PR ATAU BN
Kira-kira 80 peratus pengundi di negara ini dianggap sudah mempunyai
pilihan masing-masing bagi menentukan sama ada berlaku perubahan di
Putrajaya atau sebaliknya.

Cuma sekarang Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional perlu merebut
bakinya sebanyak 20 peratus lagi, di mana mereka belum membuat sebarang
pilihan dan bergantung kepada situasi saat-saat akhir.
Bagaimanapun Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, berdasar
kepada banyak kajian rata-rata rakyat tidak senang dengan kerajaan yang
ada sekarang.
“Suhu kebencian rakyat terhadap pemerintah yang ada hari ini
kadang-kadang melebihi penyokong Pakatan Rakyat,” katanya pada perasmian
penutup pelancaran Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia peringkat negeri
Kelantan di Putik hari ini.
Program berkenaan dihadiri ketua-ketua wanita Pakatan Rakyat di mana
PAS diwakili Siti Zailah Mohd Yusoff, Zuraida Kamaruddin (PKR) dan Chong
Eng (DAP).
Pemimpin dan penyokong ketiga-tiga parti bergabung pada satu program
bagi memperincikan Agenda Wanita Malaysia yang dilancarkan di peringkat
pusat beberapa bulan lalu.
Husam berkata, memandangkan kira-kira 80 peratus pengundi sudah
mempunyai pilihan, jentera wanita Pakatan perlu mendekati 20 peratus
lagi.
“Bagi membolehkan Agenda Wanita Malaysia yang pertama kali
diperkenalkan di Malaysia menjadi kenyataan, Pakatan perlu mempunyai
kuasa di peringkat pusat.
“Dan bagi membolehkan Pakatan menang maka kita perlu bekerja
mendekati 20 peratus lagi pengundi yang belum membuat sebarang pilihan,”
ujarnya.
Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, berdasar
pandangan bekas-bekas pegawai tinggi tentera, kemungkinan besar tidak
berlaku huru hara sekiranya berlaku perubahan di Putrajaya pada pilihan
raya umum ke-13 nanti.
Menurutnya pasukan tentera tidak mungkin campur tangan sekiranya
berlaku perubahan kerajaan, tak mengulangi apa yang berlaku di Timur
Tengah.
Kata beliau kuasa rakyat lebih besar berbanding kuasa tentera berdasar kepada banyak sejarah yang berlaku sebelum ini.
Beliau juga berharap jentera kempen wanita Pakatan mendekati
isteri-isteri anggota tentera memandangkan bilangan pengundi pos
sekarang terdapat seramai 200,000.
“Misalnya kawasan parlimen yang ditandingi PAS mempunyai bilangan pengundi pos ramai sekarang ada 18 kerusi.
“Pada pilihan raya umum lalu kita menang di 7 kerusi parlimen dan
tewas di 11 lagi kerusi yang mempunyai bilangan pengundi pos begitu
ramai.
“Ini termasuk di Jeli. Berdasar kepada pengundi awam PAS sudah
menang, namun apabila dicampur undi pos PAS ketinggalan di belakang,”
ujarnya.
Oleh itu katanya, tawaran tujuh perkara yang terkandung dalam Agenda
Berkebajikan Wanita Malaysia perlu didedahkan kepada isteri-isteri
anggota tentera dan rakyat di bawah.
Antaranya Caruman Wanita Malaysia bagi surirumah berpendapatan
isirumah kurang RM1,500 sebulan akan dicarum RM600 setahun daripada
kerajaan dan caruman khas suami RM120.
Selain itu ditawarkan perlindungan kesihatan dan ekonomi, tabung bantuan musibah dan tabung simpanan hari tua.
Pada majlis itu juga 50 wanita muda membaca ikrar dengan diketuai Naib Ketua Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Mohd Nawi.
0 comments:
Post a Comment