Pages

Saturday, 31 December 2011

AL QURAN

FAKTA NOMBOR
"Ajaib tetapi benar...lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran..didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasa lepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya...bilangan tentang perkara yang disebutkan didalam Al-Quran ialah:

DUNIA - disebut 115 kali
AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali
HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali
UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali
BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali
BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali
ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali
MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali
EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali
ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali
MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali
LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali
NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali
KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali
MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali
LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali
SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah swt...

~Artikel ini diterjemahkan oleh penulis daripada karya asal yang dipetik daripada "The series of the scientific miracles in Quraan," oleh Dr. Tariq AlSuwaidan..."
Sumber : www.tranungkite.net 
Oleh: peodmeon

Thursday, 29 December 2011

ISU PEROBOHAN SURAU DI KEDAH

ISU MADRASAH SALIHIAH - DEPA TANYA KERAJAAN NEGERI JAWAB

Latarbelakang:

PKNK dengan kerjasama sebuah syarikat swasta ingin memulih dan memajukan Kompeks Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun. Projek yang dinamakan Aman Central bukan sahaja memulihkan bangunan terbengkalai tetapi keseluruhan kawasan di sekitar itu. Pelaburan besar itu bakal memberi peluang ekonomi serta peluang pekerjaan kepada beribu rakyat negeri ini. Isu yang timbul ialah dalam kawasan yang mahu dibangunkan itu terdapat tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar dan di atas tanah itu ada bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah. Pemegang amanah harta wakaf itu adalah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Kerana harta wakaf itu terbabit dalam pelan pembangunan maka ia dicadang untuk dirobohkan sementara dan dibangunkan sebuah surau baru di tempat yang sama.

Dakwaan yang timbul dan penjelasannya:

1. Perobohan surau adalah tindakan zalim

Kerajaan negeri tidak lakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap tanah wakaf yang libatkan kepentingan Islam. Ia dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Sheikh Badaruddin Hj Ahmad. Majlis Fatwa bermuzakarah dan memutuskan bahawa surau tersebut boleh diroboh berdasarkan kaedah Istibdal iaitu berlaku pindah wakaf kepada manfaat yang lebih besar. Pampasan RM1.48 juta diberi kepada MAIK selaku pemegang amanah surau untuk mendapatkan wakaf yang baharu. Di lokasi yang dirobohkan akan dibina surau baru yang lebih luas boleh mengisi 400 jemaah dalam satu masa berbanding 200 jemaah dalam surau lama. Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baharu diberi lagi. Roboh satu dapat dua dan lebih manfaat!

2. Mufti Kedah dipaksa turut kehendak kerajaan negeri

Yang Berbahagia Dato' Mufti dan Majlis Fatwa Negeri Kedah berada di bawah KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini adalah Yang DiPertuan Agong, bukannya lantikan oleh Menteri Besar. Justeru tuduhan tersebut adalah fitnah dan tidak berasas. Mufti juga tidak membuat keputusan berseorangan, mereka bermuzakarah secara mendalam dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah yang terdiri dari Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Ain As-Syam, Mesir), Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman), Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan), Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan), Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan) Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan (M.Ed)), Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya - Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir - Sarjana Muda (BA) Syariah). Kehebatan ilmu mereka dalam membuat keputusan berkaitan kepentingan Islam tidak boleh dipertikaikan.

3. Surau baru berada dalam kompleks membeli belah, sukar dimasuki

Surau baru yang akan dibina berada di aras bawah kompleks dan boleh dimasuki dari luar pada bila-bila masa walaupun kompleks beli belah ditutup. Ia menampakkan syiar sebuah surau dari luar, ada kubah dan boleh melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat. Sedangkan Madrasah Salihiah yang ada sekarang hanya di buka waktu Zohor dan Asar. Pada waktu lain surau dikunci dari luar dan tidak dimakmurkan sepanjang lima waktu.

4. Surau bernilai 100 tahun, ada nilai sejarah mesti dipertahankan

Sebenarnya bangunan surau yang kononnya bernilai 100 tahun di atas tapak itu sudah diroboh tahun 2007 dan dibina sebuah bangunan yang baharu (yang ada kini). Sebahagian besar bangunan itu adalah ruang pejabat yang disewakan kepada sebuah syarikat insuran, hanya satu ruang digunakan untuk bersolat. Bangunan itu baru berusia 4 tahun dan pampasan yang diberikan dengan menilai keseluruhan tanah dan bangunan tersebut.

5. Seluruh bangunan Madrasah Salihiah yang berusia 4 tahun itu adalah surau atau Rumah Allah

Rumah Allah adalah gelaran untuk bangunan surau atau masjid yang menepati syarat. Antara syaratnya ialah tandas mesti terpisah dari bangunan utama musolla seperti mana hampir kesemua masjid yang terdapat di dunia ini. Madrasah Salihiah tidak boleh dipanggil Rumah Allah kerana tandas, pejabat perniagaan dan surau berada dalam satu bangunan. Hanya satu ruang diguna untuk surau macam surau yang terdapat di mana-mana bangunan lain juga.

6. Surau itu dimakmurkan oleh kira-kira 200 jamaah pada setiap waktu solat

Tidak benar. Hanya ada beberapa buah rumah orang Islam berhampiran surau itu kerana ramai yang sudah berpindah. Orang Islam yang masih tinggal, lebih selesa berjemaah di Masjid Zahir. Solat berjemaah di surau itu biasanya hanya waktu Zohor dan Asar, dihadiri beberapa orang yang bekerja di situ. Waktu Maghrib, Isya dan Subuh, pagar pun berkunci. Jika benar surau itu mempunyai 200 anak khariah, mengapa tiada seorang pun yang datang bersolat Subuh di surau? Ramai yang berdemonstrasi membantah bangunan itu dirobohkan tempohari mengaku ahli khariah tetapi sebenarnya mereka adalah penduduk Taman Wira Mergong, bukannya ahli khariah di situ. Bangunan itu lebih berfungsi sebagai pejabat syarikat insuran dari sebuah madrasah atau surau.

