Pages

Monday, 31 October 2011

BUNUH

PALING KEJAM DI MALAYSIA

KEDUDUKAN KE-5 : Pembunuhan Altantuya Shaariibuu

Tarikh pembunuhan : 18 Jun 2006.

Mayat Altantuya telah diletupkan sehingga menjadi cebisan dan ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor. Altantuya telah ditembak dua kali sebelum bom jenis C-4 diletupkan pada mayat mangsa. Mahkamah mengambil masa 159 hari untuk menyelesaikan kes berkenaan dimana tertuduh, Sirul Azhar dan Azilah dijatuhi hukuman mati.

KEDUDUKAN KE-4 : Pembunuhan Sosilawati Lawiya

Tarikh pembunuhan : 30 Ogos 2010

Merupakan kes pembunuhan berprofil tinggi yang terbaharu. Jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya telah dibunuh bersama-sama dengan peguam, penasihat kewangan dan pemandu beliau apabila mereka membuat perjalanan ke Banting untuk berunding berhubung perjanjian tanah. Keempat-empat mangsa yang dilaporkan hilang, dipukul sehingga mati dan mayat mereka kemudiannya dibakar. Abu mereka bertaburan di sepanjang sungai berhampiran Ladang Gadong di Tanjung Sepat, dekat Banting. Buat masa ini seorang peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan dituduh melakukan pembunuhan tersebut.

KEDUDUKAN KE-3 : Pembunuhan Canny Ong

Tarikh pembunuhan : 14 Jun 2003

Canny telah diculik dengan diacukan sebilah pisau ke arahnya, di kawasan meletak kenderaan di kompleks membeli-belah Bangsar. Kemudian mangsa dirogol, ditikam dan dicekik sebelum di buang ke dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya. Penyerangnya, Ahmad Najib Aris kembali sehari kemudian untuk membakar mayat mangsa. Ahmad Najib kemudiannya menerima hukuman gantung sampai mati.
KEDUDUKAN KE-2 : Pembunuhan Nurin Jazlin

Tarikh pembunuhan : Diantara 20 Ogos 2007 (hilang) sehingga 17 September 2007 (ditemui)

Gadis yang berusia lapan tahun itu dilaporkan hilang selepas dia pergi ke pasar basah berhampiran rumahnya untuk membeli klip rambut pada malam 20 Ogos 2007, di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, mayat mangsa ditemui di dalam sebuah beg pada pagi 17 September 2007. Mangsa ditemui telanjang, dalam kedudukan janin dengan timun dan terung disumbat ke dalam kemaluannya. Siasatan telah dijalankan, tetapi sehingga hari ini pihak polis masih gagal mengesan pembunuh.

KEDUDUKAN KE-1 : Kes Mona Fandey

Tarikh pembunuhan : 18 Julai 1993 (10-12 malam)

Mangsa, Mazlan Idris yang juga merupakan ADUN Batu Talam, ingin meningkatkan kerjaya politiknya meminta bantuan Mona. Semasa upacara “pembersihan”, mangsa diarahkan berbaring di atas lantai menghadap atas, manakala Mona meletakkan bunga kepadanya. Mangsa kemudiannya diarahkan untuk menutup mata dan menunggu wang “jatuh dari langit”. Pembantu Mona, Juraimi Hassan kemudian memenggal kepala mangsa dengan sebilah kapak sebelum mayatnya dikerat kepada beberapa bahagian. Mayat mangsa dijumpai dalam 18 keratan, dikebumikan di stor berhampiran dengan rumah Mona di Pahang.

- Sumber : MSN news

Sunday, 30 October 2011

SUAMI

 TERBAIK

1. Pasang niat dan berdoa menjadi suami terbaik.
Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan.
Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan bagi anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri.
Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa berbual dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat.
Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Hadiah penghargaan.
Tidak salah sekiranya suami menghadiahkan isteri hadiah penghargaan di atas pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang hidup bersama.
7. Membantu isteri di rumah.
Sebagai seorang suami, apa kata sekiranya turut membantu isteri anda memasak dan mengemas rumah dihujung minggu. Apabila bersalin, turut membantu memasak dan menyuapkan makanan kepada isteri dan menyusukan anak yang baru dilahirkan.

Sunday, 23 October 2011

MUAMMAR GADDAFI

DIJULANG DAN DIBUANG

KHAMIS lalu, pemimpin Libya yang digeruni selama 40 tahun oleh Barat, Muammar Gaddafi, 69, diheret keluar dari sebuah saluran pembetung di sebatang lebuh raya enam lorong di Sirte, tempat kelahiran Gaddafi. Dia ditangkap oleh sekumpulan pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).
Kemudian, dalam video yang dirakam oleh seorang pejuang NTC, Gaddafi kelihatan cedera dan keliru apabila ditarik dari atas sebuah kenderaan dengan beberapa orang merentap rambutnya untuk menjatuhkan tubuhnya ke tanah.
Dalam tempoh sejam selepas diseksa, dia didapati sudah tidak bernyawa lagi.
Kisah kematiannya masih menjadi satu misteri. Bagaimanapun, keperibadian tokoh itu dianggap lebih eksentrik.
Musuh
Dilahirkan di dalam khemah puak Badwi berdekatan Sirte pada tahun 1942, Gaddafi seperti kanak-kanak lain mendapat pendidikan di sekolah Islam.
Beliau mempelajari asas-asas ketenteraan apabila memasuki Akademi Tentera Libya pada tahun 1961. Kekecewaan terhadap kepimpinan dunia Arab yang dimalukan oleh Israel menyebabkan Gaddafi mula menanam ideologi tersendiri.
Impian pegawai tentera muda itu ketika itu ialah mahu menyatukan dunia Arab dalam satu perikatan selain menyingkirkan sistem pemerintahan monarki Libya di bawah Raja Idris I.
Bersemangat bersama sekumpulan pegawai tentera muda, Gaddafi berjaya merampas kuasa daripada Raja Idris yang sedang mendapat rawatan di Turki dan membentuk Republik Arab Libya pada 1 September 1969.
Inspirasi beliau mengenai demokrasi, ekonomi dan sosial sebuah negara Islam mendapat pujian ramai apatah lagi ia diadaptasikan melalui buku bertajuk The Green Book yang dihasilkan Gaddafi pada tahun 1975.
Cetusan ideanya dengan menjadikan Amerika Syarikat (AS) sebagai musuh ketat selain membentuk Republik Arab Libya cukup memikat.
Malah, ia menjadi satu ideologi unik yang berjaya menyatukan penduduk Libya yang berpuak-puak sebelum itu.
Gaddafi juga pernah menjemput lebih 200 kerabat raja Afrika dan pemimpin puak ke bandar Benghazi yang terletak di pinggir Laut Mediterranean bagi menyokong kempen Penyatuan Afrika.
DI benua Afrika, Gaddafi ibarat seorang raja.

