MASIH MENDAHULUI BN
BAHANG
PRU 13 semakin terasa. Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak menyatakan PRU 13 tidak mungkin diadakan pada bulan disember ini.

Jawapan
ini diberikan berikutan terdapat ramai pemerhati politik meramalkannya.
Namun begitu PRU13 memang sudah dekat dan akan diadakan kerana tempuh
kerajaan yang ada sekarang hanya sehingga April 2013 sahaja.
Dalam
Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan banyak membicarakan soal
pilihanraya. Dirasakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan
mengadakan pilihanraya pada bulan Februari ini ketika cuti sekolah
sempena Tahun Baru Cina.
Diyakini
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengharapkan pengeluaran
BRIM kepada rakyat yang berkelayakan akan memberikan impak terhadap
keputusan PRU 13 ini.
Adakah pemberian BRIM akan dapat membantu BN/UMNO terus menerajui pentadbiran negara ini? Sama-sama kita lihat.
Namun
kalau kita tinjau pendapat orang yang berada disekeliling kita dan orang
yang membicarakan soal ini di kedai-kedai kopi impaknya tidak sebesar
mana. Ini kerana rata-rata mereka mengatakan orang bagi kita ambil undi
adalah hak kita, berdasarkan kenyataan ini kita dah dapat menangkap arah
mana sokongan orang ini.
Biarpun
bila PRU 13 akan diadakan parti-parti politik yang terlibat harus
bersedia dari sekarang kerana paling lewat pada bulan April jadi masanya
sudah tidak lama.
Jadi
bagaimanakah nasib Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS di Kedah?
Mampukah Kerajaan PR yang diterajui oleh PAS di Kedah terus berkuasa?
Adakah PAS Kedah dapat mengikuti Kerajaan PAS Kelantan yang mampu
menguasai Kelantan begitu lama, lebih 20 tahun?
Pada
mulanya pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah oleh PAS tidak nampak cacat
celanya. Kerajaan PAS Kedah telah melaksanakan beberapa perubahan yang
positif yang mampu menarik sokongan rakyat Kedah, misalnya penurunan
cukai tanah. Kerajaan PAS Kedah juga berjaya menambah pendapatan
kerajaan negeri dan mengurangkan hutang kerajaan negeri.
Di
samping itu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak juga
tidak banyak menimbulkan kontroversi dan pastinya akan memberikan
kelebihan kepada Kerajaan PAS Kedah untuk meneruskan penguasaan selepas
PRU 13 ini.
Namun ia
sedikit berserabut apabila berlaku kekecohan perlantikan Exco di negeri
itu. Walau apa pun senario politik dalaman PR tidak kira samada PAS,
PKR mahupun DAP yang lebih penting kita kena melihat geo-politik negeri
itu, bagi mengkaji siapakah yang bakal menerajui kerajaan negeri selepas
PRU 13. Mampukah Kerajaan PAS Kedah bertahan atau tidak selepas PRU 13
ini?
Tiga kawasan
Kedudukan
negeri jelapang padi di utara semenanjung Malaysia ini boleh
dibahagikan kepada tiga kawasan utama untuk melihat keputusan pengundian
nanti.
Kawasan itu ialah kawasan bandar, kawasan kampung dan kawasan yang mempunyai banyak sekolah-sekolah agama dan sekolah pondok.
Faktor ini penting kerana perbedaan cara berfikir dan pendedahan tentang maklumat yang diterima jauh berbeda.
Orang
melayu yang tinggal di kawasan bandar yang terdedah dengan pelbagai
maklumat melalui sesawang rata-ratanya tidak menyokong BN/UMNO.
Sebaliknya
orang Melayu yang tinggal di kampung yang semata-mata mengharapkan
maklumat daripada media elektronik dan media arus perdana akan menyokong
BN/Umno.
Sementara
kawasan yang mempunyai banyak pondok dan sekolah agama juga tidak akan
memberikan sokongan kepada BN/Umno. Ini adalah reality yang perlu
dihadapi oleh parti-parti politik yang bertanding.
