HIKMAH MENANGIS
Mengapa kadang-kadang kita menangis, dan siapa yang menetapkan fitrah
(naluri) ini kepada kita yakni fitrah menangis? Seorang bayi sejak lahir
ke dunia ini kita melihatnya menangis dan seseorang yang rapat dengan
kita juga menangis. Maka menangis adalah fitrah Allah ciptakan pada diri
manusia, dan kebanyakan orang-orang jahil meyakini bahawa menangis
tidak ada manfaatnya. Akan tetapi terdapat beberapa kajian untuk
membuktikan kebalikan dari keyakinan orang-orang jahil tersebut.
Dalam al-Quran
menyebutkan bahawa menangis adalah sifat yang baik namun dengan syarat
bahawa menangis itu kerana rasa takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Beberapa pakar psikologi melontarkan satu idea "Perubatan Dengan Menangis"
Seperti dilaporkan dari
laman Al-Sofwa satu penyelidikan dilakukan oleh para penyelidik AS dan
Belanda menemui kebaikan disebalik menangis bahawa kebanyakan orang
merasakan bertambah baiknya perasaan mereka setelah menangis dan pada
saat yang sama hanya satu orang dari sepuluh yang keadaanya adalah buruk
selepas itu (selepas menangis ).
hli psikologi dari University of South Florida, AS dan Universiti
Tilburg, Belanda mendapati bahawa orang yang menangis dan mengeluarkan
air matanya merasakan bertambah baiknya perasaan mereka.
Sebaliknya, tercatat bahawa sekitar satu pertiga dari 3000 orang yang
mengikuti kajian kajian tersebut, perasaan mereka tidak baik selepas
menangis. Hasil kajian ini diterbitkan dalam American Journal of
Psychology mengaitkan antara manfaat menangis dengan tempat dan waktu
menangis tersebut. Kajian ini melihat bahawa menangis memberikan kesan
menenangkan, seperti pernafasan yang menjadi lambat dan hal ini dapat
mengurangkan kadar denyutan jantung. Para penyelidik menganggarkan
bahawa hal inilah menyebabkan mengapa manusia mengingat perkara yang
positif selepas menangis dan menghidari perasaan tegang.
Para penyelidik melakukan penyelidikan mengenai tangisan di makmal dan
mereka mendapati bahawa kebanyakan hasilnya adalah perasaan yang buruk.
Mereka merumuskan bahawa sebabnya adalah keadaan tegang, imaginasi dan
pemantauan. Hal-hal demikian akan menimbulkan perasaan-perasaan negatif
yang menghalang kebaikan yang positif berkaitan dengan menangis.
Kajian ilmiah ini menguatkan apa yang ada dalam kajian sebelum ini,
tentang manfaat-manfaat menangis yang dirasakan oleh para penyelidik di
bidang psikologi. Namun para penyelidik tersebut tidak mengetahui cara
menangis yang betul dan berkesan!
Menangis kadang-kadang boleh menjadi ubat untuk banyak penyakit akan
tetapi dengan syarat bahawa tangisan tersebut disebabkan rasa takut
kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dan itulah yang dikhabarkan Al-Quran
kepada kami, dengan firman-Nya ketika menceritakan tentang orang-orang
beriman yang khusyuk 'yang hati mereka merasakan pengaruh dari firman
Allah, apa reaksi mereka? Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman tentang
mereka:
(ويخرون للأذقان يبكون ويزيدهم خشوعا) [الإسراء: 109].
"Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu '." (Surah Al-Israa': 109)
Lihatlah bagaimana penjelasan Ilahi ini mengaitkan antara menangis
dengan khusyu. Maka kedua-duanya adalah cara yang terbaik untuk
mengubati penyakit-penyakit mental.
Menangis disebabkan rasa takut kepada Allah menambah kekhusyukan dan
ketakutan kepada Allah pada diri seorang yang beriman, dan membuatnya
lupa kepada kesedihan, dan kebimbangan-kebimbangan lain mengapa? Kerana
orang yang dipengaruhi oleh firman Allah dan membayangkan
kegerian-kegerian hari kiamat serta mengingat kebesaran Sang Pencipta,
nescaya akan dapat menghindari masalah-masalah dan kesedihan-kesedihan
yang dihadapinya sehingga dia lupa akan masalahnya.
Ini adalah langkah
pertama dalam proses menyelesaikan masalah apapun yang dihadapi iaitu
dengan melihat masalah ini sebagai sesuatu yang remeh dan boleh
diselesaikan sehingga dengan demikian dia akan mudah menyelesaikan
masalah tersebut. Perkara ini telah ditegaskan oleh pakar psikologi dan
program neuro-linguistic tentang penyelesaian masalah-masalah dan
kesukarannya.
Oleh kerana itu, Allah Subhanahu wa Ta'ala menyebutkan berkaitan
"menangis" di beberapa ayat di dalam al-Quran. Dia menjadikannya sebagai
tempat untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan
sebagai indikasi kejujuran seorang mukmin takutnya kepada Sang Pencipta,
Yang Maha Berkuasa. Dia Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
(أفمن هذا الحديث تعجبون * وتضحكون ولا تبكون * وأنتم سامدون * فاسجدوا لله واعبدوا) [النجم: 59 - 62].
"Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan ini. Dan kamu
mentertawakan dan tidak menangi. Sedang kamu melengahkan (nya) Maka
bersujudlah kepada Allah dan sembahlah (Dia). "(QS. An-Najm: 59-62)
Maka dalam nas al-Quran ini, Dia memerintahkan kita untuk menangis
kerana takut kepada Allah dan agar kita menjauhi sia-sia serta menjauh
banyak ketawa. Hhal itu tidak menghalang kita dari tersenyum yang juga
tergolong sebagai ubat (untuk mengubati kesedihan dan masalah).
Dan sebagai penutup, wahai saudaraku tercinta:
"Sesungguhnya menangis,, khusyu ', dan do'a adalah resipi yang bagus
untuk mengubati ketegangan jiwa. Kita memohon kepada Allah Subhanahu wa
Ta'ala agar menjadikan kita termasuk di antara golongan yang Allah
berfirman tentang mereka:
(إنهم كانوا يسارعون في الخيرات ويدعوننا رغبا ورهبا وكانوا لنا خاشعين) [الأنبياء: 90]
"... Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam
(mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdo'a kepada
Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu
'kepada Kami. "(Surah Al-Anbiyaa': 90)
Oleh itu perlunya kita di zaman ini berdo'a, kekhusyukan, dan tangisan yang disebabkan kerana rasa takut kepada Allah.
Semoga Allah melepaskan
kesedihan-kesedihan kita dan memberikan kesabaran kepada kita kerana
tidak ada pemberiaan dari Allah yang lebih luas berbanding kesabaran
sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
0 comments:
Post a Comment