Pages

Tuesday, 18 December 2012

MISI KEMANUSAIAN ATAU MISI CARI NAMA

DI MALAYSIA RAMAI LAGI YANG SUSAH
Akhir-akhir ini ramai pehak yang mengajurkan misi kemanusian dan bantuan ke luar negara dengan tujuan untuk membantu rakyat negara berkenaan yang dalam kesusahan atau ditimpa bencana. Beberapa misi kemanusian juga telah dibuat oleh beberapa NGO termasuk ke Gaza. Baru-baru ini Afdlin Shauki juga telah menyertai misi kemanusiaan Aqsa Syarif ke Gaza untuk memberi bantuan kepada penduduk Palestin yang tertindas.  
Sebelum ini  Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang diketuai Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Rahim bersama 64 orang sukarelawan pelbagai kaum, termasuk 19 doktor pakar turut ke Gaza untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestin. Azeez berkata, ini misi ke-29 kelab itu dan buat kali kedua ke Gaza.
Terkini Penasihat Yayasan Keamanan Sedunia Perdana Malaysia (PGPF) Datuk Mukhriz Tun Mahathir juga akan ke Gaza. Mukhriz berkata tarikh sebenar belum diputuskan dan PGPF akan menunggu kelulusan dari pihak berkuasa di Gaza terlebih dahulu.

Beliau juga berkata Malaysia berhasrat membekalkan mesin perubatan baharu untuk kegunaan hospital di Gaza memandangkan kebanyakan kelengkapan di sana sudah melebih usia 10 tahun dan tidak berfungsi dengan baik. Hospital di sana tidak mempunyai peralatan seperti CT Scanner, mesin X-ray.

"Itulah yang mereka perlukan dan kita akan usahakan untuk dapatkannya untuk hospital-hospital tersebut," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan kemanusiaan daripada Persatuan Kontraktor negeri Perak dan Kelab Bakti Gunung Keledang berjumlah RM7,034 di pejabatnya.

Kita bukan tidak bersetuju dengan misi-misi bantuan ini malah mengalu-alukanya, lebih-lebih lagi kepada saudara-saudara Islam kita yang tertindas dan dalam kesusahan.
Masalahnya ialah di Malaysia sendiri pun masih ramai lagi yang susah, perlukan bantuan sebagai contoh pelawak veteran terkenal Datuk Yahya Sulong yang hidup dalam kepayahan sehinggakan sewa rumah yang dudukkinya tertunggak sebanyak RM868.

Bukan setakat pelakon veteran ini sahaja yang mengalami nasib malang akibat kesempitan hidup dan keuzuran ,mungkin lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang susah dan senasib dengan Yahya Sulung. Sepatutnya isu rakyat merempat atau susah tidak kedengaran lagi dalam kontek negara yang dikatakan sudah maju .

Yang pelik dan hairanya Kerajaan Malaysia dan NGO-NGOnya berlumba-lumba memberi sumbangan atau dana kepada rakyat susah di luar negara tetapi dalam masa yang sama mereka lupa rakyat sendiri pun ada yang susah dan merempat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
 
Peralatan dan kemudahan Hospital di Malaysia juga masih banyak lagi yang usang dan ketinggalan termasuk juga dengan keadaan bangunanya.. Jika tidak percaya datanglah ke Hospital atau Klinik Kerajaan yang ada di luar bandar. Bukan sahaja peralatan dan kemudahanya melebihi 10 tahun bahkan mungkin dari Hospital itu mula dibuka 20 atau 30 tahun yang lalu.

Alangkah baiknya jika sumbangan yang dikumpulkan itu di dahulukan rakyat Malaysia. Untuk mencari rakyat yang susuh di Malaysia tidak susah. Jika orang Islam boleh tanya terus ke Lembaga atau Pusat Zakat negeri-negeri. Banyak lagi rakyat Malaysia yang hidup dalam kesusahan dan kepayahan yang memerlukan bantuan. 

Kekerapan misi-misi yang dibuat oleh NGO-NGO seolah berlawan-lawan untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat. Kerana setiap kali  misi yang akan dibuat akan ada sidang akhbar bagi menonjolkan NGO yang mereka wakili. Masing-masing cuba menonjolkan kehebatan NGO yang mereka wakili. Motifnya tentulah untuk mencari nama.

Sebagai contoh bila Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dilantik sebagai Duta Kehormat bagi Rakyat Palestin. Berita mengenainya terkeluar dengan gahnya sedangkan ada orang yang terlebih dahulu menerimanya tapi tiada berita yang tersiar.

Janganlah kerana kita hendak mencari nama di negara orang atau di peringkat antarabangsa kita abaikan rakyat kita sendiri.dimana slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dan Janji Dikota.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...