Pages

Sunday, 16 September 2012

PANDUAN UNTUK JEMAAH HAJI MALAYSIA

PANDUAN ASAS
Kepada bakal-bakal haji yang sedang membuat persiapan untuk berangkat ke Tanah Suci Makkah, berikut dikongsikan beberapa panduan asas untuk dijadikan rujukan/panduan :-
-
BAKAL-BAKAL HAJI DIGALAKKAN MENONTON SIARAN IBADAT HAJI YANG DISIARKAN DI TELEVISYEN BILA SAMPAI MASANYA
Perkembangan terbaru biasanya disiarkan melalui Televisyen/ Radio kerjasama Tabung Haji/ RTM ) dan melalui akhbar semasa.
   
-
MENJAGA KESIHATAN (REHAT, TIDUR SECUKUPNYA
Amalkan memakan vitamin tambahan 1 bulan sebelum berangkat.
Latih diri untuk ketahanan fizikal seperti latihan berjalan kaki / bersenam setiap hari.
Sebaiknya, dapatkan suntikan vaksin tambahan yang dicadangkan oleh pihak Tabung Haji di mana-mana klinik swasta yang diiktiraf dengan kosnya ditanggung sendiri oleh bakal haji. Antara suntikan vaksin tambahan yang disyorkan :
   
 
- Suntikan Vaksin Influenza
 
Suntikan ini sebaiknya diambil sebelum berangkat ke Tanah Suci. Influenza secara umumnya dikenali sebagai 'flu' atau demam selsema adalah infeksi saluran pernafasan. Vaksin Influenza selamat bagi kebanyakan orang tetapi vaksin ini tidak boleh diberi kepada mereka yang alergik kepada telur sebab vaksin Influenza disediakan daripada telur.

Bakal haji berumur 60 tahun ke atas dan mereka yang bermasalah kesihatan iaitu pengidap penyakit kronik seperti lelah, kencing manis, sakit jantung, sakit paru-paru, sakit ginjal dan endoktrin amat digalakkan mengambil vaksin Influenza.
   
- Suntikan Vaksin Pneumococcal
  Suntikan v aksin ini mencegah dari penyakit Pneumonia iaitu sejenis jangkitan serius di bahagian peparu yang disebabkan oleh bakteria atau virus. Penyakit ini merupakan penyakit utama di kalangan kanak-kanak dan warga tua.
   
- Lain-lain imunisasi tambahan
  - Rujuk doktor dan dapatkan mengikut keperluan semasa.
   

SEDIAKAN PAKAIAN DAN PERALATAN SECUKUPNYA

Lelaki
Perempuan
Kain ihram 1- 2 pasang  
Tali Pinggang Ihram 1 utas  
Baju Melayu 3 helai  
Singlet Berlengan 4 helai  
Baju Biasa 2 helai  
Seluar Panjang 2 helai  
Kain Pelikat 3 helai  
Tuala Mandi 2 helai  
Tuala Kecil 1 helai  
Stokin 2 pasang  
Selipar Getah 1 pasang  
Kasut Biasa ( Lembut ) 1 pasang  
Selimut ( tidak terlalu tebal ) 1 helai  
Telekong Sembahyang 2 pasang  
Mini Telekong 2 pasang  
Baju Kurung 3 pasang  
Baju Maxi 2 pasang  
Baju Tidur 2 pasang  
Seluar Panjang 2 pasang  
Stokin Panjang 3 pasang  
Sarung Tangan 1 pasang  
Tuala mandi 2 helai  
Tuala Kecil 1 helai  
Selipar Getah 1 pasang  
Kasut Biasa ( Lembut ) 1 pasang  
Selimut ( tidak terlalu tebal ) 1 helai  
 
LAIN-LAIN ( Lelaki / Perempuan )
 
1
Buku Rekod Rawatan  
1
Buku Doa Kecil  
1 set
Penyangkut Baju  
1
Beg Pakaian Besar ( Berkunci )  
1
Gunting Kecil / Pencukur  
1
Sejadah nipis  
1
Tanda Pengenalan Diri ( Rantai tangan )  
1
Beg Bimbit Sederhana Besar  
1
Pengetip kuku  
1
Uncang Selipar  
1
Uncang Anak Batu  
1
Berus Gigi  
1
Ubat Gigi  
1
Sabun Mandi  
1
Krim pelembab tumit ( untuk elak tumit pecah seperti Nivea Cream dsb )
 
1
Krim pelembab bibir ( untuk elak bibir pecah )  
  Telefon bimbit ( H/phone ) ada baiknya turut dibawa ke tanah suci bagi memudahkan membuat panggilan sesama sendiri samada kepada keluarga/ rakan ataupun untuk menghubungi keluarga / sanak saudara di Malaysia. Untuk lebih jimat, beli kad prabayar ( sim kad ) di sana yang amat mudah diperolehi dengan harga pendaftaran serendah SR30.00 - SR 100.00. Manakala untuk tambah nilai ( topup) pula, boleh dibeli dengan berbagai harga dari SR 10.00 - SR 100.00 mengikut keperluan masing-masing.
 