7. Sepatutnya ganti wakaf (RM1.48 juta) dibuat di sekitar lokasi tersebut juga

Cadangan itu mungkin baik tetapi persoalannya bagaimana hendak memenuhkan surau ganti wakaf yang dicadangkan itu sedangkan kawasan tersebut bukan perkampungan yang ramai orang Islam. Bukankah lebih baik memikirkan untuk memenuhkan surau baru di kompleks perniagaan yang dibina itu. Dan lebih baik juga RM1.48 juga diguna untuk membina surau di mana-mana kawasan ramai penduduk. Bukan setakat untuk solat tetapi juga untuk pelbagai kegiatan umat Islam yang lain. Pahala yang mengalir kepada pihak yang mewakaf tentulah lebih besar.

8. Di sekitar itu juga terdapat gereja, mengapa gereja tidak dirobohkan sekali

Gereja tidak termasuk dalam lokasi strategik yang mahu dimajukan. Andainya gereja sengaja mahu dimasukkan, maka ganti gereja juga terpaksa dibuat di kompleks membeli belah itu. Adakah umat Islam negeri ini bersedia melihat sebuah gereja di kompleks membeli belah?

9. Pemaju Aman Central adalah orang kafir, mengapa beri peluang orang kafir majukan ekonomi mereka?

Aman Central adalah usahasama antara PKNK dan pemaju tersebut. PKNK adalah milik kerajaan negeri justeru tidak semuanya kafir. Ia akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan rakyat Kedah (peluang pekerjaan) yang majoritinya terdiri dari orang Islam. Realiti dunia hari ini, akibat kelemahan orang Islam, tidak ada satu aspek yang umat Islam dapat membangunkan iktisad sendiri tanpa orang bukan Islam. Kita tidak boleh bersikap ‘biar orang Islam mundur asal bukan Islam jangan kaya.’ Jika begitu, orang Islam tidak boleh pergi menunaikan haji untuk elak orang kafir yang buat kapal terbang dapat untung.

10. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, Rumah Allah (masjid atau surau) diroboh untuk sebuah shopping complex

Tidak benar. Masjid Alor Malai pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari yang juga dibangunkan kompleks perniagaan di situ (antaranya Pasaraya Giant). Sebuah masjid baru dibina, bukan di atas tapak masjid lama tetapi dilokasi lain menggunakan kaedah Istibdal, sama seperti kaedah yang digunakan terhadap tanah wakaf Madrasah Salihiah. Ia tidak menjadi isu kerana pihak pembangkang pada masa itu (PAS) tahu hukum hakam, menghormati institusi ulamak dan tidak membantah membuta tuli. Sekarang isu Salihiah menjadi ‘panas’ kerana pihak pembangkang kini merasa ‘terlebih pandai’ dari para ulamak yang ada dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah. 
Sumber : www.kedahlanie.info

EMAS

PELABURAN TERBAIK

Kami cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada didalam pelaburan dan simpanan emas. Secara jujurnya apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas?
Ada pelanggan dari Putrajaya yang membeli sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada pelanggan di Bangi membeli emas kerana tertarik dengan design dan kilauannya, ada yang membeli untuk bagi kepada anak2 dan isteri..tp umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan  untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.
Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam….
Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja,  hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.
Kata nenek saya, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)
Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.
Kata pakar ekonomi pula, “setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu
Jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. Lain orang lain caranya, begitu juga lain kepala lain pemikirannya.. maka antara 30 kelebihan melabur didalam emas adalah:
a) Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur.
b) Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.
c) Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa.
d) Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut Islam.
e) Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.
f) Aset simpanan dalam apa jua keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.
g) Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi
“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)
h) Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.
i) Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga.
j) Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
k) Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.
l) Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
m) Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
n) Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
o) Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.
p) Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.
q) Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.
r) Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.
s) Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang di dalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.
t) Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
u) Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.
v) Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.
w) Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
x) Hutang Amerika Syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession di seluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.
y) Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
z) Backup dalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
aa) Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.
bb) Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka.
cc) Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.
dd) Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.
ee) HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi. maka kahwinlah cepat… icon smile 30 kelebihan melabur dan menyimpan emas
sumber petikan: harga emas

