LEBIH PERLINDUNGAN
Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam bakal
mendapat perlindungan sebaik-baiknya jika cadangan penambahbaikan
perkhidmatan awam yang dikemukakan Suruhanjaya Khas bagi Mengkaji
Transformasi Perkhidmatan Awam diterima kerajaan.Pengerusi suruhanjaya khas itu, Tun Zaki Azmi berkata, penambahbaikan
itu meliputi 19 cadangan yang akan dikemukakan kepada Kabinet
selewat-lewatnya Januari ini.Jelas beliau, antara bentuk perlindungan itu adalah isu kenaikan gaji
penjawat awam yang dibincangkan bersama enam anggota suruhanjaya
tersebut.

Suruhanjaya tersebut diberi mandat mengemukakan perakuan kepada kerajaan dalam tempoh enam bulan dan perakuan itu akan dipertimbangkan mengikut kemampuan kewangan kerajaan.Dalam pada itu, Zaki berkata, suruhanjaya yang turut dianggotai bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman tersebut telah selesai membuat perbincangan bagi tujuan itu.
Jelas beliau, laporan kajian tersebut akan memberikan situasi menang-menang antara penjawat awam dan rakyat keseluruhannya."Laporan kajian ini hampir 100 peratus siap dan kita masih menerima cadangan daripada mana-mana pihak jika mahu berbuat demikian."Apa yang penting kita mahu memperbaiki mutu sistem penyampaian dan jika rakyat sudah boleh menerima, rakyat pun tidak akan marah kalau mahu naik gaji," katanya.
SUMBER
0 comments:
Post a Comment