Pages

Saturday, 15 December 2012

PRESIDEN PERKASA KENA PULIHKAN SEMANGAT MELAYU INI DULU

PUNCA MELAYU LAYU DAN LEMAH
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dalam ucapan dasarnya berkata, "Melayu sudah layu, sudah lemah tapi masih ada Melayu yang bersemangat iaitu orang Melayu yang jadi anggota dan pejuang Perkasa,  Insya-ALLAH," kata beliau pada Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga,  bertemakan "Hapuskan Petualang Bangsa dan Negara", 

Beliau memberi keyakinan bahawa pertubuhan bukan kerajaan yang berusia empat tahun itu akan memulihkan kembali semangat mereka untuk terus mempertahankan bangsa, agama dan negara. kaum Melayu yang telah layu dan lemah boleh dipulihkan semangat mereka dengan menyertai Perkasa.

Itulah kata-kata Presiden PERKASA tentang Melayu. Bila Melayu tidak menyokong UMNO,PERKASA dan JATI. kata Petualang Bangsa dan Negara. Mudahnya menghukum. Anda semualah punca orang Melayu. lemah dan layu. Masih tidak sedar diri Parti Melayu yang dipuja dan dibanggakan telah memecatnya.

Sebelum beliau hendak memulihkan semangat orang Melayu yang lain eloklah beliau pulihkan dulu semangat Penaungnya. Punca Melayu layu dan lemah banyak berpunca darinya termasuk kehilangan Tanah Rizab Melayu dan kuasa Raja-raja Melayu.

Bahkan sambutan ulang tahun  ke-87 yang disambutnya juga tiada kaitan langsung dengan cara orang Melayu dan Islam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...