TERUS BERKURANGAN
Tanah Rezab Melayu disebut dalam Perlembagaan Malaysia sebagai suatu
aset yang dilindungi dan dijamin hak untuk memulihara hak milik orang
Melayu di negara ini. Tetapi sepanjang BN perintah Malaysia lebih 54
tahun, bilangan tanah rezab Melayu semakin pupus.
UMNO telah bertindak mengambil tanah-tanah rezab Melayu tanpa
digantibalik sepertimana yang diperuntukan perkara 153 Perlembagaan.

Melalui Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang
kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu
dengan alasan untuk pembangunan. Dua perkara besar menyebabkan
menyebabkan hak milik tanah rakyat tidak terjamin.Pertama, kerajaan
berkuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak
mendakwa kerajaan di mana-manan mahkamah. Kedua, tanah rakyat boleh
dijual kepada warga asing. Harus diingat sebelum akta ini dipinda,
kerajaan tidak sewenang-wenangnya boleh mengambil tanah-tanah ini,
tanah-tanah ini hanya boleh diambil untuk kemudahan awam, sekolah dan
hospital.
Kerajaan Negeri Kedah di bawah BN
- Merampas tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau. Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut.
Di Johor pula
- -Umno merampas 26,000 ekar tanah dari Tanjung Langsat hingga ke Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai. Kampung rakyat itu diserahkan kepada Syarikat Kok Brothers dan UEM.
- yang paling teruk ialah tanah-tanah rezab Melayu dan tanah-tanah projek WPI juga telah dijual kepada Cina Singapore
Di Melaka,
- Umno mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas.
Di Terengganu,
- Umno menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar.
- Sanusi Junid ketika menjadi MB Kedah telah memberi jawapan bertulis terhadap pertanyaan ADUN Sala, Ustaz Azizan Abdul Razak di persidangan DUN bulan Ogos 1996 menyatakan 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh itu kerajaan Kedah belum lagi mengganti tanah yang dijual itu.
Di Langkawi pada tahun 1990,
- 80 penduduk yang tinggal di Pantai Gelang telah diambil tanahnya untuk dirikan Pelangi Beach Resort. Di Selanggor seluas 8,299.9 hektar telah hilang statusnya.
Di Negeri Sembilan
- Seluas 930 hektar telah diambil di Mambau untuk pembangunan.
- Selama 3 Dekad UMNO Memerintah, Tanah Rezab Melayu Berkurang dari 3 Juta Hektar kpd 1.7 Juta Hektar
Akibatnya jumlah keluasan tanah rezab Melayu menurun dengan drastik
dalam tempoh hanya tiga dekad dari sejumlah tiga juta hektar pada tahun
1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu merosot
hamper 44% daripada asal bersamaan 1.2% kemerosotan setiap tahun.
Manakala jumlah yang digantikan semula mengikut kajian yang dibuat
pada tahun 1995 hanya sekitar 34% sahaja. Jika pengambilan ini
berterusan tanpa penggantian dibuat dengan alasan pembangunan, maka akan
tinggal 14% sahaja pada tahun 2020.
Kadar Kehilangan Tanah Rezab Melayu Setelah Dijual Oleh UMNO
Pengambilan tertinggi tanah rezab Melayu yang tidak diganti berlaku
di Kuala Lumpur iaitu daripada 1.067.5 hektar keluasanan sebelumnya
kepada 787.1 hektar pada tahun 1995. Diikuti Kedah, 820.6 hektar pada
tahun 1995 berbanding sebelumnya 964.9 hektar. Selangor memiliki
173,599.16 hektar berbanding sebelumnya sebanyak 181,658.62 hektar.Pulau
Pinang pada tahun 1975 memiliki 67.410 ekar atau 34% daripada seluruh
tanah yang didaftarkan menurun menjadi 31.815 ekar pada tahun 1985.
Kesan pengambilan di Kuala Lumpur lebih dashat, iaitu daripada ?
hartanah di KL ini adalah hak milik Melayu pada tahun 1957 menjadi hanya
5.1 % sahaja pada sekarang sedangkan bangsa lain memiliki 94.9 %
hartanah.Pemimpin-pemimpin Umno ini kianat terhadap bangsanya sendiri.
