Pages

Thursday, 29 September 2011

UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH

TELAH ADA
"Ramai rakyat Malaysia terutama di kalangan orang Islam bercakap mengenai hudud tetapi mungkin ramai yang tidak tahu hudud atau undang-undang jenayah Syariah ini telah pun dilaksanakan di banyak negeri-negeri di Malaysia sebelum penjajahan British. 

Elemen-elemen di dalam kanun jenayah syariah ini sudah termaktub di dalam undang-undang negeri seperti
  • Undang-Undang 99 Perak
  • Undang-Undang Terengganu
  • Undang-Undang Kelantan
  • Hukum kanun Melaka
  • Hukum Kanun Pahang
  • Undang-Undang Johor
  • Undang-Undang Kedah

Undang-undang jenayah syariah ini dilaksanakan oleh sultan-sultan ketika itu dan negeri-negeri mereka menjadi aman damai. Contohnya ialah ketika undang-undang jenayah syariah ini dilaksanakan selama 27 tahun di bawah Sultan Zainal Abidin III di Terengganu, jumlah yang mati akibat hukuman hudud ini ialah 5 orang sahaja.
Penjajah British telah berjaya menghapuskan undang-undang jenayah syariah (hudud) ini secara perlahan-lahan dan digantikan dengan undang-undang yang dicipta oleh mereka. Hugh Clifford adalah antara orang yang ditugaskan untuk menghapuskan hukum hudud ini.
Walaupun Malaysia diberi kemerdekaan, hasrat British untuk melihat Malaysia tidak lagi mengamalkan kembali undang-undang jenayah Syariah (hudud) ini tercapai apabila parti peliharaan mereka UMNO telah meluluskan Akta Mahkamah Syariah pada tahun 1965 di mana ketika itu UMNO dan rakan-rakanya di dalam Parti Perikatan menguasai dua pertiga bilangan kerusi Parlimen.
Akta Mahkamah Syariah 1965 telah menghadkan kuasa Mahkamah Syariah seperti berikut:
  • Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
  • Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau
  • 6 bulan penjara atau
  • Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)
Ramai orang-orang Islam merindui hukum hudud ini dan berharap suatu hari nanti hudud ini dapat dilaksanakan kembali di Malaysia seperti nenek moyang mereka mengamalkannya. Selain itu undang-undang jenayah syariah ini merupakan tuntutan kifayah bagi umat Islam di Malaysia. Sekiranya hukum hudud berjaya dilaksanakan kembalikan, ini adalah satu kemenangan bagi orang Islam dan satu kekalahan bagi orang fasik dan munafiq.
Oleh: penghuni

Tuesday, 27 September 2011

FAHAMAN TENTANG HUDUD

Allah Suruh Laksana Sistem Hudud 
Tapi Tak Galakkan Hukuman Hudud

"Hukum Hudud" dan "Hukuman Hudud" sebenarnya mempunyai maksud yang berbeza. Sehinggakan ramai yang keliru. Tambah malang sekali, bila ada umat Islam yang sanggup menyalahgunakan hadis di bawah untuk menolak hukum hudud.

"Tolaklah hudud daripada orang-orang Islam selagi boleh. Kalau masih ada jalan keluar, lepaskan mereka. Ini kerana, kesilapan pemerintah dalam memberi kemaafan lebih baik daripada kesilapannya dalam mengenakan hukuman." - Hadis riwayat al-Tarmizi.

Perkataan "Hudud" dalam hadis berkenaan merujuk kepada "hukuman", bukan "Sistem Hudud" itu sendiri. Hadis berkenaan membawa maksud, tolaklah sebarang hukuman Hudud (merujuk kepada sebat, potong tangan atau mana-mana hukuman khusus di dalam Hudud) selagi boleh (jika ada sebarang kekeliruan dalam fakta dan saksi kes) kerana dosa menjatuhkan hukuman yang salah adalah lebih besar dari dosa melepaskan manusia yang benar-benar bersalah.

Walaupun Allah SWT telah menetapkan hukum hudud, namun Dia sebenarnya mempunyai maksud yang hukum itu bukan untuk menghukum. Tetapi sekadar untuk menakut-nakutkan sahaja. Ini menunjukkan yang Allah menyuruh kita melaksanakan "Sistem Hudud", tapi tidak menggalakkan "Hukuman Hudud".

Kalau kita tengok syarat-syarat untuk melaksanakan sesuatu hukum hudud itu, ianya terlalu ketat hingga hampir mustahil untuk dilaksanakan hukuman tersebut ke atas pesalah. Malah, jika saksi tidak dapat memberi bukti kukuh dan memenuhi syarat-syarat kesaksian, bukan saja tuduhannya itu ditolak oleh mahkamah, malah dia dianggap pemfitnah dan pembuka aib orang. Maka akan dikenakan hukuman hudud ke atasnya pula dengan hukuman rotan 80 kali. Jadi, siapa yang berani nak jadi saksi?

Begitu juga dengan hukum cerai. Adakah Allah tetapkan hukum cerai untuk menggalakkan kita bercerai-berai? Sudah tentu tidak.

Dari Umar, ia berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sesuatu yang halal tapi dibenci Allah adalah perceraian” [H.R. Abu Daud dan Hakim]

Jadi, buat apa nak laksanakan hukum hudud kalau tak boleh jalankan hukumannya? Bagaimana nak hukum pesalah?

Allah mahu pesalah terdidik dan bertaubat dari kesalahannya. Contoh. Apabila seseorang yang melakukan zina itu ditangkap, kemudian dibicarakan, tetapi si penzina terlepas dari hukuman hudud oleh kerana syarat-syarat untuk mensabitkan dia sebagai penzina oleh mahkamah tidak cukup kerana terlalu berat.

Maka pesalah sepatutnya merasakan yang Allah telah melepaskannya dari azab yang mengerikan itu dan sengaja memberi peluang untuk dia hidup lagi atau terlepas dari hidup terseksa. Hatinya tentu akan rasa berterima kasih yang tidak terhingga kepada Allah Yang Maha Penyayang itu. Pesalah akan mengalami kesan psikologi yang mendalam. Dia sangat insaf dengan perlindungan dan kasih sayang ALLAH. Hingga dia merasa patut dihukum sebab memang dia bersalah pun. Lantas dia pun bertaubat dengan sebenar-benar taubat.

Lihatlah betapa bijaksana Allah mendidik hamba-hamba-Nya secara halus dengan melepaskan pesalah dari hukuman. Tapi, hal ini mungkin hanya berlaku pada pesalah yang masih mempunyai iman di hatinya. Tetapi dalam masyarakat hari ini, ramai yang hati sudah hitam, susah untuk insaf dengan didikan halus oleh ALLAH itu. Bahkan jika terlepas dari hukuman, mungkin dia merasakan peluang untuk mengulangi kesalahan masih terbuka. Orang-orang ini adalah orang yang sangat rugi dan tidak tahu bersyukur dengan kasih sayang Allah padanya. Dia pasti akan mendapat azab yang lebih dahsyat di akhirat kelak.

Hukuman Hudud Zalim dan Kejam?

Jangan kita rasa hukuman hudud ini kejam. Sebab hukuman itu sama timbangannya dengan kekejaman yang dilakukan oleh pesalah terhadap orang lain. Pesalah yang menerima hukuman, pasti akan menginsafi dan merasakan, “Beginilah hebatnya kekejaman yang aku lakukan. Dan hukuman di akhirat lebih dahsyat lagi. Biarlah aku dihukum di dunia ini.” Begitu juga dengan hukum-hukum yang lain dalam Islam. Allah sudah sukat dan tetapkan dengan jelas dan terperinci. Ia tidak boleh ditukar ganti, dirombak, dipinda dan dipersoalkan.