   
  NOTA :
  Senarai kelengkapan yang dinyatakan di atas hanyalah sekadar cadangan dan boleh dipinda mengikut keperluan bakal-bakal haji sendiri.
   
-
SEDIAKAN WANG PERBELANJAAN SECUKUPNYA







Sediakan wang perbelanjaan secukupnya beserta bayaran Dam bagi seekor kambing ( Haji Tamattuk/ Qiran ) dianggarkan RM 300.00 hingga SR 350.00 seekor.
Wang Saku yang diperuntukkan untuk bekalan semasa di Tanah Suci juga hendaklah turut mengambil kira upah-upah ibadat yang perlu dibayar sekiranya bakal haji jatuh sakit seperti berikut :

Upah tolak ( khidmat kerusi roda ) bagi Tawaf + Saie = Lebih kurang SR250.00 - SR300.00
Upah tolak ( khidmat tolak kerusi roda ) bagi Tawaf Wida' = Lebih kurang SR150.00 - SR200.00

( Untuk urusan mengupah tolak bagi urusan tawaf dan saie termasuk tawaf wida' dengan kerusi roda, perkhidmatan ini boleh didapati di luar pintu masjid di mana pengambil upah tolak selalunya sedia menunggu pelanggan. )

Upah Melontar Jamrah pula = Lebih kurang SR 300.00

Ini belum lagi mengambil kira bayaran denda lebihan berat barangan ( RM 20.00 sekilogram ) yang dibawa pulang sewaktu keberangkatan pulang jemaah haji.

Dengan demikian adalah digalakkan setiap orang bakal haji memperuntukkan wang saku untuk kegunaan di Tanah Suci dalam anggaran RM 2,500 atau lebih ( seorang ) bagi menampung perbelanjaan luar jangka yang mungkin berlaku.


Tukar sedikit wang Riyal Saudi di kaunter Bank Islam (M) Berhad atau mana-mana pengurup wang dengan kadar SR 300.00 seorang untuk keperluan semasa dalam perjalanan. ( Biasanya Bank Islam (M) Berhad turut menyediakan kaunter pertukaran wang di setiap stesen berlepas untuk memudahkan bakal-bakal haji membuat pertukaran wang Saudi Riyal )
 
Wang simpanan di Tabung Haji boleh dikeluarkan semasa di Tanah Suci dan dibayar dalam bentuk Saudi Riyal. Perkhidmatan ini biasanya disediakan di setiap Maktab/bangunan penginapan jemaah haji. ( Walau bagaimana pun ia tertakluk kepada peraturan semasa Tabung Haji dan Kerajaan Arab Saudi ).
   
-
SUAMI/ISTERI HENDAKLAH MENGGUNAKAN BEG PAKAIAN BERASINGAN DAN MENYIMPAN SENDIRI KUNCI BEG MASING-MASING
 
-
Penerbangan Pergi - Berat barang tidak melebihi 20 Kg
-
Penerbangan Balik - Berat barang tidak melebihi 30 Kg
   
-
TULIS BUTIR-BUTIR BERIKUT PADA SEMUA BEG ( BAGASI ) DENGAN TERANG :
 
-
Nama Penuh Jemaah Haji
-
Alamat Lengkap Di Malaysia
-
No. Telefon ( Jika Ada )
-
No. Penerbangan ( No KT )
-
No. Paspot / No Akaun TH / No. Kad Pengenalan
 
 
   
  MAKLUMAT TAMBAHAN :
Jemaah haji yang menghidap penyakit tertentu dan perlu ubatan khusus hendaklah membawanya sendiri bersama surat akuan doktor yang ditulis dalam bahasa Inggeris / bahasa Arab.
Kad pengenalan, lesen memandu dan buku akaun simpanan Tabung Haji tidak perlu dibawa bersama ke Tanah Suci
Membeli sendiri tiket penerbangan dalam negeri ( jika berkaitan ) berdasarkan jadual penerbangan haji
Membawa bersama gambar-gambar tambahan bersaiz paspot ( Untuk kegunaan Muassasah dan untuk ditampal pada beg bimbit/beg sandang/beg besar masing-masing)
Bawa baju tebal ( Baju sejuk ) yang sesuai untuk persediaan menghadapi suhu terlalu sejuk di Tanah Suci khususnya dari bulan November - Mac setiap tahun.
Surat Jadual Penerbangan ( SJP) biasanya akan dihantar terus ke alamat bakal-bakal Haji mengikut alamat yang terdapat pada rekod Tabung Haji. Fotostat salinan SJP atau potong keratan pada bahagian bawah SJP tersebut dan serahkan kepada waris terdekat untuk simpanan dan makluman mereka. Salinan asal perlu dibawa oleh bakal haji semasa melapor diri di stesen berlepas. ) Sumber : DISINI   

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...