Pages

Saturday, 15 December 2012

BOMOH PERKASA AKAN PULIHKAN SEMANGAT MELAYU

HEBATNYA
Perkasa mengakui bangsa Melayu semakin layu, tetapi memberi keyakinan bahawa pertubuhan bukan kerajaan yang berusia empat tahun itu akan memulihkan kembali semangat mereka untuk terus mempertahankan bangsa, agama dan negara.

Dalam ucapan dasarnya, Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, kaum Melayu yang telah layu dan lemah boleh dipulihkan semangat mereka dengan menyertai Perkasa.

Menurutnya, usaha pihak tertentu yang mahu menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri adalah faktor kaum utama negara itu semakin lemah.

Bagaimanapun, beliau berkata, masih mempunyai orang Melayu yang mampu memulihkan semangat bangsa yang kian layu.

"Anak pemimpin Melayu mengeluarkan  kenyataan bahawa orang Melayu bebas tukar agama, yang memang salah dari segi perundangan negara dengan akidah dan Islam.

"Kenapa berlaku? Sebab mereka tengok umat Islam khususnya Melayu berpecah, layu, longlai dan tak pegang pada Kalam Allah.

"Melayu sudah layu, sudah lemah tapi masih ada Melayu yang bersemangat iaitu orang Melayu yang jadi anggota dan pejuang Perkasa,  Insya-ALLAH," kata beliau pada Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga,  bertemakan "Hapuskan Petualang Bangsa dan Negara", di sini hari ini.

Perkasa ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan perubahan landskap politik negara.

Sejak itu, Perkasa dan Penaungnya, Tun Dr Mahathir Mohamad seringkali mendakwa bahawa orang Melayu semakin lemah dari segi politik.

1 comments:

Asrul Sani said...

Bapa sedara saya, sepupu dan sanak sauidara saya saya ramai yang menjadi penyokong tegar PAS sejak remaja sampailah beruban. Ramai yang cuma menjadi petani dan penoreh getah. Walaupun tidak kaya raya, cuma bisa hidup sederhana, tetapi mereka ternyata bahagia dan tidak pernah meminta-minta.Saya tidak pernah merasa bahawa mereka ini kian lemah atau akan melarat di tanah air sendiri. Walau siapa pun yang menjadi kerajaan, mereka tetap merupakan golongan yang gigih berusaha serta tidak perlu bergantung hidup meminta-minta kepada sesiapa.

Setelah suasana politik semasa telah berubah arus, mereka bergerak bersama arus perubahan. Dulu mereka hanya berjuang di lorong sempit berteraskan matlamat memertabatkan Islam. Kini mereka berlapang dada dan sanggup berjuang bersama-sama DAP sebuah parti yang sering dituduh sebagai rasis dan berbaur perkauman. Salahkah mereka berbuat demikian? kalau salah kenapa UMNO bersekongkol dengan China MCA dan Keling MIC? Apakah China MCA tidak pernah menghina Islam. Setidak-tidaknya Lim Guan Eng telah memberi peruntukan kepada pembangunan Islam 3 kali ganda lebih besar dari China Gerakan yang mutakhir ini sudah berani mencerca Islam.

Adakah kerana Melayu-Melayu ini ingin bekerjasama dengan DAP Ibrahim Ali dan beruk-beruk PERKASA sewenang-wenagnya berpendapat dan menganggap orang Melayu sudah lemah? Kau bangang tahap apa ni Brahim.

Dengar sini baik-baik Ibrahim yang suka melompat parti. Kau tu mentedarah hasil dari perniagaan bersama-sama tokeh-tokeh China termasuk Vincent Tan. jangan jadi hipokrit.

Melayu yang lemah ialah Melayu UMNO kerana ramai yang berhijrah meninggalkan kapal UMNO yang akan karam. Melayu yang bacul ialah Melayu bajingan seperti PERKASA kerana mencetuskan ketegangan kaum dan menakut-nakutkan orang Melayu dan menggertak bukan Melayu.

Melayu akan bertambah kuat apabila mereka mula bersatu di dalam PAS, PKR dan DAP. Ini adalah Melayu baru sebenar yang merdeka jiwanya dan sanggup mati dari melihat tanah air ini dihancurkan oleh makhluk-makhluk perosak!!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...