“Kita mahu tentera Afrika mempertahankan Afrika, kita mahu mata wang tunggal Afrika dan kita hanya perlukan satu pasport untuk mengembara ke seluruh negara di Afrika,” beritahu Gaddafi kepada kumpulan itu yang datang dengan memakai mahkota emas dan pakaian kebesaran berwarna-warni.
Selepas peristiwa itu, Gaddafi mula digelar ‘Raja Segala Raja’ di Afrika.
Salah satu sumbangan terbesar Gaddafi kepada negaranya ialah usahanya membina ‘sungai buatan’ bertujuan menyalurkan air bawah tanah ke seluruh negara Libya yang tandus itu. Malah bagi rakyat Libya, projek yang dikenali sebagai Great Man-Made River Project itu merupakan Keajaiban Kelapan Dunia.
Pembaharuan
Gaddafi menggunakan kepintaran dan kekayaan negara itu untuk mengairi kawasan tandus berkenaan.
Bagi mengatasi masalah mendapatkan air bersih buat seluruh warga Libya, pembinaan paip air gergasi itu dimulakan pada Ogos 1984 di Brega.
Libya tidak mempunyai kepakaran tempatan untuk membina projek besar itu. Tetapi atas kekayaan hasil minyak, Gaddafi menjemput kepakaran luar untuk membantunya termasuklah dari Korea Selatan, Turki, Jerman, Filipina dan Britain.
Pada September 1993, lengkaplah pembinaan fasa pertama projek itu yang bermula dari timur di Sarir dan Tazerbo hinggalah ke Benghazi. Tiga tahun kemudian usaha menyalurkan air dari Tripoli ke barat iaitu di Jebel Hassouna siap.
Menyingkap sejarah lalu, air bawah tanah Libya itu ditemui secara tidak sengaja ketika usaha mencari telaga minyak baharu pada tahun 1953.
Daripada analisis radio karbon, sumber air fosil itu dianggarkan berusia kira-kira 40,000 tahun.
Kini, usaha itu membuahkan hasil apabila kira-kira 1,300 kilometer persegi tanah disalurkan dengan air untuk perladangan. Sebahagian tanaman itu adalah untuk makanan di dalam negara.
Tetapi bagi ladang-ladang besar yang mendapat bekalan air itu, ia ditanam dengan gandum, oat, jagung dan barli. Semua tanaman itu perlu diimport sebelum ini.

DI sebalik sisi eksentriknya, kehadiran Gaddafi begitu dirasai pemimpin dunia lain.

Kini, paip sepanjang 5,000 kilometar (km) itu boleh menyalurkan sebanyak 6.5 juta meter padu air sehari ke lebih 1,000 kawasan padang pasir.
Bagaimanapun, kekejaman Gaddafi semasa berkuasa menyebabkan rakyat Libya menentang beliau. Sejak berkuasa pada tahun 1969, Gaddafi sanggup menghukum musuhnya tanpa belas kasihan.
Pada tahun 1970, beliau sendiri mengarahkan hukuman gantung sampai mati dilakukan di tempat awam kemudian. Pada tahun 1977, beliau hadir semasa pelajar-pelajar yang memberontak ke atas rejimnya dihukum gantung.
Malah, kuasanya bukan setakat di Libya malah diakui di seluruh Afrika.
Tetapi, apabila menerima tekanan dunia berikutan insiden pengeboman pesawat Pan Am Flight 103 yang membunuh 270 orang pada tahun 1988 di Lockerbie, Scotland, nada keras Kolonel Gaddafi tidak sekuat dahulu terhadap dunia Barat.
Gaddafi mula cenderung kepada sekularisme dan tidak lagi pro-Islamik.
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Ronald Reagan pernah menggelar lelaki itu anjing gila dari Timur Tengah, manakala Presiden Sudan, Gaafar Nimeiry menggelarkannya sebagai lelaki dengan dua personaliti, tetapi kedua-duanya adalah jahat.

TEMBAKAN di dada dan kepala menyebabkan kematian pantas Gaddafi.

Dengan riak wajah yang bengis diiringi renungan tajam yang menggerunkan, gelaran-gelaran tersebut hakikatnya bukanlah asing untuk Gaddafi.
Walaupun The Green Book memperlihatkan perjuangan Gaddafi sebagai seorang pemimpin Islam, tetapi retorik keagamaan yang dibawa Gaddafi sukar dibendung kerana sifat penyalahgunaan kuasa, kekejaman, mengumpul kemewahan dan kaki perempuan semakin terserlah.
Kemuncak kepada kemarahan rakyat ialah apabila pada saat rakyatnya hidup dalam kemiskinan kerana kadar pengangguran yang tinggi, Gaddafi didapati memiliki harta berjumlah AS$60 bilion (RM182.64 bilion)
Akhirnya, selepas memerintah Libya lebih empat dekad beliau dibunuh oleh rakyatnya sendiri.
Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM & SYALMIZI HAMID
Sumber :

Saturday, 22 October 2011

PEMERINTAHAN MUAMAR GADDAFI

APA YANG TAK KENA
"Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarkan Pejuang Revolusi negara itu.


Dengan sebegini banyak (senarai dibawah) kebajikkan untuk rakyatnya.. tapi beliau dibunuh juga oleh rakyatnya sendiri.. kanapa?

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba anda lihat yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing.Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba'.

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

7. Tidak ada bil elektrik di Libya.

8. Pendidikan adalah percuma

9. Kemudahan perubatan adalah percuma.

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

13.Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
Oleh: AnakSgDerhaka

Friday, 21 October 2011

MUAMAR GADDAFI

KESUDAHAN NASIB PEMIMPIN
Mayat Muamar Gaddafi diheret dan dikasari
Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi.

Menurut Reuters, dalam rakaman yang disiarkan stesen Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.

Rangkaian televisyen Al Jazeera pula menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah.

NONEAl Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah.
Pemimpin yang memerintah negara itu selama 42 tahun itu dilaporkan merayu: "Jangan bunuh saya, anak saya."