Kesimpulannya

Hukum hudud yang dikatakan menakutkan itu sebenarnya penuh kasih sayang, pendidikan, kebaikan dan keuntungan bagi masyarakat umum dan juga pada individu pesalah. Di akhirat nanti baru kita akan faham maksud-maksud tersirat Allah, hikmah dan falsafah yang mendalam tentang ajaran-ajaran dan perlaksanaan hukum-hukum ALLAH. Tapi, tanpa praktik dan pengalaman, kita akan sentiasa berselisih faham disebabkan pendapat yang berbeza-beza, yang biasanya lahir dari nafsu, syaitan dan kejahilan yang kita pertahankan.

Wallahu'alam...
Oleh: solihinzubir

Sunday, 25 September 2011

UNDANG-UNDANG ISLAM ATAU HUKUM HUDUD

Perundangan Negara Lebih Kejam?

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan hukuman gantung sampai mati yang dilaksanakan dalam sistem perundangan negara ini lebih kejam daripada undang-undang Islam atau hukum hudud.


Jelas beliau, bagi jenayah berat seperti membunuh, merompak, menjual dadah dan sebagainya penjenayah boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati tetapi jika mengikut hukum hudud adalah potong tangan.

“Apa yang nak takut sangat (dengan hukum hudud)? Macam takut hantu... orang takut hudud macam takut hantu, tapi bila tanya apa itu hudud tidak tahu.
“Di Malaysia ada hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan jual dadah, merompak dan sebagainya tetapi orang tak kata apa pun... bagaimana dengan keluarga yang suaminya digantung sampai mati? Hudud tak mati, kenapa orang tak marah hukumam gantung sampai mati tapi marahkan saya pasal hudud?” katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Aidilfitri Bersama Tuan Guru di dataran parkir Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam di sini malam tadi.
“Hudud tak mati... hudud adalah undang-undang Allah, benda ini hanya sekadar nak masuk dalam senarai undang-undang Kelantan dan yang laksanakan bukan saya tapi hakim.

“Kalau dibandingkan dengan hukuman gantung yang lebih kejam daripada hudud, hudud tak mati, cuma kerat tangan itu pun perlu ikut syarat-syarat yang ditetapkan. Hukum hudud tak mati, malah mereka masih boleh bekerja macam orang biasa,” katanya.
Sebelum ini, Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.

Selain itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, beliau juga lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.Kerajaan negeri Kelantan pimpinannya berusaha untuk melaksanakan undang-undang itu sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Tambah Nik Aziz, hukuman hudud tidak semestinya dilaksanakan, namun mahu ia dimasukkan dalam undang-undang syariah Islam sedia ada.
“Dekat pilihan raya timbul balik, saya di Kelantan hanya nak masuk dalam undang-undang syariah Kelantan, lepas pada itu terserah kepada hakim (untuk laksanakan), bukan saya yang laksanakan.
“Bukan saya atau orang politik laksanakan, hakim yang tentukan,” kata Mursyidul Am PAS ini.
Dalam ceramah itu juga, Nik Aziz mengatakan ajaran Islam bukan diwujudkan oleh PAS tetapi Allah dan semua yang beragama Islam perlu mengikut perintah dan meninggalkan larangannya.
“Umno tolak Islam ambil kebangsaan, Islam bukan dari PAS... dari Allah, Islam adalah cara hidup dan semuanya perlu ikut cara Islam.

“Pangkah parti yang boleh selamatkan Islam, sekarang bukan Islam sahaja, demokrasi pun tak selamat... Islam datannya dari Allah, bumi, langit dan kita Allah yang punya,” katanya. (IH)
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ 

Saturday, 24 September 2011

HUDUD

TIDAK AKAN DILAKSANAKAN - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib.

Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.

Perdana menteri juga menyifatkan langkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat memutarkan kembali cerita lama mengenai hudud sebagai taktik parti itu bertujuan menagih perhatian rakyat.

Beliau berkata taktik ini dilakukan selepas parti itu menerima kritikan hebat daripada rakyat negara ini ekoran kenyataan timbalan presiden parti itu Mohamad Sabu yang mempertikaikan peranan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong dan menyanjung pengganas komunis sebagai pejuang tanah air.

"Saya nampak ini taktikal, sebab parti PAS sudah menerima pukulan cukup hebat ekoran daripada kenyataan Mohamad Sabu yang menidakkan pejuang-pejuang nasionalis yang terbunuh dalam insiden Bukit Kepong dahulu. Ia telah menimbulkan kemarahan yang begitu dahsyat dalam kalangan orang Melayu.

"Mereka sedar bahawa sokongan kepada mereka dah merosot dengan begitu ketara, jadi mereka cuba timbulkan isu hudud ini dengan harapan bahawa isu Mohamad Sabu itu akan tenggelam dan cuba muncul sebagai parti memperjuangkan Hudud dan menawan hati orang Melayu," katanya.

Najib berkata isu hudud ini turut memperlihatkan kemelut persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat ditutup lagi dan beliau yakin rakyat bijak menilai kelemahan mereka.

"Dalam soal undang-undang hudud ini, telah timbul satu keadaan di mana perbezaan ideologi mereka sudah tidak boleh ditutup lagi, tidak boleh diselindung di hadapan mata rakyat.

"Saya berharap ini dapat disedari oleh rakyat, kita tidak boleh meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan daripada segi prinsip dan ideologi.

"Walaupun mereka cuba mengaburi mata rakyat, tetapi lambat laun ia akan timbul bukan sahaja daripada segi hudud tetapi juga pembahagian jawatan dalam "Kabinet Bayangan" mereka. Mereka belum berani merangka Kabinet mereka," katanya.

Di majlis itu, Najib yang ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sempat meluangkan masa memancing udang galah di sebuah kolam bersama-sama masyarakat sekitar Tanjung Tualang yang terkenal sebagai Pekan Udang Galah.

- Bernama

Wednesday, 21 September 2011

PENIPUAN SEJARAH?

BN TAK TIPU TAPI BOHONG CAMPUR AUTA JER


PENIPUAN SEJARAH YANG DI LAKUKAN OLEH BN

Dalam negara kita ada beberapa Pembohongan sejarah yang dilakukan oleh UMNO/BN yang disebarkan. Pada ketika Penipuan ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka Penipuan ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan Penipuan - penipuan ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..

PENIPUAN PERTAMA:

Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Sarawak.

PENIPUAN KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

PENIPUAN KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

PENIPUAN KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

PENIPUAN KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan putih adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - putih hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera sang saka merah putih yang di gunakan oleh Singapura dan Indonesia juga menjadi latar belakang bendera UMNO dan PAS.

PENIPUAN KE ENAM :

Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpaduan Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Penipuan tentang perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkannya adalah geng ini.

PENIPUAN KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Penipuan ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya Geng algojo United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.