Pengambilan tanah-tanah ini dibayar pampasan tidak mengikut harga
pasaran semasa kerana status tanah ini masih dalam status pertanian
belum lagi ditukar status. Sebaik sahaja pengambilan tanah-tanah ini
selesai dibuat, maka status tanah-tanah ditukar ke status kormesial dan
dijual kepada tokoh-tokoh korporat bukan Melayu dengan nilai berjuta
ringgit.Mereka menjadi kaya raya sekelip mata, buat untung atas angin.
Begitulah cerdiknya pemimpin-pemimpin Umno.
Apa Akan Jadi Dgn 16, 997 Hektar Tanah Rezab Melayu Di WPI?
WPI akan melibatkan 16,997 hektar Tanah Rezab Melayu (TRM) yang mana
sebahagiannya adalah tanah Felda. Apakah nasib TRM ini? Pada masa
sekarang banyak TRM yang diambil balik oleh kerajaan tidak digantikan
semula. Dalam Pelan Pembangunan Komprehensif WPI tidak dinyatakan
bagaimanakah kaedah untuk mengekalkan pemilikan TRM.
WPI juga akan melibatkan tanah-tanah milik orang Bumiputera/Melayu
yang bukan berstatus TRM. Bagaimanakah nasib tanah-tanah ini? Setelah
isu ini diketengahkan, Menteri Besar Johor pada 14 April, 2007
menyatakan kerajaan bercadang untuk menubuhan Amanah Hartanah (Property
Trust) bagi membolehkan masyarakat bumiputera bersama-sama menyertai
pemilikan harta di WPI walaupun pada nilai yang rendah. Modul operandi
Amanah Harta ini sehingga sekarang tidak dijelaskan secara terperinci.
Kita tidak mahu melihat nasib orang Melayu/Bumiputera di WPI akan
menerima nasib seperti orang Melayu/Bumiputera di Pulau Pinang dan Pulau
Langkawi yang terpinggir dan terkorban atas nama pembangunan. Kita mahu
melihat pegangan pemilikan hartanah oleh Melayu/bumiputera akan terus
kekal walaupun tanah-tanah mereka dibangunkan.
Pemilikan Tanah WPI Oleh Singapura
Pemilikan tanah oleh pelabut-pelabur dan syarikat-syarikat dari
Singapura akhirnya akan menjadikan Singapura memiliki kuasa perundingan
yang significant (significant bargaining power) ke atas Malaysia. Dengan
kata lain dalam perundingan selepas dari ini khususnya berkaitan dengan
WPI, suara, pandangan serta persetujuan daripada Singapura hendaklah
diperolehi. Secara tidak langsung Singapura boleh “memandrumkan”
Malaysia supaya tunduk kepada pelbagai tuntutan daripada Singapura di
masa hadapan. Ini adalah antara risiko yang perlu ditanggung apabila
kerajaan mengambil tindakan “menjual” negara kepada warga asing.
Singapura selepas dari ini tidak berlu lagi menggunakan pendekatan
berkonfrantasi dengan Malaysia tetapi memadai dengan ugutan untuk
menarik balik pelaburan daripada WPI sekiranya tuntutan mereka tidak
dipenuhi oleh Malaysia. Akhirnya Malaysia akan menjadi barua kepada
Singapura.
Baca lagi di sini
Apa sudah jadi dengan tanah orang Melayu? Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu:-
• 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
• 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
• 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di
gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang
Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
• Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi
komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak
kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008
(selepas PRU-12).
• 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status
kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar
sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
• Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang
Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina
Pelangi Beach Resort.
• Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung
Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya
terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
• 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung
Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang
diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
• 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.
• Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
• 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah
Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan
mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai,
Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun
dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya
angkara? PR atau Umno.
• Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun
terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan
Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka
Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri
Luar menang-menang. Juga boleh baca DISINI


0 comments:
Post a Comment