Beliau dilaporkan masih hidup ketika ditangkap tetapi meninggal dunia sejam kemudian.

Rakyat Libya yang berang menarik rambut bekas pemimpin itu sebelum berarak membawa Gaddafi yang sudah berlumuran darah di belakang sebuah kenderaan.

Dalam pada itu, AFP pula melaporkan pemimpin kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian Muammar Gaddafi, kata perdana menteri kerajaan sementara, Mahmud Jibril kepada pemberita.

“Abdel Jalil akan muncul hari ini atau selewat-lewatnya esok untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini dan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kematian Gaddafi,” kata orang nombor dua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) itu.
“Dengan pengumuman itu semua mereka yang jahat, termasuk Gaddafi telah dihapuskan dari negara tercinta ini ... ini adalah masa bagi Libya untuk memulakan negara baru, sebuah Libya yang bersatu, satu rakyat dan satu masa depan,” katanya.
Anak juga terbunuh

Gaddafi, 69, terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya dibantu oleh tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran bandar Sirte, petang semalam.
Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi.

Kematiannya menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.

Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Abdel Majid Mlegata, sebelum itu melaporkan Gaddafi berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri secara berkonvoi dalam satu serangan itu.

NONEBekas pemimpin itu mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya.

“Ketika ditangkap, dia (Gaddafi) turut dikasari dan dipukul di kepala (oleh tentera kerajaan sementara Libya),” kata Mlegata.

Gambar-gambar merakamkan keadaan pakaiannya berlumuran darah tersebar di Internet.

Seorang pegawai NTC, Mohamed Abdel Kafi berkata, jenazah Gaddafi dibawa ke satu lokasi rahsia atas faktor keselamatan.

‘‘Jenazahnya dibawa ke lokasi yang dirahsiakan menggunakan sebuah kenderaan NTC,” kata Mohamed.

Bekas Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Gaddafi, Abu Bakr Younis turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Gaddafi menghadapi penentangan daripada rakyatnya sejak Februari lalu sebelum melarikan diri dari Tripoli setelah ibu negara Libya itu jatuh ke tangan pemberontak dengan bantuan NATO pada Ogos lalu.

Sejak kejatuhan Tripoli, Gaddafi melarikan dan meneruskan perjuangan untuk kembali berkuasa, manakala sebahagian ahli keluarganya termasuk isteri dan anak perempuannya telah melarikan diri ke Algeria.

Sebelum ini, anak lelakinya, Khamis, 28, terbunuh dalam pertempuran di Tarhouna, selatan Tripoli, Libya pada 29 Ogos lalu.

Khamis merupakan komander Briged Elit ke-32 tentera yang dikatakan berjaya menumpaskan pemberontak di timur Benghazi pada Februari lalu.

Pada 30 April lalu, seorang lagi anak Gaddafi, Saif al-Arab dan tiga cucunya terbunuh dalam pertempuran dengan tentera NATO di Bab al-Aziziya, Tripoli.
Sumber : Malaysiakini

Thursday, 20 October 2011

TANGAN

                                      Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?
 Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya.  Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:  "Kenapa anda makan dengan tangan ?
Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada  tiga sebab:
Pertama:  Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain.  Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya
saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong.  Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita.  Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...... ............ ..... 
Kiriman Faiza318

Wednesday, 19 October 2011

MUSLIMAH

SITI  YANG HARUS DICONTOHI
1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah S.A.W yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata, aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi S.A.W minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah S.W.T untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya uuntuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah S.W.T

Sumber : my-sensasi.blogspot.com

Tuesday, 18 October 2011

AIR MANI

6 KELEBIHANYA
1. Air mani boleh menyebabkan alergik

Ada beberapa wanita yang alergi terhadap air mani. ini disebut hipersensitivitas plasma mani manusia (seminal plasma hypersensitivity). Gejala ini bergantung pada jumlah air mani yang masuk ke tubuh.

Gejala seperti gatal, kemerahan, lepuh, bahkan kadang-kadang menyebabkan susah bernafas.

2. Air mani adalah sumber tenaga

air mani telah dikaitkan dalam pengubatan Cina dan teori Chi Kung.

Menurut teori Chi Kung, energi dari tubuh ditransfer ke organ seksual selama ghairah seksual. Teori ini menunjukkan setelah keluar air mani, energi tertentu dari tubuh manusia juga sedang dirembes.

Hal ini menjelaskan mengapa orang merasa lemah setelah melepaskan sperma.

3. Rasa air mani berpunca dari makanan yang dimakan lelaki

Menurut Bodansky dalam bukunya yang berjudul To Bed or Not to Bed (2005), beberapa

wanita menyukai rasa air mani tapi yang lain tidak demikian. Sebagai contoh, kafein dan

daging merah membuat rasa air mani masam atau pahit.

4. Air mani sebagai ubat anti depresi(stress) wanita

air mani mengandung beberapa hormon yang mengubah suasana hati, seperti testosteron,

estrogen, hormon perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin yang berlainan. Dan memberi kesan dalam darah wanita sejam setelah terkena air mani.

5. Air mani adalah sejenis nutrisi

Johnson dan Everitt dalam bukunya Essential Reproduction (2000) mengatakan air mani mengandungi gizi yang tinggi.

Dalam ejakulasi khas (kira-kira satu sudu teh), air mani sudah
mengandung 150 mg protein, 11 mg karbohidrat, 6 mg lemak, 3 mg kolesterol, 7 percent US AKG kalium, tembaga dan seng.

6. Air mani tidak akan habis

Lelaki hanya memerlukan waktu 15 minit untuk menambah jumlah air mani setelah ejakulasi

Monday, 17 October 2011

JIMAK

BAGI MENDAPATKAN ZURIAT SEMPURNA
Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. 
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat. 
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

Sumber : klwear.blogspot.com

Saturday, 15 October 2011

SUAMI

PETUA SAYANG ISTERI

1. Pasang niat dan berdoa menjadi suami terbaik.
Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan.
Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan bagi anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri.
Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa berbual dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat.
Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Hadiah penghargaan.
Tidak salah sekiranya suami menghadiahkan isteri hadiah penghargaan di atas pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang hidup bersama.
7. Membantu isteri di rumah.
Sebagai seorang suami, apa kata sekiranya turut membantu isteri anda memasak dan mengemas rumah dihujung minggu. Apabila bersalin, turut membantu memasak dan menyuapkan makanan kepada isteri dan menyusukan anak yang baru dilahirkan.