TEKNOLOGI TELAH MEMBONGKAR PENIPUAN UMNO/BN

Lihatlah betapa teknologi dan ilmu pengetahuan telah memecahkan penipuan - penupuan sejarah ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima penipuan tentang kemerdekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini penipuan ini telah terbongkar pecah. Dokumen-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan penipuan - penipuan yang lapuk dan berkarat ini. Teknologi akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh penipuan - penipuan. Tanpa penipuan manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesiapa sahaja kecuali fikrahnya yang tidak rasional. memerintah, selagi itu aku belum merdeka dan selagi itu kami pejuang - pejuang demokrasi akan terus melawan, terus berjuang dalam perjuangan fasa ke III… penentangan terhadap
Sumber : http://batu8bendangsiamonline.blogspot.com/

Sunday, 18 September 2011

PEMIMPIN PAS

 KEPIMPINAN DAN TAHAP PENKEMBANGAN


Presiden:

1) Tuan Guru Hj Ahmad Fuad Hasan ( 1951 - 1953 )
2) Dr Hj Abbas Alias ( 1953 - 1956 )
3) Profesor Dr. Burhanuddin Al-Helmy ( 1956 - 1969 )
4) Datuk Mohd Asri Muda ( 1969 - 1982 )
5) Tuan Guru Hj Yusof Rawa ( 1982 - 1988 )
6) Dato. Fadzil Mohd Nor ( 1988 - 2002 )
7) Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang ( 2002 - kini )

PAS telah mengalami 4 jenis kepimpinan 


1 - 1951 - 1956 - kepimpinan ulama tradisi
2 - 1956 - 1969 - nasionalis kiri
3 - 1969 - 1982 - nasionalis kanan
4 - 1982 - kini - ulama haraki

PAS melalui 4 tahap perkembangan 


1- 1951 - 1959 - tahap kemunculan
2- 1959 - 1973 - tahap kebangkitan
3- 1977 - 1990 - tahap kejatuhan
4- 1990 - kini - tahap kebangkitan semula

sumber - tranungkite

Friday, 16 September 2011

THANIAH

AKHIRNYA BERJAYA..



K'jaan mansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959.
"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini dan disiarkan secara langsung menerusi RTM1.-mkini

NEGARA NAUNGAN DAN LINDUNGAN?

ALA!!! Tentera British bunuh orang kampung di Batang Kali tahun 1948


12 Disember 1948.satu sejarah hitam yag tidak boleh dipadamkan dari sejarah tanahair. ini bukti kerakusan dan kejamnya tentera british yang dikatakan datang membawa keamanan di tanah melayu ketika itu..

Ini adalah sebuah cerita pembunuhan beramai-ramai penduduk keturunan Cina di sebuah ladang getah oleh tentera british sebelum tentera penjajah itu membakar kampung mereka.

Platun ke-7, G Company, yang ke-2 daripada Pengawal Scotland mengepung sebuah kebun getah di Sungai Rimoh, Batang Kali, Selangor, di Malaya. 24 orang penduduk yang tidak bersenjata dan tidak bersalah telah dibunuh.
Tanpa kesempatan melarikan diri dan membela diri, penduduk perkampungan itu telah dituduh sebagai komunis, dalam kejadiaan itu seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri, selain itu isteri-isteri dan anak-anak mangsa melihat sendiri kejadian kejam itu dilakukan didepan mata mereka.

Pada 1 November 1949 Satu siasatan rasmi telah dijalankan terhadap arahan Attorney-General Malaya pada ketika itu. hasil daripada siasatan tersebut adalah AG berpuas hati yang ‘saspek-saspek (24 lelaki tersebut) mungkin berjaya melarikan diri jika askar-askar tersebut tidak melepaskan tembakan. Siasatan ini tidak pernah diketengahkan ke pengetahuan umum, atau dihantar ke ‘War Office’.

Apa yang menyebabkan peristiwa penting ini menjadi tragedi besar?, dan adakah mereka komunis seperti yang didakwa.

Satu kenyataan S urat Khabar Inggeris (The People) pada 1 Februari 1970 telah membongkar dan mengutuk pembunuhan kejam tersebut. Kenyataan bersumpah daripada Tentera British (bekas Pengawal Scotland) menunjukkan fakta-fakta yang berikut:-

i. patrol tersebut mendapat arahan awal untuk memusnahkan kampung berkenaan;
ii. ahli-ahli patrol telah diberi peluang untuk tidak melibatkan diri dengan pembunuhan itu;
iii. Mangsa-mangsa telah ditembak tanpa mencuba untuk melarikan diri; dan
iv. terdapat konspirasi untuk menipu soal siasat pada 1949.


Malah Setiausaha Pertahanan (Dennis Healy) mengarahkan Polis Penyiasat Scotland untuk menubuhkan pasukan tugasan khas (diketuai oleh Frank Williams) untuk menyiasat perkara ini. Hasil daripada siasatan ini, bukti yang kukuh telah dapat dikumpulkan, yang menunjukkan bahawa kejadian pembunuhan kejam di Batang Kali pada Disember 1948 memang sebenarnya telah berlaku.

Istilah Pembunuhan kejam digunakan kerana siasatan mendapati tindakan Platun ke-7, G Company adalah silap, mereka yang dibunuh bukan anggota komunis seperti yang didakwa..

Satu dokumentari BBC pada 9 September 1992 , menyiarkan laporan siasatan mengenai pembunuhan beramai-ramai tersebut yang bertajuk “In Cold Blood” disiarkan di United Kingdom dan mendedahkan bukti baru mengenainya.

Dokumetari tersebut menyiarkan laporan-laporan saksi-saksi dan mangsa-mangsa yang terselamat termasuk pengakuan sesetengah bekas Pengawal Scotland dan temuramah bersama Pegawai Polis Penyiasat Scotland yang telah menyiasat kes ini pada 1970. Ia jelas menunjukkan kesalahan Pengawal-pengawal Scotland berkenaan dan penipuan besar-besaran berkenaan pembunuhan tersebut. Walaubagaiamanapun, tiada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan UK selepas itu dan tiada pegawai British
yang telah ditahan.

Umnoapco sebelum ini sibuk menuduh orang itu dan orang ini komunis, walaupun t iada bukti nyata keterlibatan mereka secara langsung dengan komunis, ia sama seperti apa yang telah dilakukan oleh platun ke 7 tentera british dulu.
Fikirkan juga mengapa tentera Britain tergamak membakar sebuah kampung di Batang Kali itu hanya kerana bimbangkan ancaman komunis walaupun penduduk kampung itu sebenarnya tidak bersenjata mahupun membahayakan tentera terbabit,malah tiada bukti mereka terlibat secara langsung dengan komunis, adakah kerana mereka berbangsa cina maka mereka dilebelkan komunis?

Apa yang umnoapco lakukan sekarang sama, walaupun seseorang itu tidak dapat dibuktikan terlibat secara langsung dengan komunis, tetapi jika ia satu ancaman, ia perlu diburukkan dan dicop sebagai bahaya.- Paspb

Thursday, 15 September 2011

Teks Penuh Perutusan Khas PM Sempena Hari Malaysia 2011

Perutusan khas Hari Malaysia
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
sempena sambutan Hari Malaysia 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

1. Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.

2. Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mapan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.

3. Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, marilah melipatgandakan usaha bagi menambahbaik daya saing nasional melalui penggunaaan kreativiti, inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan baru berasaskan sifat keusahawanan mandiri. Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

4. Membelek helaian-helaian tawarikh, apabila negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu sehingga Malaysia dibentuk enam tahun kemudiannya, bersama-sama Sabah dan Sarawak, banyak pihak ketika itu, sama ada pemerhati asing, mahupun warga tempatan berasa ragu-ragu serta waham mempersoalkan tentang, sebuah negara baru yang negeri-negerinya terpisah dek Laut Cina Selatan, sedang diancam pula pemberontakan komunis, dengan separuh penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, ditambah oleh faktor kemajmukan demografik yang luar biasa kompleksitinya, mungkinkah mampu untuk kekal utuh sebagai sebuah negara bangsa apatah lagi untuk berjaya?

5. Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan diiringi sebuah takdir yang penuh cabaran. Jika disisir sejarahnya, semacam satu keajaiban diawal usia setahun jagung meraih kemerdekaan, hakikat yang tersebut tadi ditambah berat pula dengan penerimaan sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta Persekutuan, telah diterima amal secara tuntas oleh kita begitu awal ketika mana proses pembudayaan masih lagi tidak matang.