Thursday, 22 December 2011

I LOVE YOU

AKU CINTA PADAMU - SAYA SAYANG AWAK

  1. Afrikaans – Ek het jou liefo
  2. Albanian – Te dua
  3. Arabic (to male) – Ana behibak
  4. Arabic (to female) – Ana behibek
  5. Armenian – Yes kez sirumem
  6. Bambara – M’bi fe
  7. Bengali – Ami tomake bhalobashi
  8. Belarusian – Ya tabe kahayu
  9. Bisaya – Nahigugma ako kanimo
  10. Bulgarian – Obicham te
  11. Cambodian – Soro lahn nhee ah
  12. Catalan – T’estimo
  13. Cherokee – Tsi ge yu i
  14. Cheyenne – Ne mohotatse
  15. Chichewa – Ndimakukonda
  16. Chinese (Cantonese) – Ngo oiy ney a
  17. Chinese (Mandarin) – Wo ai ni
  18. Comanche – U kamakutu nu
  19. Cree – Kisakihitin
  20. Creol – Mi aime jou
  21. Croatian – Volim te
  22. Czech – Miluji te
  23. Danish – Jeg Elsker Dig
  24. Dutch – Ik hou van jou
  25. Elvish – Amin mela lle
  26. English – I love you
  27. Esperanto – Mi amas vin
  28. Estonian – Ma armastan sind
  29. Ethiopian – Afgreki’
  30. Faroese – Eg elski teg
  31. Farsi – Doset daram
  32. Filipino – Mahal kita
  33. Finnish – Mina rakastan sinua
  34. French – Je t’aime, Je t’adore
  35. Frisian – Ik hald fan dy
  36. Gaelic – Ta gra agam ort
  37. Georgian – Mikvarhar
  38. German – Ich liebe dich
  39. Greek – S’agapo
  40. Gujarati – Hoo thunay prem karoo choo
  41. Hiligaynon – Palangga ko ikaw
  42. Hawaiian – Aloha Au Ia`oe
  43. Hebrew (to female) – “ani ohev otach” (said by male) “ohevet Otach” (said by female)
  44. Hebrew (to male) – “ani ohev otcha” (said by male) “Ohevet ot’cha” (said by female)
  45. Hiligaynon – Guina higugma ko ikaw
  46. Hindi – Hum Tumhe Pyar Karte hae
  47. Hmong – Kuv hlub koj
  48. Hopi – Nu’ umi unangwa’ta
  49. Hungarian – Szeretlek
  50. Icelandic – Eg elska tig
  51. Ilonggo – Palangga ko ikaw
  52. Indonesian – Saya cinta padamu
  53. Inuit – Negligevapse
  54. Irish – Taim i’ ngra leat
  55. Italian – Ti amo
  56. Japanese – Aishiteru or Anata ga daisuki desu
  57. Kannada – Naanu ninna preetisuttene
  58. Kapampangan – Kaluguran daka
  59. Kiswahili – Nakupenda
  60. Konkani – Tu magel moga cho
  61. Korean – Sarang Heyo or Nanun tangshinul sarang hamnida
  62. Latin – Te amo
  63. Latvian – Es tevi miilu
  64. Lebanese – Bahibak
  65. Lithuanian – Tave myliu
  66. Luxembourgeois – Ech hun dech gaer
  67. Macedonian – Te Sakam
  68. Malay – Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
  69. Malayalam – Njan Ninne Premikunnu
  70. Maltese – Inhobbok
  71. Marathi – Me tula prem karto
  72. Mohawk – Kanbhik
  73. Moroccan – Ana moajaba bik
  74. Nahuatl – Ni mits neki
  75. Navaho – Ayor anosh’ni
  76. Ndebele – Niyakutanda
  77. Norwegian (Bokmaal) – Jeg elsker deg
  78. Norwegian (Nyonrsk) – Eg elskar deg
  79. Pandacan – Syota na kita!!
  80. Pangasinan – Inaru Taka
  81. Papiamento – Mi ta stimabo
  82. Persian – Doo-set daaram
  83. Pig Latin – Iay ovlay ouyay
  84. Polish – Kocham Cię
  85. Portuguese – Eu te amo
  86. Romanian – Te iubesc
  87. Russian – Ya tebya liubliu
  88. Scot Gaelic – Tha gra\dh agam ort
  89. Serbian – Volim te
  90. Setswana – Ke a go rata
  91. Sign Language – ,\,,/ (represents position of fingers when signing ‘I Love You’)
  92. Sindhi – Maa tokhe pyar kendo ahyan
  93. Sioux – Techihhila
  94. Slovak – Lu`bim ta
  95. Slovenian – Ljubim te
  96. Spanish – Te quiero / Te amo
  97. Swahili – Ninapenda wewe
  98. Swedish – Jag alskar dig
  99. Swiss-German – Ich lieb Di
  100. Surinam – Mi lobi joe
  101. Tagalog – Mahal kita
  102. Taiwanese – Wa ga ei li
  103. Tahitian – Ua Here Vau Ia Oe
  104. Tamil – Nan unnai kathalikaraen
  105. Telugu – Nenu ninnu premistunnanu
  106. Thai (to female) – Phom rak khun
  107. Thai (to male)  - Chan rak khun
  108. Thai Informal – Rak te
  109. Tunisian – Ha eh bak
  110. Turkish – Seni Seviyorum
  111. Ukrainian – Ya tebe kahayu
  112. Urdu – mai aap say pyaar karta hoo
  113. Vietnamese (to female) – Anh ye^u em
  114. Vietnamese (to male) – Em ye^u anh
  115. Welsh – ‘Rwy’n dy garu di
  116. Yiddish – Ikh hob dikh
  117. Yoruba – Mo ni fe
  118. Zazi – Ezhele hezdege
  119. Zuni – Tom ho’ ichema

Tuesday, 20 December 2011

GERHANA BULAN DAN MATAHARI

HIKMAHNYA
Gerhana matahari dan gerhana bulan merupakan fenomena alam yang diciptakan oleh Allah swt untuk memperlihatkan tanda–tanda kebesaranNya. Berlakunya gerhana matahari disebabkan posisi bulan yang berada di antara matahari dan bumi sehingga menghalang cahaya matahari sampai ke bumi. Manakala gerhana bulan terjadi apabila keadaan bumi berada di antara matahari dan bulan yang menyebabkan bulan tidak memantulkan cahaya matahari ke bumi.

Pada zaman Nabi saw telah terjadi satu kali kejadian gerhana matahari. Menurut ulama, gerhana ini terjadi pada 29 Rabi’ul Awal tahun 10 Hijriah, iaitu pada akhir bulan Hijriah sedangkan gerhana bulan pula berlaku pada pertengahan bulan Hijriah, bertepatan dengan meninggalnya putera beliau yang tercinta iaitu Ibrahim.
Gerhana Bulan
Kejadian gerhana bukan disebabkan oleh kematian atau kelahiran seseorang sebagaimana teguran Rasulullah SAW terhadap para sahabat yang membuat pelbagai andaian tentang kejadian gerhana matahari yang berlaku berkebetulan dengan hari kewafatan anakandanya Ibrahim

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :

Dari Abu Mas’ud radhiyallahu anhu berkata: Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kebesaran Allah, di mana Allah menakuti hamba-Nya. Tidak terjadi gerhana kerana kematian seseorang manusia, akan tetapi keduanya merupakan dua tanda kebesaran Allah, apabila kamu menyaksikannya, maka laksanakan solat dan berdoalah kepada Allah sehingga dikembalikan kembali oleh Allah” 
(HR Bukhari dan Muslim, nas ini lafaz Muslim 4/463 hadits nomor 1516)

Apabila berlaku kejadian gerhana, baginda akan berdoa sehingga mengalirkan air mata kerana bimbang Allah SWT akan mengazab umatnya di sebabkan dosa dan maksiat yang mereka lakukan. 

Ini menunjukkan betapa perlunya kita sebagai umat yang dikasihinya agar memohon keampunan daripada Allah SWT, bertaubat dari segala kesalahan yang telah kita lakukan. 