Friday, 14 October 2011

ZURIAT

 AMALAN SUNAT SELEPAS KELAHIRAN ANAK
  1. Azan dan iqamat
    -Anak lelaki di azan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri.
    -Anak perempuan di iqamat hanya pada telinga kiri.
    Sabda Rasulullah diriwayat oleh Baihaqi dan Ibnu Sunni dari Hasan bin Ali: “Sesiapa yang melahirkan anak maka hendaklah ia melakukan azan di telinga anaknya yang kanan serta iqamat pada telinga kiri, nescaya anak tidak dicabuli oleh Ummu Sibyan (jin perempuan yang mengganggu kanak-kanak)”
  2. Membaca ayat Qulhuwallah (surah al-Ikhlas) dan ayat 36 surah al-Imran.
    -Rahsia dan kelebihannya adalah agar anak dihindari daripada gangguan dan tipu daya syaitan, menandakan kehebatan alam semesta ciptaan Allah, mengajar syariat Islam (melalui kalimah syahadah) dan menanamkan kalimah mulia dalam hati.
  3. Memberi nama yang baik
    -Nama yang baik adalah nama-nama yang ada hubung kait dengan Islam atau pengertian yang indah.
    Tegas Rasulullah diriwayat oleh Muslim: “Nama-nama kamu yang kamu paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman”
  4. Tahnik (Belah Mulut)
    -Menggunakan buah tamar yang dimamah lumat dan disuapkan sedikit kepada bayi dan gerakan ke kanan dan ke kiri.
    -Ini bertujuan untuk mendidik bayi agar mudah menyusu dan menjana sifat taqwa, kesejahteraan dan kefasihan lidah.
  5. Cukur rambut
    -Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi berusia 7 hari.
    -Berat rambut ditimbang sama dengan nilai emas atau perak dan disedekah dengan nilainya kepada fakir miskin.
    -Bercukur boleh melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata, penglihatan, pendengaran dan deria bau).
    -Adalah dilarang membuat jambul.
    Rasululah s.a.w menegaskan dari Abdilah bin Omar r.a berkata (hadis riwayat al-Sahihain): “Rasululah s.a.w telah melarang meninggalkan rambut bertompok-tompok”
  6. Aqiqah
    -Sunat melakukan aqiqah ketika bayi berusia 7 hari.
    Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya”
    -Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri sampai umur seperti untuk korban).
    Dari Habibah binti Maisarah (hadis riwayat Abu Daud):”Ia pernah mendengar Rasululah s.a.w berkata untuk lelaki dua ekor kambing yang sama besar dan untuk perempuan seekor kambing”
    -Daging aqiqah digalakkan di masak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan.
    Sabda Rasululah (hadis riwayat al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan”
http://isteri.blogmas.com/

Thursday, 13 October 2011

ADA PASANGAN

PETUA UNTUK ORANG TERSAYANG

1. Setiap manusia mudah terangsang melalui penglihatan mata. Pakailah pakaian yang menarik tertarik de boom perhatian pasangan anda. Lemparkan senyuman yang bermakna dan ikhlas. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Kepulangan pasangan anda ke rumah dari outstation/ tempat kerja perlu disambut dengan gembira. Mana kala jika pasangan anda keluar dari rumah, hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaannya. Jangan lupa untuk amalkan bersalaman dan berciuman ketika pasangan anda pulang/mahu meninggalkan rumah.
3. Nyatakan rasa sayang anda kepada pasangan setiap hari (ILOVEU 23X kebaboom), walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
4. Sentuh dan belailah pasangan anda selalu. Curi-curi mencium pasangan anda ketika tidak dilihat oleh orang lain. Pegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan. (sure romantik bangat)
5.  Amalkan masuk tidur bersama pasangan anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga. Untuk itu, isteri berperanan menidurkan anak-anak lebih awal.
6. Jika anda meminta pertolongan dari pasangan anda dan pasangan anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk. (karang tak pasal2 kena pujuk)
7. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan pasangan anda, pasangan anda mungkin merasa kurang senang.
8. Selalulah memicit-micit dan mengurut pasangan anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan pasangan anda busuk, pengotor, selekeh, mulut berbau, banyak jerawat atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati pasangan anda akan tersentuh apabila anda berkata2 demikian.
9. Apabila anda masuk tidur bersama pasangan anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersamanya. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya yang ku cingtai”.
10. Elakkan bercerita mengenai pasangan anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka pasangan anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi pasangan anda.
11. Sekiranya pasangan anda berhajat untuk “bersama” anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian, kecurangan atau kes poligami berpunca dari sikap pasangan yang kurang faham dengan keperluan pasangnya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan pasangan anda berasa bosan.
12. Ketika pasangan anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Jangan biarkan pasangan anda kesakitan sendiri. Sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati pasangan mudah berkata ‘inginkan
seseorang yg dapat membantu’. Jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki khususnya, tak dapat di baca apabila umurnya 40-an.
13. Apabila pasangan anda meninggal dunia, jagalah anak-anak dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga pasangan anda. Kepada isteri, jika anda melakukan demikian, teruskan la, mudah-mudahan anda akan menemui suami anda disyurga. Sesungguhnya yang paling penting, hormat la suami anda walaupun dia sudah tiada, jangan sekali di caci-keji.

Petua tambahan khusus bagi isteri-isteri yang pengasih..
 
14. Uruskan perihal suami dari segi pakaian dan makanannya. Bagi isteri yang berkerjaya, selalulah memasak untuk suami. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama nafsu batinnya dan kedua nafsu makannya.
15. Ketika suami menghadapi masalah, jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami berdukacita. Walaupun isteri bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
16. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda dan suami akan merasakan kenikmatannya.
17. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
18. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda  untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

Asalnya - http://isteri.blogmas.com/

Wednesday, 12 October 2011

SOLAT LIMA WAKTU

 RAHSIANYA
Kajian yang dijalankan mendapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia manakala menunaikan solat dengan sempurna dan tertib amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental serta emosi seseorang.

Kewajipan bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam bermula sejak Rasulullah diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab.
Ibadah solat begitu istimewa sekali sehingga Rasulullah SAW diangkat naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.

Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) selepas menerima cabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi perdana menteri.

Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai solat dari segi saintifik.
Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurut Dr. Fatimah, kajian yang dijalankan masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh serta kandungan kolestrol dalam badan.

Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.

"Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti air intra selular dan ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolestrol dalam darah.
"Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme, kecergasan dan kesihatan seseorang individu," katanya yang menjalankan kajian mengenai komposisi badan.

Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan solat tarawikh terhadap komposisi badan.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.

"Kami menjalankan kajian komposisi badan semasa seseorang bersolat Zohor secara jemaah dengan 47 orang peserta berusia 18 hingga 28 tahun," katanya.

Pengukuran analisis bioimpedans (BIA) (kaedah yang digunakan untuk mengukur komposisi badan) diambil sebelum dan selepas solat Zohor secara berjemaah.
Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.

Dr. Fatimah berkata, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.

Kajian berkenaan kata Dr. Fatimah menunjukkan solat lima kali sehari semalam selain ibadah dapat mengurangkan lemak dalam badan.
"Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu," katanya.

Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.

Manakala sistem jantung dan kardiovaskular amat penting bagi kesihatan manusia dan dipengaruhi oleh kekenyalan arteri.

Jika kekenyalan arteri terutama di bahagian jantung berkurangan, ia boleh menyebabkan berlaku penyakit arterioskerosis koronari.
Pengekalan kekenyalan arteri amat penting dalam memelihara sistem kardiovaskular yang sihat.

Ibadat solat, kata Dr. Fatimah, bukan saja melibatkan bacaan surah al-Quran tetapi juga pergerakan anggota badan seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahiyat.

"Kajian menunjukkan kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.

Sujud
"Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah," katanya.

Ng Siew Chok yang menjalankan kajian otak dalam solat berkata, setiap pergerakan manusia menghasilkan corak gelombang otak yang tertentu dan unik.

Gelombang otak yang dihasilkan ketika pergerakan meliputi gelombang alfa, beta dan gamma.

Kajian akan dilakukan ke atas gelombang otak yang dihasilkan ketika bersolat pada setiap posisi seperti rukuk, sujud, iktidal dan duduk semasa tahiyat.

"Solat jelas secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat suci al-Quran, doa-doa serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi.

"Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah boleh dikatakan seseorang berada dalam ketenangan," katanya.

Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak.

Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.

Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.

Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.

"Dan biasanya selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan," katanya.

Pergerakan solat meliputi berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.
Pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik meningkatkan fungsi dan kekuatan otot dan kajian yang dilakukan merangkumi otot utama yang penting kepada kesihatan manusia.

Pergerakan Relatif
Ibadah solat kata Prof. Wan Abu Bakar melibatkan banyak pergerakan relatif antara sendi selain postur tertentu semasa solat juga meletakkan otot pada kedudukan mengecut, santai atau mengembang.

"Selain ibadah, solat boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud.

"Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan mereka yang bekerja," katanya yang menjalankan kajian otot dalam solat.
Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati menyamai beberapa pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang.

"Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman 'selamat pagi' yang bukan saja dapat membantu regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih koordinasi otot belakang kaki," katanya yang juga menjalankan kajian mengenai solat dan sakit pinggang.

Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.
Justeru, jelas beliau pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.

Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.

Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.

Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik oleh penyelidik Van Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.
"Bagaimanapun banyak lagi kajian lanjut yang sedang dijalankan bagi mengkaji lebih lanjut mengenai solat," katanya.

Friday, 7 October 2011

SEX

BAIK UNTUK KESIHATAN

AMARAN: Jangan lakukan seks semasa isteri sedang uzur!
PERINGATAN: Janda atau Duda sila cepat kawin agar dapat faedah kesihatan ini.

Kebaikan hubungan seks tidak berakhir di kamar tidur sahaja, malahan mempunyai manfaat kesihatan lain yang menakjubkan. Di antara kebaikkan seks yang disokong oleh kajian saintifik termasuklah: 
1). Seks mengurangkan tekanan
Kebaikkan seks yang utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan ‘stress’ secara keseluruhannya. Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Biological Psychology, terdapat kaitan yang kuat diantara hubungan seks dan penurunan tekanan darah.

2). Seks meninggikan Immuniti badan
Aktiviti seksual yang bagus bermakna anda mempunyai kesihatan fizikal yang baik. Membuat hubungan seks 2-3 kali seminggu dikaitkan dengan tahap antibodi A yang tinggi yang melindungi kita dari demam dan jangkitan kuman yang lain.

3). Seks membakar lemak
Seks selama 30 min membakar 85 kalori atau lebih dan merupakan kaedah senaman yang baik kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan mental yang menyeluruh, kata Patti Britton, PhD, Pakar seksologist dari US.

4). Seks menguatkan kesihatan jantung
Ia bukan sahaja menguatkan jantung malahan mengurangkan serangan jantung berbanding dengan mereka yang lebih kurang aktiviti seksnya.

5). Seks meninggikan Self-Esteem
Seks meninggikan ‘Self esteem”. Kajian yang diterbitkan dalam Archives of Seksual Behavior menunjukkan, seks membuatkan kita merasa lebih bangga terhadap diri sendiri.

6). Seks membuatkan kita lebih menyayangi
Pelukkan mesra semasa hubungan seks merembeskan hormon oxytocin yang dipanggil “love” hormon yang mempengaruhi rasa sayang dan mengasihi.

7). Seks mengurangkan sakit
Semasa hormon oxytocin meninggi, tahap endorphins meningkat dengan tinggi menyebabkan rasa sakit berkurangan. Jadi sekiranya sakit kepala, sendi dan simtoms PMS semakin berkurangan. Anda boleh berterima kasih kepada hormon oxytocin dan hubungan seks anda.

8). Seks mengurangkan risiko kanser Prostat
Didapati ejakulasi yang kerap pada usia 20’an mungkin boleh mengurangkan risiko kanser prostate semasa lebih berusia, demikian menurut kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Urology International.

9). Seks menguatkan otot pelvis
Senaman kegel semasa seks menguatkan otot pelvis seterusnya mengurangkan risiko rahim jatuh dan masalah terkencing apabila usia menopos nanti.

10). Seks membuat anda tidur lebih lena
Oxytocin yang dirembeskan memberikan rasa mengantuk dan mendorong tidur yang lebih nyenyak menurut kajian.

