BAJET MURAH HATI
Bonus dan BRIM2 adalah perkara yang di tunggu-tunggu oleh kakitangan Kerajaan dan Rakyat dalam pengumuman bajet 2013 yang akang dibentang oleh Perdana Menteri pada 28 september ini. Berdasarkan cakap-cakap dan rumus-rumus kedua-dua perkara ini hampir pasti akan menjadi perkara penting yang bakal diumumkan.
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memang berharap kerajaan dapat memberi bonus 2 bulan gaji. Presiden
Cuepacs Datuk Omar Osman berkata Cuepacs memohon kerajaan
memberi bonus 2 bulan gaji kepada 1.4 juta kakitangan awam dan pihaknya
percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertimbangkan
perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan.
Menurutnya dalam
sejarah, kita tidak pernah dapat bonus 2 bulan gaji. Bonus terbaik yang
pernah diberi kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam ialah bonus
sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana
Menteri.
Yang pastinya ole-ole untuk kakitangan kerajaan pasti ada samada ia merupakan bonus atau imbuhan-imbuhan yang lain.
Bagi rakyat sudah tentunya BRIM2 menjadi ole-ole yang dinantikan dalam bajet 2013. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini pernah berkata kerajaan akan membuat
keputusan tidak lama lagi sama ada pusingan kedua Bantuan Rakyat Satu
Malaysia (BR1M) akan dilaksanakan atau tidak.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan perlu melihat kepada kemampuan dan pengurusan kewangan negara.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan perlu melihat kepada kemampuan dan pengurusan kewangan negara.
"Saya akan melihat aliran tunai kerajaan tidak lama lagi untuk
memutuskan sama ada kita mampu untuk melakukan BR1M kedua dan pada masa
sama memastikan disiplin fiskal."
Najib juga berkata semua golongan rakyat akan menikmati "sesuatu" daripada Belanjawan 2013.
"Akan ada sesuatu untuk rakyat tetapi anda perlu tunggu pembentangan Belanjawan itu," katanya.
"Akan ada sesuatu untuk rakyat tetapi anda perlu tunggu pembentangan Belanjawan itu," katanya.
Memandangkan bajet ini adalah bajet terakhir sebelum PRU 13. Sudah tentunya Perdana Menteri akan cuba mencari seberapa banyak sokongan daripada rakyat melalui bajet yang akan dibentangkan. Semestinya banyak ole-ole yang akan dibahagi-bahagikan kepada rakyat. Sama-sama lah kita tunggu apakah yang akan diberi oleh Perdana Menteri kepada Kakitangan Kerajaan dan rakyat dalam bajet 2013.

1 comments:
kita sama2 tunggu esok petang.
Post a Comment