6. Jelas sekali, sebelum merdeka, warga tiga belas buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia tidak pernah berpeluang untuk memilih kerajaan yang akan memerintah sekalipun corak pentadbirannya. Kewujudan mereka hanyalah sebagai rakyat negeri-negeri naungan atau tanah jajahan yang diberi keistimewaan politik terhad mengikut budi bicara kuasa pemerintah. Pastinya, ini, bukanlah hak politik tulen yang terbit daripada kewarganegaraan sebuah negara merdeka serta berdaulat.

7. Menyingkap fakta, sebelum merdeka, pemilihan politik pertama yang berlangsung di mana rakyat telah diberi peluang secara terhad untuk memilih wakil mereka adalah semasa pemilihan beberapa Majlis Perbandaran pada tahun 1952 dan seterusnya pemilihan sebahagian Anggota Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955. Sebaliknya, hanya tahun-tahun selepas merdeka bermula 1959, rakyat mula diberi hak dan tanggungjawab sepenuhnya untuk memilih semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai hak budi bicara mutlak dalam menentukan parti manakah bagi membentuk kerajaan.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

8. Sememangnya kita perlu bersyukur kerana dari masa hingga masa, walau apapun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman mahupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu seperti pemberontakan komunis, konfrontasi menentang penubuhan Malaysia, rusuhan kaum, kemelesetan ekonomi, ekstrimisme agama mahupun cauvinisme perkauman, Alhamdulillah, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi menggunakan kerangka tindakan berhemah, demokratik berasaskan prinsip keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.

9. Barang harus diingat jua, sepanjang tempoh tersebut tidak pernah terlintas di benak pihak kerajaan walau sedetikpun untuk menukar sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sedia ada dengan sebarang sistem anti-demokratik, waima betapa getir cabaran yang dihadapi. Seperti terakam pada susur galur negara, disebabkan tragedi 13 Mei, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bertindak atas nasihat YAB Perdana Menteri ketika itu menurut peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, telah mengisytiharkan darurat.

10. Salah satu kesan pengisytiharan darurat 1969 tersebut adalah proses pilihanraya yang belum selesai di Sabah dan Sarawak telah digantung. Peristiwa selanjutnya yang berlaku adalah pemilihan Dewan Rakyat telah disempurnakan dalam tempoh lebih kurang dua puluh bulan kemudian dan sistem Demokrasi Berparlimen dipulih kembali apabila keamanan negara telah stabil seperti sediakala.

11. Kendatipun begitu, Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa tersebut merangkap Menteri Pertahanan yang telah diamanahkan mengetuai Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN, dengan memiliki kuasa mutlak eksekutif dan perundangan, tidak pernah menyimpan hasrat untuk mengekalkan kuasa-kuasa tersebut lebih lama daripada apa yang perlu.

12. Sudah terang lagi bersuluh, Allahyarham Tun bersama rakan-rakan ketika itu amat menyedari bahawa kuasa luar biasa tanpa sempadan yang tergenggam di tangan mereka tersebut tidak boleh sekali-kali dijadikan suatu kelaziman demi masa depan negara tercinta. Sebaliknya, mereka faham kuasa total itu sekadar suatu amanah untuk mengekang dan mengawal tragedi serta kegoncangan yang berlaku.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

13. Sebetulnya lagi, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kuasa untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri terletak secara mutlak tanpa kekecualian di tangan rakyat. Setelah lebih lima dekad kemerdekaan negara dan hampir lima dasawarsa pembentukan Malaysia, kita dapati bahawa, pengalaman, kematangan serta kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan halatuju masa depan yang mereka dambakan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua.

14. Bahkan, saya sering mengutarakan bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah melewati tempohnya. Revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggihan pengangkutan telah membuka persaingan serta perbandingan secara meluas lagi dinamik dalam pasaran idea.

15. Kontemporari ini, taraf serta akses rakyat kepada semua peringkat pendidikan semakin meluas seiring dengan korpus pengetahuan yang dimiliki. Disamping itu, pertumbuhan ekonomi yang mapan, pengurangan kadar kemiskinan dan inisiatif kejuruteraan sosial serta keberkesanannya, telah berjaya meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan kelas menengah yang besar. Mutakhir pula, keutamaan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia telah mengalami perubahan yang besar berbanding empat atau lima dekad yang lalu.

16. Melangkah lebih jauh, mentadbir negara yang terzahir dari saat kemerdekaan dikudratkan oleh kehendak rakyat, kerajaan kini akan terus komited menjunjung sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

17. Sebagai yang ramai maklum bahawa, kecuali darurat akibat konfrontasi tahun 1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuatkuasa sehingga hari ini. Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya. Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

18. Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi keadaan luarbiasa yang mengancam keselamatan tanahair dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah khas yang kadangkala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan. Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai.

19. Dari perspektif undang-undang Islam pula, ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat: keturunan dan maruah serta kelima: harta benda. Bahkan prinsip Usul Fiqah banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai.

20. Ini bukanlah ehwal yang pelik, tidak lazim atau asing. Terbukti, negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah menggubal rangka perundangan khas bagi menangani ancaman pengganas pasca tragedi 11 September.

21. Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi sebuah demokrasi moden adalah, diantara keselamatan nasional dan kebebasan individu. Itulah tugas dan tanggungjawab sebuah kerajaan yang matlamat tertingginya, menjunjung kebajikan serta kesejahteraan rakyat untuk mencari keseimbangan yang betul ini.

22. Misalnya, kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian. Sebagai contoh mudah yang lain, kerajaan turut bertanggungjawab untuk menghalang jeritan palsu tentang bom dalam sebuah stadium yang penuh sesak. Ini kerana, kebebasan luar kawal sebegitu, akan hanya menimbulkan panik yang boleh membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

23. Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.

24. Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah
semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

25. Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

26. Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.

27. Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.

28. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

29. Sebagai sebuah negara, Malaysia dan seluruh warganya kini berada di persimpangan jalan. Pilihan yang kita putuskan hari ini akan menentukan nasib serta mencorakkan rupabentuk Malaysia pada masa hadapan, tanah air yang akan kita wariskan kepada anak-anak kita dan generasi mendatang. Persoalannya, mampukah kita melampaui dan mencabar wasangka lazim bahawa rakyat Malaysia daripada latarbelakang yang majmuk, status sosioekonomi berbeza dan fahaman politik pelbagai, secara iradat manusiawinya, tiba kepada konsensus untuk tidak tunduk menyerah kepada sekam kebencian dan kecurigaan yang pastinya mengheret kita ke lembah kehinaan. Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.

30. Yakinlah bahawa, ia satu kekuatan bukan satu kelemahan untuk kita meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia membuat pilihan dalam mencorakkan hala tuju masa depan mereka sendiri. Jika kita menganggap ia satu kesilapan maka, apakah maknanya pencapaian kita hari ini, apakah gunanya kita merancang pembangunan negara degan begitu tersusun semenjak merdeka, apakah gunanya kita membelanjakan sebahagian besar khazanah negara setiap tahun untuk memberikan akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat, membebaskan warga daripada cengkaman kemiskinan, membina infrastruktur fizikal serta teknologi komunikasi maklumat yang berkelas dunia?

31. Jawapannya sangat jelas yakni, langkah-langkah yang saya umumkan sebentar tadi tidak lain tidak bukan adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib lagi berhemah. Ia berdiri sebagai pelengkap amat penting serta perlu kepada insiatif-inisiatif transformasi bidang ekonomi dan penyampaian awam yang pihak kerajaan telah rangka dan laksanakan semenjak lebih dua tahun kebelakangan dalam usaha menuju sebuah negara moden dan progresif.

32. Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan. Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk. Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

33. Akhir kalam, saya ingin tegaskan bahawa tanpa syak dan tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia yang kita impikan bersama dan sedang kita cipta ini adalah Malaysia yang mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif di mana keamanan dan ketenteraman awam dipelihara selaras dengan roh ketertinggian Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada hak asasi manusia dan hak-hak individu.

