Pages

Saturday, 8 December 2012

POLITIK MALAYSIA POLITIK TIDAK MENGENAL MANGSA

TIADA MORAL DAN ETIKA
Politik yang teramal pada hari ini menampakkan sudut-sudut : (1) rakuskan kuasa, tanpa mengira etika. (2) perlaksanaannya di negara barat lebih bertanggung-jawab berbanding dengan di negara-negara ummah Islam (3) idealisma politik  tenggelam dek kepentingan 'peluang'  duniawi yang diidamkan (4) ahli politikkan mengorbankan orang lain (termasuk rakan ) untuk kepentingan diri, bukannya dia  mengorbankan diri untuk kepentingan orang ramai.(5) politik mempunyai neraca yang berbeza untuk isu yang sama kerana bergantung kepada kepentingan 'asabiyyah' parti.
Sudut-sudut beginilah yang menyebabkan sebahagian kita melihat politik dengan pandangan sinis. Seakan politik adalah kesenian serba mungkin yang dapat menyihirkan orang ramai dengan mainan silap-mata 'kempen dan manifesto' yang sekadar menghiburkan telinga dan minda untuk seketika. Selepas pertunjukkan itu, semuanya kembali macam biasa.....
4801072310 136a183faf (GAMBAR) Najib Razak Bersama Anwar Ibrahim di Bilik Rehat Parlimen Malaysia
Sedangkan sekiranya politik , di dalam segala keterbatasannya, dapat memberi saham kepada pembangunan masyarakat sekiranya ianya ditangani dengan cara yang lebih bertanggung-jawab, Atau sekiranya kepura-puraan dan kepentingan diri dapat di minimakan.

Bagaimana agaknya seorang yang tidak mempunyai integriti dan vision kecuali untuk menaikkan dirinya sendiri dapat  membimbing masyarakat ke arah yang lebih baik?. Bagaimana agaknya seorang pendendam lagi busuk hati dapat membaiki masyarakat? Bagaimana agaknya seorang yang megah diri dan perasan yang dia lebih daripada orang lain dapat menerima teguran-teguran ke atasnya dengan sikap berterima-kasih kepada penegur? Bagaimana agaknya seorang yang gilakan kemewahan dan menjaga status diri dapat memahami kesusahan orang-orang pinggir dalam masyarakat?

Budaya politik kita perlu berubah. Politik perlu dilihat sebagai perantara kepada kerja-kerja pembinaan masyarakat. Politik perlu digauli dengan kawalan moral dan etika. Politik perlu membawa kerjasama dan kemuafakatan. Ahli politik perlu merendah diri, sedia mendengar bukan semata mahu orang ramai mendengar cakap mereka. Ahli politik mengajak dan memujuk orang ramai ke arah kebaikan bukan memaksa untuk menyokong mereka. Pertandingan politik bukanlah peperangan untuk memusnah pihak  lawan, tetapi pertandingan tawaran mana yang lebih menarik untuk rakyat. Kuasa politik sepatutnya dilihat sebagai kepercayaan orang ramai kepada pemenang untuk membawa kebaikan, bukannya peluang untuk mengaut harta dan meraih pangkat. Orang politik bukanlah orang yang paling banyak ilmunya dalam banyak bidang, maka sepatutnya jangan berlagak seolah mereka lebih mengetahui dari yang lain.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...