Kawasan
bandar seperti parlimen Alor Setar, Sungai Petani, Kubang Pasu, Merbok,
Pokok Sena, Langkawi dan Kulim Bandar Baharu. Berdasarkan kajian
mendapati hanya Langkawi dan Kubang Pasu yang selamat boleh memberikan
kemenangan kepada BN/Umno.
Langkawi
walaupun boleh diketogori kawasan bandar namun masih menjadi kubu kuat
BN/Umno di Kedah, mungkin masyarakat Melayu di sana merasa terhutang
budi kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadikan pulau itu sebagai
pelabuhan bebas. Sementera Kubang Pasu adalah kawasan yang diwakili oleh
Tun Dr. Mahathir Mohamad. Lain-lain kawasan Bandar pastinya menjadi
milik PR.
Manakala
kawasan kampung pula seperti Padang Terap, Kuala Kedah dan Sik.
Walaupun kawasan ini boleh dianggap kawasan kampung namun Kuala Kedah
yang mempunyai komposisi kaum Cina 19.61% tetap menjadi kubu kuat PR.
Hanya Sik dan Padang Terap boleh dianggap kawasan selamat BN/Umno di
Kedah.
Namun
begitu buat masa ini kawasan parlimen Padang Terap kini menjadi milik
PAS yang diwakili oleh Mohd Nasir Zakaria yang berjaya mengalahkan Datuk
Paduka Ghazali Ibrahim dengan majoriti 369 undi.
Sementara
dua DUN dalam parlimen ini iaitu Kuala Nerang dan Pedu menjadi milik
BN/Umno. Akan tetapi majority yang dimiliki oleh DUN Kuala Nerang yang
dimenangi BN/Umno melalui calon mereka Datuk Syed Sobri Hashim tidak
menyakinkan hanya 805 undi.
Begitu
juga parlimen Sik juga menjadi milik PAS dimana PAS yang diwakili oleh
Che Uda Cek Nik telah berjaya mengalahkan calon BN/Umno, Datuk Osman
Desa dengan majority 481 undi. Parlimen ini mempunyai dua DUN iaitu DUN
Belatek dan DUN Jeneri.
DUN
Belatek menjadi milik BN/UMNO dimana calonnya Mohd Tajudin Abdullah
hanya menang dengan majority 252 undi. Manakala DUN Jeneri menjadi milik
PAS yang diwakili oleh Yahya Abdullah dan menang dengan majoritinya
amat tipis 167 undi.
Sementara
Baling, Pendang dan Jerai pula kawasan yang banyak mempunyai Sekolah
pondok dan sekolah agama. Namun begitu kawasan ini tetap memberikan
harapan kepada BN/Umno di DUN yang merupakan kawasan kampung. Misalnya
Sungai Tiang di Pendang dan Bayu di kawasan parlimen Baling.
Parlimen
Pendang menjadi milik PAS dalam PRU yang lalu melalui calonnya Dr. Mohd
Hayati Othman yang memenangi dengan majority 4073 undi. DUN Tokai juga
menjadi milik PAS melalui calonnya Mohd Taulan Rasul yang menang dengan
mojoriti yang selesa sebanyak 6538 undi. Manakala Dun Sungai Tiang yang
merupakan kawasan kampong menjadi milik BN/UMNO melalui calonnya Suraya
Yaakob juga menang dengan majority yang agak selesa 3006 undi.
Bagi
Parlimen Baling juga hakikatnya PR agak kuat dimana kerusi parlimen
telah dimenangi oleh bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Taib Azamudin
dengan majoriti yang selesa 7613 undi.
Parlimen
Baling yang mempunyai tiga kerusi DUN dan dua daripadanya menjadi milik
PAS iaitu DUN Kupang dan Kuala Ketil. Hanya DUN Bayu berjaya
menjadimilik BN/UMNO itu pun dengan majority yang kurang menyakinkan
iaitu sebanyak 984 undi.
Disamping
itu faktor komposisi kaum juga memainkan peranan penting. Kawasan yang
bermajoriti kaum Cina juga akan memberikan masalah kepada BN/UMNO kerana
majoriti masyarakat Cina diyakini tidak akan menyokong BN/UMNO dalam
PRU 13 setelah mereka menyaksikan Kerajaan PR yang telah berjaya
mentadbir beberapa negeri tanpa menghadapi apa-apa masalah.
