Pages

Sunday, 29 April 2012

BERSIH 1.0, BERSIH 2.0,BERSIH 3.0 DAN BERSIH SETERUSNYA

BERSIH 1.0, 2.0, 3.0, 4.0...........secebis pandangan
Semalam, hari ini dan mungkin sampai esok, mungkin sampai minggu depan dan mungkin bertahun cerita tentang BERSIH 3.0 akan diperkatakan lagi. Mungkin sehingga timbul isu baru la cerita tentang BERSIH 3.0 akan sepi atau sehingga BERSIH 4.O pula diadakan.Gambar Perhimpunan Bersih 3.0
Tapi di sini tak nak la saya ulas & tulis komen ke berkenaan BERSIH ni pasal dah banyak sangat yg tertulis di internet. Cuma saya nak buat sikit cadangan la berkenaan Perhimpunan BERSIH dan mungkin untuk lain-lain perhimpunan untuk tatapan serta pandangan bersama terutama bagi pihak-pihak yang berkaitan, ketepikan sedikit pasal politik....kerana setiap rakyat punya hak dalam sebuah negara yang demokrasi..

-Kenapa tidak Perhimpunan tu dibenarkan, dengan penuh kawalan (mungkin boleh mengurangkan bilangan polis yg akan digunakan). Pihak yang berkenaan, apa salahnya jika diberikan permit atau kebenaran sementara untuk berhimpun. Bukannya tempat tu tak pernah diadakan sebarang perhimpunan, konsert dan apa-apa majlis. Aturkan polis untuk mengawal di sepanjang perarakan untuk mengawal peserta dari merusuh ke, merosakkan hartabenda ke, mengawal lalulintas ke (boleh kurangkan kesesakan sikit). Laluan utk berarak pulak, berikan hanya satu laluan sahaja. Barulah keselamatan para peserta & orang ramai terjamin...contohnya perhimpunan 901 dulu (keputusan mahkamah Datuk Seri Anwar)

-Tetapkan tempat untuk berhimpun & tempat untuk bermulanya perarakan. Contohnya bermula di Stadium Merdeka & berhimpun di Dataran Merdeka (atau lain2 tempat yg sesuai). Namun, pastikan permit berhimpun & berarak ada & diberi oleh pihak berwajib (boleh dapat ke). Kalau nak kata menyebabkan kesesakan, kat KL ni memang selalu sangat la kesesakan berlaku, eksiden sikit jem, tutup jalan sikit jem. Boleh kata setiap kali ada program kat Dataran Merdeka bila jalan ditutup pasti berlaku kesesakan. Baik buat cara yang sikit sistematik, boleh la kut kurangkan sikit jem.

-Hadkan atau tetapkan bilangan peserta untuk menyertai perhimpunan contohnya 30000 orang ke, 50000 orang ke mengikut kesesuaian. Disamping itu kenakan deposit cagaran sebagai gantirugi jika berlaku kerosakan harta benda awam & kerosakan kepada orang awam. Contohnya kenakan deposit RM30,000 ke ataupun mengikut jumlah peserta. Kalau 50000 orang kenakan RM50,000 (ala baru singgit satu kepala, nak banyak buat la 2 hinggit ke , 3 hinggit ke..). Kalau ada kerosakan, tolak daripada duit deposit tu, kalau nak lagi tetapkan je, kalau bermasalah deposit hangus.. Dapat untung lagi ape..

-Tetapkan masa untuk program ni…katakan pukul 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Lepas pada waktu ni tak dibenarkan. Buat jugak pada lebihmasa….tangkap je..

Lagipun, semua ni dpt memberi keuntungan kepada banyak pihak, win win situation. Yang nak berhimpun dapat, peniaga dapat terus berniaga, untung lagi apa bila orang ramai masuk KL. Yang pergi berhimpun bawak keluarga, lepas habis boleh bawa anak bini berjalan & shopping…untung ape tu….

So, pada aku, semua boleh menjadi lebih baik jika difikirkan kewajarannya. Tambahan pulak, orang sekarang makin dihalang makin bersemangat jadinya..
Gambar Perhimpunan Bersih 3.0 2012
Perhimpunan Bersih
Gambar Bersih 3.0
Gambar Bersih Dataran Merdeka
Perhimpunan Bersih Malaysia
perhimpunan
Bersih 2012
Bersih Duduk Bantah
3.0
Gambar Bersih
Gmbar Bersih Kuala Lumpur
Perhimpunan Kuala Lumpur
Bersih POlis
Oleh itu …kepada pihak-pihak yang berkaitan, fikir-fikirkanlah sendiri…

Oleh: bputaih
Sumber : http://www.tranungkite.net
p/s: Olahan semula dari artikel lama kat sini....
BERSIH 2.0….kenapa tidak diwajarkan..?"

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...