maka UMNO akan kalah. Ia akan kalah walau sebanyak mana wang dan keperluan materials yang akan ditawarkan oleh UMNO. Ia akan kalah walaupun penyokong pembangkang terus bercakaran sesama sendiri. Ianya umpama kanser yang akan melemahkan jasad walaupun tanpa serangan dan jangkitan  dari luar.

Lagipun UMNO masih boleh mengungkit jasa-jasa UMNO kepada rakyat khususnya orang Melayu. UMNO-lah yang mewujudkan MARA, Asasi Sains U.M, sekolah asrama dan MRSM, FELDA, RISDA , DEB dan lain-lain agensi serta polisi yang membantu nasib masa depan anak bangsa sejak merdeka.  Walaupun secara jujurnya, UMNO yang berjasa itu telah dikuburkan di zaman Dr. Mahathir. UMNO asal yang berjasa itu telah diharamkan penubuhannnya oleh mahkamah selepas pemilihan dalam Persidangan Agung UMNO. . Penyokong UMNO asal itu telah berpecah kepada UMNO Baru dan S46. Surat beranak UMNO sekarang bukannya mencatitkan tarikh lahirnya tahun 1946, tetapi lahirnya di PWTC sekitar tahun 1989. Pengasasnya bukannya Datuk Onn Jaafar tetapi Dr. Mahathir Muhammad.

Jasa UMNO yang ada sekarang ini bukan meluas sebagaimana jasa UMNO lama, antara jasa UMNO baru ialah Bandar Pentadbiran Putrajaya, twin towers, circuit F-1, pengajaran sains dan mathematik dalam bahasa Inggeris, Wawasan 2020,  serta lain-lainya.

Semoga keputusan PRU 13 ini akan membawa harapan yang baik kepada ummah dan bangsa. Semoga negara akan dipimpin oleh pemimpin yang mengutamakan kesejahteraan negara dan bangsa. Semoga kita mampu melihat tanda-tanda kebenaran terzahir semasa hidup kita ini, semoga iman kepada Allah dan keyakinan kita kepada Islam akan semakin meningkat sejajar dengan peningkatan umur kita

Sekadar melayan lintasan yang mungkin ada sedikit makna pada realiti kehidupan.

1 comments:

maie1958 said...

semuga kerajaan baru dibentuk olih PR selepas pru13 nanti...damn u united lanun org!!!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...