Pages

Monday, 17 December 2012

DILEMA PERDANA MENTERI "ISTERI TIDAK TAKUTKAN SUAMI"

ROSMAH MANSOR
Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor kini lebih menonjol dalam beberapa acara rasmi kerajaan. Minggu lepas beliau seolah-olah menjadi Menteri Pertahanan ketika merasmikan pelancaran kapal latihan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sijangkang, Kuala Langat, Selangor yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.dan Menteri Pertahanan.
 
Minggu ini  beliau sekali lagi mengambil peranan sebagai Menteri Pengajian Tinggi bila beliau dijemput untuk memberikan ucaptamanya di Bengkel Pembinaan Kapasiti Kepimpinan Antarabangsa bagi Tokoh-tokoh Akademik Wanita 2012 yang dihadiri kira-kira 200 peserta tempatan dan antarabangsa di ibu negara.

Cuma teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Bengkel tiga hari itu dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
Sebelum ini tiada isteri Perdana Menteri yang di beri penghormatan atau dilayan setaraf  Perdana Menteri atau Menteri. Biasanya isteri Perdana Menteri hanya jadi pengiring dalam acara-acara rasmi yang di hadiri Perdana Menteri. Tetapi bagi isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib penghormatan yang diberikan kepadanya kadangkala melebihi Perdana Menteri sendiri. Sehinggakan ada yang mengatakan Rosmah Mansor sudah macam Perdana Menteri.
 
Rosmah Mansor hanya isteri kepada Perdana Menteri. Beliau adalah seorang wanita yang tidak mempunyai portfolio rasmi dalam kerajaan. Bagaimana boleh beliau melakukan perkara yang hanya boleh dibuat oleh Perdana Menteri, Timbalannya atau pun Menteri-menteri yang ada kaitan dengan portfolionya.

 
Jika ia pun beliau "First Lady Of  Malaysia" ia tetap isteri kepada Perdana Menteri yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan. Jika sesuai pun untuk beliau merasmikan majlis mungkin yang melibatkan program atau majlis BAKTI atau PERMATA sahaja.
 
Tindakan beliau ini tentunya menjadi tanya rakyat siapa sebenarnya Rosmah Mansor. Adakah beliau telah di lantik oleh Perdana Menteri untuk memegang Jawatan Menteri Dengan Tugas-tugas Khas yang membolehkan beliau menggantikan Perdana Menteri jika ketiadaanya.

Walaupun jawatannya sebagai Perdana Menteri tetapi isterinya tidak sepatut mengambil peranan Menteri yang telah ada portpolio masing-masing. Rakyat sedang memerhatikan tindak tanduk Rosmah yang tidak kena cara dan berlebih-lebihan ini.
 
Perdana Menteri sepatunya dalam saat PRU13 semakin hampir, perlu menjaga imejnya sebagai Perdana Menteri. Lebih-lebih lagi dalam keadaan imejnya mula tercalar dengan pendedahan bekas rakan perniagaan isterinya sendiri, Deepak Jaikishan.

Kini rakyat tertunggu-tunggu kemunculan buku tentang kisah hidup Rosmah Mansor yang akan dilancarkan pada Januari 2013. Buku ini yang dikatakan mahu menjawab tentang "fitnah" dirinya. Antaranya, cincin, bag tangan, pakaian, anak daripada suami pertama, keluarga di Negeri Sembilan dan lain-lain yang ada kaitan tentang dirinya.
 
Yang hebatnya Sultan Pahang bersama isteri turut mencemar duli dalam perlancaran buku biografi yang tidak siap lagi. Lebih haru, Sultan Pahang menerima gambar potret besar Rosmah. Biasanya setaraf Sultan layak menerima potretnya sendiri bukan potret orang lain untuk digantung di istana.
Apapun, Rosmah  Mansor memang hebat dan nampak seperti " Iron Lady". Perilakunya membayangkan pengaruhnya ke atas orang di sekelilingnya.


Lihat, bagaimana Perdana Menteri terpaksa menunggu beliau turun dari kapalterbang ketika satu lawatan  dahulu. Begitu juga TV3 pernah menyiarkan jawatan Rosmah sebagai ‘Perdana Menteri Malaysia’ dalam satu wawancara. Dalam perkahwinan Datuk Lee Chong Wei tempoh hari, Rosmah memunculkan dirinya di tengah pasangan itu.


http://4.bp.blogspot.com/-18flR5pPSDM/UJ5_ExapgTI/AAAAAAAAphM/7P06rKogDSU/s1600/Lee+chong+wei+kawin+spoil.jpg
Adakah Perdana Menteri akan terus membiarkan isterinya menonjolkan diri melebihi dirinya. Adakah dilema Perdana Menteri seperti sebahagian lelaki yang lain di mana "isteri tidak takutkan suami". Jika ia sememangnya Rosmah Mansor adalah seorang wanita yang hebat. Maka itulah sebabnya majalah Time menamakan Rosmah antara 100 orang yang berpengaruh di dunia.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...