Demi Malaysia, bertawakallah semua dan kepada Tuhan kita berserah.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

Wednesday, 14 September 2011

JAJAHAN, NAUNGAN ATAU LINDUNGAN

Manusia Boleh Menipu Fakta Sejarah
Pada awal abad ke-19, negeri Siam menjadi kuat semula di bawah pemerintahan Dinasti Chakri. Raja Chakri, iaitu Raja Rama I telah memindahkan ibu negerinya dari Ayuthia ke Bangkok (1783) dan ingin menegakkan semula kuasanya ke atas negeri-negeri Melayu seperti Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Negeri-negeri tersebut tidak menghantar bunga emas ke Siam sejak Siam berperang dengan Burma pada tahun 1760-an. Selepas kemusnahan ibu negerinya, iaitu Ayuthia oleh Burma pada tahun 1767, Siam telah dapat mengawal jajahan takluknya di Negeri-negeri Melayu Utara.

Pada tahun 1816, Kedah diarah oleh Kerajaan Siam supaya menyerang negeri Perak kerana gagal menghantar bunga emas kepadanya. Sultan Ahmad Tajuddin dengan berat hati telah menyerang Perak. Sultan Perak disingkirkan dan sebagai ganti, dilantik pula Raja Muda manjadi sultan yang disifatkan sebagai wakil pemerintah Siam di Perak.

Sungguhpun Sultan Ahmad telah memenuhi kehendak Siam, namun Siam masih curiga dan tidak puas hati terhadap baginda. Ini disebabkan sultan telah berusaha untuk membebaskan Kedah dari cengkaman Siam. Dalam hal ini, Siam menuduh sultan telah bersuhabat dengan Burma. Sebelum itu, kecurigaan Siam terhadap Kedah telah pun wujud apabila bekas sultan (Sultan Abdullah Muharam Syah) menyerahkan Pulau Pinang kepada pihak British tanpa pengetahuan Siam. Berhubung dengan perkara-perkara di atas, Sultan Ahmad telah diarahkan ke Bangkok tetapi baginda enggan berbuat demikian kerana dapat menjangkakan hukuman yang akan di terima.

Keengganan Sultan Ahmad itu telah menimbulkan kemarahan Siam. Oleh itu, pada tahun 1821, Kerajaan Siam mengarahkan Gabenor Ligor iaitu Nakhon Si Thammarat menyerang Kedah. Sultan meminta bantuan dari Inggeris. Malangnya, pihak Inggeris di Pulau Pinang atas arahan dari Kerajaan India tidak dapat memberi bantuan ketenteraan kepada baginda.

Pihak British berusaha mengelakkan terjadinya perselisihan dengan Siam walaupun pendudukan Siam ke atas negeri Kedah menimbulkan kebimbangan kepadanya. British bimbang, bekalan makanan yang diperlukan dari Kedah akan terjejas di samping perdagangan British di Pulau Pinang terganggu.

British benar-benar dalam keadaan yang serba salah. Di satu pihak, British inginkan persahabatan dengan Siam dan di pihak yang lain, British tidak mahu merosakkan hubungannya dengan sultan Kedah kerana ia sedikit sebanyak akan menjatuhkan imej British di mata Negeri-negeri Melayu yang lain. Oleh itu, dari segi jangka panjang, British harus meneruskan hubungan baik dengan sultan Kedah.

Oleh itu, pihak British menghantar perwakilan John Crowford ke Bangkok pada tahun 1822 bagi mengadakan perjanjian persahabatan dan perdagangan. Dalam rundingan ini, John Crowford meminta Kerajaan Siam melantik semula sultan Kedah yang telah diturunkan takhta. Cadangan beliau ditolak. Walau bagaimanapun, John Crowford berjaya memperolehi maklumat penting mengenai Siam dan juga kelemahan-kelemahan tentera Siam.

Persetiaan Awal dengan Raja Ligor, 1825

Pada tahun 1825, Kerajaan India atas desakan Gabenor Fullerton bersetuju menghantar satu perwakilan ke Bangkok untuk memulihkan hubungan perdagangan dengan Siam. Kapten Henry Burney dilantik untuk mengetuai perwakilan tersebut.

Akan tetapi, Gabenor Fullerton mengarahkan Kapten Burney untuk menemui Raja Ligor bagi mewujudkan hubungan damai dan untuk merintis jalan bagi perwakilan Inggeris ke Bangkok.


Apabila Kapten Burney tiba di Ligor, beliau mendapati bahawa tentera laut Raja Ligor sudah bersiap sedia untuk menyerang Selangor dan Perak. Burney memberi amaran kepada Raja Ligor bahawa sekiranya beliau menyerang Perak atau Selangor, maka British akan campur tangan.

Oleh sebab Raja Ligor menyedari bahawa pihak British tidak lagi mengikuti dasar pro-Siam, maka beliau bersetuju menandatangani perjanjian sementara pada 31 Julai 1825 dengan Kapten Burney untuk mengelakkan tindakan perang ke atas Siam. Syarat-syarat Perjanjian Awal ini ialah:

a. Raja Ligor tidak akan menyerang Perak dan Selangor.

b. Raja Ligor memberi peluang kepada Perak dan Selangor untuk membuat keputusan sama ada hendak menghantar bunga emas atau tidak.

c. Raja Ligor bersetuju menemani Kapten Burney mengadap Raja Siam di Bangkok.

d. Inggeris bersetuju tidak akan campur tangan dalam negeri Kedah.

e. Sultan Kedah dibenarkan kembali ke Kedah. Sultan hendaklah menghantar “bunga emas” setiap tiga tahun dan membayar sebanyak $4000 tiap-tiap tahun sebagai jajahan takluk Siam.

Setelah perjanjian itu dihantar ke India untuk mendapatkan pengesahan, Gabenor Fullerton menghantar John Anderson ke Perak dan Selangor untuk memulihkan hubungan kedua-dua negeri ini dan Sungai Bernam dijadikan sempadan.

Perjanjian Burney, 1826

Perjanjian sementara yang ditandatangani oleh Burney dengan Raja Ligor mendapat pengesahan dari Kerajaan India. Dengan itu, Kapten Burney sekali lagi dihantar (pada bulan Disember 1825) ke Siam lagi bagi mendapatkan pengiktirafan perjanjian tersebut. Sesungguhnya, Kapten Burney dihantar ke Bangkok dengan tujuan berikut:

a. Untuk menjamin bahawa British tidak berniat buruk terhadap Siam dan ingin mengukuhkan hubungan perdagangan dan persahabatan dengannya.

b. Beliau dikehendaki merundingkan pemulihan takhta Kerajaan Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin.

c. Memastikan Perak dan Selangor serta negeri-negeri Melayu yang lain terpelihara.

Sungguhpun keadaan ini agak sulit tetapi dengan kebijaksanaan dan diplomasi, akhirnya Burney berjaya mendapat tolak ansur dari pidak Siam setalah rundingan-rundingan berjalan selama 6 bulan. Kejayaan ini juga adalah atas kerjasama yang diberikan oleh Raja Ligor dan pegawai-pegawai Siam yang besifat sederhana. Akhirnya, pada 20 Jun 1826, satu perjanjian telah ditandatangani iaitu Perjanjian Burney.

Tetapi sehingga kini Patani kekal milik Siam
Sekarang tahun 2011 pun UMNO nak kencingkan bangsa Melayu,Kalau Melayu tak sedar nak kata apa. Jangan salahkan sesiapa kalau bangsa lain branding memang Melayu bangsa bodoh...