Bertaubat dalam Islam bukan hanya menyebutnya di lidah tanpa pembuktian melalui amal dan perbuatan. Taubat hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Segala kesalahan yang dilakukan hendaklah dikesali dengan sepenuh-penuh kesal dan berazam tidak mahu mengulanginya semula. Jika seseorang itu ada melakukan kesalahan dengan manusia maka hendaklah memohon maaf kepada orang yang dilakukan kesalahan itu bersungguh-sungguh. 

Di samping bertaubat, dianjurkan juga supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara kebajikan iaitu berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir dan bersedekah di jalan Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW, 

“Maka jikalau kamu melihatnya berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”. 
(Hadis riwayat Bukhari)

Namun ramai yang menilai gerhana menggunakan mata bukannya hati, di mana manusia menilai kejadian yang berlaku hanya dengan kaca mata semata-mata tanpa menoleh ke sisi syar’i. Mereka melihatnya dengan pandangan sekadar fenomena alam, tanpa melihat siapa yang menakdirkannya dan apa tujuannya.

Hati yang bersih dapat melihat jauh lebih dari pandangan mata

Ada juga yang percaya dengan cerita-cerita tahyul seperti serigala kejadian, hantu dan bermacam-macam lagi apabila gerhana berlaku. Dan lebih malang lagi anak kecil pun di ajar begitu.

Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhi sebarang kepercayaan tahyul dan khurafat dari sebarang fenomena alam ciptaan Allah SWT. Mempercayai kepercayaan karut dan khurafat boleh membawa ke lembah syirik kepada-Nya.

Sunday, 18 December 2011

LELAKI MELAYU KAHWIN SEJENIS

MELAYU MUDAH LUPA
Baru-baru ini seorang bapa meminta pertolongan pihak Utusan Malaysia untuk mengesan anaknya, Ariff Alfian Rosli yang gagal dihubungi sejak tiga tahun lalu.
Anaknya itu adalah pelajar perubatan di Dublin, Ireland.
Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.
Prihatin dengan keadaan itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berjanji akan terbang ke United Kingdom (UK) pada 23 Disember ini bagi bertemu dengan Kelab UMNO Luar Negara UK dan Ireland dalam usaha mengesan Ariff Alfian.
Muhd. Khairun berkata, buat masa ini, pihaknya masih mengumpul beberapa maklumat mengenai Ariff Alfian supaya usaha menjejaki pelajar terbabit dapat dilakukan.
Namun akhirnya disahkan Ariff Alfian berada dalam keadaan selamat di sana.
Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam berkata, pihaknya maklum tentang kehadiran Ariff Alfian di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian lagi.
Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.
Tetapi yang lebih mengejutkan, pelajar tersebut dikatakan telah berkahwin dengan SEORANG LELAKI bernama Jonathan di sana
Beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.
Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, dia memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.
Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis ‘perkahwinan’ itu berlangsung.
Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar ‘suami-isteri’.
Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.
Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.
Menurut keterangan yang dipaparkan bersama kepingan gambar yang dipercayai dimuatkan pada 20 September itu, pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek penggambaran majlis perkahwinan golongan homoseksual dikendalikan laman web berkenaan.
Astagfirullahazim, penulis tak tahu apa nak diperkatakan lagi.
Dalam hal ini, yang paling tertekan sudah tentu keluarga Ariff Alfian.
Lelaki itu sudah tentu enak dipeluk ‘suaminya’ tetapi keluarganya terutama ibu dan bapa sudah tentu berendam airmata.
Apa tidaknya, anak yang dibela, diberi didikan agama dan didikan dunia hingga berjaya menjejakkan kaki ke kolej perubatan boleh menconteng arang di muka mereka.
Itu belum dikira hutang yang terpaksa ditanggung disebabkan si anak tidak berjaya menghabiskan pelajaran.
Dalam hal ini, penulis meminta janganlah disalahkan ibu bapanya 100 peratus…tidak ada ibu bapa di dunia ini yang mahu anak mereka jadi begitu.
Bak kata pepatah…bukan salah ibu mengandung.
Mungkin ada kelemahan dalam proses mereka membesarkan Ariff Alfian tetapi sebagai seorang yang terpelajar, dia sudah tentu tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
Penulis tidak tahu apa nak buat kalau berada di tempat ibu dan bapa lelaki berkenaan, ini kerana apa yang berlaku cukup keji dan memalukan bukan saja pada agama kita, tetapi juga pada bangsa dan negara.
Inilah padahnya kalau terlalu berfikiran liberal, semuanya hendak dihalalkan demi kebebasan dan atas nama hak asasi manusia.
Penulis pernah membaca kenyataan peguam Zainul Rijal Abu Bakar.
Katanya, hak asasi tersebut sebenarnya tidak boleh bercanggah dengan prinsip utama dalam Perlembagaan.
Hak asasi ini dilihat seolah-olah menghalalkan apa jua amalan mengikut naluri nafsu golongan tertentu.
Mungkin hari ini mereka mahukan hak bagi golongan yang mengamalkan seks sejenis.
Kemudian hari kelak berkemungkinan ada yang memperjuangkan atas nama hak asasi seseorang itu bebas melakukan seks dengan anak kandung sendiri ataupun dengan haiwan.
Ini disebabkan hak tersebut perlu dihormati dan tidak ada orang yang boleh menghalangnya.
Pendekatan sebegini adalah amat terpesong dengan prinsip utama Perlembagaan Persekutuan itu sendiri selain bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Namun golongan ini tidak harus dizalimi tetapi didekati supaya mereka diberi peluang untuk balik ke pangkal jalan.
Mendekati golongan ini bukanlah dengan memperjuangkan agar mereka dapat terus mengamalkan amalan hina tersebut tetapi supaya mereka meninggalkannya, Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Thursday, 15 December 2011

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAN - SBPA

CUEPACS BANTAH
KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan  gaji.
“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.
Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.  TMI
Oleh G Manimaran

Wednesday, 14 December 2011

PERPADUAN

TANGGUNGJAWAB SEMUA ORANG ISLAM
Assalamualaikum, Perpaduan yang dihangatkan hari ini berkisar kepada perpaduan melayu yang kononnya melibatkan PAS dan UMNO sahaja. Agak malang polimik perpaduan PAS  UMNO sudah menyimpang dari matlamat asal perpaduan seperti mana yang dianjur agama.
Perpaduan dituntut agama tetapi bukan bermakna penggabungan PAS dan UMNO tetapi perpaduan dari kesatuan akidah dan pengamalan syariat yang menyeluruh. Itu makna perpaduan yang dianjur agama.