Di Kedah
tidak ada kawasan yang bermajoriti masyarakat Cina namun kawasan yang
mempunyai masyarakat Cina lebih ima belas hingga tiga puluh peratus
pasti akan mengugat kemenangan BN/UMNO dikawasan tersebut.
Kawasan
yang mempunyai kawasan yang pengundi keturunan Cina dua puluh hingga
tiga puluh peratus seperti parlimen Pokok Sena 18.36%, Alor Setar
32.95%, Kuala Kedah 19.61%, Merbok 16.06%, Sungai Petani 29.03%, Padang
Serai 22.64% dan kulim Bandar Baharu 18.60%.
Sementara
DUN yang mempunyai kawasan seperti ini Gurun 26.83%, Derga 40.07%,
Bakar Bata 26.59%, Alor Mengkudu 22.48%, Kubang Rotan 26.92%, Pengkalan
Kundur 21.08%, Tokai 27.81%, Bukit Selambau 19.25% dan Sidam 39.97%.
Manakala kawasan DUN di Kedah yang majority masyarakat Cina seperti Kota
Darulaman 59.72% dan Bakar Arang 48.06%.
BN Menang
Berdasarkan
analisa yang dibuat mendapati BN hanya mampu menguasai tiga daripada 15
kawasan parlimen. Tiga kawasan parlimen itu ialah Langkawi, Kubang Pasu
dan Padang Terap. Manakala PR dijangka akan menguasai lapan kawasan
parlimen.
Lapan
kawasan parlimen yang diramal bakal menjadi milik PR ialah Pokok Sena,
Alor Setar, Kuala Kedah, Sik, Merbok, Baling, Padang Serai dan Kulim
Bandar Baharu.
Baki
tiga kawasan parlimen merupakan kawasan yang seimbang di mana BN dan PR
sama-sama berpeluang untuk menguasainya ialah Jerlun, Pendang dan Jerai.
Manakala
kawasan DUN yang berjumlah 36 kerusi pula diramalkan PR akan memenangi
20 kawasan Dun dengan agak mudah. DUN-DUN tersebut ialah Sungai Limau,
Jitra, Derga, Bakar Bata, Kota Darul Aman, Alor Mengkudu, Anak Bukit,
Pengkalan Kundur, Tokai, Bukit Selambau, Bakar Arang, Sidam, Kupang,
Kuala Ketil, Merbau Pulas, Lunas, Kulim dan Bandar Baharu.
Sementara
DUN yang bakal menjadi milik BN/UMNO hanya enam kerusi daripada 36
kerusi. DUN-DUN yang dijangka menjadi milik BN/UMNO ialah Guar Cempedak,
Ayer Hangat, Kuah, Bukit Kayu Hitam, Pedu dan Sungai Tiang.
Baki 10
kawasan DUN adalah kawasan seimbang munkin dimenangi oleh mana-mana
pihak baik PR mahupun BN/UMNO. Kawasan yang akan menjadi medan
pertempuran hangat ialah Belatek, Jeneri, Kota Seputeh, Ayer Hitam,
Kuala Nerang, Bukit Lada, Kubang Rotan, Tanjong Dawai, Pantai Merdeka
dan Bayu.
PAS kekal
Berdasarkan
analisa ini diramalkan PR khususnya PAS tidak menghadapi masalah untuk
terus berkuasa di Kedah. Kerajaan PR sudah mempunyai 20 kerusi yang
cukup kuat dan agak sukar digugat sedangkan BN/Umno hanya mempunyai 6
kerusi.
Baki 10
kerusi yang dijangka boleh dimenangi oleh mana-mana pihak itu jatuh
ketangan BN/UMNO sekali pun PR sudah mampu menguasai negeri Kedah.
Namun
begitu 10 kerusi ini pun PR tetap mempunyai peluang untuk menang.
Kemenangan mana-mana kerusi DUN ini merupakan bonus kepada kerajaan PR
di kedah.
Oleh : Arzaman Sulaiman
Penulis boleh dihubungi melalui nurzaman20@gmail.com
0 comments:
Post a Comment