Tanah Melayu yang mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu sebenarnya bebas atas ihsan British dan bukannya menerusi rundingan seperti yang terkandung dalam sejarah

Dua dokumen yang tertera di bawah adalah salinan asal yang membuktikan bahawa Tanah Melayu sememangnya pernah dijajah British hingga mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang dikeluarkan genap sebulan sebelum negara kita mencapai kemerdekaan ini menyatakan bahawa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah tertakluk kepada akta ini yang dipersetujui bersama antara Baginda Ratu Elizabeth I dengan barisan pemerintah tempatan yang selepas itu dinamakan Perikatan.

Akta ini menyatakan bahawa Ratu Elizabeth I berkenan melepaskan tanggungjawab pemerintahan Tanah Melayu dan Singapura kepada pemimpin tempatan dengan syarat kemerdekaan yang diberikan adalah tertakluk kepada budi bicara Ratu dalam satu pertubuhan yang dinamakan Persekutuan Komanwel.

Negara Komanwel ini adalah satu organisasi khas yang ditubuhkan Kerajaan British ke atas bekas-bekas tanah jajahan yang pernah diperintahnya.

Dokumen ini juga menjelaskan bahawa hanya Ratu Elizabeth I sahaja yang berhak memutuskan bilakah Tanah Melayu dan juga negeri-negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) boleh membentuk sebuah Persekutuan Tanah Melayu secara mutlak.

Ternyata dengan pendedahan dokumen ini sekaligus membuktikan bahawa Zainal Kling dan suku sakatnya termasuk Mahathir yang mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah adalah DUSTA semata-mata.
sumber - tranungkite

Tuesday, 13 September 2011

FAKTA SEJARAH

Sejarah Tidak Boleh Menipu: ‘History Cannot Lie’

Oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ramai orang berkata sejarah tidak boleh menipu: ‘history cannot lie’. Namun kita jangan pula lupa bahawa manusia boleh menipu fakta sejarah sehingga hakikat sejarah dirobah dan diubah.
Peristiwa lampau kita tidak saksikan sendiri, ia diriwayatkan kepada kita melalui sumber-sumber yang menceritakan apa yang telah berlaku. Sumber-sumber itu pula terdedah kepada benar dan dusta.
Jika kita menerima dari sumber yang benar, maka persepsi kita terhadap sesuatu peristiwa mungkin akan benar. Itu pun bergantung kepada aliran pemikiran atau ‘school of thought’ yang kita pegang.
Jika fakta yang salah, maka sudah pasti tafsiran yang salah akan kita buat terhadap sesuatu sejarah. Pasti ada pihak dizalimi haknya.
Maka dalam Islam, beberapa asas penting diletakkan dalam mengkaji sejarah. Asas pertama ialah kebenaran sesuatu fakta iaitu sejauh manakah sesuatu riwayat (narration) boleh dipercayai (authentic).
Maka, Islam amat mengambil kira soal sumber sesuatu riwayat yang dipetik. Dalam ilmu hadis khususnya, ada bab ‘Rijal al-Hadith’ iaitu ilmu yang mengkaji latar belakang perawi (narrators). Dikaji sifat amanah perawi, kekuatan ingatannya, kemungkinan pertemuannya dengan perawi sebelumnya dan pelbagai lagi.
Kemudian, riwayat yang dibawa itu akan dibanding dengan para perawi lain yang lebih dipercayai untuk dinilai. Demikian susahnya sesebuah hadis hendak mencapai darjat ‘sahih’.
Malangnya, apabila ilmu hadis tidak diambil berat, ramai penceramah termasuk ustaz dan ustazah yang membaca hadis palsu dalam ucapan mereka. Dalam Islam, maklumat sejarah biasa sekalipun tidak diketatkan syaratnya seperti hadis, namun soal sumber yang dipercayai itu tetap penting. Ini terutama apabila membabitkan maruah atau tuduhan terhadap pihak-pihak tertentu.
Muhammad bin Somil al-Salma dalam tesisnya ‘Manhaj Kitabah al-Tarikh al-Islamiy wa Tadrisuhu’ (Metodologi Penulisan Sejarah Islami dan kajiannya) menyebut: “Riwayat sejarah apabila berkaitan hukum syar’i seperti halal dan haram, atau berkaitan mencerca seseorang muslim, mempertikaikannya, atau memberikan gambaran buruk mengenainya kepada orang lain, maka mestilah dipastikan kedudukan perawinya dan dikenali pembawa beritanya” (m/s 227. Mesir: Dar al-Wafa/1408H). Ya, ini sebenarnya berasaskan arahan Allah dalam al-Quran: (maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kamu orang yang fasik membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu”. (Surah al-Hujarat: 6). Ini penting, ramai yang menjadi mangsa cemuhan dan tohmahan hanya disebabkan sumber yang khianat dan menyeleweng dalam menyampai sesuatu berita.
Dalam kehidupan seharian yang watak-watak masih hidup pun, banyak penipuan fakta, pembohongan dan fitnah dilakukan. Apatah lagi apabila membabitkan mereka yang sudah tiada, tentu pembohongan lebih mudah dilakukan. Umpamanya, betapa banyak maklumat sejarah yang menipu tentang pertelingkahan yang terjadi antara sahabat Nabi s.a.w sehingga lahirnya mazhab Syiah yang mempercayai fitnah sejarah terhadap sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
Ramai yang menjadi mangsa diburukkan oleh sumber sejarah yang tidak amanah. Antara yang dimangsa Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan yang diburukkan oleh sumber sejarah seburuk-buruknya.
Sehingga Munir Ghadban menyebut: “Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiyah dengan tangan Rasulullah s.a.w dan mereka hidup dengan wahyu langit, (tidak ada) mereka ini yang diperburukkan, dibohongi tentangnya dan didustakan kepadanya seperti yang dilemparkan kepada Mu’awiyah ibn Abi Sufyan r.a. (Munir al- Ghadhban, Mu’awiyah ibn Abi Sufyan, m/s 5. Damsyik: Dar al-Qalam/ 1410H). Begitu juga Khaliah Harun al-Rasyid yang dikaitkan dengan pelbagai cerita buruk dan lucu kepadanya seperti dia sering ditipu oleh Abu Nuwas.
Sedangkan Abu Nuwas itu seorang penyair yang sering memuji arak dan wanita. Syair-syairnya memuatkan keruntuhan moral. Kata Ibn Khaldun (meninggal 808H): “Adapun apa yang dipalsukan oleh hikayat; mengenai Harun al-Rasyid yang selalu meminum arak dan mabuk seperti mabuknya seorang kaki arak, -Allah memelihara daripada itu semua!-.
Kita tidak pernah tahu dia seorang yang berbuat jahat. Mana mungkin ini semua, sedangkan dia dalam keadaan sering melaksanakan tanggungjawab agama dan keadilan sebagai khalifah, seorang yang mendampingi ulama dan auliya`, selalu berbincang dengan al-Fudail bin `Iyad, Ibn al-Sammak dan al-`Umari, selalu berutusan surat dengan Sufyan al-Thauri, menangis mendengar nasihat mereka, berdo`a di Mekah ketika tawaf, kuat beribadah, menjaga waktu solat dan hadir solat subuh pada awal waktunya”. (Ibn Khaldun, Muqaddimah Ibn Khaldun, m/s 17, Beirut: Dar al-Fikr/t.t)
Sebab itu, sesiapa yang menuduh atau menghukum orang lain hanya kerana terpengaruh dengan riwayat sejarah, tanpa membuat semakan dan kajian seperti yang al-Quran arahkan, maka dia berdosa dan akan dipertanggungjawabkan di hari akhirat kelak kerana menfitnah dan menuduh tanpa asas.
Mengkritik Teks Setelah kita mendapat sumber yang diyakini, maka itu tidak mencukupi sebaliknya kita perlu melihat teks sejarah itu secara kritis. Perawi yang amanah mungkin juga silap dalam periwayatan. Maka, sikap kritis terhadap matan atau teks amat perlu.
Bahkan, jika kita tidak mampu mengkaji kesahihan sumber sekalipun, kita boleh menggunakan nilai-nilai kritis dalam menilai sesuatu fakta. Umpamanya, saya selalu contohkan bagaimana sesetengah penceramah suka bercerita kisah ucapan Panglima tentera Islam di Andalus, Tariq bin Ziyad ketika mengucapkan kata-kata semangat kepada tenteranya: “Ke mana tempat lari? Lautan di belakang kamu, musuh di hadapan kamu.
Tiada bagi kamu-demi Allah- melainkan sifat benar (kesetiaan) dan sabar”. Kononnya selepas itu Tariq membakar kapal agar tentera Islam tidak dapat ke mana-mana lagi melainkan berperang terus. Kisah dijadikan kebanggaan sesetengah penceramah. Padahla kisah ini patut dikritik.
Hanya mereka yang lemah minda sahaja yang menjadikan kisah dalam versi ini sebagai lambang keberanian dan kepahlawanan. Riwayat ini ditolak;
Pertamanya; cerita bakar kapal tiada sumber yang boleh dipercayai daripada mereka yang berada pada zaman tersebut. Mereka yang selepas itu yang menyebutnya.
Keduanya; kisah itu boleh menggambarkan kebaculan tentera Islam yang terkenal dengan kepahlawanan dan kesanggupan menyeberang laut untuk membuka Andalus. Seakan jika Tariq tidak lakukan demikian mereka akan lari dari medan jihad. Ini bukan sifat tentera Islam yang membuka Andalus.
Ketiga; Apakah wajar bagi Tariq yang merupakan panglima tentera yang bijak untuk membakar harta kerajaan dan kekuatan tentera Islam iaitu kapal yang boleh digunakan untuk membuka negeri yang lain pula.
Kalau Tariq melakukan pembaziran demikian, tentu dia akan diambil tindakan oleh kerajaan Islam. Di sana banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan untuk membuktikan ketidak benaran kisah ini.
Justeru itu, Mahmud Syakir yang merupakan tokoh sejarahwan Islam mempertikaikan kisah ini di dalam buku kecilnya Al-Muntalaq al-Asasi fi al-Tarikh al-Islamiy.
Sesiapa yang ingin pendetilan bantahan terhadap kisah ini boleh merujuk kepada buku tersebut. Maka ketajaman minda dalam melakukan textual criticism atau kritikan matan adalah sesuatu yang penting dalam mengkaji sejarah. ‘Abd al-Rahman Fakhuri dalam membincangkan sejarah pertelingkahan para sahabat mengatakan: “Sejarah bukan sekadar suatu cerita yang dicampakkan di tengah jalan, yang penulisnya memilih apa yang dia suka dan meninggalkan apa yang dia tidak suka.
Sesungguhnya terdapat dua kaedah kritikan yang mesti dibuat terhadap setiap riwayat sejarah sebelum dibuat keputusan untuk menerima atau menolaknya.
Pertama: Mengkritik sanad, ini bermakna mengkaji para perawi dan pembawanya. Dipastikan dari sudut kesinambungan sanadnya adalah sahih dan terselamat daripada sebarang kecacatan yang tersembunyi. Perbincangan secara panjang lebar telah diperkenalkan oleh ahli hadis dan para pengkritiknya (pengkaji hadis), tidak mengetahui ilmu ini melainkan mereka sahaja.
Kedua: Mengkritik matan (teks)”. (‘Abd al-Rahman Fakhuri, Muqaddimah Miftah al-Jamaah, m/s 77, Mesir: Dar as-Salam/1990M). Tafsiran Setelah melalui dua proses di atas, barulah tafsiran terhadap sesuatu fakta sejarah boleh dibuat. Siapa yang hendak diangkat menjadi wira dan siapa pula yang hendak diangkat menjadi musuh atau pengkhinat, banyak bergantung kepada tafsiran. Setiap orang mempunyai aliran dan sudut pandangan yang tersendiri.
Namun, di sana ada perkara yang jelas lagi terang antara baik dan buruk, malaikat dan syaitan, Tuhan dan Iblis yang setiap pihak wajib akur kepada nilai yang sama itu. Di sana ada fakta yang kabur atau sesuatu yang boleh diberikan pelbagai tafsiran. Boleh dilihat baik dari satu sudut, mungkin tidak baik di sudut yang lain. Juga, baik pada sesetengah pihak, buruk pada pihak yang lain.
Umpamanya, dalam masyarakat feudal yang taat membuta tuli kepada sultan dan raja melayu akan menganggap Hang Tuah sebagai tokoh dan wira.
Tindakannya menculik Tun Teja juga mungkin dipandang mulia. Namun dalam masyarakat yang merdeka dan bertamadun, Hang Tuah –jika benar watak seperti itu wujud dalam sejarah- akan ditafsirkan sebagai manusia berjiwa hamba, dangkal, tiada bermaruah dan tidak berprinsip. Perbezaan nilai, membezakan tafsiran. Apa pun seorang muslim yang mengkaji fakta sejarah hendaklah akur kepada firman Allah dalam Surah al-Nisa 135: (maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu..”.
Kita hendaklah akur kepada apa yang benar dalam sejarah dengan memberikan tafsiran yang adil tanpa khianat. Nilai pertimbangannya ialah nilai-nilai keadilan sejagat yang diputuskan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Monday, 12 September 2011

