ARIEL SHARON PERDANA MENTERI ISRAEL
11 Februari 2006 BBC menuliskan keadaan Perdana Menteri Israel ketika itu, Ariel Sharon.
Kesihatan Sharon sangat teruk. Dia menjalani pembedahan kecemasan
selepas pasukan doktor bimbang nyawanya terancam. Sharon dalam keadaan
koma di RS Hadassa, Jerusalem sejak 4 Januari 2006 ketika dia mengalami
stroke kritikal dan menjalani beberapa siri operasi.


Pasukan doktor berkata, komplikasi pada saluran pencernaan memerlukan
operasi serta merta dan mereka memasukkan infus ke perut pemimpin Israel
itu.
Diberitakan bahawa doktor di Hospital Hadassa telah memasukkan Ariel
Sharon ke ruang operasi khas. Dia mempunyai kesan luka teruk dan tidak
sedarkan diri dalam jangka waktu yang lama. Operasi tersebut dilakukan
untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah rosak dan telah
menyebar ke bahagian tubuh lain.
“Nyawa Sharon terancam,” kata jurucakap hospital, Yael Bossem-Levy kepada agensi berita Associated Press ketika itu.
Selepas empat tahun kemudian, harian terkemuka Israel melaporkan keadaan
terkini mantan Perdana Menteri Israel Ariel Sharon pada 23 Oktober
2009.
Akhbar terbitan Israel “Hume Israel” mengutip maklumat ini dari salah
sebuah majalah elektronik harian terkemuka di Israel. Media ini
melaporkan keadaan kesihatan mantan PM Israel itu yang kini masih
menderita strok dan terbaring koma di hospital selama lebih dari enam
tahun.
Majalah ini menuliskan bahawa keluarga Sharon masih menjenguk dan
berinteraksi dengan dirinya. Ini menunjukkan bahawa Sharon masih hidup.
Salah seorang dari anggota keluarganya kerap membacakan akhbar harian di
sampingnya dan memberitahu perkembangan ternakan lembu yang dia miliki
di daerah Selatan Israel. Disamping itu dia juga dibacakan beberapa buku
dan diperdengarkan muzik-muzik klasik.
Ketika ditanya lebih lanjut sampai bila keadaan Sharon akan terus jadi
seperti ini, Solomo Segev doktor senior yang merawatnya berkata, “Kalau
dikaji dari usia rata-rata dalam keluarga Sharon, ibu dan neneknya mati
di atas usia 90 tahun”. Solomo pun kemudian menganggarkan Sharon akan
tetap dengan keadaannya seperti ini sehingga usianya melepasi 90 tahun.
Detik Islam
Detik Islam
0 comments:
Post a Comment