Ini bermakna apabila Dr.Hassan Ali menyatakan komintment beliau terhadap perpaduan, ianya bermaksud seperti di atas, bukan  menggabungkan PAS dan UMNO. Maka dengan ini sudut pandangan negatif terhadap DHA seperti yang tersiar di TKO adalah sudut pandangan sekular dan nafsu yang langsung tiada nilai ilmiah serta penulisnya menutup terus mata hati kepada keterangan bahawa perpaduan melayu perlukan mekanisma yang Islamik. DHA ada menyebut beliau mengagungkan Islam sebelum menyatakan sikapnya terhadap perpaduan melayu, ini bermakna DHA adalah seorang yang tegas kepada carahidup Islam dan beliau hanya menerima perpaduan menerusi "CARAHIDUP ISLAM" bukan perpaduan yang difahami penulis tersebut yang hanya memokuskan kepada perpaduan politik semata mata. Inilah tipikal orang orang yang terdidik oleh orentalis dan mengikut rentak muzik luncai UMNO. Kerana sebenarnya perpaduan adalah tugas semua orang ISLAM, bukan tugas orang PAS atau UMNO atau PKR atau mana mana NGO/jemaah. 

Untuk menjadi seorang Islam yang patut taat maka terlebih dahulu seseorang Islam itu perlu mengaku dan menerima dengan hati yang ikhlas KESEMUA perintah agama tanpa perlu meninggal atau mengubahsuai satu daripada perintahnya.Inilah perkara penting hari ini  yang sering cuba dipesongkan oleh UMNO dan diikuti oleh sebahagian penentangnya sehingga kelihatan isu perpaduan hanyalah isu politik semata mata.Ini yang berlaku kepada UG, ini juga yang berlaku kepada DHA akibat tidak faham maksud perpaduan sebenar.

Hanya dengan akidah yang satu dan penerima syariat  kesemuanya perpaduan boleh dicapai.Inilah yang dimaksudkan oleh DHA dan inilah juga yang telah dibuktikan oleh beliau sejak menyertai PAS.DHA merupakan salah seorang generasi forum perdana ehwal Islam yang  menjadi "ice-breaker", telah berjaya menyatu padukan orang Islam di Malaysia tetapi penyatuan yang telah dilakukan ini pada zahirnya kelihatan kedatangan beramai ramai umat Islam kepada PAS dan sudah tentu fenomena ini dimanupulasikan oleh UMNO sebagai perpecahan tetapi hakikat perpecahan yang berlaku hanya perpecahan politik sahaja sekiranya UMNO menerima kesemua syariat ALLAH.

Suasana ini sepatutnya difahami oleh orang orang yang "BERAKAL" dalam meneliti isu yang berlaku di Selangor yang sememangnya tidak dapat dielak kerana sistem nilai kehidupan negara hari ini membenarkannya berlaku.Maka akan Berlakulah konflik yang tidak dapat dielakkan,konflik antara hak beragama dan tuntutan menjaga akidah orang Islam.Oleh itu apa yang dilakukan oleh DHA adalah sesuatu yang diyakini beliau sebagai wajar tetapi bukanlah sesutau yang betul mengikut sistem yang ada sekarang.Wajar mempertahankan akidah tetapi tidak betul kerana tidak mampu untuk membawa negara kepada perlaksanaan hukum ISLAM sepenuhnya.Dalam masa yang sama orang orang yang tidak sependapat dengan beliau juga tidak salah atas alasan yang sama.Jadi tidak timbul soal tidak bersatu kerana perbezaan pendapat ini hanyalah persoalan kaedah sahaja  sambil matlamat perjuangan masih sama iaitu memartabatkan Islam sebagai carahidup.

Dari itu, UMNOPENYANGAK ingin mengajak para ikhwan supaya mengelakkan kerja kerja luncai UMNO yang mahu menghangatkan isu perpaduan tanpa mekanisma yang betul ini dan segera memahami bahawa perpaduan yang diterima ALLAH adalah menjadi tugas setiap orang ISLAM, bukan sahaja tugas orang PAS, tetapi tetap menjadi tugas orang Islam yang bersama PKR, bersama DAP kalau ada, bersama jemaah atau NGO lain seperti JIM,ISMA,ABIM,TABLIGH malah sepatutnya menjadi tugas orang ISLAM yang bersama UMNO juga.

Untuk menegakkan perpaduan maka secara praktikalnya di negara kita sekarang ini HUDUD perlu dijadikan fokus perjuangan oleh semua umat ISLAM dari semua keturunaan dan dari semua jemaah.Untuk memperjuangkan HUDUD maka perlu juga memenangi pilihanraya kerana itulah pilihan sistem yang ada demi mengelakkan pertumpahan darah seperti yang berlaku di negara Arab.Untuk menang piliharaya maka orang Islam tiada pilihan selain menyokong PAS kerana itulah sahaja pilihan jemaah yang ada peluang untuk menang pilihanraya.Dari itu Orang Islam dari jemaah jemaah lain termasuk juga yang ada dalam UMNO sekarang ini dan dalam DAP kalau ada mesti menyokong PAS.Itu pasti!
 
Sumber :  tranungkite.net
Oleh: umnopenyangak

Tuesday, 13 December 2011

KUALA LUMPUR

BANJIR KILAT
Keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh hari ini berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat.


Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran.


Sebelum ini, kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971.

Sementara itu, Bernama melaporkan kira-kira 30 kanak-kanak terkandas di sebuah tadika di Jalan Semarak berhampiran pusat latihan TM akibat banjir kilat.


Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, dua bot dikerahkan bagi membawa keluar kanak-kanak berkenaan secara berperingkat.