Sumber : Kerajaan Rakyat

Thursday, 6 October 2011

PANDANGAN MAZHAB

MENGENAI HUKUM HUDUD
Mencuri-Pandangan 4 Mazhab Tentang Kewajipan Penerapan Hukum Hudud Ke Atas Kafir Dzimmi

Mazhab Syafie

Dan jika seseorang ahli zimmi melakukan jenayah, saya akan mempertimbangkan samada perkara jenayah adalah diharamkan oleh agamanya atau tidak. Jika ya, seperti pembunuhan, zina, sariqah (curi) dan qazaf, dia akan terbeban dengan hukuman sebagaimana hukuman orang Islam. Dan dalilnya sebagaimana diriwayatkan oleh Anas r.a. bahawa dua orang Yahudi telah membunuh seorang jariah lantaran merebut perhiasan, maka Rasulullah saw telah membunuhnya dengan dihimpit antara dua batu, dan diriwayatkan juga dari Ibnu Abbas bahawa Nabi telah dihadapkan dengan dua orang yang berzina sesudah pernikahan yang sah, maka Rasulullah saw memerintahkan keduanya untuk direjam, kerana ianya dilarang dalam agama mereka dan terikat dengan hukum-hakam Islam dengan akad zimmi maka diwajibkan ke atas mereka sebagaimana orang Islam. Kalaulah pegangan mereka membolehkan seperti arak, maka tidak wajib hudud ke atas mereka kerana mereka tidak berpegang dengan keharamannya maka tidak wajib ke atas mereka hukuman seperti kafir, maka jika mereka melakukan secara terbuka, dikenakan takzir kerana menzahirkan kemungkaran dalam Negara Islam, akan ditakzir kerananya. [Al-Muhazzab II : 256]

Ditempat lain dia berkata:
Sesiapa sahaja yang mencuri, walhal dia adalah baligh, akil, dan terikat dengan hukum Islam, cukup nisab dengan harta yang hendak dicurinya dari tempat simpanan, dan tidak ada syubahat, maka diwajibkan ke atas mereka potong tangan. [Al-Muhazzab II : 256 ]

Dari sini bahawa pencurian zimmi terhadap harta baitul Mal yang tidak termasuk benda yang bermafaat pada mereka, kecuali pada kita, sedangkan ianya bukan tabungan untuk mereka. [Nihayatul Muhtaj VII : 446]

Dan sebagaimana yang terdapat dalam kitab Nihayatu Muhtaj (Sedangkan zimmi dipotong secara mutlak) dan juga sebagaimana diterangkan di tempat lain;
Dan dipotong tangan Muslim dan Zimmi kerana mencuri harta kaum Muslim dan zimmi dengan Ijmak kerana Muslim, dengan Muslim, kerana terpeliharanya zimi dan keterikatan dengan hukum meskipun mereka itu tidak redha dengan hukuman kita, sebagaiman halnya dalam perzinaan [Nihayatul Muhtaj VII : 462]

Mazhab Hambali
Pendirian mereka tentang isu ini amat jelas sekali seperti yang tertera dalam Kashshaf Al Qinaâ:

Hukuman hudud untuk menghukum zimmi kerana melakukan kesalahan di antara mereka. Pemotongan tangan kepada setiap orang tanpa pengecualian kerana kesyumulan undang-undang Allah. [Pencuri lelaki dan perempuan akan dipotong tangan mereka]. Tambahan pula zimmi tidak akan dikecualikan daripada hukum had walaupun mereka telah memeluk Islam (selepas melakukan kesalahan). Dia akan terus bertanggung jawab sebagaimana kewajipan lain ke atasnya [ VII : 91]

Menurut Ibn Qudamah, Kafir Zimmi dan Musta’min akan dipotong tangan kerana mencuri harta kaum Muslimin dan kaum Muslimin akan dipotong tangan kerana mencuri harta mereka. Dan itulah yang diperkatakan oleh Syafie dan Ashabul-Ra’yi, dan kami tidak tahu adanya ikhtilaf [Al-Mughni X : 276]

Jika ahli zimmi melakukan rompakan jalanan (qathu’ thariq) ataupun bersama orang Islam yang memerangi Daulah, maka adakah gugur akad perjanjian mereka? Dalam kes ini ada 2 pendapat ;
a) Jika kita katakan bahawa gugur perjanjian mereka, maka halal darah dan harta mereka dalam semua keadaan
b) Jika kita kata kan bahawa tidak gugur perjanjian mereka maka hukuman kita tehadap mereka sebagaimana hukuman orang Islam. [ Al-Mughni X : 319]

Mazhab Maliki
Imam Malik bila di tanya apakah beliau akan memotong tangan sipencuri Zimmi, Imam Malik menjawab benar, tangannya akan dipotong.(Na’am, tuqthaâ’u yadu hu). [ Mudawwanatul Kubra 4:414].
Syaratnya (potong tangan) adalah taklif, maka dipotong tangan orang merdeka, hamba, zimmi dan muâhid. [Al-Taj wa Iklil, 6:312]
Dusuki berkata : Dipotong tangan pencuri: Iaitu Mukkalaf, tak kira samada ianya muslim atau Kafir, bebas, atau merdeka, lelaki atau perempuan.[Hasyiyah A-Dusuki, 4:332]
Lain-lain sumber Mazhab Maliki yang tak dapat kami perturunkan kesemua sekali. Spt Tafsir Quthubi 4:402-403. dll

Mazhab Hanafi
Al-Timitashi mendefinisikan pencurian ialah; pengambilan yang dilakukan oleh mukallaf yang yang boleh bercakap dan melihat. AlHaskafi menafsirkannya: Meskipun pencuri itu adalah perempuan, hamba, atau orang kafir. Ibn Qudamah menerangkan dengan lebih lanjut lagi batasan istilah kafir ini dengan;.Yang lebih tepat adalah zimmi (berbanding dengan kafir), kerana Al-Hakim dalam kitabnya Kafii berkata Imam Abu Hanifah dan Muhamad bahawa kafir musta’man tidak dipotong tangan, tapi Abu Yusof kata kena potong [Hasyiyah Radd Mukthar 6:137]

http://azharazizblog.blogspot.com/2009/11/mencuri-pandangan-4-mazhab-tentang.html

Sunday, 2 October 2011

HUKUM HUDUD

PAS Tak Paksa Bukan Islam Terima Hudud
KEPALA BATAS, 1 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, undang-undang Islam termasuk hudud hanya pilihan dan bukan paksaan untuk orang bukan Islam.

Menurutnya, ianya sama seperti ajaran agama itu yang menegaskan bahawa tidak boleh memaksa bukan Islam memeluk Islam.

