30,474 DAPAT SEMUA A
Seramai 30,474 atau 6.92 peratus daripada 481,424 calon yang menduduki
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012, mendapat gred A dalam
semua mata pelajaran.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sektor Dasar dan Pembangunan
Pendidikan Datuk Dr Amin Senin berkata ini menunjukkan penurunan 0.85
peratus berbanding pencapaian tahun lepas yang merekodkan seramai 34,271
calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.
Bagaimanapun jumlah calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran menurun daripada 346 orang (0.08 peratus) pada tahun lepas kepada 241 orang (0.05 peratus) tahun ini," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2012, di Putrajaya hari ini.
Amin berkata berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), tujuh mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu, Pendidikan Kesenian, Bahasa Tamil dan Bahasa Punjabi menunjukkan peningkatan prestasi, manakala sepuluh yang lain menunjukkan penurunan prestasi.
"Bahasa Melayu menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 0.04 mata, namun prestasi Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik menunjukkan penurunan masing-masing 0.12 mata, 0.02 mata dan 0.01 mata," katanya.
Beliau berkata pencapaian secara keseluruhannya dalam 17 mata pelajaran stabil dengan indeks Gred Putara Nasional (GPN) kekal pada 2.1 mata seperti 2011.
Begitu juga meskipun pencapaian calon bandar lebih baik daripada calon di luar bandar, namun jurang pencapaiannya berjaya dirapatkan sebanyak 0.03 mata GPN iaitu daripada 0.29 mata pada 2011 kepada 0.26 mata pada 2012.
"Pada tahun ini pencapaian calon di bandar kekal pada indeks GPN 2.61 mata seperti tahun lepas, manakala pencapaian calon di luar bandar menunjukkan peningkatan sebanyak 0.03 mata GPN, iaitu daripada GPN 2.90 mata pada 2011 kepada 2.87 mata pada tahun ini," katanya.
Menurutnya pencapaian calon berkeperluan khas juga meningkat dengan 14 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran daripada 1,736 pelajar yang menduduki peperiksaan, berbanding 12 calon daripada 1,370 calon tahun lepas.
"Bilangan calon berkeperluan khas yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum dalam semua mata pelajaran berjaya dikurangkan sebanyak 1.14 peratus iaitu daripada 2.41 peratus pada 2011 kepada 1.27 peratus pada 2012," katanya.
Amin berkata bilangan pelajar yang mendapat gred A dalam Bahasa Melayu meningkat sebanyak 1.2 peratus, daripada 26.3 peratus pada 2011 kepada 27.5 peratus pada tahun ini.
Begitu juga, katanya peratusan calon yang melepasi tahap penguasaan minimum iaitu gred A,B,C,D meningkat sebanyak 0.4 peratus, daripada 94.0 peratus pada 2011 kepada 94.4 pada 2012.
Namun bagi mata pelajaran Inggeris, peratusan calon yang mendapat gred cemerlang berkurangan sebanyak 1.6 peratus iaitu daripada 18.4 peratus pada 2011 kepada 16.8 peratus pada tahun ini.
Di samping itu peratusan calon yang tidak melepasi tahap penguasaan minimum iaitu gred E juga meningkat sebanyak 2.8 peratus daripada 21.3 peratus pada 2011 kepada 24.1 peratus pada 2012.
Amin berkata penurunan prestasi mata pelajaran Inggeris sudah dijangka berikutan pertukaran buku teks yang baharu.
"Untuk Bahasa Inggeris, kita jangka penurunan sebab mulai tahun lepas diperkenalkan teks baharu dalam komponen sastera Bahasa Inggeris, jadi ia merupakan salah satu sebab penurunan prestasinya. Bagi mata pelajaran lain kita masih kaji lagi," katanya.
Menurutnya, prestasi mata pelajaran Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun juga menurun berbanding tahun lepas iaitu masing-masing 0.12 mata, 0.13 mata, 0.11 mata dan 0.29 mata.
Begitu juga prestasi dan GPMP Pendidikan Islam menurun di mana peratusan calon yang mendapat gred A menurun 1.5 peratus iaitu daripada 24.4 peratus pada 2011 kepada 22.9 peratus pada 2012.
"Dalam kumpulan mata pelajaran elektif bahasa, mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan peratusan calon yang mendapat gred A adalah Bahasa Tamil dan Bahasa Punjabi iaitu masing-masing sebanyak 0.5 peratus dan 6.1 peratus," katanya.
Begitu juga prestasi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) yang merangkumi Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan serta Pendidikan Kesenian yang merangkumi empat bidang kesenian iaitu Tari, Muzik, Teater dan Seni Visual juga menunjukkan prestasi meningkat. Teruskan baca DISINI

0 comments:
Post a Comment