"Sekarang ini kami dalam proses menyelamatkan mereka ke tempat yang lebih selamat sedikit demi sedikit," katanya dipetik agensi berita nasional itu.

kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 08kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 07kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 06
kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 03

Saturday, 10 December 2011

ORANG ISLAM DI MALAYSIA

BENARKAH STATISTIK INI?
Statistik berkenaan umat islam di Malaysia untuk renungan kita bersama:

1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya

2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan

4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya

5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan

6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama

7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji

8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt

9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang
10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri

11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwlikan imam

12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda

13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak

14. 50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur

15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak

16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu

17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari

18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang

19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit

20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan

21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH

Saya paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri saya sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk"

Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri,

Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?

Wallahua'alam kedahlanie.info

Thursday, 8 December 2011

PEKELILING SBPA 2012

BAGI KAKITANGAN AWAM MALAYSIA
Pekeliling SBPA telah dikeluarkan secara rasmi di laman khas JPA bagi Saraan Baru perkhdimatan Awam (Skim SBPA ini). Walaubagaimanapun, lampiran C yang melibatkan tangga gaji baru 2012 SBPA masih belum ada lagi. Dasar Pemisah (Exit Policy) ; 67. Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah.
Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.

Link JPA:

SBPA UMUM : KLIK
SBPA GURU : KLIK
SBPA PDRM : KLIK

Jadual Pemindahan Gaji

PnP
Pelaksana Diploma
Pelaksana STPM
Pelaksana SPM
Pelaksana PMR
Skim Perkhidmatan Bersepadu
Skim bawah SPRM
Skim Bawah Maritim

Fail yang boleh di muat turun adalah seperti berikut:


Fail 1: Dasar Baru Perkhidmatan dan Opsyen SBPA
Fail 2: Persaraan dan Faedah Persaraan
Fail 3: Perlaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam
Fail 4: Struktur Perkhidmatan

Antara Kandungan Pekeliling SBPA 2012 ini yang dianggap penting & menarik perhatian kami ialah :
STRUKTUR GAJI

Gaji Single Point

27. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawah Kumpulan Premier. Gaji Minimum – Maksimum
28. Gaji Minimum – Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
Gaji Sebaris

29. Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.

30. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
30.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji.
30.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan.
30.3 kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT lebih baik berbanding gred lebih rendah.
31. JGS untuk skim perkhidmatan tetap adalah seperti di Lampiran C1 manakala JGS untuk skim perkhidmatan jumud di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran C2.    

Prinsip Pemindahan Gaji


32. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.
Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji

33. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
34. Bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, pegawai diberikan kuantum satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
35. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.

36. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 33, 34, dan 35 adalah seperti di Lampiran C3.
37. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.
38. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG pegawai kecuali dalam keadaan berikut:
38.1 pegawai yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.
38.2 pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS. TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru.
39. Jadual pemindahan JGM kepada JGS dan penetapan TPG adalah seperti berikut:
39.1 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Tetap. Lampiran C4
39.2 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C5
39.3 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C6
39.4 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C7
39.5 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C8
Pergerakan Gaji Tahunan

40. Di bawah SBPA hanya satu (1) jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaitu Pergerakan Gaji Biasa. Pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan tidak layak menerima pergerakan gaji. Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2012 hendaklah diberi mengikut TPG yang telah ditetapkan seperti di perenggan 37, 38 dan 39.

Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang

41. Mulai pelaksanaan SBPA, tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untuk kes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman, pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Bagi kes-kes tersebut, penetapan/ tawaran gaji adalah tertakluk kepada gaji maksimum JGS di gred yang ditawarkan.
42. Bagi tujuan tawaran opsyen SBPA kepada pegawai yang berada di jadual gaji SSM secara KUP, pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan seperti mana pegawai yang berada di matagaji maksimum di bawah SSM mengikut prinsip-prinsip seperti di perenggan 34 dan 38.1.
43. Ketua Jabatan hendaklah memohon Jadual Pemindahan Gaji daripada JPA (Bahagian Saraan) bagi keadaan berikut:
43.1 pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan dalam Jadual Pemindahan Gaji di Lampiran C4 hingga Lampiran C8.
43.2 pegawai yang berada dalam keadaan di perenggan 42 di atas.
43.3 pegawai yang gajinya di bawah Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (Laporan JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru (SSB) yang menerima tawaran opsyen SBPA.

Pegawai Lantikan Sementara dan Kontrak (Contract of Service)


44. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya kekal di bawah SBPA akan diselaraskan gajinya mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA.
45. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya dijumudkan melalui penggabungan/ naik taraf/ penarafan semula/ pemansuhan fungsi di bawah SBPA, pelantikan semula perlu dibuat dengan Ketua Jabatan mengemukakan terus kepada Pihak Berkuasa Melantik mengikut baki tempoh perkhidmatan sedia ada. Penetapan gaji pegawai yang memenuhi syarat skim perkhidmatan baru ditentukan mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA. Bagi pegawai yang dilantik ke skim perkhidmatan baru yang syarat kelayakan masuknya ditingkatkan dan pegawai tidak mempunyai kelayakan yang ditetapkan, pemindahan gaji pegawai adalah mengikut kaedah penetapan gaji pegawai yang belum memenuhi syarat.
46. Kaedah ini tidak terpakai bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service) yang jawatannya dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier.
Setakat ini antara tangga gaji SBPA 2012 yang berjaya diperolehi antara ialah :

Tangga Gaji Baru Guru

tangag gaji guru DG32
tangga gaji guru DG34
tangga gaji guru DG 44
tangga gaji guru DG 48
tangag gaji guru DG52
tangga gaji guru DG54


Tangga Gaji Bagi Skim J (Kejuruteraan):-

SSM J17 = SBPA J4-1 Gaji RM980-RM2805 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95) => SPM
SSM J22 = SBPA J4-3 Gaji RM1935-RM3545 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115 ==> SPM
SSM J26 = SBPA J4-5 Gaji RM2290-RM4040 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM125) ==> SPM
SSM J17 = SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150) ==> => Untuk sijil politeknik bertaraf STPM

SSM J29 = SBPA J2-1 Gaji RM1565-RM4340 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150)
SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 180)
SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 195)
Tangga Gaji Bagi Skim N (Pentadbiran & Sokongan)

Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)
Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)
Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115
Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145)

Kakitangan awam hanya diberikan tempoh selama 15 hari mulai 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011 bagi memilih samada SBPA atau kekal dalam sistem lama SSM.

