Pages

Friday, 2 March 2012

METRO AHAD,HARIAN METRO DAN BERITA HARIAN

PEMBACANYA MENINGKAT
KUALA LUMPUR: Metro Ahad terus menguasai segmen akhbar mingguan Bahasa Malaysia apabila jumlah pembacanya meningkat melebihi 4 juta orang manakala Harian Metro yang kekal sebagai akhbar harian nombor satu negara turut mencatat peningkatan dengan 3.772 pembaca sehari.

Menurut laporan terkini agensi kaji selidik Nielsen Media Research, pembaca Metro Ahad meningkat 509,000 kepada 4.043 juta pembaca sehari bagi suku keempat 2011 berbanding 3.434 juta pembaca bagi tempoh sama.

Bagi Harian Metro pula, jumlah pembacanya meningkat kepada 3.722 juta pembaca bagi suku keempat 2011 berbanding 3.113 juta pembaca tahun sebelumnya.
Menurut laporan itu lagi, Metro Ahad turut kukuh menguasai segmen bandar apabila mencatatkan peningkatan 604,000 kepada 1.886 juta pembaca berbanding 1.282 juta tahun sebelumnya.

Harian Metro juga mencatatkan peningkatan di kawasan bandar apabila kini mempunyai 1.743 juta pembaca sehari berbanding 1.201 juta pada suku keempat 2010.

Akhbar Berita Harian mengatasi Utusan Malaysia dari segi jumlah pembaca dengan mencatatkan 1.035 juta pembaca berbanding Utusan Malaysia 699,000 pembaca bagi suku keempat 2011.
Akhbar Kosmo dan Sinar Harian masing-masing mencatatkan 1.170 juta dan 586,000 pembaca.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...