PRU 13
Dalam
liputan meluas perbincangan isu ‘akur dengan keputusan dan disiplin
parti’ tatkala kehangatan politikus Umno membincangkan isu mengenai
‘calon-calon winnable’ (boleh menang) yang akan diketengahkan mewakili
BN dalam pilihanraya umum akan datang, PAS juga secara senyap-senyap
menyediakan calon-calon mereka.
KEDAH
Calon
MB ialah Mahfuz Omar. Beliau akan bertanding di DUN Kuala Muda bagi
menggantikan Azizan Abdul Razak yang kian uzur di samping tidak mampu
menguruskan Kerajaan Negeri dengan baik. Beliau juga dilihat oleh PAS
gagal menguruskan pertelingkahan dalaman parti jika terus dikekalkan
sebagai MB.
NEGERI SEMBILAN
Calon
MB ialah Dr. Rosli Yaakub yang dijangka akan bertanding di DUN
Chembong. Cadangan lantikan berdasarkan pengalaman selama 15 tahun
beliau sebagai Penolong (1) Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia. ADUN
Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani kekal pesuruhjaya PAS negeri.
PERAK
PAS
Pusat dikatakan bersepakat untuk melantik Ahmad Awang sebagai MB dan
beliau dijangka akan bertanding di DUN Selinsing jika menang. Ini kerana
beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai adat istiadat
negari Perak. Tindakan PAS mengenepikan Mohammad Nizar Jamaluddin
setelah dikatakan mendapat bantahan meluas akar umbi parti kerana beliau
terlalu tunduk dengan kehendak DAP ketika memegang jawatan MB sebelum
ini.
JOHOR
Ahli parlimen Kubang
Kerian, Salahuddin Ayub adalah bakal MB Johor jika PAS berjaya menawan
negeri berkenaan. Beliau akan bertanding di Parlimen Pulai serta DUN
Puteri Wangsa. Bagaimanapun jika PAS menang dalam pilihanraya umum akan
datang, beliau akan dilantik sebagai Menteri Kabinet.
PAHANG
Tuan
Ibrahim Tuan Man adalah bakal MB Pahang yang akan bertanding di DUN
Jengka. Ini kerana PAS berpendapat beliau seorang yang mempunyai
kredibiliti yang baik dan hubungan baik dengan istana Pahang. Beliau
juga ada hubungan kekeluargaan dengan MB Kelantan.
TERENGGANU
Untuk
Negeri Terengganu, PAS Pusat telah menamakan Syed Azman Syed Ahmad
Nawawi sebagai bakal calon MB. Beliau akan bertanding di DUN Batu Buruk,
kerusi yang disandangnya sekarang. Manakala Abdul Wahid Endut pula akan
menerajui PAS negeri berkenaan sebagai Pesuruhjaya menggantikan Harun
Taib.
KELANTAN
Ahmad
Yakob dijangka akan bertanding di DUN Pasir Pekan merupakan bakal calon
MB pilihan Nik Aziz yang akan mengundurkan diri sebagai MB Kelantan.
Manakala jawatan Timbalan MB Kelantan pula akan disandang oleh Nik Amar
Nik Abdullah yang akan bertanding di DUN Panchor. Sementara Husam Musa
pula akan bertanding di parlimen Kubang Kerian serta mempertahankan DUN
Salor pada pilihanraya umum akan datang.
Bagaimanapun, ia adalah percaturan beberapa puak tertentu dalam PAS yang mahukan kesegaran dan dikatakan cuba lari dari bayang-bayang Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim yang meresap pantas dalam parti itu sejak kemunculan 'puak Erdogan' dalam tahun 2008.
Pun begitu, ia tidak semestinya muktamad dan beberapa perbincangan lanjut masih diadakan kerana ia membabitkan polisi dan dasar perjuangan PAS sebagai satu gerakan Islam dan dakwah sekaligus.
Kedudukan ini pastinya berubah apabila keputusan pilihanraya umum diumumkan kelak, maka ada yang kekal dan ada yang pasti berputih mata.
Keputusan akhir masih terletak di tangan Dewan Ulama PAS, meja tertinggi pembuat dasar dan arah tuju parti yang ditubuhkan pada 1951 itu.

0 comments:
Post a Comment