Setakat ini kaedah perlaksanaan telah dikeluarkan secara rasmi. Tangga gaji SBPA masih belum dikeluarkan lagi buat masa ini…Ramai yang inginkan lampiran C, tetapi masih dimuat naik lagi. Sebenarnya inilah yang menjadi tanda tanya sebahagian besar kakitangan awam. Tangga gaji biasanya akan diedarkan oleh Jabatan masing-masing.
Sumber : addin77.blogspot.com

Monday, 5 December 2011

ALAM SEMESTA

BERBENTUK TROMPET?
"Sebelum datangnya kiamat, apa yang di lakukan sekarang oleh malaikat Israfil?. Mungkin ada yang terfikir malaikat Israfil itu seperti seorang seniman yang asyik menggilap trompet kecilnya sebelum tampil di atas pentas. Sebenarnya macam mana rupanya terompet itu atau yang juga dikenali sebagai sangkakala malaikat Israfil itu?


Sekitar enam tahun yang lalu, sekumpulan saintis yang dipimpin olehProf. Frank Steiner dari Universiti Ulm, Jerman melakukan pemerhatian terhadap alam semesta untuk mencari bentuk sebenar alam semesta ini. Ramalan umum selama ini mengatakan bahawa alam semesta berbentuk bulat dan ada juga yang mengatakan bentuknya rata dan mendatar sahaja.
Wilkinson Microwave anisotropy Prob (WMAP)

Hasil yang lebih terperinci apabila menggunakan WMAP
Menggunakan sebuah peralatan canggih milik NASA yang bernamaWilkinson Microwave anisotropy Prob (WMAP), mereka menemui hasil kajian yang sangat memeranjatkan kerana menurut hasil kajian tersebut alam semesta ini adalah berbentuk seperti trompet. Di mana pada bahagian hujung belakang trompet (alam semesta) merupakan alam semesta yang tidak boleh diamati (unobservable). Sedangkan bahagian depan, di mana bumi dan seluruh sistem suria berada merupakan alam semesta yang masih boleh diamati (observable). Lihat gambar bentuk alam semesta dibawah ini:


Bentuk Alam Semesta

Di dalam kitab Tanbihul Ghofilin Jilid 1 hal. 60 ada sebuah hadis panjang yang menceritakan tentang kejadian kiamat yang pada bahagian awalnya sangat menarik untuk difahami dan diteliti.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: 


"Ketika Allah telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah menjadikan sangkakala dan diserahkan kepada malaikat Israfil, kemudian ia letakkan dimulutnya sambil melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintah. Saya bertanya, "Ya Rasulullah apakah sangkakala?" Jawab Rasulullah, "Bagaikan tanduk dari cahaya." Saya tanya, "Bagaimana besarnya?" Jawab Rasulullah, "Sangat besar bulatannya, demi Allah yang mengutusku sebagai Nabi, besar bulatannya itu seluas langit dan bumi, dan akan ditiup hingga tiga kali. Pertama Nafkhatul faza '(untuk menakutkan). Kedua Nafkhatus sa'aq (untuk mematikan). Ketiga Nafkhatul ba'ats (untuk menghidupkan kembali atau membangkitkan)."

Dalam hadis di atas disebutkan bahawa sangkakala atau trompet malaikat Israfil itu bentuknya seperti tanduk dan diperbuat dari cahaya. Saiz bulatannya seluas langit dan bumi. Bentuk laksana tanduk mengingatkan kita pada trompet orang-orang zaman dahulu yang diperbuat dari tanduk. 

Trompet yang diperbuat dari tanduk
Kalimat seluas langit dan bumi dapat difahami sebagai ukuran yang meliputi dan merangkumi seluruh kawasan langit (sebagai lambang alam tak nyata dan ghaib) dan bumi (sebagai lambang alam nyata dan syahadah). Atau dengan kata lain, bulatan trompet malaikat Israfil itu melingkar membentang dari alam nyata hingga alam ghoib. 
Jika keshahihan hadis di atas boleh dibuktikan dan data yang diperolehi melalui WMAP tepat, ini bermakna kita ini ibarat rama-rama yang hidup di tengah-tengah kawasan gunung berapi yang aktif, yang boleh meletus bila-bila masa sahaja. 
Dan Allah telah mengkhabarkan kedahsyatan trompet malaikat Israfil itu dalam surah An-Naml ayat 87. 

"Dan pada hari ketika trompet ditiup, maka terkejutlah semua yang ada di langit dan semua yang di bumi, kecuali mereka yang di kehendaki Allah. Dan mereka semua datang menghadapNya dengan merendahkan diri." 
(An-Naml ayat 87)
Pada saat bergoncangnya bumi, manusia bagaikan orang mabuk sehingga ibu yang mengandung gugur kandungannya, yang menyusui lupa pada bayinya, anak-anak jadi beruban dan syaitan-syaitan berlarian. " 
Ada sebuah soalan yang berlegar-legar dikepala, jika terompetnya sebesar itu, bagaimana dengan si peniupnya. Dan lebih dasyat lagi, bagaimana dengan Sang Penciptanya? Wallahua'lam. 

Sumber : tranungkite online

Saturday, 3 December 2011

TOKOH JURURAWAT ISLAM

RUFAIDAH BINTI SA'AD
 Kenapa tarikh 12hb Mei setiap tahun disambut sebagai Hari Jururawat Sedunia? 
Florence Nightingale – 1820-1910 M (Tokoh Jururawat British)
Dunia barat berjaya mendapatkan tarikh ini sebagai tarikh penting bagi pengamal kerjaya kejururawatan bersempena dengan tarikh lahir Florance Nightingale.

Florance Nightingale telah diwarwarkan sebagai tokoh jururawat dunia yang tersohor dan dikenali di mana-mana. Beliau telah dilahirkan di Itali pada 12 Mei 1820 sebelum bertugas di England. 

