CARA BIASA AYAT BIASA
Isu rebat telefon pintar yang dihadkan kepada set bernilai RM500
akan dibawa ke perhatian mesyuarat Kabinet 2 Januari ini, Menteri
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari
ini.

"Pandangan itu saya fikir positif dan kami akan cuba membincangkannya
secepat mungkin. Insya-ALLAH pada 2 Januari depan saya akan bawa perkara
untuk mendapat perhatian Kabinet dan juga Perdana Menteri.

"Pandangan itu kita terima dengan terbuka, saya fikir ada baiknya kita
pertimbangan kesukaran golongan muda untuk memiliki telefon pintar
berebat ini lebih RM500,” kata beliau kepada pemberita sebagai menjawab
desakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya had tersebut
dimansuhkan.
Semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) meminta
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mengehadkan
rebat RM200 kepada telefon pintar berharga RM500 sahaja.
"Tak perlu ada had harga untuk rebat yang diberi untuk telefon pintar,"
kata beliau dalam mesej yang diajukan kepada Rais, menerusi Twitter.
Dalam mesej berasingan, Khairy menulis bahawa ucapan Bajet 2013 hanya
menyebut tentang pendapatan belia yang layak menerima rebat telefon
pintar, bukannya harga telefon pintar.
Menjawab mesej pengikutnya, Khairy berkata: "Setuju. Kalau nak bagi rebat RM200, bagi sajalah kepada semua telefon pintar."
Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau menyatakan demikian ekoran
rungutan orang ramai berhubung laporan media bahawa SKMM telah
menerbitkan kriteria menikmati rebat RM200, antara lain pembeli
seharusnya warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun;
berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, model telefon pintar 3G yang
diluluskan dengan harga maksimum RM500, pelanggan jalur-lebar mudah-alih
sedia ada atau pakej baru dan hanya satu telefon pintar untuk seorang
belia.
Menurut notis SKMM, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar
Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan
yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.
Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember
depan dan para belia yang berminat boleh memohon melalui laman web
SKMM.
Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dipetik berkata, had harga
adalah perlu kerana dasar itu direka untuk membantu golongan
berpendapatan rendah dan para belia untuk memiliki telefon pintar
sendiri.
Mengulas lanjut pakej perkhidmatan internet, Rais berkata, pihaknya
akan berbincang dengan syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula
kadar internet yang ditawarkan supaya tidak membebankan golongan muda
apabila rebet telefon pintar itu mula diagihkan bulan depan.
"Semua syarikat telekomunikasi (telco) diminta untuk menimbang bukan
saja kadar kandungan data internet saja tetapi juga hal yang melibatkan
panggilan terputus," jelasnya.
Sehubungan itu kata beliau, kementeriannya akan meminta pihak telco
supaya memaparkan jumlah panggilan terputus yang berlaku dalam beberapa
bulan yang terlibat.
"Bila masalah ini berlaku, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang dipersalahkan orang ramai.
"SKMM di bawah peraturannya boleh mengenakan denda nominal dan denda
pertengahan bagi mereka yang tidak dapat mengatasi masalah panggilan
terputus tersebut," katanya.
0 comments:
Post a Comment