KITA KENA AKUI KUASA ALLAH
Penduduk dan peniaga digesa untuk menuntut pampasan dari Kerajaan
Selangor. Kenapa saya katakan begitu? Antara punca kenapa berlakunya
banjir kilat ini adalah kerana tiada rancangan pencegahan banjir dari
Kerajaan Selangor. Malah rancangan itu dibatalkan dengan mengatakan
projek tebatan banjir itu tidak memberikan manfaat kepada rakyat. Ini
kenyataan beliau yang dipetik dari Malaysiakini KLIK SINI.
Nampaknya Selangor sudah semakin tidak terurus. Sistem perparitan tidak
diselenggara dengan betul, alasan hujan lebat punca banjir oleh Adun
Kajang satu kenyataan untuk menyelamakan diri untuk melindungi kegagalan
beliau. Budak sekolah rendah pun tau punca banjir tak perlu
diterangkan. Beliau patut akui bahawa sistem perparitan yang dibawah
kelolaan PBT gagal. Kerana apa gagal? Jawapannya mudah, peruntukan untuk
penyelenggaran perkara asas seperti ini telah digunakan untuk keperluan
lain.Kita tak perlu nafikan. Sebagai contoh peruntukan jalanraya di
Selangor MARRIS telah disalah guna oleh kerajaan negeri. Lihat sendiri
keadaan jalanraya di Selangor. Apa agaknya nasib orang Kajang nanti
apabila banjir surut.Jalan akan mengalami kerosakan teruk!. SUMBER
Perlombongan pasir secara berleluasa dan tidak terkawal merupakan
punca utama berlakunya banjir di beberapa kawasan di Selangor sejak
kebelakangan ini, dakwa ahli Parlimen Sepang Datuk Seri Ir Mohd Zin
Mohamed.
“Beberapa kawasan di Sepang sendiri mengalami banjir dan kita semua
sedia maklum bahawa ianya berlaku kerana ban yang telah pecah serta
sungai yang cetek akibat longgokan pasir di beberapa kawasan.
“Sehingga kini pihak kerajaan negeri masih lagi tidak memberikan
penyelesain konkrit terhadap masalah ini sebaliknya hanya memperbaiki
ban sedia ada. Ini tidak akan menyelesaikan masalah untuk jangka masa
panjang,” katanya pada sidang media seperti dilaporkan Bernama hari ini.
Mohd Zin yang juga koordinator BN Selangor menyifatkan tuduhan
kerajaan Pakatan kononnya ban sungai pecah disebabkan oleh aktiviti
pertanian sebagai pembohongan besar dan tidak masuk akal.
Menurutnya kerajaan negeri gagal memantau operasi perlombongan pasir
yang tidak terkawal di beberapa lokasi terutamanya di Kuala Selangor,
Puchong, Kuala Langat dan Sepang.
“Kesan daripada perlombongan ini ialah kolam-kolam takungan yang
ditinggalkan begitu sahaja. Tambah merungsingkan sesetengah kolam ini
berada begitu hampir dengan ban dan ianya menunggu masa untuk runtuh,”
jelasnya.SUMBER

0 comments:
Post a Comment