KESIAN
Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor Datuk Seri Noh Omar
berkata, beliau bertanggungjawab terhadap kekalahan BN di Selangor serta
menerima keputusan tidak dilantik semula sebagai menteri.
"Saya
sebagai timbalan pengarah pilihan raya BN Selangor, mengambil
tanggungjawab itu sebagai timbalan pengerusi perhubungan kerana
kekalahan teruk di Selangor. Saya kena ambil tanggungjawab itu.
"Saya ibaratkan usaha yang kita buat walaupun pada mulanya yakin boleh menang tapi saat akhir tsunami berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis serah tugas kepada menteri pertanian dan asas tani yang baru, Datuk Seri Ismail Sabri.
"Saya
sebagai timbalan pengarah pilihan raya BN Selangor, mengambil
tanggungjawab itu sebagai timbalan pengerusi perhubungan kerana
kekalahan teruk di Selangor. Saya kena ambil tanggungjawab itu."Saya ibaratkan usaha yang kita buat walaupun pada mulanya yakin boleh menang tapi saat akhir tsunami berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis serah tugas kepada menteri pertanian dan asas tani yang baru, Datuk Seri Ismail Sabri.
BN
Selangor kalah teruk di Selangor apabila kehilangan lapan kerusi DUN
apabila hanya mampu mempertahankan 12 daripada 20 kerusi DUN yang
dimenangi pada 2008.
Dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu, Pakatan memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan pengerusi Umno dan BN Selangor.
Noh (kiri)
yang menyifatkan pembangkang sebagai melampaui batas turut berkata,
individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini
sewajarnya "duduk di dalam hutan".
































Dengan nada marah, Zahid berkata negara ini juga bukan milik Anwar.