TAK PERNAH KENA JAJAH





1. Thailand

Pada mulanya Thailand secara tradisional dikaitkan dengan sebuah kerajaan yang berumur pendek, Kerajaan Sukhothai yang ditubuhkan pada tahun 1238. Kerajaan ini kemudian diteruskan Kerajaan Ayutthaya yang ditubuhkan pada pertengahan abad ke-14 dan berukuran lebih besar berbanding Sukhothai. Kebudayaan Thailand dipengaruhi dengan kuat oleh China dan India. Hubungan dengan beberapa negara besar Eropah bermula pada abad ke-16 namun walaupun menghadapi tekanan yang kuat, Thailand tetap bertahan sebagai satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh negara Eropah, meskipun pengaruh Barat, termasuk ancaman keganasan, mengakibatkan pelbagai perubahan pada abad ke-19 dan diberikannya banyak kelonggaran bagi peniaga-peniaga United.


2. Iceland

Orang pertama yang tinggal di Iceland adalah para pendeta Ireland yang datang pada awal abad ke-9. Pada pertengahan abad ke-9, bangsa Viking berhijrah dan tinggal di Iceland. Viking pertama yang tinggal di Iceland adalah Flóki Vilgerðarson. Dialah yang memberi Iceland nama seperti sekarang. Ingólfur Arnarson, seorang kepala suku dari Norway, tinggal dan menetap di barat daya Iceland dan mendirikan bandar Reykjavik.

Sekitar tahun 930-an, para penguasa Iceland mula menulis perlembagaan negara mereka. Mereka membuat apa yang dinamakan Althing, sejenis parlimen yang beribu pejabat di bandar Thingvellir. Iceland dapat dikatakan sebagai negara bersistem demokrasi tertua yang masih berlangsung hingga sekarang.


3. Saudi Arabia

Arab Saudi atau Saudi Arabia atau Kerajaan Arab Saudi adalah negara Arab yang terletak di Semenanjung Arab. Beriklim gurun dan wilayahnya sebahagian besar terdiri atas gurun pasir dengan gurun pasir yang terbesar adalah Rub Al Khali. Orang Arab menyebut kata gurun pasir dengan kata sahara.

Negara Arab Saudi ini berbatasan langsung (searah jarum jam dari arah utara) dan Jordan, Iraq, Kuwait, Teluk Parsi, Emiriah Arab, Oman, Yaman, dan Laut Merah.

