RUNTUHKAN KEZALIMAN
Harapan saya setiap hari hanyalah untuk melihat tertegaknya Islam
sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia ini. Sudah terlalu lama
sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang
dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun
entah ke mana.
Sempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya menyeru semua pihak agar
memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman dan menggantikannya
dengan keadilan. Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di
segenap sudut agar ia dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis
masa depan yang cerah untuk Islam di seluruh pelosok dunia. Insya-Allah.
Tahun 2013 ini juga akan menyaksikan berlakunya pilihan raya umum
ke-13. Gunakanlah hak untuk memilih ini dengan sebaik-baiknya. Jangan
silap membuat pilihan. Jika silap akan menyebabkan kita menyesal di hari
Akhirat.
Yakinlah, setiap anggota badan termasuk tangan yang mengundi juga akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar.
Semoga kita semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh Allah SWT
dan memasukkan kita di dalam golongan hamba-hamba-Nya yang beriman.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Amin.
Kota Darulnaim,
Kota Darulnaim,
0 comments:
Post a Comment