Pages

Monday, 3 December 2012

MAKIN RAMAI PEMIMPIN YANG AKAN MENANGIS MENJELANG PRU13

MOHON SIMPATI RAKYAT
Akhirnya Perhimpunan Agung Umno tamat juga setelah, serentak dengan berakhirnya monopoli saluran TV yang menyiarkan cerita perhimpunan tersebut. Ada yang terpaksa mencari saluran lain walaupun hanya menayangkan cerita kartun.
Kebangkitan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat secara besar-besaran sekarang membuatkan umno tidak lena tidur. Serangan yang dibuat dalam perhimpunan tersebut membuktikan betapa takut, bimbang dan gerunnya dengan situasi politik negara sekarang ini. Dengan rasa gelabah sehinggakan setiap ucapan sama ada peringkat tertinggi sehingga perwakilan, semuanya menyerang pembangkang.

Yang agak pelik ialah apabila golongan yang sering membuat fitnah berdoa agar Umno dilindungi dari fitnah. Kenyataan lain yang ganjil ialah mengatakan Umno adalah pilihan Tuhan kerana berjaya memerintah negara lebih 50 tahun. Jika kita belajar agama kita akan faham bahawa sememangnya Allah juga akan memanjangkan  kuasa pemerintahan golongan yang zalim, ahli maksiat, jaguh fitnah, penipu, perosak agama dan penindas kerana golongan ini diistilah kan termasuk dalam golongan yang “istidroj”, iaitu golongan yang Allah sesatkan setelah berbagai peringatan daripada ayat-ayat Allah dan ajaran nabi diberikan tetapi mereka masih berdegil dan pekakkan telinga, maka Allah biarkan mereka terus dalam kesesatan, kezaliman dan kekufuran.

Najib mengajak semua ahli Umno bersatu padu, mengapa? Kerana sejak dulu perpaduan dalam Umno hanya kepura-puraan. Matlamat mereka ialah berebut projek, berebut jawatan dan pangkat dalam parti dan dalam kerajaan.  Untuk mendapatkanya mereka sanggup berbuat apa sahaja walaupun terpaksa menghancurkan sesama mereka.

Ingatlah wahai rakyat semua, janganlah kamu terpedaya dengan lakonan Umno yang sebak dan menangis ketika berucap dalam perhimpunan mereka baru-baru ini. Mereka sebenarnya menangis kerana bimbang jika kalah dalam PRU13 nanti, semua tembelang dan penyelewengan mereka akan terbongkar.  Mereka menangis sebab jika kalah, mereka tidak dapat projek dan ambil wang rakyat lagi.  Jangan percaya dengan lakonan golongan seperti ini.

Di depan rakyat mereka pura-pura sebak dan menangis tetapi apabila di belakang rakyat mereka bersorak gembira kerana berjaya menipu dan memperdayakan rakyat. Yang datang sebagai perwakilan itu sebahagian besarlah adalah golongan yang sudah kaya, banyak kumpul harta, puak kroni yang selalu dapat projek. Manakala yang duduk depan TV di rumah, kebanyakan adalah penyokong Umno yang dhaif.

Orang Melayu yang masih menyokong Umno hanya bernilai RM300 dan RM500 sahaja. Umno lebih suka tengok orang Melayu hidup merempat di tanah air sendiri kerana dengan cara itu mudah untuk memancing dan mempergunakan mereka untuk mendapatkan undi. Inilah nasib bangsaku yang terus-terusan ditipu oleh Umno.SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...