"PAS tak paksa orang bukan Islam terima hudud. Islam beri pilihan seperti tidak memaksa mereka memeluk Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Millenium di sini.

Apa yang berlaku waktu ini tambahnya, undang-undang Islam itu telah dikelirukan oleh Umno sehingga bukan sahaja menakutkan orang bukan Islam malah menyesatkan orang Islam sendiri.

"Undang-undang jenayah syariah ini dimomokkan kepada rakyat melalui media yang diupah Umno.

“Kita cuba memperkenalkan undang-undang jenayah syariah terutamanya hudud dan takzir tapi mereka sengaja memetik hudud sahaja dengan tujuan menakutkan orang bukan Islam dan menyesatkan orang Islam," katanya.

Bukan ciptaan PAS

Mengulas lanjut isu yang sedang dipolemik itu, beliau berkata hudud bukan undang-undang baru yang dicipta PAS, tetapi undang-undang yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Kewajipan melaksanakannya sama seperti kewajipan-kewajipan lain yang mesti dilaksanakan oleh orang Islam.

"Hudud bukan ditetapkan oleh PAS, bukan oleh Nabi, bukan oleh ulamak tetapi ia ditetapkan oleh Allah," tegasnya.

Kewajipan perlaksanaan undang-undang Islam itu katanya lagi adalah bertujuan mendidik manusia menjadi baik dan bukan menzalimi mereka.

Dalam pada itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut sebak sewaktu mengulas perjuangan presiden-presiden PAS terdahulu yang lebih awal meninggalkan kita.

Dengan suara tersekat-sekat, beliau menyeru seluruh ahli PAS bersedia menyerahkan diri kepada perjuangan menegakkan agama Allah seperti yang ditunjukkan pemimpin terdahulu.

"Dalam sambutan 60 tahun, marilah kita mengenang pimpinan awal yang telah mendahului kita.

"Almarhum Ahmad Fuad, Dr Abbas Alias, Dr burhanuddin Helmi, Tuan Guru Yusof Rawa, Datuk Fadzil Noor dan lain-lain.

"Marilah kita menjadi mereka yang tetap jatidiri, tidak mengubah haluan, tidak menebuk bahtera, malah melajukan perjalanan bahtera mencapai keredhaan Allah untuk menang di dunia dan menang di akhirat," katanya disambut laungan takbir hadirin. 
Oleh : Nazri Abdullah

Maklumat lanjut boleh rujuk dalam kitab AL-UMM juzuk 8, muka surat 368, cetakan darul fikri, beirut...... Wink

Saturday, 1 October 2011

HUKUM HUDUD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hukum Hudud telah sekian lama dipropagandakan oleh media-media barat dan musuh-musuh Islam agar masyarakat melihatnya sebagai ganas dan tidak sesuai diamalkan dalam zaman yang serba moden ini. Sedangkan Hukum Hudud dan undang-undang Islam lain yang Allah perintahkan dalam AlQuran untuk dilaksanakan adalah relevan sepanjang zaman hinggalah ke Hari Kiamat, dan ianya WAJIB untuk dilaksanakan.
Hudud ialah satu cabang dari undang-undang jenayah Islam. Di dalam perundangan jenayah Islam terdapat tiga jenis hukuman iaitu Hudud, Qisas dan Ta'zir.
Hudud ialah kesalahan jenayah yang melanggar hak-hak Allah iaitu melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah dan hukumannya adalah berdasarkan kepada nas, sama ada melalui AlQuran atau AlHadits. Ia meliputi keperluan menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda.

تِلْكَ حُدُودُاللّهِ وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُخَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُالْعَظِيمُ

"Itu adalah Hudud (had-had) dari Allah,  barangsiapa ta'at kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar."  (Surah An-Nisaa' : Ayat 13)
“Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu.” (Surah al-Maidah : Ayat 49)

أَقِيمُوا حُدُودَ اللَّهِ فِي الْقَرِيبِ وَالْبَعِيدِ وَلَا تَأْخُذْكُمْ فِي اللَّهِ لَوْمَةُ لَائِمٍ