Pada tarikh 23 September 1932, Abdul Aziz bin Abdul Rahman as-Sa'ud-dikenali juga dengan sebutan Ibnu Sa'ud-mengisytiharkan penubuhan Kerajaan Arab Saudi atau Saudi Arabia (al-Mamlakah al-'Arabiyah as-Su'udiyah) dengan menyatukan wilayah Riyadh, Najd (Nejed), Ha-a, Asir, dan Hijaz. Abdul Aziz kemudian menjadi raja pertama pada kerajaan tersebut. Dengan demikian dapat difahami, nama Saudi berasal dari kata nama keluarga Raja Abdul Aziz as-Sa'ud

Arab Saudi terkenal sebagai Negara kelahiran Nabi Muhammad SAW serta tumbuh dan berkembangnya agama Islam, sehingga pada benderanya terdapat dua kalimah syahadat yang bererti 'Tidak ada tuhan (yang pantas) untuk disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah utusannya'.


4. Sweden

Kerajaan Sweden atau Konungariket Sverige dalam Bahasa Sweden ialah sebuah negara Nordik di Scandinavia, Eropah yang ibukotanya adalah Stockholm. Negara ini bersempadan dengan Norway di barat dan Finland di timur laut, Selat Skagerrak dan Selat Kattegat di barat daya, serta Laut Baltik dan Teluk Bothnia di timur.

Sweden merupakan salah satu negara termiskin di Eropah pada abad ke-19, kerana pengambilan alkohol yang tinggi dan dogmatik Protestanisme, sehingga pengangkutan dan komunikasi berkembang membenarkan pemanfaatan aset sumber semulajadi dari beberapa bahagian negara, yang terkenal adalah kayu dan bijih besi. Sekarang, negara ini ditakrifkan oleh tendensi liberal dan keinginan penyamaan yang kuat, dan biasanya berada di urutan atas dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB.

Ibukota negara pengeluar kereta Volvo ini adalah Stockholm. Penduduknya sebanyak sembilan juta orang mendiami lebih dari 440.000 km ² sehingga negara ini terdapat dalam urutan ke-155 dalam kepadatan penduduk di dunia.


5. Denmark

Kerajaan Denmark (bahasa Denmark: Kongeriget Danmark) adalah negara Nordik yang paling kecil dan paling selatan. Denmark terletak di sebelah barat daya dari Sweden dan selatan dari Norway. Negara ini terletak di Scandinavia, Eropah Utara sehingga termasuk Kesatuan Eropah tetapi tidak berada di Semenanjung Scandinavia.

Denmark bersempadan dengan Laut Baltik dan Laut Utara. Wilayahnya meliputi sebuah semenanjung di Jerman utara bernama Jylland (Jutlandia), Pulau Fyn (Funen), Sjælland (Zealand), Vendsyssel-Thy, Lolland, Falster, Bornholm dan beratus-ratus pulau kecil, sehingga kadang disebut kepulauan Denmark. Sebelum penggalian Terusan Kiel, jalan air menuju Laut Baltik hanya boleh dilalui melalui tiga Selat Denmark, hingga penggalian Terusan Kiel Satu-satunya batas darat Denmark adalah dengan Jerman, sedangkan tetangganya yang dibatasi oleh laut adalah Sweden di timur laut dan Norway di utara.

Negara ini menganut negara raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Denmark mempunyai satu kerajaan pusat dan 98 munisipalitas sebagai pemerintah daerah. Denmark telah menjadi ahli Kesatuan Eropah sejak 1973, tapi sampai sekarang masih belum menyertai Eurozone. Denmark adalah salah satu pengasas NATO dan OECD. Denmark juga merupakan anggota dari OSCE.


6. Norway

Kerajaan Norway atau Kongeriket Norge (Noreg) dalam bahasa Bahasa Norway, adalah sebuah negara Nordik di Semenanjung Scandinavia bahagian hujung barat yang bersempadan dengan Sweden, Finland, dan Rusia. Pantainya yang berada di Lautan Atlantik Utara adalah lokasi dari beberapa fyord terkenal. Svalbard dan Jan Mayen berada di bawah kedaulatan Norway berdasarkan Traktat Svalbard.

Norway adalah negara raja berperlembagaan yang menggunakan sistem parlimen kerajaan.

Parlemennya, Stortinget, mempunyai 169 ahli (sebelumnya 165, kemudian ditambah 4 orang pada tarikh 12 September 2005) yang dipilih untuk masa jabatan 4 tahun. Parlimen ini terbahagi dua dalam voting perundangan, Odelsting dan Lagting. Kecuali untuk beberapa hal, Storting berfungsi sebagai parlimen unikameral.


7. Liberia

Republik Liberia adalah sebuah negara di pesisir barat Afrika yang bersempadan dengan Sierra Leone, Guinea, dan Pantai Gading. Baru-baru ini Liberia dilanda dua perang saudara (1989-1996 dan 1999-2003) yang mengakibatkan ratusan ribu penduduknya mengungsi sekaligus menghancurkan ekonomi Liberia.

Ekonomi Liberia sangat bergantung kepada eksport bijih besi. Sebelum 1990 Liberia juga mengeksport getah. Perang saudara yang panjang telah menghancurkan banyak infrastruktur negara, dan Liberia sangat bergantung kepada bantuan luar negeri. Pada 2005 negara ini mempunyai kadar pengangguran 85%, terburuk di dunia.


8. Turki

Republik Turki (bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti) disebut Türkiye (bahasa Turki: Türkiye) adalah sebuah negara besar di kawasan Eurasia. Wilayahnya terbentang dari Semenanjung Anatolia di Asia Barat Daya dan kawasan Balkan di Eropah Tenggara. Turki bersempadan dengan Laut Hitam di utara; Bulgaria di sebelah barat laut; Yunani dan Laut Aegean di barat; Georgia di timur laut; Armenia, Azerbaijan, dan Iran di sebelah timur dan Iraq dan Syria di tenggara dan Laut Mediterranean di sebelah selatan. Laut Marmara yang merupakan sebahagian daripada Turki digunakan untuk menandakan batas wilayah Eropah dan Asia, sehingga Turki dikenali sebagai negara transkontinental.

Bangsa Turki mulai berhijrah ke kawasan yang dinamakan Turki pada abad ke-11. Proses penghijrahan ini semakin pesat selepas kemenangan Seljuk melawan Empayar Byzantine pada hari Manzikert. Beberapa Beylik (Emirates Turki) dan Kesultanan Seljuk Rum memerintah Anatolia sampai dengan pencerobohan Empayar Mongol. Mulai abad ke-13, beylik-beylik Ottoman menyatukan Anatolia dan membentuk empayar yang daerahnya merambah kebanyakan Eropah Tenggara, Asia Barat, dan Afrika Utara. Setelah Empayar Uthmaniyah runtuh selepas kalah pada Perang Dunia I, sebahagian wilayahnya diduduki oleh para Sekutu yang memenangi PD I. Mustafa Kemal Atatürk dan mengorganisasikan gerakan perlawanan melawan Sekutu. Pada tahun 1923, gerakan perlawanan ini berjaya mendirikan Republik Turki Modern dengan Atatürk menjabat sebagai presiden pertamanya.
Ibu kota Turki berada di Ankara namun bandar terpenting dan terbesar adalah Istanbul.


9. Nepal

Nepal, terletak di Himalaya, adalah sebuah negara di Asia Selatan yang bersempadan dengan Republik Rakyat China (Daerah Otonomi Tibet) di utara dan India di barat, timur, dan selatan.

Negara Nepal dibentuk melalui Persatuan Nepal pada 21 Disember 1768. Prithvi Narayan Shah menjadi raja pertama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...