Pages

Sunday, 4 November 2012

PENGHINAAN TERLAMPAU TERHADAP RAJA DAN SULTAN

DI MANA ADAP DAN SOPAN KITA
Negara digemparkan lagi dengan kes penghinaan kepada Raja. Kali ini seorang lelaki berumur 27 tahun bernama Ahmad Abd Jalil ditahan untuk disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Sekali lagi kes penghinaan ini melibatkan Sultan Johor. Persoalannya, mengapa asyik Sultan Johor dan kerabatnya sahaja yang menerima penghinaan? Selain daripada mencari salah orang lain, mungkin kerabat di-Raja Johor juga perlu melihat diri sendiri mengapa terdapat rakyat membenci mereka, bukan hanya satu kes, bukan dua, dan bukannya tiga!

Desas-desus mengatakan kes ini berkaitan dengan facebook seorang yang bernama Zul Yahya tetapi tidak dapat dipastikan kebenarannya. Untuk kes seperti Zul Yahya ini memang patut dihukum kerana ini adalah suatu bentuk penghinaan terlampau. 

Begitu juga dengan kes Aduka Taruna, walau pun sesetengah penyokong Pakatan Rakyat menganggap pemuda ini sebagai hero, penulis tetap mengatakan tulisannya yang menghina kemangkatan Almarhum Sultan Johor adalah suatu bentuk penghinaan terlampau.
Negara-negara maju yang mengamalkan sistem beraja dan kebebasan bersuara seperti di Netherlands juga mempunyai kanun keseksaan Crimen laesae-Majestatis yang boleh mendakwa mana-mana individu yang menghina ratu atau pasangannya. Pada tahun 2007, seorang lelaki bernama Regilio Amelo dikenakan denda €400 kerana menghina Ratu Beatrix dengan berkata "I hate your Queen, she is a whore". Dalam tahun yang sama, seorang wanita muda yang juga merupakan seorang wartawan ditangkap kerana memakai t-shirt yang tertulis "Beatrix is a whore".

Contoh-contoh di atas adalah penghinaan yang sememangnya layak untuk dihukum. Penulis dan Malaysian in Crisis juga sama sekali tidak bersetuju dengan pelakuan yang tidak melambangkan ketemadunan manusia seperti penghinaan dengan menggunakan bahasa yang menjijikkan kepada Raja-raja Melayu dan pemimpin. Selain daripada contoh penghinaan terlampau terhadap Raja-raja seperti di atas, kes memijak gambar YAB Perdana Menteri, kencing gambar YAB Menteri Besar Kelantan dan kes-kes seumpamanya juga tidak boleh diterima. Tanpa mengira ideologi politik, ini adalah sifat-sifat yang memalukan dan tiada langsung melambangkan sikap Melayu yang bersopan santun, padahal ke hulu ke hilir bercakap pasal perjuangan Melayu - tidak kira UMNO, PAS atau PKR!. Teruskan baca DISINI

1 comments:

Lenggang Kangkung said...

Mereka tidak faham.. kasihani dan nasihati mereka

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...