“Tegakkanlah hudud Allah pada kerabat dan lainnya, dan janganlah kecaman orang yang suka mencela mempengaruhi kamu dalam (menegakkan hukum-hukum) Allah.” (Hadis Hasan: Sahih Ibnu Majah No. 2058 dan Ibnu Majah No. 2540)
".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. (Hadith Riwayat Ibnu Majah)
Kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan Hukum Hudud
Hukum-hukum yang terletak di bawah kategori Hudud ini yang telah disepakati ulama secara Ijmak (consensus) adalah 6 jenis iaitu kesalahan Murtad (keluar dari agama Islam), berzina, mencuri (sariqah), rompakan bersenjata (hirabah), minum arak (syurb) dan menuduh seseorang berzina tanpa saksi (Qazaf). Walaubagaimana pun, Imam Syafie turut memasukkan kesalahan meninggalkan solat (sembahyang) dan menderhaka kepada kerajaan Islam yang berpandukan kepada AlQuran dan AsSunnah sebagai kesalahan di bawah undang-undang Hudud (pemerintah yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam).
Kesalahan pertama iaitu Murtad (keluar dari agama Islam) yang membawa kepada hukuman mati setelah diberi peluang bertaubat beberapa hari. Sumber hukumnya adalah dari sabda Nabi S.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang menukar agamanya maka bunuhlah dia." (Hadith Riwayat Bukhari dan Abu Daud)
Kesalahan kedua ialah berzina , iaitu persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri. Hukumannya jika sabit kesalahan terbahagi kepada dua iaitu, bagi mereka yang telah berkahwin dengan perkahwinan yang sah, jika didapati berzina maka hukumnya ialah rejam sampai mati. Sumber hukumnya ialah firman Allah yang telah dimansuhkan bacaan tetapi diteruskan hukumnya iaitu, "Orang yang berkahwin lelaki dan perempuan apabila berzina maka rejamlah kedua-duanya."
Dari hadits ialah sabda Nabi S.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, "Dari Imran b Husin, seorang perempuan dari Kabilah Jahinah datang mengadap Rasulullah S.a.w dalam keadaan mengandung akibat perbuatan zina lalu berkata, "Wahai nabi Allah, saya telah mengenai hukuman had, maka jalankanlah ke atas saya." Lalu Rasulullah S.a.w memanggil walinya sambil bersabda, "Berlaku baiklah kepadanya, apabila dia telah melahirkan anaknya, bawalah dia kepadaku." Lalu walinya melakukan apa yang diperintah. (Setelah sampai tempoh) maka diperintah supaya diperkemaskan pakaiannya kemudian diperintah supaya direjam. Kemudian Rasulullah s.a.w menyembahyangkan jenazahnya.
Berkatalah Umar r.a, "Adakah engkau telah menyembahyangkannya wahai Rasulullah padahal dia telah berzina?" Lalu Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya dia telah bertaubat, sekiranya dibahagikan taubatnya di kalangan tujuh puluh orang penduduk Madinah, nescaya luas untuk mereka. Adakah kamu sendiri mendapati lebih baik dia bersikap baik kepada Allah dengan menyerah dirinya kerana Allah?"
Sementara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin (Ghairul Muhson) maka hukumnya disebat sebanyak 100 kali dan dibuang negeri selama setahun. Ia berdasarkan ayat AlQuran yang bermaksud, "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." (Surah An-Nuur : Ayat 2)
Kita lihat dalam ayat di atas menyebut orang berzina perempuan terlebih dahulu. Ini kerana orang perempuan lah yang biasanya menjadi punca utama dalam berlaku gejala zina, dengan mereka memakai pakaian seksi yang memberahikan kaum lelaki, tidak menutup aurat, bersolek, memakai bau-bauan yang sangat wangi yang boleh menarik kaum lelaki dan seumpamanya.
Adapun dalil dari hadith iaitu sabda nabi s.a.w yang bermaksud, "Ambillah kamu daripadaku, ambillah kamu daripadaku, sesungguhnya Allah telah mengadakan jalan keluar bagi mereka, penzina teruna dengan dara disebat 100 kali rotan dan dibuang negeri setahun ......." (Hadith Riwayat Imam Ahmad)
Kesalahan ketiga ialah mencuri (sariqah), yang dihukum potong tangan kepada pelakunya. Hukuman ini berdasarkan kepada ayat AlQuran yang bermaksud, "Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan dari apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah, dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barangsiapa bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Maidah : Ayat 38 - 39)
Kita lihat ayat di atas bermula dengan menyebutkan orang lelaki yang mencuri. Ini kerana kebiasaannya orang lelaki yang mencuri.
Dari hadith ialah peristiwa masyhur penolakan Nabi s.a.w ke atas permintaan Usamah bin Zaid yang meminta belas supaya tidak dipotong tangan pencuri perempuan yang berketurunan bangsawan (terhormat).
Sabda Nabi s.a.w, "Adakah engkau meminta syafaat dalam perkara Hudud Allah?" Kemudian Rasulullah s.a.w bangun berucap, "Wahai manusia, sesungguhnya orang-orang terdahulu dari kamu binasa kerana tindakan mereka, apabila orang bangsawan mencuri mereka biarkan, dan apabila orang yang lemah mencuri mereka jatuhkan hukuman had. Demi Allah, sekiranya anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku akan potong tangannya." (Hadith Muttafaq alaih)
Kesalahan keempat ialah rompakan bersenjata (hirabah). Hukumannya dijelaskan dalam AlQuran yang bermaksud, "Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka di dunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar, kecuali orang-orang yang taubat (di antara mereka) sebelum kamu dapat menguasai (menangkap) mereka; maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Maidah : Ayat 33 - 34)
Dalam menjelaskan hukum hirabah ini, Imam Syafie menjelaskan, jika pelakunya hanya menimbulkan ketakutan di jalanan tanpa merompak dan membunuh, maka hukumannya dibuang negeri. Jika merompak harta dan tidak membunuh, maka hukumannya ialah dipotong tangan dan kaki mereka secara bersilang. Jika mereka membunuh tanpa merampas harta maka hukumannya ialah dibunuh tanpa disalib. Adapun jika mereka merompak dan membunuh, maka dihukum bunuh dan disalib pada pelakunya.
Kesalahan kelima ialah meminum arak (syurb) atau sebarang minuman dan makanan yang memabukkan. Hukumannya ialah 40 kali rotan sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Pada zaman Umar r.a menjadi khalifah (pemimpin), beliau telah menambah hukuman takzir sebanyak 40 kali rotan lagi, menjadikannya 80 kali rotan bagi mereka yang meminum arak.
Kesalahan keenam ialah menuduh seseorang berzina tanpa saksi (Qazaf). Hukumnya ditetapkan dalam AlQuran dengan ayat yang bermaksud, "Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali sebat, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka itulah orang-orang yang fasik. Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Suran An-Nuur : Ayat 4 - 5)
Undang-undang jenayah Islam selain dari Hudud
Selain itu, hukum jenayah Islam juga diwakili oleh Hukum Qisas, iaitu pembalasan balik yang saksama. Contohnya, jika suatu pembunuhan berlaku, maka ahli keluarga si mati berhak menuntut pembalasan hukuman mati kepada pembunuh, dan sebagainya lagi.
Dan yang terakhir ialah Hukum Ta'zir iaitu hukuman selain Hudud dan Qisas yang terletak di bawah budi bicara pemerintah dan pentadbiran undang-undang sesebuah negara Islam.
Sebagai renungan bersama
Islam bukan diturunkan untuk menghukum semata-mata tetapi lebih kepada mahu mendidik ke arah kebaikan dan mencegah perkara buruk dari berlaku.  Allah Ta'ala yang mencipta makhluk, maka Dia lah yang lebih mengetahui apa undang-undang yang terbaik untuk hamba-hambaNya.  Kerana itulah Dia telah mencipta undang-undang yang terbaik untuk manusia (seperti yang termaktub dalam AlQuran dan AlHadith), tetapi manusia sendiri yang angkuh tidak mahu menerimanya, na'uzubillah.
Rasulullah saw bersabda, "Tiga golongan yang mana Allah tidak bercakap dengan mereka pada hari Kiamat, mereka juga tidak dimuliakan dan mereka tidak dipandang dengan penilaian rahmat dan untuk mereka disediakan dengan azab yang pedih, iaitu Orang tua yang berzina, Pemimpin atau pemerintah yang pendusta dan Orang fakir yang sombong." (Hadith Riwayat Muslim)

Rujukan:

1 - Penjelasan Hukum Hudud - Majalah Hidayah, Jun 2000.

2 - Jabatan Mufti Negeri Melaka

sumber : unikversiti.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...