Anak warga British kelas atasan ini lebih dikenali sebagai ‘The Lady with the Lamp’ kerana telah bekerja gigih termasuk di sebelah malam bagi merawat askar-askar British yang luka ketika perang. Beliau juga telah mengasaskan Pendidikan Kejururawatan secara professional di St Thomas Hospital, London pada 1860 sebelum meninggal dunia pada 1910.
Abul Qassim az Zahrawi 936-1013M, Pakar Bedah Dunia – Cordova, Andalusia (Spain)
 
Adakan anda pernah dengar nama Rufaidah binti Sa’ad?


Nama Rufaidah Binti Sa’ad mungkin tidak semasyhur seumpama tokoh-tokoh Muslim yang lain seperti Al-Razi, Ibnu Sina dan Abul Qassim Az`Zahrawi tetapi Rufaidah sebenarnya memberikan sumbangan yang cukup besar di dalam dunia perubatan Islam.

Rufaidah Binti Sa’ad adalah merupakan jururawat pertama di dalam dunia Islam dan dunia perubatan sebenarnya. 

Sekiranya dunia moden kini menyanjungi Florence Nightingale sebagai jururawat tersohor kerana sumbangannya yang merawat para tentera British, seharusnya kita sebagai muslim menyanjungi dan menjadikan Rufaidah binti Sa’ad sebagai ikon, seorang jururawat hebat yang telah mempelopori dunia perawatan ini 1300 tahun  lebih awal sebelum Florence Nightingale.

Nama penuhnya ialah Rufaidah binti Sa’ad al Aslami, daripada suku Khazraj di Madinah. Beliau telah dilahirkan di Yathrib (Madinah) sebelum tahun hijrah dan merupakan di antara penduduk Madinah yang pertama memeluk Islam.

Apakah keistimewaan Rufaidah?

Beliau merupakan seorang  jururawat cemerlang yang  telah dilatih oleh ayahnya yang merupakan seorang doktor di Madinah pada ketika itu. Rufaidah menjalani latihan secara praktikal dengan menjadi pembantu klinikal kepada ayahnya.

Sejarah mencatatkan bahawa Rufaidah adalah seorang jururawat yang cemerlang yang mempunyai banyak ciri-ciri pengamal perubatan yang sangat istimewa.

Di antaranya ialah :

1-Seorang yang sangat baik, dedikasi dan mempunyai empati yang tinggi.

2-Seorang pengurus dan ketua yang berkebolehan yang mampu menggerakkan pasukannya  untuk menghasilkan tugas yang terbaik.

3-Berkemahiran klinikal tinggi dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu mengajar dengar  jururawat-jururawat lain yang bekerja bersama-samanya.

4-Beliau tidak menghadkan tugasnya di dalam situasi klinikal sahaja, malah turut turun ke padang melihat sendiri keadaan masyarakat untuk menyelesaikan masalah sesuatu penyakit dari akar umbi.

5-Sumbangan Rufaidah tidak terhad kepada merawat orang sakit sahaja. Sifat ‘peduli ummah’ yang dimilikinya membuatkan Rufaidah bukan sekadar jururawat biasa. 

Beliau juga bertindak sebagai seorang aktivis sosial yang gemar ‘ambil peduli’ dan menyelesaikan masalah masyarakat. Tenaganya banyak disalurkan kepada kerja-kerja kebajikan dan tanggungjawab sosial di kalangan masyarakat.

6-Pelbagai golongan muslim telah didekati Rufaidah sama ada yatim piatu mahupun orang kurang upaya. Mengajar anak-anak yang buta huruf juga menjadi sebahagian daripada rutin dalam jadual hidup wanita istimewa ini.

Apakah pengiktirafan Rasulullah kepadanya?

Rufaidah telah mewakafkan dirinya untuk membantu barisan pejuang di Rasulullah saw. 

Ketika Kota Madinah menjadi sebuah Negara Islam yang mengalami banyak proses perkembangan kemajuan, Rufaidah telah mengabdikan dirinya untuk merawat orang ramai yang sakit. Sebuah khemah perubatan telah dibina di luar Masjid Nabawi ketika suasana aman.

Manakala ketika Perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar, Rufaidah sentiasa bersedia di barisan belakang sebagai aktivis perubatan dan merawat tentera Islam yang tercedera. 

Nabi Muhammad s.a.w sendiri memerintahkan perajurit yang cedera dirawat oleh Rufaidah.

Semasa Perang Khandaq, Panglima Sa’ad bin Mu’adz yang cedera telah dihantar ke khemah perubatan yang telah dibina dan kemudiannya Pahlawan yang berani itu kemudiannya telah dirawat oleh Rufaidah. 

Dengan kepakaran yang dimiliki, Rufaidah telah berjaya mencabut anak panah yang terpacak di lengan Sa’ad Bin Mu’adz.

Rufaidah juga telah melatih sekumpulan sahabiah sebagai jururawat yang sentiasa bersedia untuk menghadapi peperangan. 

Apabila Rasulullah s.a.w sedang sedia menuju ke lokasi Perang Khaibar, Rufaidah dan rakan-rakannya pergi bertemu Rasulullah s.a.w. untuk meminta kebenaran untuk turut serta menyertai rombongan para mujahidin itu ke medan perang.

Rasulullah s.a.w telah memperkenankan permintaan mereka. Dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi, kumpulan perubatan yang diketuai oleh Rufaidah telah menjalankan tugas dengan baik sehinggakan Rasulullah s.a.w mengurniakan sebahagian harta rampasan kepada mereka. 

Bahagian yang diterima oleh Rufaidah sama banyak jumlahnya dengan seorang mujahid yang turun berjihad di barisan depan di medan perang. 

Adakah pandangan anda terhadap kehebatan Rufaidah Binti Sa’ad ini?

Benarlah bahawa Rufaidah adalah seorang ’Ikon Peduli Ummah’ yang wajar diteladani kerana beliau adalah tokoh yang telah memenuhi objektif sabdaan Rasulullah yang bermaksud, ““Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain” (Hadith Riwayat Bukhari)
 
Sumber : Selatanonline
Blog Tulahan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...