Pages

Monday, 10 December 2012

LAGU WANITA PERDANA KHAS BUAT ROSMAH

ROSMAH JAWAB FITNAH
"Bukan nak jawab tuduhan (semata-mata) tapi untuk gambarkan siapakah sebenarnya Datin Seri Rosmah dan perjuangannya," kata Ahmad Maslan.
NONE
Ketika ditanya, Ahmad bagaimanapun enggan menyatakan bentuk dakwaan fitnah yang akan diperjelaskan Rosmah dalam buku berkenaan.

"Kita tunggulah. Kemudian," katanya ketika ditanya pemberita dalam sidang media selepas pelancaran buku yang bakal diterbitkan Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) itu.
NONEJawapan sama juga diberikan oleh pengerusi YAPM, Shamsulbahrin Ludin yang bertindak sebagai penerbit buku berkenaan.

"Kena tunggulah. Kita tunggu. Apa yang disediakan akan diteliti dan bila selesai akan dijawab," katanya.

Turut hadir dalam majlis pelancaran hari ini ialah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak serta Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Sementara itu, Bernama melaporkan pada majlis hari ini, sebuah lagu dicipta khas untuk Rosmah, bertajuk 'Wanita Perdana' didendangkan penyanyi terkenal tanah air, Misha Omar.
Lagu itu dicipta oleh Pak Ngah (Datuk Suhaimi Mohd Zain) dan liriknya nukilan penggiat teater serta pengarah filem dan drama, Rosminah Tahir.

Shamsulbahrin pada sidang media yang sama, berkata buku itu ditulis secara santai dan idea untuk menerbitkannya tercetus ketika beliau berada di London pada Mei lalu untuk menghadiri majlis bersama Perdana Menteri dan isteri di negara berkenaan.
NONE"Ekoran daripada pertemuan tersebut dan melihat laporan yang tersiar di internet, saya mendapati banyak perkara yang dilaporkan bertentangan dengan apa sebenarnya yang terjadi.

"Hasil daripada kesedaran tersebut, saya berunding dengan Datuk Ahmad Maslan untuk merangka gerak kerja bagi menyediakan biografi ini, dengan dibantu dua penulis tersebut untuk menyediakan buku ini melalui proses penyelidikan, temu bual dan temu ramah terutama bersama Datin Seri Rosmah dan orang yang dikenal pasti," katanya.

Shamsulbahrin berkata penyediaan buku tersebut telah selesai dan pada masa ini dalam proses penelitian dan semakan bagi tujuan percetakan.  Baca disini

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...